Tahun ke-9 kami kahwin suami buat per4ngai semula. Penuh telegram bapak – bapak ayam dan perempuan dia langgan. Aku tak putus asa, aku teringat nak jumpa ustaz sebab suami nampak ‘lain’. Tak sangka dia disih1r, ada jiin dekat bahu suami…
#Foto sekadar hiasan. Aku tak pernah meluahkan apa yang jadi kat aku pada orang. Malah family, adik beradik, mak mertua semua tak tau apa yang dah terjadi dalam rumah tangga aku. Ni lah first time aku menulis. Aku dah 10 tahun berumah tangga tahun ni.
Maaf jika confession ni panjang dan ayat berterabur ya. Aku pun macam confessor “isteri malang”, suami aku curang. Bukan curang bercintan – cintun dengan orang lain tapi curang dengan peIacur. Bukan 1 tapi ramai. Aku pun macam confessor, alami anx1ety, berdebar – debar dan menangis sampai mengigil – gigil, aku menangis sampai kepala jadi s4kit sangat. Semuanya disebabkan lelaki yang bernama “suami”.
Nanti hujung cerita ni boleh tau macam mana aku hilangkan anx1ety aku. First time aku dapat tau suami curang, di tahun ke 2 kami berkahwin. Anak sulong aku berumur 1 tahun 8 bulan. Suami kantoi bila aku check hp dia tengah tidur, ada recent whatsapp call dari no perempuan.
Mcm mana aku tau perempuan? Tengok DP dia lah. Lagi aku tak sedap hati, waktu call receive tu masa tu dia bagi tahu dia pergi main futsal dengan kawan – kawan. Masa ni kami masih tinggal serumah dengan parents aku.
Aku ambil no perempuan tu, aku whatsapp terus perempuan tu. Perempuan tu tak mengaku, tapi jadi kant0i sebab dia pergi whatsapp no suami aku. “Tolong jaga wife you tu”. Time ni la kepercayaan aku pada dia musn4h.
Orang yang aku percaya dari zaman bercinta, bertunang sampai kahwin, curang pada aku. Aku jatuh terduduk time ni. Aku menangis semahu mahunya. Macam dunia ni gelap. Pagi tu terus aku confront dengan dia. Aku tanya dia tapi tak mengaku.
Dia siap cakap, “saya ada kat rumah, awak tengok saya solat semua tak kan saya nk buat semua tu? Awak nak percaya saya ke perempuan luar tu?” Aku terdiam, aku cool down sekejap. Oh lupa, suami aku ni macam narc1ssist.
Eg0 dan tak pernah nak mengaku salah sendiri. Aku cakap pada dia balik, baik, saya percayakan abang, takpela. Aku lepaskan dia pergi kerja time tu. Dan baru la aku sedar, kenapa waktu ni sebulan sekali je dia sentuh aku. Ya sebulan sekali.
Bila aku minta, alasan dia malas nak mandi pagi – pagi masa subuh. Rupanya dah makan luar tiap – tiap minggu. Cerita ni tak habis macam ni je. Aku contact balik perempuan tu, aku slow talk dengan dia (masa ni dah cool down sikit). Aku cakap aku nak bukti.
Aku bagitau perempuan tu “I tak marahkan you sebab I tau suami I salah jugak dan I takkan buat apa – apa. Hanya nak bukti.” Nasib baik dia setuju. Dia cakap sebab kita sama – sama perempuan dan dia tau apa aku rasa.
Nonsense. Dalam hati aku, kau jual badan kenapa? Btw, aku tak faham ya, banyak sungguh perempuan melayu jual badan, jadi peIacur, offer massage. Korang dah tak tau halal h4ram? Dah takda harga diri ke? Dia whatsapp suami aku, dan suami aku layan ya, walaupun pagi tu dia dah kantoi.
Conversation dia dengan perempuan tu buat hati aku luluh. Dia bersayang sayang dengan perempuan lain tapi dengan aku tidak. Aku baca semua screensh0t perempuan tu hantar pada aku untuk dijadikan bukti. Masa ni aku kerja shift, dekat ofis aku tangan kaki dah mengigil – gigil baca semua conversation tu dan aku dah tak boleh nak buat kerja langsung dah.
Aku terus beritahu boss yang aku nak balik awal to settle this. Balik rumah, aku ajak dia keluar rumah. Aku cakap aku ada benda nak bincang. Aku tak nak parents aku dengar kami berg4duh. Aku drive, dia duduk sebeIah dan aku berhenti dekat 1 kawasan. Aku cakap, “abang. Tengok ni”.
Dia ambil, dia tengok semua screensh0t yang aku bagi, dia terdiam. Ayat aku pada dia masa tu “kenapa abang, yang halal ada depan mata, kenapa yang h4ram juga abang cari?” Dia terdiam seribu bahasa. Lama kami dalam kereta tu, dia siap cakap takpela, esok kita pergi mahkamah.
Senang kan lelaki ni? Tapi tak, aku ni, aku fikir, aku masih sayang dia, aku fikir anak. Aku cakap, dah la, kita balik je rumah. Lupakan apa yang jadi. Dia ikut. Malam tu dia menangis, mintak maaf pada aku, janji tak buat lagi. (Janji buaya d4rat ). Masa ni aku percaya.
Kami okay lepastu tetapi tak mudah untuk aku lupakan kemudian aku pregnant dan bersalinkan anak kedua. Semuanya nampak ok. Sehinggalah tahun ke 4 perkahwinan kami. Masa ni dah pindah duduk rumah sendiri.
Bermulalah susulan – susulan kejadian tak diingini ni. Masa ni dia dah tak bekerja dengan sektor kerajaan. Dia buka company sendiri sebagai kontraktor. Kehidupan kami alhamdulillah m4kin baik sejak dia bekerja sendiri. Tapi betul la kan orang kata, lelaki bila berduit dia lupa diri.
We both memang ada dua hp tapi aku terjumpa hp ke 3 dia dalam laci ofis dia. Yang ke 3 yang dia sorok. Masa tu dia keluar dan aku tinggal di ofis dia sekejap. Aku tak ingat apa aku jumpa atau baca, tapi aku diam. Balik tu aku senyap – senyap connect hp dia kat find my iphone tu untuk aku tau dia pergi mana.
Aku tau dia pergi mana, kadang – kadang aku nampak dia macam pergi hotel – hotel tapi bila tanya kata dia bukan kat situ. Kadang – kadang maps pun tak betul jugak kan? So aku masih husnuzon lagi. Tapi, kita ni dah kahwin dengan suami kita, dia mandi wajib pun aku tau bunyi air dalam bilik air tu macam mana. Kan?
Tiap minggu, hari isnin, aku perhati balik je kerja, dia akan mandi wajib. Lepas tu nampak dia solat sunat 2 rakaat. Taubat la tu kononnya kan lepas buat maksi4t? Aku diam lagi masa ni sebab aku tak ada bukti dan aku tak nak dia tau yang aku boleh tau dia kat mana.
Hp ke 3 dia ni, dia sorok letak dalam kereta kerja dia. Kereta tu memang kereta untuk dia pergi kerja je dan aku pula jarang – jarang naik. Pernah aku jumpa dan cuba bukak hp tu tapi semuanya dah delete. Banyak lagi kisah – kisah bukti yang aku jumpa sepanjang aku kahwin tapi aku tak tau kenapa aku sabar dan diam.
Mungkin dia suami yang baik. Bertanggungjawab, tak pernah culas bab nafkah. Anak – anak pun dia layan baik, mak ayah aku , dia tanggung sikit – sikit. Entahlah. Tapi korang. Doa isteri kan. Aku bangun malam, aku doa, jika betul dia curang, tolong la Ya Allah, beri kan aku petunjuk.
Allah maha baik, maha dengar. Terus tup tup aku jumpa kat hp dia, dia contact peIacur. Aku ambil no tu, terus contact. Dia cakap ya memang ada suami aku contact tapi tak jadi. Dia bagi screensh0t whatsapp suami aku tanya kan servis tu. Korang….
Masa aku dapat tau ni, tahun lepas, which is tahun ke 9 perkahwinan kami. Lepas tu aku jumpa telegram peIacur dan bapak – bapak ayam, aku cari jugak bukti. Dia cakap memang suami aku ada ambil haritu dekat hotel sekian sekian. Semua bukti aku simpan. S4kit hati? Ya. Menggigil? Ya.
Tapi hati dah beku. Masa ni, dia masih okay, masih jalankan tanggungjawab dia. Aku bekerja. Tapi hal rumah, bil – bil air api, internet astro, keperluan barang rumah sikit pun aku tak pernah keluarkan duit aku , aku hanya bayar loan rumah sebab rumah tu atas nama aku.
On side note, time ni, dia jadi seorang yang sangat pemarah sangat, sikit – sikit nak marah, semua benda jadi semua nak salahkan aku. Tak boleh langsung diajak berbincang. Bayangkan aku ajak solat nak dia jadi imam dia taknak. Sebolehnya dia elak ya.
Anx1ety aku teruk masa ni. Suatu hari tu, aku dah tak tahan pendam semua ni. Sebab aku tak tenang. Aku tunggu anak – anak aku tidur aku confront dia. Ni kali kedua walaupun banyak kali aku tau aku diam je. Tapi kali ni aku ada bukti.
Aku tunjuk gambar screensh0t whatsapp, telegram, memang berg4duh besar la. M4ti – m4ti dia tak nak mengaku dan tak kan mengaku. Aku siap tanya ada pergi hotel ni ke? Dia terdiam. Terk3jut agak nya macam mana aku dapat tau.
Perempuan memang kalau jadi CSI terbaik kan? Haha. Sekali lagi, sampai ke sudah dia tak mengaku dan masa ni dia hampir – hampir nak lafazkan cerai. Untuk pengetahuan pembaca, dia ni kalau berg4duh mudah je ajak nak cerai. Tak paham aku.
Menyampah betul. Jadi, tahun lepas kejadian ni jadi dan ni lah paling teruk sepanjang berkahwin sebab aku dah jejak kaki kat mahkamah, siap jumpa pegawai. Dia kata pagi tu datang terus mahkamah untuk lafaz cerai.
Aku datang, tapi dia tak ada ye. Aku terus jumpa pegawai dalam tu tanya prosedur. Sebenarnya aku dah nak redha masa ni. Aku bangun tahajud malam g4duh tu, mintak Allah tolong. Korang, bila aku dah jumpa pegawai tu, pegawai tu tanya, siapa yang nak bercerai? Aku cakap la suami.
Dia baIas balik, siapa yang nak bercerai dia la yang kena datang buat report. Kalau awak tak nak, awak tak perlu datang tunggu je surat. Lepastu bukan boleh – boleh cerai terus, ada kaunseling apa semua tu. (Masa ni baru la tau prosedur cerai haha).
Aku balik, aku whatsapp kat dia. Siapa yang nak cerai, dia yang kena datang. Dia tak reply, dia baca. Mungkin terk3jut sebab bini dia dah sampai mahkamah tiba – tiba. Habis, dah suruh pergi kan? Pada hari yang sama, aku minta izin untuk balik kampung, rumah mak mertua.
Nak jumpa ustaz yang mak dia kenal. Dia tak izinkan ye. Haha. Lepas tu aku call adik aku sebab suami dia ustaz, ada kenalan yang boleh ubatkan orang. Adik aku menangis bila aku cerita dekat dia. Aku tak cerita kan apa jadi, cukup adik aku tau yang kami berg4duh sebab perempuan.
Masih aku nak jaga aib suami aku , walaupun aku tau dia melanggan peIacur. Dipendekkan cerita. Mudahnya, Baiknya Allah nak tolong aku. Ustaz tu tolong aku and suami aku. Jeng – jeng, rupanya dapat tau kami disih1r. Ada benda yang menumpang di bahu suami masa tu dan masa tu baru aku terfikir, dia memang tak suka tengok aku , tak ada mesra – mesra dan selalu marah – marah.
Mudah nak lafaz cerai. Memang tanda – tanda sih1r kan? Sebelum ni kami jenis orang yang tak percaya semua ni. Dah jadi baru aku terduduk. Ustaz tu tolong, siap cakap, dia dah ik4t apa yang ada tu. Dia tolong dari jauh, aku bagi gambar aku dengan suami.
Aku balik rumah petang tu, aku tengok suami aku dah kemas – kemas baju dia. Barang – barang dia, nak balik rumah mak dia. Kelakar kan? Patut perempuan yang lari rumah kemas barang ni lelaki, jadi terbalik. Aku tak tau mana kekuatan aku dapat.
Walaupun aku tau dia salah, aku pujuk juga. Mungkin anak – anak aku adalah kekuatan aku. Puas pujuk, sambil baju dia kosong dah dalam almari masuk dalam beg. Haha. Dalam hati sambil berdoa, Ya Allah lead me, help me. Dari pukuI 5.30PM sampai maghrib ya sesi tu.
Dia lembut hati. Lepas masing – masing solat, dia datang peIuk aku, dia mintak maaf. Aku menangis, aku cakap mana – mana kurang aku ni, aku minta maaf juga. Mungkin aku tak ambil tau keperluan batin dia, aku ingat semua okay.
Mungkin aku ada salah nya jugak. Alhamdulillah, lepas ustaz tu tolong nampak dia berubah, tak ada marah – marah macam dulu. Aku siap cakap kat dia, “abang, saya jumpa ustaz, ustaz dah tolong kita. Ustaz cakap memang ada benda dekat abang, tempiasnya ke saya juga.”
Tapi sekali lalu je dia dengar. Lepas kejadian ni, aku berubah totally 100%. Dulu aku solat tinggal – tinggal (mungkin tu punca benda senang datang). Sekarang alhamdulillah cuba betulkan solat. Aku cari ilmu, sampai lah suatu hari, Allah lorongkan aku untuk kenal seorang ustazah ni. Ustazah ni ubatkan aku dan suami.
Suami tak ikut ya, dia memang susah bila diajak tapi aku nampak dia percaya. Sebab dia ni kontraktor, orang ramai dengki. Ustazah cakap pada aku, ada barang yang orang letak depan rumah kami dan dekat dia. Bagi dia serabut tak boleh kerja.
Allahu. Punca kenapa selalu bermaksi4t? Tanda – tanda sih1r juga tu. Ya aku dengar banyak ceramah. Aku ubah diri aku sebelum aku nak suami aku berubah. Aku cerita semua ni, aku bagitahu ada orang letak barang dekat rumah kita.
Kebetulan suatu haritu, dia jumpa paku – paku baru depan rumah kami. Mungkin sejak dari haritu, dia sikit – sikit dah percaya. Sebab aku nampak banyak dia beli minyak – minyak kasturi, minyak bid4ra. Macam – macam lah lagi.
Aku pulak? Cari ilmu, selalu zikir untuk elak kan benda – benda ni jadi. Ustazah nasihat pada aku, balik pada Allah. Doa pada Allah, minta Allah sembuhkan semua ni, apa – apa pun yang kita nak, minta pada Allah. Banyak, sangat banyak nasihat dia yang aku ikut.
Akubanyak buat solat – solat sunat, solat taubat hari – hari. Aku p4ksa diri bangun malam. Aku doa sungguh – sungguh untuk suami aku, untuk dia berubah, mintak Allah bukakan pintu hati dia untuk berubah, mintak Allah sedarkan dia selalu yang mana yang h4ram dan halal.
3 bulan nak masuk 4 bulan, hari – hari tak pernah miss and suatu malam, aku perasan dia tiba – tiba bangun malam, solat. Lama dia dalam mini surau rumah kami. Sikit – sikit aku tengok dia berubah, betulkan solat dia. Kami?
Alhamdulillah m4kin baik, m4kin mesra. Boleh dah jalan pegang – pegang tangan ambil gambar. Indah bila kita dekatkan diri pada Allah, Allah mudahkan semuanya. Walaupun tak mudah aku melupakan, tetapi aku dah boleh redha dan terima ujian Allah ni.
Ni ujian untuk aku. Lain orang lain ujian nya, kami mungkin nampak senang cukup semua nya tapi ini lah ujian kami. Aku sekarang, lebih berhati – hati dan amalkan pendiding diri. Dia juga sama. Dia boleh terima apa aku cakap sekarang. Kalau dulu langsung tak nak dengar.
Sampai sekarang aku doa, moga Allah jauhkan suami aku dari perkara – perkara maksi4t, Moga Allah jaga dia. Akusekarang lebih kepada berserah semuanya pada Allah. Aku dah tak nak cari tau, ambil tau. Cause it will turn on back my anx1ety.
Kalau dia buat sesuatu, biarlah d0sa dia dengan Allah, aku doa pada Allah untuk jaga dia, sembuhkan Iuka di hati aku sebab hanya Allah yang maha menyembuhkan. Sikit- sikit. I healed. Allah healed me. Apa yang aku nak cakap, just go back to Allah. Allah uji aku mungkin sebab aku lupa dia.
Sekarang alhamdulillah, aku cuba lengkapkan solat 5 waktu, solat awal waktu, bangun malam, solat taubat dan buat solat – solat sunat. Aku tenang begini. Tenang bila tak ambil tau, anx1ety aku hilang bila aku serahkan semua nya pada Allah.
Kepada yang ada anx1ety ni boleh la pergi check perubatan islam juga, sebab tu salah satu punca ada nya jiin dalam badan. Aku lebih dekatkan diri pada Allah, sayang diri aku dulu sambil aku cari ilmu, pulihkan balik rumah tangga aku . Tahun ni, bulan ni dah bulan 11.
Masih tenang lagi, kurang berg4duh dari dulu. Hidup kami berubah, alhamdulillah sikit – sikit suami lengkapkan solat 5 waktu dia, Allah maha mendengar, aku memang mintak Allah jadikan suami aku , suami yang cukup solat 5 waktu nya, InsyaAllah bila cukup solat, mudah kita terhindar dari perkara – perkara tak sepatutnya.
Aku cuba cukupkan untuk dia. Aku doa hari – hari mintak Allah beri petunjuk dan jalan untuk aku jadi isteri yang baik dan solehah. Sebab tu juga aku masih ada kekuatan untuk layan dia macam biasa, sebab aku ada Allah. Kalau orang lain mesti dah angkat kaki kan?
Mungkin ramai kecam kenapa masih bersama lagi? Sebab anak. Sebab dia ayah, suami, anak dan menantu yang sangat baik, cuma dia mungkin tersasar jauh sikit. Ini lah ujian untuk aku, ujian untuk suami yang Allah bagi.
Aku masih sihat, dia masih sihat, alhamdulillah. In case if someone wondering tak buat test ke apa, ya aku buat. Percaya pada suami? Naaa, tidak lagi, tapi aku letak kan kepercayaan aku pada Allah. Kalau aku ni jahat dan tak sayangkan perkahwinan kami, dah lama Iaku cerita per4ngai anak lelaki mak mentua aku ni dekat mak mertua.
Tapi aku tak buat, aku bersyukur dapat mak mertua yang tersangat la baik, akan pertahankan aku kalau dia tengok per4ngai anak dia tak betul depan mata dia. Hahaha. Backup habiskan duit anak dia jugak. Hehehe
Korang. Doakan kami sama – sama istiqamah mendekatkan diri pada Allah, dan menjadi suami isteri yang soleh solehah. Semoga jodoh kami hingga ke Jannah. Aamin. – Cardcaptor Sakura (Bukan nama sebenar)