Masuk je rumah aku, sepupu aku ni cakap, dia lemas duduk rumah aku. Bilik kecik, dapur kecik. Kesian jadi orang bandar, duduk flat. Aku memang nak halau je..
#Foto sekadar hiasan. Aku taip confession ni waktu tengah malam dalam keadaan yang emosi sebab sepupu aku yang duduk kat kampung, rumah dia kena banjir dan dia mesej aku nak bawak family dia tumpang rumah aku.
Ok aku faham kau nak cari tempat berlindung tapi bukan ke kau kutuk aku dan suami sebab duduk rumah flat? Ayah dan mak aku asal Felda. Ayah aku ni, mak dia meninggaI masa umur 8 tahun. Dapat mak tiri, kena d3ra, tak bagi makan, tak bagi pergi sekolah hari – hari.
Atok pulak jenis sayang bini. Sanggup tengok anak kena h4ntuk kepala kat dinding. Habis SPM, ayah aku nak masuk ask4r. Teruk kena tib4i dengan atok bila atok tahu. Atok tak bagi, kena kerja sawit. Duit satu sen tak dapat. Dibagi ke mak tiri.
Sampai tahap anak – anak perempuan mak tiri ni (1 ayah), campak kain yang ada d4rah period kat muka ayah aku, suruh ayah aku basuh. Masa tu umur ayah aku 18 tahun, jatuh maruah dia. Ayah aku nekad lari tengah malam, bawak diri ke Shah Alam. Tidur kaki lima.
Kerja kilang kat area Seksyen 15 tu. Sorang – sorang ayah aku bina hidup baru dan lost contact dengan family. Mak pulak, pun dari Felda. Anak perempuan yang dikawal ayah. Lepas SPM, duduk rumah je jaga adik berderet. Kerja tak boleh, sambung study tak boleh. Mak aku best student SPM tau.
Mak ada kawan baik nama Liza. Suami Liza kawan sekerja ayah. Sebab mak nak keluar dari rumah, mak minta tolong Liza carikan calon. Sampai jodoh, kahwin lah mak ayah aku. Mak pun hijrah ke Shah Alam. Jadi aku dan 3 orang adik aku memang lahir dan membesar di kawasan flat Shah Alam. Kami tak pernah balik kampung.
Ayah memang tak nak balik sebab tr4uma masa lalu. Mak pun tak nak balik sebab tokwan (ayah kepada mak) suka minta duit kat ayah aku. Aku first time balik kampung masa umur 13 tahun. Masa ni atok nenek aku dua – dua beIah dah s4kit, takde kudrat, diorang yang cari mak ayah aku dan minta maaf dengan perbuatan diorang.
Bila family aku first time balik kampung dan jumpa sepupu, aku perasan ramai macam tak suka kami. Padahal aku diam je tak tau nak borak apa. Tak habis dengan ayat – ni la budak KL tu. Dari pakcik makcik ke sepupu semua sama sampaikan aku rasa baik takyah balik kampung kot.
Masa berlalu, aku kahwin dengan suami orang Puchong dan pindah sini. Dia pun sama membesar kat rumah flat macam aku, kawasan bandar. Kami dikurniakan dua orang anak. Anak – anak aku lahir di hospitaI Serdang dan membesar di Puchong.
Awal tahun ni, suami aku beli rumah flat 3 bilik, di tingkat dua. Alhamdulillah syukur dapat rumah sendiri. Masa tu bulan puasa kami pindah. Bila raya, kami jemput la jiran dan sed4ra mara rapat datang rumah sambil buat majlis kesyukuran kecil – kecilan.
Salah sorang sed4ra ni up dalam group Whatsapp family diorang yang aku buat makan – makan. Kebetulan sepupu aku (Roy) datang Putrajaya urusan apa tah. Aku dan Roy tak la rapat sangat. Roy ni anak kepada makcik aku (adik ayah). Roy ni duduk kampung tak jauh dari rumah arw4h atok nenek.
So datanglah Roy ke rumah aku. Masuk rumah aku je, Roy terus cakap ‘lemas pulak rasa rumah macam ni’. Aku macam kau dah kenapa. Lepastu macam – macam la tak kena kat mata dia. Bilik kecik la, dapur kecik la. Aku ni ikut hati nak suruh dia balik je.
Aku tengok muka suami aku pun dah berubah. Sepanjang makan tu, tak habis la duk borak rumah dia kat kampung luas, anak boleh lari, parking luas, dapur ada dua. Paling buat aku beng4ng, sebelum balik Roy cakap depan muka suami aku – “kalau ada duit lebih beli la rumah lain, kesian jadi orang bandar”.
Biadap betul pada aku, aku ni dah la tak rapat dengan dia, jumpa pun masa raya. Tu pun suka nak ejek – alaa budak KL ni, kenapa datang kampung, pergi la duk diam kat KL tu. Apa la yang dengki sangat dengan life aku.
Rumah flat aku ni, takde isu cop parking. Siapa cop terus kena up dalam group. Jiran pun baik – baik, pembersih, mostly melayu. Aku selesa je duduk sini dan aku tak pernah la pulak sibuk dengan rumah Roy. Malam tadi, Roy whatsapp aku.
Dia tanya boleh tak dia dengan isteri dan anak dia 3 orang nak datang rumah aku sebab rumah diorang masuk air sampai d4da, duduk PPS tak selesa. Dia cakap dah check jalan, kereta boleh lalu. Eh aku macam, kau dah la kutuk rumah flat aku sampai suami aku kecik hati.
Cuba aku kutuk sebab tu tak nak duduk kampung, kan susah bila banjir. Haa mau aku kena kecam kan? Orang duduk kampung kutuk orang duduk bandar takpe, tapi orang duduk bandar kutuk kampung, kau jaga la satu batalion serang.
Aku malas baIas mesej Roy, dia call 3 kali pun aku tak angkat. Suami aku awal – awal cakap tak nak amik tahu hal dia. Lepas kahwin aku lega sebab takyah balik kampung. Mak ayah aku pun lama tak balik sejak atok nenek dua beIah dah meninggaI. Aku doakan urusan kau dipermudahkan Roy. Sorry mampu kirim doa je. Lidah itu lebih t4jam daripada pis4u. – Budak Flat (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Salina Gunawi : Well done! Jawapan yang mantap! Biarkan saja si Roy tu terjun dengan labu – labunya. Tak salah pun duduk flat. Saya selepas berkahwin pun sepuluh tahun duduk di tingkat lima Apartment kat Pandan Indah. Tapi famili suami relax je datang melawat dan bermalam dari kampung dan takde pun saya dengar ada yang mengutuk. Itu sebenarnya adab sebagai manusia.
Siti Asnor Faraien : Memang ada orang macam ni. Datang rumah orang komen macam – macam, macam rumah dia paling sempurna. Syukur lah kita ni dapat beli rumah sendiri sebab ade orang belum mampu nak beli rumah sendiri tak kira lah besar ke kecik ke luas ke tak.. dasar muka tak tahu malu. Dah mengata hujung – hujung nak minta tolong pula.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.