Semua duit bisnes, saya suruh mak simpan. Bila saya minta, rupanya mak dah beli barang kemas dan bagi pada anak kesayangan

Saya kena tipu. Mak guna duit itu untuk kepentingan dia, mak beli emas. Mak bagi duit saya pada anak kesayangan dia semata – mata untuk beli barang moto. Semuanya dah takde! SEMUA! Terduduk saya, dalam 20k..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum min, tolong hide fb saya. terima kasih. Mungkin lari topik sikit, soalan saya berd0sakah saya tawar hati dengan mak sendiri? Ya, selalu orang buat luahan tentang tawar hati dengan suami tetapi saya tawar hati dengan mak kandung sendiri.

Selama ni apa yang mak saya buat dekat saya, saya simpan pendam je, tak pernah saya bangkang dia. Dari kecik saya dik4ta macam – macam depan keluarga dan jiran – jiran. Saya ni semua tak ok lah, pendek kata mak saya suka d3r4 mental dari saya kecil.

Bayangkan sejak kecil saya dah d0wn, malu nak jumpa family bila raya. Saya takde keyakinan diri. Dan keadaan ini berlanjutan sampai la sekarang. Lebah habis belajar, alhamdulillah saya terus dapat kerja, tapi mak tak bagi saya pergi, jauh katanya.

Saya sabar, turut kata mak. Saya duduk rumah buat bisnes sebab kami tinggal di kawasan kampung, kerja apa ja yang boleh saya buat. Tapi lain pula dengan apa yang dia cerita dekat orang, katanya saya tak dapat kerja, dok rumah habiskan beras je. Macam beban rasanya.

Mak ada beli kereta secondhand lepas arw4h ayah takde, ayah meninggaI waktu saya belajar lagi. Mak dah janji bila saya mampu jaga kereta tu dia akan tukar nama. Ya, memang saya yang jaga, bayar kereta, siapkan duit servis. Kalau rosak tu rosak ni satu sen pon saya tak minta pada mak.

Mak tak boleh drive, tapi ada lesen. Selepas saya dah habis beribu, kereta dah elok, tergamak mak tukar nama ke nama anak kesayangan dia. PERCUMA je. Untuk pengetahuan semua, kami ni dua beradik je. Apa boleh saya buat, saya sabar.

Saya langsung tak ungkit, walaupun dalam hati saya ni sedih, rasa terkilan. Sekurangnya saya dapat tengok apa yang saya usaha ada depan mata walaupun hati terIuka. Saya usaha berniaga, Alhamdulillah rezeki saya, saya mampu bagi mak saya duit tangan setiap minggu, barang dapur saya tanggung.

Mak nak makan apa? Pakai apa? Takpe saya beli, saya tak berkira dengan dia. Duit bisnes saya, saya simpan dekat dia, senang saya nak kira – kira nanti sebab banyak cash dari online transfer. Lagi sekali saya kena tipu. Mak saya guna duit itu untuk kepentingan dia, mak beli emas.

Mak bagi duit saya pada anak kesayangan dia semata – mata untuk beli barang moto dalam jumlah yang banyak. Bila saya tanya, saya nak buat kira – kira sebab nak tolak zakat dan modal. Semuanya dah takde! SEMUA!

Terduduk saya, dalam 20k juga lesap macam tu je. Saya berniaga kecil – kecilan, bukanlah benda mudah nak dapatkan duit sebanyak itu Tapi pembaca nak tahu apa mak saya cakap? Tanpa sikit pun rasa bersalah, mak saya kata, “cari lah balik bukannya banyak.”

Saya kena cari duit lain untuk modal dan saya masih sabar, saya geram. Walaupun saya marah tapi saya simpan kerana dia adalah mak saya. Orang kata mak adalah syurga kita kan.. Hanya Allah je tahu perasaan saya, sudahlah macam – macam dia kata belakang saya, yang saya usaha pun dia ambil.

Tak cukup ke apa yang saya bagi? Setiap kali harijadi mak, saya tak pernah lupa, saya bawak mak pergi berjalan, makan – makan, beli hadiah. Sedangkan semua ni, saya takde kenangan langsung masa kecil. Saya sedih min, sekarang saya dah kahwin cuma suami saya ja tahu semua cerita ni dan saya sekarang tinggal jauh dari mak.

Saya tenang, bila dekat dengan mak, saya serabut sangat. Tapi saya selalu minta maaf dengan mak, walaupun dia macam nak tak nak. Saya dah usaha sembang dari hati ke hati tapi mak saya banyak mengelak kalau boleh dia tak nak duduk semeja pun bincang dengan saya.

Jadi saya buat apa? Saya diam, membatu. Saya teringin nak tahu apa salah saya selama ni. Saya tak minta dilahirkan pun sebagai anak mak. Sekarang ni bila mak mengadu yang dia tak sihat ke, saya dah tak rasa apa – apa. Saya rasa nak balik kampung pun rasa berat.

Mak pernah kata dulu dekat saya, rumah kampung ni dia nak bagi pada adik, jadi saya tak boleh menumpang lama – lama. Tanah yang mak ada pon sama. Saya bukanlah berharap sangat harta dia, cuma terasa. Dah la yang saya usaha dia ambil, lepas tu dia kata pula macam tu. Sekarang saya nak tanya pembaca, berd0sakah saya tawar hati dengan dia, mak saya?

Komen W4rganet :

Nurul Akma : Allah. Saya yang baca pun rasa sedih sangat. Berat lagi bahu awak yang memikulnya. Sedihnya rasa seorang mak sanggup membeza bezakan anak. Hati anak mana yang tak rasa s4kit, kecewa bila mak pilih kasih.

Apapun tahniah sebab awak masih layan mak awak dengan baik takde d3ndam apa – apa walaupun dia buat macamtu. Mungkin awak boleh bincang / tanya face to face dengan mak awak, kenapa layan awak macam tu? Ada terasa hati apa – apa ke? Saya doakan moga one day mak awak akan sedar kesilapan dia.

Noor Jannatul Naim Harrun :  Taat dengan suami, mak ayah kandung dapat syurga sekali. So utamakan suami yang baik. Jaga dengan penuh kataatan mengharap redha Allah. Mudahan ada kebaikkan dari sisi Allah untuk awak dan keluarga awak dunia akhir4t. Aaminn..

Lepaskan mak dengan adik tu.. Kalau mak perIukan pertolongan dan awak tak keberatan nak tolong.. usahakan semampu daya. Selebihnya berserah pada Allah. Yang menilai pahala dan d0sa Allah. Kita cuma boleh berusaha buat kebaikkan sahaja. Niatkan bersama – sama usaha dengan suami kerana Allah.. insya Allah, Allah tak pernah tidur.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.