Setiap bulan wajib bagi bapa mertua 300 untuk duit r0kok. Dia bangun tunjuk jari tengah depan muka aku

Selama ni aku naik motor je hantar anak pergi sekolah, kalau hujan basah anak. Tiba – tiba bapa mertua berdiri tunjuk jari telunjuk dekat muka aku dan cakap, “ni semua kerana dia kan! Dia nak kikis duit anak abah. Abah ada hak pada semua harta anak abah. Kalau tak bagi, jatuhlah anak derh4ka!”

#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum admin, mintak jasa baik tolong siarkan kisah aku ni. Sebab aku perIukan pandangan dari para pembaca. Terima kasih. Tajuk yang paling sesuai untuk luahan aku ni ialah “Bapa dan mak mertua mata duitan.’

Kenapa aku cakap macam tu? Semenjak aku kahwin dengan suami, mak dan bapa mertua memang tidak bekerja. Mereka berg4ntung sepenuhnya pada suami, sejak suami mula kerja waktu umur 21 tahun. Yang aku hairan dan menjadi masalahnya, mereka berdua tak tua mana pun, sekarang baru berumur 58 tahun dan adik di bawah suami ada 3 orang.

Ada seorang yang masih bersekolah. Jadi korang boleh bayangkan tak macam mana kuatnya suami kena bekerja untuk sara keluarga dia dari mula dia kerja. Suami aku ni kerja dekat bengkel. Dia ada buka bengkel repair kereta.

Dulu duit makan harian suami serah pada mertua sebanyak RM40 sehari untuk beli lauk. Tapi sejak aku ada dalam rumah tu mak mertua hanya dapat separuh RM20 dan aku pun dapat jumlah yang sama dalam sehari. Tapi aku lah yang pergi kedai market untuk belanja masak lauk harian. Mertua aku boleh simpan duit tu.

Aku perasan yang lama kelamaan kehadiran aku tak disenangi oleh mereka. Bila aku masak, mereka komplen masakan aku tak sedap. Lepas tu aku plak yang kena hantar dan ambil adik ipar yang kecik tu ke sekolah, kalau lewat ambil aku kena marah.

Waktu aku sarat mengandung, aku penat dengan kain baju bertimbun untuk satu keluarga aku yang kena basuh, sidai dan lipat. Masak pula memang tak kurang 2 kali sehari, kemas rumah menyapu sampah luar rumah, aku jadi penat sampai kaki bengkak.

Kalau aku tak siapkan kerja rumah, nanti mulalah mak mertua tarik muka tak bercakap dengan aku. Aku bagitahu kat suami aku nak balik kampung mak aku selama 2 minggu lepas bersaling, berpantang di sana. Mertua jenguk sekali ja kat hospitaI lepas tu langsung tak datang ziarah dah aku dan cucu dia.

Kemudian aku dapat khabar gembira yang suami sedang cari rumah sewa untuk tinggal asing bersama anak. Bermula dari situ la aku hidup sendiri tanpa tekanan. Bahagia rasa buat kerja dekat rumah sendiri tanpa perlu ‘cuci’ sisa orang lain.

Tapi tak habis dekat situ, bapa dan mak mertua aku tak puas hati dorang datang rumah marah aku. Mereka cakap, aku nak duduk asing tu sebab nak senang lenang goyang kaki saja, boleh bangun tengahari. Aku tak kisah pun mereka nak kata, janji aku dah duduk asing.

Mak mertua bagi syarat supaya tolong bagi nafkah padanya RM800 dan pada abah RM300 sebulan untuk duit r0kok. Untuk pengetahuan semua, duit eletrik dan air rumah mertua pun suami aku tanggung. Sebab abah kan tak kerja dengan adik – adik lagi.

Ok.. suami turutkan. Alhamdulillah rezeki murah kalau tolong ibu bapa kan. Hiduplah aku dan suami bertahun – tahun sambil menyara mak bapa mertua. Sekarang aku dah 10 tahun nikah dan kami mempunyai 3 orang anak.

Suami pun dah tukar kereta baru dari wira ke Avanza boleh naik selesa sikit, anak ramaikan. Tapi itulah, bapa mertua datang tak puas hati cakap nanti kena tanggung hutang banyak sampai tak boleh nak bagi duit kat abah lagi.

Suami janji dekat bapa mertua yang tak akan berkurang pun duit belanja mereka. Dia siap cakap, “kalau kau nak beli kereta baru, wira lama kau abah nak ambik bawa balik.” Tapi suami cakap nak bagi aku naik sebab mudah untuk hantar anak sekolah.

Selama ni aku naik motor ja kalau hujan basah anak. Tiba – tiba bapa mertua berdiri tunjuk jari telunjuk dekat muka aku dan cakap, “ni semua kerana dia kan! Dia nak kikis duit anak abah.” Dia bertegas mintak kunci kereta, dia cakap, “mana jasa abah bela kau dari besar dua jari hingga sekarang anak abah dah besar panjang, Abah ada hak pada semua harta anak abah. kalau tak bagi jatuhlah anak derh4ka!”

Lantang dia bercakap depan kami. Suami malas nak panjangkan cerita dan bagi kunci kereta, dia ambil terus beredar. Hubungan aku dengan mertua memang dingin. Aku balik je ke rumah mertua seminggu sekali, buat tak kisah.

Tapi mereka buat layan tak layan je aku dan anak – anak. Tapi hari ni mertua tiba – tiba datang rumah aku lagi. Aku sebenarnya dah agak, macam biasa mesti nak sesuatu. Rupanya mereka nak pergi bercuti, jadi nak mintak duit pada suami RM1000!

Suami cakap boleh bagi RM200 ja sebab tengah sesak, bisnes pun ada naik turun kan. Mak mertua perli aku, “mana tak sesaknya ada isteri tatang sangat malas nak kerja. Tak macam menantu orang lain boleh bagi 1000 sebulan kat mak mertua.”

Aku cuba tahan tapi jatuh jugak air mata aku ni. Aku ada buat bisnes online, buat jual cucur letak kedai pagi – pagi tapi berapa duit sangat yang aku dapat. Malah aku bagi RM100 pada mak mertua, dia ambil sambil cakap setakat 100 minyak kereta pun pun tak lepas.

Setelah mereka pulang, aku menangis dengan suami yang tertekan sangat. Aku rasa baik aku berpisah ja dengan suami sebab kehadiran aku buat suami susah. Mereka nak menantu ada kerja besar, gaji yang banyak. Kalau dengan aku, memang tak selamanya boleh bahagiakan dorang.

Komen Warganet :

Ibu Qa’id N Qayra  :Rm300 duit r0kok je. Duit r0kok pun orang nak cover kan ke?? Rm300 boleh buat beli lauk 2 minggu. Sis, janganlah berpisah dengan suami. Beliau seorang yang baik. Cuma beliau memiliki ibu bapa yang t0xic.

Hidup dengan t0xic people ni memang menc4bar. Berdoalah sis. Berdoa semoga Allah bukakan pintu hati ibu dan ayah mertua. Doa orang yang terani4ya tiada hijab. Semoga dipermudahkan urusan ya sis.

Niennycilla Simons Simons : Ada juga manusia melampau macam tu. Suami tu yang kena tegas. Bapa mentua yang tak tau nak jalankan tanggungjawab sendiri. Beranak jer pandai. Bela makan anak sulung sampai besar, kemudian suruh anak tu yang tanggung dia punya tanggungjawab. Dia pulak beranak jerrrrrr. Tanggungjawab serah ke anak sulung. Tak malu!

Jamaiah Md Nor : Maaf cakaplah ye. Saya rasa betul – betul kesian dekat sisi sebab dapat mertua yang tak cukup akal, kesian sis buat kueh jual duit bagi mertua tu dah kenapa anak dia dah bagikan. Duit niaga tu duit sis, tak wajib pun nak bagi dekat mertua.

Kalau mertua per4ngai elok, takpelah jugak nak bagi. Sis simpan duit untuk masa yang memerIukan. Abaikan mertua tu jangan layan sangat kerenah mereka. Kalau boleh sisi tak perlu pergi pun rumah mereka dah tahu orang tak suka, layan pun tak buat apa lagi nak sua muka.

Dah kahwin 10 tahun kan, dah tahu dah layanan mereka macam tu. Nasihat saya, tak payah sampai nak bercerai kalau suami sis baik layan sis. Sis jaga keluarga sendiri, jaga suami baik – baik, banyakkn bersabar. Lepas solat tu berdoa banyak supaya hati mak bapak mertua tu terbuka dan insaf. Akak doakan sis dimurahkan rezeki dan bahagia kekal hingga ke jannah amiinnn.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.