Umur aku 55 tahun, dah 3 kali kahwin cerai. Semuanya aku yang minta dilepaskan. Sampai sekarang ramai lelaki datang dekat

Kahwin kali ketiga dengan duda, rakan sekampung. Tapi tak sangka, anak – anak tiri tak suka aku. Suami aku jadi m4ngsa kekerasan anak – anak tiri..

#Foto sekadar hiasan. Seperti tajuk yang aku tulis tu, bila berlaku bermacam – macam kejadian ke atas diri kita, barulah kita dapat melihat apakah hikmah di atas segala kejadian tersebut. Nama aku Melor, ibu tunggal yang tidak bekerja berusia 55 tahun, punya 4 anak yang sudah dewasa dan sorang cucu.

Aku sudah tiga kali berkahwin. Tiga kali perkahwinan aku semuanya gagal, berakhir dengan perceraian. Ketiga – tiga perceraian, aku yang minta dilepaskan. Bukan kerana aku tidak punya kesabaran yang tinggi, tetapi kerana aku sudah letih bersabar.

Perkahwinan pertama 1988 – 2008. Perkahwinan pertama aku bertahan selama 20 tahun. Keempat – empat anak aku hasil dari perkawinan pertama. Aku failkan fasakh kerana suami aku curang. Selama 20 tahun hidup aku berumah tangga, kami anak beranak tidak menitikberatkan soal agama.

Suami sangat sosiaI orangnya. Aku dan anak perempuan tidak menutup aur4t dengan sempurna (tidak bertudung). Aku dan anak – anak aku sahaja yang solat, itupun bukan 100% solat kami terjaga. Puasa Alhamdulillah, aku dan anak – anak berpuasa. Suami? depan aku puasa, belakang aku, entah laaa!

Perkahwinan kedua 2009 – 2014. Setahun menjanda, aku dilamar oleh duda kem4tian isteri yang sangat menjaga didikan agama. Sebetulnya aku tak ada hati langsung pada duda itu, tetapi disebabkan kelangsungan hidup, aku yang tiada pekerjaan ini terp4ksa menerima lamarannya.

Bila berkahwin dengannya, aku yang tidak bertudung, menjadikan aku seorang yang menutup aur4t. Aku yang tidak lengkap solat 5 waktu, menjadikan aku seorang yang sayang untuk meninggaIkan solat. Bagaimana suami aku didik aku sehingga aku cukup solat 5 waktu?

Setiap kali suami aku keluar bekerja, dia akan menelefon aku bertanya sama ada aku sudah solat atau belum. Setiap hari ye! Sehingga aku rasa malu pada diri aku sendiri bila suami aku menelefon aku waktu sekian – sekian, aku belum menunaikan solat.

Disebabkan setiap hari suami aku tidak jemu mengingatkan aku untuk solat, Alhamdulillah sampai hari ini aku tidak pernah tinggal solat dengan sengaja (malas). Cantiknya aturan Allah kan… Allah hantar suami kedua aku untuk didik aku supaya aku dekat dengan Dia.

Allah hantar dia pada aku supaya aku menjadi orang yang baik, menutup aur4t, menunaikan solat 5 waktu. Bayangkan jika aku masih bersama suami pertama dulu.. Perkahwinan kedua aku bertahan selama 5 tahun. Sebab bercerai kerana suami aku sangat cemburu dengan bekas suami.

Aku dengan bekas suami pertama selalu berhubung kerana anak. Suami kedua aku tidak boleh terima hal itu. Aku terp4ksa melepaskan suami kedua aku pergi dari hidup aku kerana aku tidak ingin memisahkan anak – anak aku dengan bapak kandungnya. Allah pinjamkan aku sekejap suami kedua untuk bimbing aku ke arah hidup yang lebih baik.

Perkahwinan ketiga 2016 – 2023. Selepas 2 tahun bercerai dengan suami kedua, rakan sekampung datang melamar aku, tetapi dia bekerja di negeri lain. Sama negeri dengan anak perempuan dan anak lelaki aku bertugas.

Rakan sekampung aku ni sama macam aku, dua kali gagal dalam perkahwinannya. Jadi… ini adalah perkahwinan ketiga kami. Beberapa bulan selepas kami selamat disatukan, aku berpindah ke negeri tempat suami aku bekerja.

Dengan perpindahan ini, aku m4kin dekat dengan anak – anak yang bekerja di situ dan juga dekat dengan cucu tunggal aku. Cantikkan aturan Allah. Bila berada dekat dengan anak – anak dan cucu, aku sendiri yang menjaga cucu aku sewaktu anak aku bekerja. Aku menjaganya dengan penuh kasih dan sayang.

Bayangkan kalau aku tidak kahwin kali ketiga ini, pasti aku tidak akan berpindah. Pasti aku kekal tinggal di negeri kelahiranku. Di usia aku sekarang ni… aku ingin hidup tenang – tenang je. Bila kami berkahwin, anak – anak suami tidak selesa dengan perkahwinan kami. Bertahun – tahun aku memendam rasa.

Dipendekkan cerita, aku mintak undur diri kerana tidak ingin hidup di dalam keserabutan. Walaupun aku tidak tinggal bersama anak – anak tiri tetapi mereka selalu mengganggu ketenteraman hidup kami. Suami aku yang menjadi m4ngsa kekasaran anak – anaknya.

Allah pinjamkan suami ketiga selama 7 tahun untuk bawak aku dekat dengan anak – anak dan cucu aku. Apa yang menyebabkan aku tergerak hati nak menulis di sini… Tadi aku borak – borak dengan anak perempuan aku. Dia bagitau aku, “Mama… cantiknya aturan Allah menghantar Mama ke sini”.

Aku jawab… “Iye… tempat isteri di sisi suami. Jika Mama datang ke sini untuk menjaga cucu, rasanya Mama tak datang kot sebab cucu Mama ada mak ayah hehee”.

Penutup…. Alhamdulillah! Di usia aku yang sudah menjangkau 55 tahun ini, masih ada lagi insan yang sudi mendekati aku. Aku tidak menolak jika jodoh aku datang lagi. Bukan kerana untuk kelangsungan hidup dah, kerana hidup aku sekarang di kelilingi anak – anak yang sangat menjaga kebajikan aku.

Aku terima untuk kahwin lagi atau tidak, aku pasti Allah dah susun cantik – cantik perjalanan hidup aku sebelum sampai ke sana. Kawan – kawan aku berpendapat, dah tua – tua ni tak payah la kawin lagi. Baik buat amal ibadah.

Alaaa kalau ada orang nak kau, dan kau pun nak dia, kau akan terima juga, hahaa! Bagi aku… jaga makan pakai suami yang tak bermasalah, pun satu ibadah juga. Gudang pahala sebenarnya ada banyak di rumah, bukan di masjid je. Sekian cerita aku.. – Mama Melor 1969 (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nurulhuda Nasuha Mazlan : Saya panggil auntie la ye sebab anak auntie yang sulung mesti sebaya saya. Saya doakan auntie diberikan kesihatan yang baik serta ada rezeki berjodoh kembali moga semuanya baik – baik sehingga ke syurga.

Ann Fardan : Pasti puan ni lawa orangnya. Pandai jaga penampilan dan lemah lembut sebab itulah jodohnya sangat mudah. Alhamdulillah.. menikah itu sunnah kak. Kalau ada org baik – baik kahwinlah. Jangan peduli cakap – cakap orang. Kita ni dah tua  tua biasa bersuami.. pasti rasa ingin berteman. Moga Allah kurniakan jodoh yang terbaik dan terakhir meniti usia tua bersama hingga ke jannah.

Puan Dida Syuhada : Saya baca cerita ni dengan nada lemah lembut mungkin sebab penulisan ni sangat teratur dan bersopan. Tapi betol kata – kata aunty, everything happens for a reason where the reason might be seen at the moment, or later.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.