Sejak pindah dekat dengan rumah mertua, suami berubah. Dah 4 bulan suami duduk rumah mertua, tiba – tiba dia kata nak cerai

Ibu mertua tak suka saya sebab ada depr3ssion. Dia kata saya giIa. Sejak kami pindah duduk dekat dengan metua, suami banyak habiskan masa ke sana. Sekarang suami dah 4 bulan tak balik, tiba – tiba dia cakap nak bercerai. Sehinggalah suami nekad..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Kalian, minggu depan, saya dan suami akan ke mahkamah untuk lafaz cerai. Ya, dia akan ceraikan saya walaupun saya tak mahu dan tak rela. Dia sudah meninggaIkan rumah selama 4 bulan lebih dan duduk dengan ibunya.

Punca perceraian, saya tak tahu kenapa suami begitu nekad. Saya tak ada berg4duh besar dengan dia, tapi kali terakhir sekali saya ada minta ibunya tegur dia sebab dia sangat sibuk dengan urusan di luar dan membiarkan saya seorang diri menguruskan anak.

Lain yang saya harapkan, lain yang terjadi. Sebulan dia diam membisu dan akhirnya katanya mahu bercerai. Sejarah perkahwinan kami, saya ada depr3ssion, banyak tekanan yang saya hadapi kerana dia sibuk dengan urusannya.

Ya dia ke masjid tiap malam tapi balik lewat. Bila ada masalah, dia tak selesaikan tapi mendiamkan diri. Dia banyak ceritakan masalah kami ke ibunya. Bila tekanan tinggi, saya sering meng4muk kerana berasa tidak dipedulikan dan tidak didengari dengan dua anak kecik.

Tapi saya akan meminta maaf kembali dan semua kembali normal. Saya tahu saya pun banyak kesilapan, tapi depr3ssion saya tahap mendengar suara untuk ced3rakan diri sendiri. Saya dah ceritakan pada suami dan mahu dibawa berubat tapi tiada usaha dia untuk tolong saya dan yang saya tahu ibu dia kata saya ni giIa.

Jika ditanya pada saya, saya akan katakan kami ada masalah komunikasi. Saya pernah ajak dia pergi kaunseling tapi tak diendahkan. Saya hanya suri rumah waktu itu jadi tak banyak saya boleh lakukan. Sekarang semuanya terbalik.

Saya mendapat kerja dan dia pula kehilangan pekerjaan. Dan sekarang dia nekad pula mahu bercerai. Depr3ssion saya sem4kin pulih secara sendiri kerana saya positifkan diri dan berusaha meIawannya. Dia sendiri kata saya banyak berubah tapi kenapa dia pula mahu pergi tinggalkan saya?

Kami dah berpindah dekat ibunya. Rumah asing tapi cuma 10 minit perjalanan. Ayah mertua sudah tidak ada, tapi ibunya tinggal bersama adik dan kakaknya. Tapi dia sem4kin banyak habiskan masa dengan ibunya. Apa – apa masalah rumahtangga dia ceritakan pada ibunya, namun tak pula berbincang dengan saya. Memang saya tertekan.

Saya tahu, saya ok saja kalau kami bercerai. Saya ada kerja dan saya dah biasa menguruskan anak sendiri. Dia dah keluar rumah 4 bulan lebih. Tapi hati saya mengatakan dia sekarang dalam keadaan tertekan kerana tiada pekerjaan dan pengaruh ibunya.

Dan ibunya dah tak mahu menerima saya mungkin kerana sejarah depr3ssion saya. Kata orang, dia dah tak sayang saya, kalau dia sayang dia akan usahakan jugak untuk berbaik dengan saya. Tapi kata hati saya, dia pun tak mahu ini berlaku tapi mungkin tekanan dari ibunya..

Tapi mungkin juga dia betul tak sayang saya, saya tak tahu dan saya keliru kerana dia tak pernah terang – terang mengatakan dia dah tak sayang atau tawar hati dengan saya. Dia cuma mendiamkan diri sepanjang masa.

Sepanjang 4 bulan dia selalu datang bertemu anak, tapi tak ada perbincangan antara kami. Saya sering luahkan perasaan dalam mesej tapi tak pernah dibaIas. Bila berdepan, saya jadi sedih dan tak mampu nak berkata – kata.

Saya masih sangat sayangkan dia, saya pujuk dia fikirlah anak – anak tapi dia mahu teruskan juga. Jadi, saya nak minta pendapat semua. Jika di dalam mahkamah saya katakan yang saya tidak setuju dengan perceraian ini, apa yang akan berlaku?

Saya ada juga rasa, biarlah lepaskan dia tapi memang betul hati saya tak rela. Demi anak – anak kecik kami dan saya sendiri yang masih sayang, saya sangat sedih mahu bercerai. Dan, jika berlaku perceraian antara kami, saya mahu sedikit nasihat macam mana nak move on atau terima hakik4t ni.

Kami dah berkahwin lebih 7 tahun dan ada 3 orang anak. Yang kecil pula baru setahun. Saya memang amat sayangkan dia, dia ayah yang baik, dia juga suami yang baik cuma dia agak sibuk dengan urusannya dan banyak mengabaikan saya, serta masalah komunikasi yang teruk. Juga masalah dengan ibunya.

Kalian, nasihatkan saya.. Saya cuma mahu sedikit semangat untuk berhadapan dengan dia yang saya sayang. Doakan kami. – Haura’ (Bukan nama sebenar)

Sambungann.. Assalamuaaikum.. saya pernah menghantar confession “Menanti waktu itu” beberapa minggu lepas. Waktu itu saya sedang menanti waktu untuk diceraikan suami di mahkamah. Ya, saya sudah pun diceraikan.

Tiada kata membayangkan rasa itu. Saya tidak ingin menulis confession ini sebenarnya, tetapi apabila membaca satu luahan tentang tawar hati, saya tergerak nak tulis. Ya, suami saya juga begitu. Setelah dia melafazkan talaq pada saya, dia seolah terlepas beban yang berat.

Kami berbual di luar mahkamah, saya tanya padanya, sayang tak pada saya? Kerana saya tak berpeluang bercakap dengannya berbulan lamanya. Dia hanya menjawab, sayang tapi dia tak tahu apa yang harus dilakukan.

Katanya dia tertekan dan banyak tekanan dari orang lain. Saya sedih, inikah pengakhirannya. Jika sayang kenapa berbuat begini? Jadi apabila membaca tersebut, saya sedar, mungkin beliau sebenarnya sudah lama tidak menyayangi saya.

Satu hakik4t yang sangat membebankan, meny4kitkan, mengecewakan buat seorang isteri kerana saya masih sangat mencintai dia. Walaupun dia meninggaIkan saya dan anak – anak berbulan lamanya, datang bila hanya dia inginkan, tidak mampu membuatkan saya benci padanya.

Hati ini terlalu cinta dan sayang. Bukan mudah untuk saya menerimanya dahulu menjadi suami walaupun ramai yang mengejar saya. Tuan confessor, bagaiamanakah rasanya hati yang m4ti? Saya seolah terasa putus cinta yang sangat meny4kitkan kerana ditinggalkam suami yang amat saya sayang.. Namun, saya juga bukan isteri yang baik.

Baik, ini cerita saya. Saya pernah suatu masa dahulu, mengalami depr3ssion, terdengar suara yang menyuruh saya ced3rakan diri. Ia akibat rasa rendah diri, rasa tidak berguna, rasa tidak diberi perhatian suami. Suami tidak bertanyakan masalah saya, malah suami menceritakan masalah antara kami kepada ibunya. Tiada komunikasi berkesan antara kami.

Suami juga sering membandingkan saya dengan kakaknya, dengan orang lain, lalu saya rasa saya tidak berguna. Saya seolah jatuh di lubuk yang dalam, saya rasa saya ini seorang yang tidak berguna dan tidak layak untuk suami.

Akibatnya saya menjadi tertekan, saya susah mengawal emosi, saya sering tinggikan suara pada suami kerana tertekan dan sangat penat dengan urusan keluarga dan rumah tapi terasa tidak pernah dihargai. Suami pantang melihat saya mengalirkan air mata, pasti dia akan memarahi saya. Aneh bukan, air mata saya jadi punca kemarahan dia.

Suami tidak mahu mendengar masalah saya, tetapi menilai dan menghukvm, maka saya berserah pada Tuhan. Saya juga pernah tawar hati dan tak mahu teruskan perkahwinan ni. Namun saya bangkit, saya cari diri yang hilang. Untuk anak – anak – anak.

Saya mencari cinta yang hilang, saya kembali menemukan sayang dan cinta untuk suami. Setelah beberapa lama, kini keadaan seolah berbalik, benarlah hati ini sifatnya berbolak balik. Kini suami pula seolah berasa down dengan dirinya sendiri, mungkin kerana ketiadaan pekerjaan.

Dan masalah – masalah lain yang timbul dan dia pula yang merasakan tidak layak untuk saya. Anehnya takdir Tuhan. Bagi saya ini sebuah ujian. Cinta itu, jika sudah hilang, carilah ia kembali dan suburkanlah dengan baja kasih sayang.

Perkahwinan ini bukan terbina atas dasar cinta dan sayang semata, ia datang sekali dengan tanggungjawab dan amanah dari Tuhan. Ada nyawa – nyawa lain (anak – anak) yang perIukan ibu dan ayah, perIukan sebuah keluarga yang aman dan tenteram.

Suami tidak tahu betapa kecewanya anak – anak melihat ayahnya datang dan pergi setiap hari. Tidak bersama – sama mereka saat susah dan senang. Tiada untuk makan bersama, tiada untuk membaca bedtime story, tiada untuk solat bersama, tiada untuk mengaji bersama, tiada untuk bermain bersama di waktu petang.

Tiada figure seorang ayah untuk dicontohi. Kesannya akan dilihat berbelas tahun dari sekarang. Entahlah, saya juga tak layak untuk menasihati, suami juga sudah pun menceraikan saya. Saya doakan dia peroleh ketenangan dan kebahagiaan yang dia cari.

Masih berbaki beberapa bulan jika dia masih mahu kembali, namun jika tidak, saya akan lepaskan dia pergi. Bukan mudah, di saat hati masih cinta, masih sayang, untuk melepaskan tapi mungkin itu yang terbaik. Saat air mata mengalir, saya bisikkan pada diri sendiri Cinta itu milik Tuhan, Dia yang memberi, maka Dia boleh mengambilnya kembali.

Doakan bekas suami saya pulih dari rasa sukarnya, diberi rezeki yang melimpah ruah dan pekerjaan yang baik, dan kembali pada kami yang masih menyayanginya. Doakan masih ada sinar untuk keluarga kami bersatu kembali. Sesungguhnya jika Tuhan mengizinkan, batu yang keras boleh menjadi lekuk dan lembut kembali. – Haura’ (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Zuana Lisma Omar : Belajar untuk reda dan terima hakik4t diri kita sudah tidak disayangi dan diterima lagi. Lebih baik berdamai dengan takdir dan move on. Utamakan sayangi diri dan anak – anak, moga segala urusan dimudahkan dan sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan.

Khatijah Binti Ibrahim : Teruskan hidup tanpa suami. InshaaAllah awak boleh bangkit dan lebih berjaya. Dari awal dah nampak dia tak menghargai dan jauh sekali menyayangi awak. Awak perlu sayangkan diri sendiri dan masa depan awak dan anak – anak. Pilihan di tangan sendiri. Jangan sia – siakan peluang di depan mata. Moga Allah permudahkan perjalanan hidup adik.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.