
Suami aku jenis tak suka orang menangis. Setiap kali dia dengar aku menangis. Dia suruh diam. Dia benci dengar suara aku menangis. Dia samakan aku dengan perempuan dalam Facebook..
#Foto sekadar hiasan / AI. Panjang lebar aku taip semalam untuk ceritakan kisah aku. Last – last tertidur. Hi. Aku cuma ingin bertanya dan kongsi sedikit cerita sebab aku tiada tempat nak bercerita sekarang. Hati terlalu s4kit tak tahu nak cakap macam mana.
Nak tanya. Adakah keputusan aku ni betul atau tidak, sedikit pendapat ka nasihat ka untuk aku? Aku terlalu sedih sekarang ni sudah 3 hari. Hati aku cakap “berhentilah sampai sini, cukup – cukup sudah tu, kau penat”. Tahun ni adalah 8 tahun perkahwinan aku.
Aku takut untuk teruskan hidup dengan suami aku, aku takut yang sebelum ni keputusan aku untuk stay sebab anak akan jadi satu masalah lain satu hari nanti. Sebab dari lepas kami buat majlis kahwin. Suami aku tidak pernah tunjuk hormat aku sebagai perempuan. Ni aku fikir balik – balik. Dan tersedar dari dulu sampai hari ini.
Suami aku tidak tahu hormat aku pun. PukuI pun sudah berapa kali tapi tak lah sampai 10 kali. Tapi memang pernah pukuI aku lah. M4ki hamun pun sudah banyak kali, bila aku cakap jangan m4ki depan anak – anak, dia tetap akan buat bila dia str3ss tak tahan dia tetap akan keluarkan ayat m4ki.
Setiap kes4kitan yang aku dapat dulu. Aku jadikan satu doa sehingga hari ini. Sebab aku percaya dengan Allah. Bertahan dan bersabar sehingga hari ini sebab berharap yang suami akan berubah satu hari nanti dan tak mahu anak – anak merasa tiada seorang ayah.
Aku tak mahu anak – anak rasa macam kehidupan aku masa budak. Aku pun dari br0ken family. Aku tak mahu anak – anak merasa apa aku rasa. Tu yang aku stay dengan husband ni dan selalu berdoa agar ada perubahan dalam kehidupan kami.
Aku penat. Betul aku penat. Aku penat g4duh, aku penat explain benda yang berulang. Suami tahu cari kesalahan kelemahan aku tapi dia tidak sedar dengan apa yang dia cakap. Bila aku ingatkan balik dia cakap “takde.. takde, tak pernah pun cakap”. Macam mana aku tak str3ss macam tu?
Aku boleh hidup susah senang dengan suami. Tapi kalau inilah suami aku bagi layanan dari dulu sampai hari ini. Sampai bila aku perlu bertahan? Ya. Aku ada nampak dia control diri dia depan anak – anak juga pasal m4ki dan pukuI. Dan sekarang bila dia tak puas hati dengan aku.
Dia akan h4ncurkan barang dalam rumah. Depan anak – anak. Tapi masih nampak dia pun control diri juga berbanding sebelum ni. Lepas tu, yang aku nampak lagi. Dia kadang – kadang pandai mengemas mainan budak atau piring – piring yang perlu cuci.
Kadang – kadang aku suruh dia buat sesuatu kadang – kadang dia direct buat kadang – kadang dia cakap nanti. Suami aku suka main game. Tu yang jawab nanti sebab dia tengah main game tapi ini aku tiada masalah sebab tahu juga tu hobi kan. Ni salah satu perubahan aku nampak.
Sebab dulu dia pernah cakap aku Queen Control. Sebab suka menyuruh. Aku suruh tu minta tolong lah tu. Bukan nak control. Kan sama – sama tinggal. Sama – sama lah kemas macam tu. Kita kerjasama lah macam tu. Cuti ka tidak cuti sama saja. Suami aku tiada tu common sense. Dia tak suka disuruh. Tapi bila tak disuruh tak pernah bergerak. Masih rutin yang sama.
Bila dia nampak aku str3ss mengemas rumah atau layan budak. Dia suruh aku rehat. Tapi aku jenis tak boleh rehat selagi rumah tak bersih, anak tak makan tak mandi, makanan belum disediakan. Aku tak dapat nak rehat kalau tinggalkan kerja – kerja tu begitu.
Lepas tu nanti lepas rehat tetap aku juga yang buat. Kenapa tak nak tolong buat sama – sama? Ya aku faham suami cari duit, kadang – kadang str3ss bos bising, customer pun kadang – kadang bising. Kalau fikiran tu selalu fikir masalah. Sampai bila nak selesai? Solat pun tidak. Percaya dengan Allah pun tidak.
Kadang – kadang punca suami str3ss sebab bos tak membantu selesaikan masalah customer. Lepas tu suami sendiri yang handle. Tapi jangan lah hari – hari nak bawa str3ss tu dekat rumah. Tahu kah effect tu akan kena kami aku dan anak – anak. Kami buat apa – apa pun tak sesuai dengan mood dia.
Jadi macam mana? Takkan kami keluar rumah untuk faham keadaan str3ss dia? Bila bawa bercakap, jadi g4duh pulak. Jadi aku pilih untuk diam dan layan anak – anak. Esok dan esok pun tetap sama. Sampai satu masa aku ikhlas dan tidak berharap lagi pada dia si suami. Sebab percaya tidak percaya. Berharap itu meny4kitkan.
So aku buat semua sendiri tanpa minta bantuan dia. Penat – penat, str3ss sendiri – sendiri juga. Aku tak pernah cerita dan aku memang kuat menangis. Tapi suami aku jenis tak suka orang menangis. Setiap kali dia dengar aku menangis. Dia suruh diam. Dia benci dengar suara aku menangis.
Ya Allah. S4kitnya menahan nangis di dalam. Suami tak pernah pujuk. Dia selalu biarkan aku sendiri sampai tertidur. Kadang – kadang suami ada salah pun tak pernah mengaku. Diputar belitkan cerita tu. Kadang – kadang dia samakan aku dengan perempuan dekat Facebook.
Sedangkan aku cuma minta perhatian dia saja. Cukup lah sekadar peIuk aku. Hati aku pun turut sejuk. Tapi tidak. Dia boleh senyum scroll Facebook atau main game. Kadang – kadang bila kami berbincang untuk selesaikan. Ayat – ayat yang dia keluarkan tak pernah ayat yang merendah diri.
Tapi ayat – ayat dia bagi dekat aku. Ayat – ayat yang 100% itu adalah salah aku tapi cakap halus bukan teriak – teriak tanpa merasa yang dia pun ada salah juga. Kadang – kadang aku fikir mungkin sebab aku anak nombor satu dia anak nombor dua. So memang kami ni sama – sama jenis keras kepala.
Jujur cakap memang aku juga jenis keras kepala, kuat meIawan. Tapi kalau lah suami aku dari dulu cakap bagus – bagus dengan aku, tidak pukuI aku, tidak teriak aku, hormat juga aku sebagai perempuan. Aku juga tidak akan bertindak seperti mana dia bertindak.
Aku macam ni sebab aku tak mahu dia rendahkan aku. Aku tak mahu orang pijak aku. So kena backup diri aku. Aku tiada hati langsung nak meIawan suami apalagi tidak hormat dia. Aku tahu posisi aku di mana tapi aku tidak mahu jadi perempuan b0doh yang boleh kena pij4k, kena pukuI, kena m4ki, kena h1na terus. Macam kecil semut dah aku di mata dia.
Aku datang dari br0ken family. Family adik beradik jauh – jauh. Lepas tu suami layan aku macam tiada keluarga. Kalau kau di pihak aku kau rasa apa patut aku buat? Aku bertahan sampai hari ini sebab ingat anak saja. Tapi Ya Allah. S4kit betul aku rasa.
Apa lagi yang tak pernah dia cakap. Mata duitan pun pernah. Kalau lah aku mata duitan. Sudah lama aku tinggalkan dia dan ikut lelaki lain yang lebih berduit dari dia. Kenapa juga perlu bertahan kan kalau aku betul – betul mata duitan. Fakta.
Siapa yang tak suka duit? Duit is your life saver untuk hidup. Nak makan perlu duit beli itu ini perlu duit. Aku tak pernah minta mahal – mahal dengan dia macam adik beradik dia lain. Cukup lah kami dapat makan. Dapat bawa kami keluar pergi release tension walaupun tak ada duit. Aku suka makan – makan.
So setiap kali dia suruh beli barang. Aku memang akan beli barang dapur dulu. Dan kebanyakannya makanan. Tu pun aku kena cakap boros. Sedangkan dia tahu RM200 pun tak cukup sekarang untuk makan sebulan. Dia cakap dia tak kira bab makanan kenapa persoalkan duit aku habis dekat mana?
Kenapa cakap aku boros? Sedangkan yang aku beli untuk kita semua juga. Keperluan juga. Makanan tu tetap dimakan. Dia suruh aku berjimat. Macam mana nak jimat? Kadang – kadang nak beli makanan pun aku fikir 2 – 3 kali nak beli ke tidak. Selalu cakap “nantilah”. Beli mana yang habis saja. Dengan kemahuan anak – anak lagi yang sentiasa cari makanan.
Kalau aku boleh terima hidup dengan keluarga dia, per4ngai keluarga dia. Kenapa dia tak boleh buat macam aku buat? Kalau dia tak suka keluarga aku. Anggap keluarga aku beban untuk dia. Kenapa dia terima aku? Kenapa aku saja? Tapi walaupun aku saja. Kenapa dia layan aku macam tu?
Betullah orang cakap selagi kita tak sebumbung tak sebilik dengan pasangan selagi tu lah kita tak tahu per4ngai dia sebenar walaupun dah lama kenal waktu bercinta. Aku rasa menyesal kenal dia tapi dalam masa sama aku banyak bersyukur dengan Allah sebab banyak Allah tunjuk bagi aku sebagai pengajaran hidup. Pengajaran yang pasti aku tak akan ulang.
Kalau ada nak sampaikan dekat aku. Boleh komen. Aku terima dengan hati terbuka. Walaupun cerita tak habis lagi. Aku pun nak tengok apa perasaan kamu kalau situasi ni dekat kamu. Kamu boleh jadikan diri kamu tu suami aku atau pun aku sendiri. Mungkin ada hal yang aku tak faham lagi? Terima kasih.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.