Sejak mengandung, isteri aku jadi pemalas. Bila aku merungut dia merajuk sehinggalah dia ‘pergi’

Bila mengandung, isteri aku jadi malas bergerak, malas masak, malas mengemas, malas semuanyalah. Aku merungut sebab dia terlalu melayan malas tu. Ada satu hari kak ipar aku mengidam nak kerang bakar, terus aku belikan. Tapi sebenarnya dah lama isteri aku mengidam nak aiskrim tapi aku tak beli…

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin siarkan cerita aku. Aku terpanggil untuk ceritakan perasaan aku selepas kehilangan isteri tersayang semasa lahirkan anak sulung kami pada 3/9 baru ini. Aku bukanlah seorang yang rajin membaca apatah lagi menulis tapi kali ini luahan ikhlas dari hati aku seorang suami dan papa yang sunyi.

Isteri aku, namanya Ana, seorang wanita yang biasa – biasa sahaja tapi sangat comel di mata aku. Bertubuh kecil dan sentiasa bersederhana. Tak pernah minta benda – benda mahal dari aku. Dia juga bekerja dan pergi kerja naik public transport.

Kami baru melangsungkan perkahwinan bulan Disember tahun lepas. Kehidupan selepas kahwin kami sangat simple. Isteri aku pandai masak tapi sejak mengandung alahan dia sangat teruk sehinggakan boleh dik4takan apa yang dimakan akan keluar semula.

Mungkin sebab pembawakan ibu mengandung, isteri aku jadi malas bergerak, malas masak, malas mengemas, malas semuanyalah. Tidak seperti dia dahulu, cergas dan ceria selalu. Kadang – kadang aku cuba memahami walaupun seringkali aku merungut bila merasakan dia terlalu melayan malas tu.

Dan bila ditegur dia juga akan merajuk dengan aku (memang dia seorang yang kuat merajuk). Bila diingatkan kembali, aku tak tahu suami dan bapa bagaimana aku ini. Isteri aku pernah merajuk bila aku merungut dia seringkali ajak makan di luar, sedangkan dia bukan mengidam dan seringkali makanan tersebut aku yang habiskan dan selalunya bila dia yang ajak makan di luar dan dia yang akan membayar makanan kami.

Itupun aku masih nak merungut, k3jamkan aku? Dia sanggup bersusah dengan aku. Sepanjang perkahwinan kami, kami tidak mempunyai set bilik tidur hanya tidur beralaskan tilam nipis sahaja. Sedikit pun dia tak pernah merungut, sedangkan aku tahu sejak mengandung, dia sering mengadu s4kit belakang dan susah nak bangun ke bilik air.

Teringat masa mula – mula kahwin kami membeli periuk nasi serta barang dapur dengan menaiki motorsikal dalam keadaan dia mengandung, dia lah yang memegang kuali, baldi dan beberapa plastik berisi barang dapur kami yang ringan kerana tak muat nak letak dalam raga motorsikal.

Sepanjang perjalanan pula hujan renyai tapi atas desakan isteri kami tetap meneruskan perjalanan ke rumah sebab dia tak tahan nak ke tandas. Untuk pengetahuan, isteri aku mengalami sembelit yang agak teruk sepanjang kehamilan dan dia tak mahu menggunakan tandas awam kerana takut ramai yang menunggu di luar.

Paling tak boleh lupa ketika di rumah abang aku, dia menangis sepanjang malam kerana terlalu teringin aiskrim connerto vanilla. Aku pula beberapa kali ke kedai tapi terlupa untuk belikan aiskrim tersebut. Sepanjang dia mengandung, dia tak pernah menyusahkan aku dengan meminta makanan yang susah didapati.

Tapi untuk aiskrim sahaja pun aku tak dapat tunaikan. Isteri aku rasa terkilan sangat pada hari itu kerana permintaan kakak ipar aku untuk makan kerang bakar malam tu juga aku belikan, (abang aku oncall) sedangkan dia yang mengandung hanya minta aiskrim berhari – hari aku tak tunaikan.

Sungguh rasa bersalah dalam diri aku. Jarak perjalanan tempat kerja isteri aku ke public transport (lrt maluri) mengambil masa lebih kurang 15 minit berjalan, dia akan turun di lrt kampung baru (rumah sewa kami) dan berjalan kaki lagi dalam 15 minit.

Bayangkan dalam keadaan sarat mengandung dan kaki bengkak isteri aku masih berjalan sendiri 30 minit ulang alik ke lrt setiap hari. K3jamnya aku sebagai suami membiarkan dia begitu. Hari ini aku kehilangan isteri dan anak aku.

Benar j0doh kami sampai di sini dan tiada rezeki untuk aku membesarkan anak pertama aku. Isteri aku terjatuh ketika berjalan menuju ke tempat kerja ketika cuba mengelak kereta yang tiba – tiba meluru ke arahnya. Mujurlah ramai yang membantu bila melihat dia tumpah d4rah di situ.

Dalam keadaan tersebut dia cuba menghubungi aku beberapa kali tetapi aku sedang bekerja dan telefon aku diletakkan dalam loker. Beberapa kali keluarga mertua juga cuba menghubungi aku sehinggalah adik ipar menghubungi rakan sekerja yang dicari melalui facebook dan maklumkan isteri aku berada di hospitaI.

Dengan kelam kabut aku terus ke hospitaI. Dalam fikiran aku hanya tak sabar untuk menjadi bapa sahaja. Mereka tidak menceritakan hal sebenar kepada aku sehinggalah aku mengetahuinya di hospitaI. Isteri dan anak aku sedang bert4rung nyawa di dalam bilik kec3masan.

Lebih kurang jam 11 pagi kami dimaklumkan anak dan isteri aku tak dapat diselamatkan. Ya Allah berat sungguh ujian ini. Hari ini, banyak sangat perasaan bersalah aku. Aku rindu melihat senyum, tawa, rajuk isteri aku. Tabahnya isteri aku melayari kehidupan dengan aku.

Paling aku terkilan apabila melihat telefon bimbit isteri aku. Rupanya tanpa aku sedar ada sesuatu yang isteri aku inginkan tetapi tidak diluahkan kepada aku. Mungkin sebab seperti biasa dia enggan menyusahkan aku. Beberapa gambar baju mengandung ada dalam simpanan album.

Baru aku sedar sepanjang isteri aku mengandung, tiada satu baju mengandung pun yang aku belikan untuknya. Betullah, perempuan mana tak inginkan untuk pakai baju mengandung, merasai pengalaman mengandung. Pengalaman paling berharga dalam hidupnya.

Bila difikirkn selama ini isteri aku hanya meminjam pakaian kakaknya sahaja. Maafkan abang sayang, abang gagal memahami sayang, gagal menjadi suami yang terbaik untuk sayang, gagal meIindungi sayang. Untuk anak syurga papa, papa sayang kamu sangat.

Maafkan papa kerana gagal meIindungi kamu. Jarang papa habiskan masa berbual dan membelai kamu ketika dalam kandungan mama. Ya Allah sungguh aku rindu mereka. Untuk para bakal bapa di luar sana, hargailah isteri kita. Luangkan waktu bersama mereka. Tunaikan lah apa yang isteri inginkan (jika boleh) agar tidak menjadi seperti aku.

Komen Warganet :

Suzana Mohd Salleh : Betul cakap.. masa mengandung anak pertama. Kak penah rasa macam ni. Alahan teruk.. badan tak larat. Masak memang tak boleh. Makan apa pun asyik keluar balik. Masa tu dok jauh dari family. Hanya dengan suami dok berdua menghadap benda ni.

Masing – masing first time. Kadang – kadang suami rasa fed up sebab ingat kak saja – saja buat malas. Tapi bila dah m4kin matang dan melalui pengalaman mengandung kali ke 2 dan ke 3. Baru dia paham. Buat suami yang first time nak jadi bapa.

Hargai isteri yang sedang mengandung. Bukan depa buat – buat malas. Tapi memang tak larat.. alahan.. pembawakan budak.. Layankan je la apa permintaan isteri. Peng0rbanan mereka yang sangat hebat demi bersabung nyawa untuk menyambung keturunan sang suami.

Nor Adila Ali : Memang TT tak layak untuk jaga arw4h isteri dan anak. Itu sebab Allah ambil mereka.. Susah sangat ke nak hantar isteri ke stesen lrt tu, bukan hantar sampai tempat kerja pun. Kalau isteri mengidam nak makan benda yang mudah pun tak boleh tunaikan, tak rasa macam mana rasanya mengidam tu tau terbayang – bayang dekat kepala dan terasa – terasa kat tekak sampaikan terbau – bau tau.

Bukan sesaja bukan mengada – ngada isteri tu sebab arw4h minta benda yang senang dpt. Cuma tu lah memang nampak sangat TT lebih pentingkan orang lain dari pedulikan keperluan isteri. Kakak ipar nak kerang bakar sanggup pula kau cari dan tunggu kat restoran tu yang isteri pergi kat kedai mana – mana pun ada Aiskrim tu.

Asmidar Ali : Bila suami cerita kebaikan isteri, maka baiklah isteri tu. Mudah mudahan arw4h isteri encik, dimasukkan ke dalam syurga Firdaus. MeninggaI waktu melahirkan tu, antara m4ti syahid. Itulah sebaik baik balasan untuk arw4h isteri encik, atas kesabaran dan peng0rbanan arw4h sepanjang pernikahan dengan encik. In Shaa Allah. Aamiiin. Banyakkan berdoa untuk arw4h.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.