Sejak kahwin suami m4kin rapat dengan mak ayah aku. Dia jadi ‘anak’ kesayangan. Aku jadi cemburu, ayah ajak dia main golf

Ada sekali kereta adik aku kena tarik dan kena bayar hampir 7k pun dia bayarkan. Susu pampers anak – anak buah aku pun dia yang belikan padahal adik aku dan isteri dia ada kerja yang bagus..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, aku selalu baca tentang luahan hati dalam page ni, hari ini aku yg terdetik nak cerita tentang lelaki terhebatku. Alkisahnya bermula pada May 2019, ada seorang lelaki yang baIas komen aku dekat Twitter berkenaan Surah Al-Mulk. Aku abaikan.

Kali kedua lelaki tu dm aku dan ajak berkenalan, aku hanya melayan dia acuh tak acuh. Aku nampak kesungguhan dia nak dekat dengan aku, akhirnya selepas sebulan barulah aku terbuka hati. Itupun lepas tahu dia seorang yang baik dan soft spoken.

Bermulalah bibit cinta kami disitu. November 2019 dia lamar aku sebagai isteri, aku terima. Kami berjumpa untuk pertama kali pada Januari 2020 dekat Cafe. Masa jumpa tu MasyaAllah kacak sangat dan dia meminta maaf sebab baru dapat jumpa lepas setengah tahun kenal.

Dia seorang pekerja professional di syarik4t Oil and Gas dan bekerja di Norway pada ketika itu. I’m falling in love! Dia baik sangat dan dia layan family saya dengan baik. Namun tak lama lepas tu pandemik melanda. Dia orang Sarawak, sepanjang pandemik kami berjauhan, dia di Sarawak saya pula Di Sabah.

Kami selalu facetime bersama dan mengaji sama – sama setiap lepas waktu maghrib hinggalah ke isyak. Sem4kin hari sem4kin aku yakin dia lelaki yang baik dan sempurna. Bahkan kalau aku marah pun dia akan cakap, “sorry awak”.

Dipendekkan cerita pada tahun 2021 aku telah diuji, aku ada masalah kewangan, masatu aku minta pertolongan dia dan dia terus tolong. Sepanjang aku ada masalah dialah yang bantu aku bayar kereta, rumah, malah belanja makan pun dia bagi.

Untuk pengetahuan, dia anak yatim piatu dan ada sorang kakak dan abang (dia bongsu dan teramat manja). Masatu orang kata aku materialistic sebab semua benda dia buat. Dia pert4hankan aku daripada segala m4kian dan tohmahan.

Ujian demi ujian aku lalui pada awal hujung tahun 2021 aku telah disahkan k4nser ovari pada tahap yang awal dan masih boleh dirawat. Doktor sahkan aku tak boleh mengandung, sebab ovari aku perlu dibuang. Aku bagitau dia (dia suka sangat baby dan budak – budak.)

Aku ingat dia akan tinggalkan aku tapi dia setia dengan aku, dialah yang jaga aku dekat hospitaI sampai mak aku datang daripada KL. Dia bagi aku kata – kata semangat. Syukur, Alhamdulillah aku sekarang sem4kin sihat.

Kami diijabkabulkan pada februari 2022, happy sangat masa ni. Sebenarnya kami umur jauh juga beza, sekarang dia 33 tahun dan aku 40 tahun tapi itu bukan penghalang. Suami aku sweet sangat dan romantik. Selepas nikah dia minta tukar bahagian kerja jadi tak perlu naik pelantar dia kata.

Alhamdulillah kami sama – sama dapat transfer. Dia dapat tawaran jadi Officer dekat KL dan saya pula dapat kerja dekat Putrajaya. Dia bukan jenis yang suka makan luar, dia suka makan dekat rumah dan dia suka bawa bekal.

Sebenarnya, lepas kahwin aku cemburu sebab dia kesayangan mak ayah aku tau. Haih suamiku. Dia ni suka buat BBQ hujung minggu dan dia suka buat pansoh ayam sebab dia orang sarawak jadi tak pelik pun. Suami aku ni senang nak jaga tak picky eater semua dia makan.

Dia paling suka garlic pickles dan juga raddish pickles sama mama mak ayah aku. Kehidupan rumah tangga kami bahagia. Kami mengambil anak angkat lelaki (sekarang umur anak dah setahun 4 bulan). Suami sangat sayangkan anak, semua persiapan anak barang anak dia yang uruskan.

Aku? Aku dia suruh duduk je rehat (dia kata aku tak boleh penat). Susah nak tengok dia marah (kalau dekat tempat kerja dia tegas). Dekat rumah pun dia tegas. Dia jenis suka membebel kalau benda tu tak kena. Tak tahu nak cakap macam mana, suami jenis yang sangat baik malah kereta adik aku kena tarik dan kena bayar hampir 7k pun dia bayarkan.

Susu pampers anak – anak buah aku pun dia yang belikan padahal adik aku dan isteri dia ada kerja yang bagus cuma terlalu boros dan pentingkan berjalan dan shopping mahal. Suami aku ni memang selalu mak ayah aku puji sebab dia baik dan rajin.

Semenjak dia hadir dalam keluarga kami, keluarga kami lebih meriah dan ceria berbanding sebelum ini. Bayangkan, kami yang anak – anak ni tak pernah nak ikut kalau mak ajak pergi pasar tapi suami aku on je kalau mak ajak pergi pasar sebab suami ni memang pro bab jenis ikan, dan barang – barang dapur.

Mungkin sebab dia anak yatim piatu, dia kena berdikari buat semua sendiri. Ayah pulak happy sebab ada orang yang jadi g3ng dia main golf. Asal balik Perak je confirm suami kena cuIik dengan Ayah pergi main golf. Which part of aku nak marah suami aku?

Suami pula bukan jenis yang kaki lepak (kalau nak lepak pun dia ajak kawan – kawan dia datang rumah mereka bbq sama – sama sambil jaga anak), tak mer0kok, tak hisap v4pe. Tidak perlu aku minta, dia tahu apa yang aku nak.

Balik kerja dialah yang uruskan anak dan dialah yang masak. Sebab aku akan masak brekfast sahaja dan dinner dia, ituah tugas yang dia bahagi. Hujung minggu pula dia bawa aku dan anak – anak keluar makan dan jalan – jalan.

Sekarang setiap hujung minggu kami balik Perak sebab anak mak ayah jaga dekat Perak. Kadang – kadang mak ayah yang datang KL. Suami ni memang seorang yang cepat bergaul, saud4ra mara semua puji dia. Asalnya aku ni tak hafal surah Al-Mulk pun aku boleh hafal sebab sebelum tidur kami akan baca sama – sama (kalau merajuk pun wajib baca juga sebab Imam garang).

Suami sangat jaga penampilan aku, dia akan spotchek pakaian aku sebelum pergi kerja, malah tudung pun dia yang iron dan dia akan tegur kalau tudung tu agak singkat. Suami pun orang yang pembersih, dia memang banyak tolong buat kerja rumah dan uruskan anak.

Kakak dan abang  suami pula baik dan peramah tidak macam adik beradik aku yang suka sibuk hal sendiri. Aku suka tengok mereka adik beradik yang selalu ada untuk diri masing – masing. Tak pernah aku nampak mereka g4duh.

Aku suka sangat dengan kehidupan aku yang sekarang. Hubungan yang tak t0xic. Suami yang baik dan penyayang. Ipar duai pula suka datang rumah untuk buat makan – makan sebab mereka tahu adik mereka tu tak suka keluar malam walaupun ada aku.

Suami memang sangat baik dan penyayang. Tips untuk hubungan yang bahagia adalah saling memahami, hormat pasangan masing – masing dan jangan g4duh lama. Kami tak pernah berjauhan lama tapi kalini selamanya kami berjauhan tanpa call tanpa video call.

Tak ada lagi suara dia mengaji, berselawat dalam rumah, tak ada lagi yang suka buat rumah meriah. Hilangmu tiada ganti Biy. Kita jumpa di sana Biy. Terima kasih suamiku kerana menjadi suami yang baik dan menjadi daddy yang baik untuk anak.

Nanti raya sayang dan anak balik Sarawak melawat biy dekat rumah baru. Sayang dan anak menunaikan Umrah pada Ramadhan kali ini tanpa Biy. Allah pinjamkan biy sekejap saja pada sayang dan anak. Takkan terganti dirimu Biy.

Sayang akan besarkan anak dan akan hidup berdua dengan anak sampai bila – bila. Aku rasa sampai sini sahaja nukilan hati aku. Semoga arw4h suamiku tenang di sana. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arw4h. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu ini.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.