Setiap hari makan lauk sama memang muak, jangan sampai suami cari makan dekat luar

Isteri tolong jadi ‘sempurna’. Tak sia sia kami laburkan duit wang hantaran untuk korang kalau akhirnya dapat isteri yang perfect dan lengkap semua skill rumah, dapur, didik anak dan basic agama..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum! Okey kali ni aku nak share serba sedikit pengalaman dan ‘common sense’ tentang lelaki yang perempuan kebanyakannya tak tahu, atau mungkin dah tahu tapi buat – buat tak tahu.

Banyak timbul isu kes perceraian yang akhirnya wanita soalkan “apa salah saya?”. “Penat saya fikir di mana kurangnya saya”. “Apa yang saya buat sampai abang nak ceraikan saya?”. “Kita tak pernah g4duh besar dan kita bahagia tapi kenapa awak ceraikan saya?”.

Artikel yang aku share ni mungkin penting untuk wanita yang dah berkahwin dan juga bakal berkahwin tak lama lagi.

First sekali, girls, women, ladies… korang kena faham. Kelemahan paling besar lelaki ialah WANITA.

1) Lelaki pant4ng nampak perempuan cantik.

Nampak je perempuan lawa, b0dy hot, berhias, lemah lembut, sopan santun. Lelaki cair gais. Cair. Lagi cair bila perempuan tu memang taste lelaki tu. Fuhh boleh berdar4h hidung tengok wanita idaman muncul depan mata. Tak kira la lelaki tu dah ada anak 10 sekalipun, kalau ternampak wanita cantik depan mata, hati sedikit sebanyak akan bergetar jugak. Masa ni lah tiba – tiba keinginan untuk tambah bini tu mula buat hal. Yang berkemampuan, okey la nak tambah bini pun. Tapi masalahnya ramai lelaki tak sedar diri yang dia sebenarnya kategori belum berkemampuan. So timbul la isu kahwin senyap sebab takut bini first marah. Then timbul pula isu kant0i dengan biji first kemudian isteri first mintak cerai and so on. Tapi ada juga kes bini baru tak rela bermadu, maka saat ini suami selalunya lebih cenderung untuk k0rbankan bini tua dari bini muda. Weh bini muda lagi bergetah dan hot kot! Sape tak sayang. Bini tua pulak selekeh tak reti nak pik4t hati suami. Maka bye bye to isteri pertama.

Maka isteri – isteri pasti akan cakap ‘dah tahu diri tu lemah dengan wanita, jagalah pandangan !’. Hakak hakak sekalian, lelaki ni susah nak jaga pandangan. Kalau senang nak jaga pandangan takdelah ramai yang terIanjur terkahwin dua semua tu. Sape yang berjaya jaga pandangan tu memang rare. Ni kan akhir zaman.

Tips atasi masalah ni : kepada semua isteri – isteri di luar sana. Suami korang memang tak leh nak lari dari sifat dan keinginan untuk berpoligami. Ya, depan isteri dia cakap la dia taknak poligami. Tapi jauh di sudut hati keinginan tu mesti ada kalau mampu.

Selalunya alasan sunnah tu adalah the great weapon lelaki untuk menambah bini. So kalau korang tak mahu bermadu, sila amalkan tips ni :

– Jaga badan. Tips nak jaga badan , control makan dan rajin bersenam / bersukan. Ya aku tahu ramai wanita pemalas bab sukan – sukan ni. Tapi korang sayang laki tak? Kalau sayang laki dan tak rela bermadu, sila bersenam. Bersenam dalam rumah pun boleh gais. Tak perlu outdoor pun takpe kalau malas. Makan sila control. Jangan asyik nak melantak je keje pastu tak reti nak buang balik lemak lemak kau tu.

Aku perasan perempuan before kahwin badan melentik . Tapi lepas kahwin ramai failed. Hilang curve. Perut dah mula menggelebeh.

“Tapi kami jadi macam ni sebab beranak. Korang lelaki korang tak faham”. Bisik wanita wanita di luar sana. Ya aku faham korang beranak. Korang k0rbankan badan yang lawa tu semata mata untuk anak. Tapi lepas beranak boleh je kan jaga badan? Ramai je berjaya jaga badan takkan korang tak boleh? Beranak tu alasan je. Lelaki tak suka mendengar alasan. Kami cuma mahu keputusan. Antara nak dengan tak nak je. So wanita stop beri alasan please. Atau, jangan terk3jut kalau tiba – tiba diceraikan atau ada madu.

Lepas tu tolonglah jaga penampilan sikit ye wanita. Ramai wanita bila nak gi event atau majlis besar – besar je baru nak melawa atau berhias. Keluar rumah baru nak melawa. Tapi dalam rumah macam mak lampir. Pakaian selekeh. Pakai tshirt je. Muka kusam. Hello wanita, dalam rumah la kena berhias dan mencantikkan diri. Tujuan korang melawa tu untuk suami kan? So dalam rumah la pakai wangi – wangi, pakai cantik – cantik, letak lipstick sikit, pakai bedak sikit. Tak minta make up tebal pun, just naikkan seri wajah je. Ini tak. Sepanjang masa suami menghadap muka serupa hantu kak Limah. Rambut tak terurus. Badan berbau. Lepas tu bising cakap suami dah tak sayang. Padahal engkau sendiri yang tak pandai jaga laki.

Dalam rumah ni la korang kena selalu g0da suami. Pakai lawa – lawa. Wangi selalu. Pakai baju cantik – cantik. Rambut kasi cantik terurus. Muka tu biar berseri seri. Pakai s3ksi lagi bagus. Cuba lah try pakai mini skirt ke dalam rumah masa tengah memasak. Pakai dress lawa masa tengah sambut suami balik kerja. Pakai baju tidur s3ksi setiap malam before tidur. Tengok suami sayang ke tak. Ini tak. Asyik pakai kain batik buruk je dengan baju tshirt lusuh. Mana la suami nak tertarik dengan engkau. Awal – awal kahwin ok lagi lah. Cuba dah anak ramai. Engkau pun dah malas nak berhias untuk suami kan? Pastu kalau suami cari lain jangan marah k?

2) Lelaki pant4ng nampak perempuan sopan dan lemah lembut.

Ok tang ni aku memang setuju sangat sangat. Kau bayangkan kalau si suami dapat isteri yang kuar berleter. Garang. Kami kaum lelaki ni tak suka dengar leteran tau. Sikit – sikit tu okey la. Tapi kalau selalu sangat isteri berleter kami pun naik muak. Bosan. Bosan tu okey lagi lah, tapi sampai satu tahap kami boleh hilang sabar gais. Jangan disebabkan sikap suka berleter korang tu jadi penyebab kepada perg4duhan dan seterusnya perceraian. Lepas tu mulalah bising “apa salah saya bang? Saya dah jadi isteri sebaiknya untuk abang. Kenapa ceraikan saya?”. Jawapan lelaki simple je. “Telinga aku dah p3rit nak hadap leteran kau 24 jam”.

So bila lelaki nampak perempuan lemah lembut, lelaki mesti terdetik ‘alahai lemah lembutnya dia ni. Kalau isteri aku macam ni kan best.’. . Kami lelaki ni memang suka sangat wanita lemah lembut. Yang sopan. Yang ada santunnya. Yang sentiasa bercakap penuh kasih sayang dengan suami. Yang sentiasa bermanja dan merengek dengan suami. (TAPI AWAS : MANJA OVERD0SE PUN KAMI MENYAMPAH JUGAK).

Cuba tengok pasangan yang kekal kahwin sampai ke akhir hayat (yang bahagia jelah), kau tengok isteri dia macam mana. Penyabar dan tenang je. Walaupun si suami kuat berleter tapi isteri mesti jadi penyabar dan tenang. Lelaki pun ada time badmood dia jugak. Time lelaki berleter, kau kaum perempuan jangan sekali – kali meIawan. Runtuhkan eg0 korang. Akui je kesalahan. Minta maaf dengan suami walaupun kau rasa tu bukan salah kau. Lelaki ni memang eg0 tinggi sikit. Tapi kami cair dengan wanita yang down to earth.

3) Lelaki suka isteri yang pandai dan rajin memasak.

Kunci di sini ialah PANDAI MEMASAK dan RAJIN MEMASAK. Pandai memasak pun tapi kalau pemalas pun kami tak berkenan sangat. Kalau rajin memasak pun tapi rasa ada je sp0il pun tak seronok gak. So k0nkIusinya lelaki suka dengan wanita yang pandai dan rajin memasak. Dah la pandai memasak, rajin pula tu.

Kalau nak pik4t hati suami, pik4tlah dengan masakan anda (selain dari mengg0da suami macam yang aku cakap kat atas tadi). Masakan isteri is a p0werful tool jugak. Kalau isteri pandai masak, suami mesti ket4gih. Tapi korang jangan pergi taruk sup bunjut sih1r pulak untuk suami. HAR4M YA. G0da lah cara natural.

Pernah dengar tak suami orang berkenan dengan perempuan lain sebab jatuh cinta dengan masakan dia? Cerita ni wujud ye gais. Isteri dia rajin memasak tapi semuanya tak sedap. Lelaki ni ada 1 perangai, suka memendam. Kadang – kadang bini masak tak sedap tapi sebab nak jaga hati isteri, kami pendam dan puji cakap sedap. Padahal realitinya kami kecewa. Tapi kami sabar. Bagi masa untuk isteri practice. Tapi kalau dah sampai 5 tahun pun masakan still macam tu je, sape tak naik muak gais? Baik makan kedai. Isteri pun satu, jangan la syok sendiri sangat bila memasak. Before kahwin tolonglah belajar memasak dan bagi ramai orang rasa masakan kau. Supaya ramai boleh meng0men. So that kau sedar diri tahap masakan kau di level mana. Ini tak. Asyik syok sendiri. Kaum isteri jangan tak tau, lelaki pun ramai yang dah pandai masak sekarang. Kami agak kecewa kalau isteri tak pandai masak. Sebab aku rasa baik aku je masak. Tapi aku suami. Masak sekali sekala tu ok la tapi isteri ni pun satu hal, anggap dapur tu dia punya. Bila suami masuk dapur diorang pulak rasa insecure. Haih la pompuan. Pastu bila suami tak membantu bising pulak kata suami malas. Entahlah kenapa lah perempuan ni complicated.

Satu lagi, kaum isteri tolong la pelbagaikan masakan. Setiap hari lauk kau asyik sama je. Suami pun bosan weh.. cubala try belajar masakan negeri – negeri lain. Tau la kau orang kelantan, tiap – tiap hari makan budu je dengan ikan kering. Boleh naik muak tau tak. Tau la kau orang johor asyik makan nasi dengan tempe goreng je. Cuba try belajar masakan orang luar. Contohnya breakfast masak nasi goreng / mee goreng / roti telur / pancake / cekodok. Tengah hari ni masak nasi putih lauk ayam percik madu dan sup sayur. Tengah hari esok lauk ikan 3 rasa + sayur kailan ikan masin. Lusa lauk ketam masak lemak + sawi goreng. Tulat lauk tomyam seafood + pucuk manis tumis air + tempe goreng. Seterusnya lauk ikan masak steam + kangkung masak kicap + telur dad4r. Malam pulak cuba la masak western food ke, kuih muih ke. Kuncinya di sini ialah pelbagaikan masakan. Sentiasa kena cuba resepi baru. Memang la suami kau cakap dia suka ikan masak kicap je tapi 10 tahun kahwin asyik itu je kau masak dia pun bosan jugak. Dia pun nak kelainan jugak.

4) Lelaki suka isteri yang serba boleh.

Hah yang ni memang extra value. Lelaki sangat suka isteri yang independent. Boleh buat kerja rumah, kerja pertukangan. Lelaki suka isteri yang tak banyak menyusahkan suami. Memang la kami melayan je permintaan isteri, tapi kadang – kadang dalam hati ni menyump4h ser4nah juga ‘malangnya la aku ni dapat bini yang semua benda tak reti nak buat. Asyik mengharapkan aku je’ . Cubalah isteri – belajar belajar sikit kerja – kerja lelaki ni. Belajar cat rumah, belajar wiring sikit, belajar cara nak drill dinding & cara – cara bertukang sikit. Nanti kalau suami m4ti takdelah kami risau sangat kat isteri . Ini tidak. Sikit – sikit mintak tolong suami aje.. getah paip kat rumah tu kalau suami tak pasang alamaknya 10 tahun la tak terpasang. Hadehh

Kesimpulannya. Jadilah isteri yang serba boleh dan melayani suami dengan baik. Nak jadi isteri perfect 10 tu memang lah imp0ssible. Tapi sentiasalah berusaha untuk jadi perfect. Kau jugak yang taknak diduakan kan? Dahtu buat apa lagi tu? Pergilah improve diri sendiri. Sejuk je hati suami memandang isteri yang sentiasa cuba belajar benda baru ni. At least dia tahu isteri dia ada effort untuk tambah skill. Dah la kami bayar hantaran korang mahal, pastu dapat pulak yang basic skill pun lemah. Hadoiii . At least kalau ada keinginan untuk tambah skill tu ada la jugak added value untuk suami. Tak sia sia kami laburkan duit wang hantaran untuk korang kalau akhirnya dapat isteri yang perfect dan lengkap semua skill rumah, dapur, didik anak dan basic agama .

Semoga post aku ni boleh menyedarkan kaum wanita di luar sana.

– Baim

Komen Warganet :

Azmuneer Muhammed

MaIangnya species rare macam ni m4kin ramai .xpelik la ramai pompuan melayu even sanggup kawin dengan bangla..

Buat malu species jer. Wanita – wanita di luar sana, jangan berkecik hati..dia ni tak lama lagi INSYAALLAH akan pupus.

Memang tak boleh nafikan ada jenis lelaki yang hanya “judge book by its cover”. Nak kata kurangkan didikan agama pon ye juga kot yang jenis macam ni. Pertamanya dalam islam, isteri tak wajib sediakan makanan kalau pun dia buat itu sebagai “MEMBANTU” Suami. Ada paham?

Diana Azhar

Aku baca point 1 je dah berjela jela. Nak yang cantik kononnya. Tapi bila orang tu jadi isteri kau, yang cantik boleh jadi com0t kalau dapat suami macam kau. Minta maaf lah.

Kalau citarasa kau macam ni, sampai bila bila kau takkan dapat.

Sebab kau seperti mahukan isteri yang sempurna sedangkan, manusia biasa tiada yang sempurna.

Aida Nabilla

Nak jadi raja, tapi perangai macam Abu Jahal, macam mana tu? Confessor ni jenis nak orang je berubah untuk dia, diri sendiri taknak berubah. Bro, iman tu takat manalah kalau nampak perempuan lawa sikit terus menggeIibas nak tambah lagi satu. kesian.

Anyway, I hope kalau you dah berkahwin, your wife carilah lelaki yang lebih baik, tak guna simpan laki macam you. Kalau belum, I hope you janganlah berjod0h dengan mana mana perempuan sampailah you boleh jadi lelaki sejati. Okay bro?

Nampaknya perkongsian yang dibuat oleh lelaki ini mendapat pelbagai reaksi dan tent4ngan dari para pembaca. Sepatutnya dalam perkahwinan perlu ada saling bantu membantu serta saling melengkapi. Apa-apa pun ada yang baik mungkin boleh dijadikan ikhtibar.