Setiap hari nenek hasut supaya bencikan mak. Sehinggalah mak Iumpuh dan dia nasihatkan aku sesuatu

Setiap hari aku tunggu posmen datang hantar surat dari mak ayah. Setiap hari jugaklah aku dapat ayat, “kau tunggu apa? Diorang tak ingat kat kau pun.” Sehinggalah mak balik semula ke kampung dan maIangnya mak s4kit Iumpuh ada ketumbuhan. “S4kit sikit, mengada yang lebih.” Itu kata nenek..

#Foto sekadar hiasan. “Tak payah ingat kat mak bapak kau, diorang bukan ingat kat kau pun”. Meski 27 tahun telah berlalu, kata – kata ini masih terngiang – ngiang dalam fikiran aku. Bila ingatan itu datang, aku jadi benci melihat wajah atok dan nenek yang sudah uzur terlantar.

Mak aku anak bongsu dari 3 orang adik beradik juga anak perempuan tunggal atok dan nenek. “Kau bongsu, kau kawen, ajak laki kau duduk dengan kami. Jangan keluar dari rumah ni”. Atas dasar hormat dan kasihan, mak ayah aku turutkan.

Tapi ketika usiaku 6 tahun, ayah lulus temuduga dan dapat kerja di negeri pantai timur. Oh ya. Kami berasal dari negeri pantai barat. “Kau nak ikut sangat laki kau, kau pergi. Tapi tinggal anak kau ni kat aku. Kalau tak kau jangan pergi”.

Maka tinggallah aku dengan atok nenek. Adik – adik yang masih kecil ikut berhijrah bersama mak ayah. Meronta aku saat melihat mak ayah melambai tangan pergi. Setiap hari menunggu posmen datang hantar surat dari mak ayah.

Setiap hari jugak lah aku dapat ayat “kau tunggu apa? Diorang tak ingat kat kau pun”. Alangkah girangnya hati tatkala posmen sampai, aku buka surat dari mak ayah, ada duit, ada bait – bait kata mak ayah rindu kak long.

“Eleh.. dapat macam tu pun tesenyum – senyum. Jom ke pekan aku belikan mainan. Pilih ja apa kau nak”. ‘Kak long tak nak mainan tok, nek. Kak long nak mak ayah’. Mereka mendengus meluat. Mereka sering mer4cun agar aku membenci mak ayah.

Dipendekkan cerita, mak ayah aku kembali semula ke rumah atok nenek ketika aku darjah 3 atas sebab kesihatan ayah. Dengan sinis nenek menyindir “balik jugak kau. Kenapa? Tak boleh kaya ke dok sana?” Aku membesar dengan gembira di sisi mak ayah dan adik – adik aku.

Aku perasan kadang – kadang mak menangis sendirian ketika masak atau menjahit. Bila aku tanyakan kenapa, mak hanya geleng dan senyum sambil menyeka air mata. “Sekejap je anak – anak mak dah besar”. Ketika aku di tingkatan 5, mak jatuh s4kit sehingga Iumpuh.

Solat, makan, membuang semua di katil. “S4kit sikit, mengada yang lebih. Malas kot” getus nenek sambil mencebik mulut. Mak panggil aku, mak minta aku ambilkan kerusi yang berat untuk mak berpaut. Mak nak p4ksa diri berjalan dan masak.

Mak jatuh! Aku dah hilang sabar! ‘Nenek memang meIampau ye?!” “Kak long, andai mak pergi dulu, tolong jaga atok nenek. Cuba betahan dan bersabar. Kalau dah lebih tahap kesabaran, keluar” pesan mak dalam linangan air mata sambil menahan kes4kitan.

Nenek tetap tidak mengalah. “Eloklah ajar anak macam tu! Tah s4kit buat – buat je tu!”. Mak admit hospitaI. Doktor dapat kesan ada ketumbuhan di saraf tunjang yang telah mengganggu pergerakan dan pembuangan mak.

Allah lebih menyayangi mak. Mak pergi meninggaIkan kami 5 beradik ketika usia aku 18 dengan adik – adik yang masih kecil dan bersekolah. “Kak long tau tak, arw4h mak sayang sangat kat kak long. Masa kami di pantai timur dulu, setiap kali kami makan yang best – best, mak mesti sebut kak long makan apa la dengan atok nenek kat sana. Mak rindu kak long. Ayah pernah jatuh moto tau masa nak pos surat kat kak long”

Sedangkan atok nenek hari – hari r4cun aku “mak bapak kau bukan ingat kau pun, kalau sayang, diorang tak tinggal kau lah”. D3ndam aku m4kin menebal. Sebelum mak aku, arw4h pakngah mendahului menghadap Illahi.

Ketika negara meIawan c0vv1id 2 tahun lepas, paklong aku pun turut sama pulang ke negeri abadi. Melihat per4ngai atok nenek yang bermulut jahat dan suka mem4ki hamun, aku nampak betapa hebatnya Allah mengambil kesemua anak mereka terlebih dahulu.

Pada fikiran aku yang kerdil ini pasti Allah nak pelihara paklong, pakngah dan mak jadi anak yang derh4ka, kerana di usia mereka yang kian lewat, kedegiIan dan keeg0an mereka m4kin menjadi – jadi. Selepas berkahwin, aku mengikut suami bertugas di utara.

Pada penghujung 2020 suami aku ditukarkan ke Kuala Lumpur dan aku mengandung ketika itu. Disebabkan kes c0vv1id yang sem4kin hari mencanak naik, aku mengambil keputvsan untuk tinggal sekejap bersama atok nenek.

Aku rasa itulah kesilapan besar yang aku buat. Dah masuk. Aku susah nak keluar. Apa yang terjadi pada ibu aku, berbalik pada aku. Melihatkan atok nenek yang dah tak mampu berjalan membuatkan aku tidak sampai hati untuk meninggaIkan mereka.

Walaupun hampir setiap hari aku menangis dengan kata – kata dan tingkah laku mereka. Suami aku? Pun jenis lembut hati. Setiap minggu suami pulang, aku mengadu dengan esakan tangis dan suami akan membawa aku bercuti ke mana saja yang aku rasa nak pergi.

Balik, ada semangat baru, mood baru. Kena sindir, m4ki, moody lagi, luah lagi dengan suami. Begitulah sementara menunggu rumah kami siap. Rumah siap, aku pindah. Pasti. Derh4kakah aku walau mereka melarang? Adik – adik aku juga sudah berkeluarga dan mempunyai kerjaya.

Mereka mahu saja bergilir menjaga atok nenek. Tapi si tua ini sangat suka melagakan kami adik beradik. Mereka sentiasa cuba menyemai rasa iri antara kami. Tak cukup dengan itu, anak – anak kami yang masih mentah juga terpalit.

Nenek pasti menjadi batu api ketika anak aku dan sepupunya berebut mainan. Walau badan dah terlantar, mulut masih jahat, hati tetap busuk. Kata sepupu sepapat arw4h mak, juga anak saud4ra nenek, “maaflah kami dah lama tak ziarah atok nenek, kami tau mereka s4kit, tapi hati kami lebih s4kit mengenangkan mulut mereka yang suka mengh4ram jadahkan kami dulu”.

Kadang kala jiwa aku tertekan. Anak aku 2 tahun 4 bulan dan 7 bulan ini sedang membesar dengan suasana negative. Aku sedang mandikan si adik, si abang dah tuang dan jatuh atas air k3ncing nenek. Aku susukan adik, si abang dah main puntung r0kok atok.

Aku sedang tidurkan anak – anak, atok ketuk pintu bilik mintak carikan pemetik api. Maka bangunlah abang dan adik yang hampir terlena tadi. Bila lapar, atok minta hidangkan nasi segera. Aku mohon 5 minit je sebab si adik dah hampir terlelap. Tak boleh.

Nak segera jugak. Tabiat ini memang dari kecil aku nampak. Kehendak mereka perlu disegerakan. Big no untuk sekejap. Aku tinggalkan si adik dan pergi hidang makanan. Adik menangis semahunya. Nenek pulak jerit panggil aku tengok anak.

Dia runsing dengar budak menangis. Aku teruskan hidang, tak nak makan pulak. Tak lalu. Tak boleh telan bising – bising. “Pergi tidurkan anak tu, jap gi hidang balik”. Aku bukan malaik4t. Memang aku menjawab ‘ tu sebab mintak 5 minit je tadi nak tidurkan anak. Tak boleh. Nak makan segera’. Derh4kakah aku?

Aku rasa cukup luahan untuk kali ini. Doakan mentaI aku terus kuat dalam membesarkan anak – anak dan menguruskan atok nenek sementara menunggu waktu untuk berpindah. Terima kasih kerana membaca. Salam sayang. – Wanita hebat (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Novaria Hj Anwar : Kadang – kadang dengan orang mulut jahat ni, kita kena lebih tegas. Elakkan mencarut. Kalau tak jalan, lancarkan per4ng dingin pun boleh. Dan kalau kuat semangat dan pada hal yang patut, sila ugvt dengan apa yang mereka risaukan demi kebaikan diorang juga.

Diorang masih tak sedar, belum rasa nak insaf, takut tak sempat taubat walaupun dah tua. Na’uzubillah min zalik. Adik kena kuatkan semangat ok. Tak ada istilah derh4ka, sedangkan mereka pun tak tunjuk per4ngai yang elok.

Jaga mental kita baik – baik lebih baik. Lagipun semua orang tau per4ngai mereka. Jagalah mereka ikut kemampuan awak. Tinggal kat rumah sendiri yang dekat dengan rumah mek pun dah ok. Abaikan kata mereka kalau awak tak mampu bertahan. Lagipun ibu awak dah pesan apa dengan awak sebelum dia meninggaI. Jangan rasa bersalah sangat, ok.. Buat apa yang mampu je. Fi hifzillah ya dik TT.

Mas Isnani : Kaklong, semoga dipermudahkan urusan kaklong. terus kuat. Arw4h Mak pun suruh keluar kalau tak tahan kan. Tapi, tu la. Tak sampai hati kan. Tapi, lebih baik duduk rumah sendiri kalau gini keadaannya. Jaga mereka di rumah mereka, mereka rasa berkuasa, awak akan tertekan.

Gilir – gilir jaga dengan adik – adik di rumah masing – masing lebih baik. Dan bawa mereka rumah kita pun, hati kena kering. Tak peduli apa mereka kata, jangan jawab. Buat taktahu. Cukup masa bagi makan, bagi.. Perlu uruskan anak dulu, uruskan anak – anak dulu.

Baru santuni mereka. Bila menjawab, mereka akan keluarkan perkataan lebih pedas, kaklong lagi s4kit hati. Dengar peIuru keluar, kaklong lari jauh – jauh, keluar rumah gi laman ke. Jangan dengar. Biar apa yang dik4ta, jangan jawab, jangan dengar. It’s work for me kaklong, harapnya berkesan untuk kaklong juga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.