Saya tak kira, waktu suami meeting ke, penat atau tidur ke tapi saya nak juga dia telefon saya. Saya mampu call suami beribu kali sampai dia angkat. Suami kata dia tak tahan, tak pernah jumpa perempuan mental macam saya..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua kepada warga Fb. Semoga post ini mendapat kelulusan admin dan mendapat keredhaan Allah. Saya, Siti bukan nama dan akaun sebenar, ingin memohon pertolongan dan nasihat mengenai masalah yang saya hadapi.
Saya ingin memohon pandangan bagaimana mahu membuang per4ngai saya yang cepat melatah dan tidak sabar. Saya telah berkahwin dan dari segi layanan zahir dan batin, insayaaAllah saya tiada masalah kerana saya sentiasa ingin membuat yang terbaik untuk suami.
Walau lewat macammana suami pulang dari kerja, saya tetap akan bangun masak dan buat air. Malah saya tidak benarkan suami basuh pinggan sendiri pun, kerana saya nak dia berasa special di rumah tambahan pula saya hanya surirumah.
Pendek kata, saya sanggup melakukan apa saja untuk bahagiakna suami, seperti tolong urutkan suami supaya sampai dia tertidur. Ye, saya layan suami tak ubah macam raja. Namun saya ada masalah mahukan perhatian dan sifat romantik dari suami, sedangkan suami seorang bisnessman yang berjaya dan sibuk 24 jam.
Saya pula terp4ksa menjaga ibu di kampung yang telah uzur, jadi hubungan kami adalah hubungan PJJ. Setiap pagi, tengahari dan sebelum tido saya meminta suami menelefon bercakap berjam – jam supaya dia dapat mendengar luahan hati saya dan saya juga ingin tahu aktiviti suami.
Jika suami tidak menelefon atau terlupa seperti yang dikehendaki, saya akan mula mer0yan dan akan call beratus – ratus kali sehingga suami angkat telefon. Saya tidak kira, waktu suami meeting ke, penat atau tidur ke tapi saya nak juga dia tunaikan janji supaya menelefon saya. Saya nak kan perhatian.
Suami kadang – kadang akan angkat juga mungkin sebab dia kesian saya call beratus kali tapi selepas itu kami akan berg4duh teruk di telefon kerana saya memarahi dia kenapa lupa telefon sebelum pergi kerja. Bagi saya, suami perlu meletakkan saya sebagai priority utama sebelum buat urusan kerja.
Suami pula dah tentu marah dan beng4ng kerana telefon asyik tak berhenti berdering. Tapi di situ ada kebaikan suami juga, dia tidak akan off kan telefon sebab dia tahu jika off saya akan meng4muk lebih teruk selepas itu.
Selepas itu, suami membawa saya tinggal bersama di ibu kota bagi menghilangkan rasa rindu saya pada suami. Jadi aktiviti telefon tu bolehlah dikurangkan tapi kami akan berg4duh pula disebabkan saya mulai marah dia sering pulang lewat dari kerja.
Saya pula sering menangis, jerkah dan meng4muk tak ingat dunia bila dia sering pulang lewat. Hampir setiap hari dia pulang lewat kerana urusan bisnessnya yang agak besar. Saya nampak muka suami sudah sangat letih dan str3ss berg4duh tetapi saya tidak hiraukan sehingga saya puas hati meng4muk.
Ternyata setelah 2 tahun hidup bersama juga baru dikurniakan seorang anak namun sayangnya suami telah menceraikan saya kerana katanya dia sudah tidak tahan hidup sentiasa kena bercakap telefon dan dimarahi setiap hari. Katanya kalau terus bersama saya, dia akan jadi giIa.
Saya ingin kembali kepada suami, sebab saya tahu suami saya adalah yang terbaik cuma dia agak sibuk dan tidak pandai tunjukkan kasih sayang. Bekas suami masih fobia tuk kembali kepada saya kerana katanya dia tidak pernah jumpa pompuan yang teruk per4ngai dan gangguan mental macam saya.
Dari segi background, saya dilahirkan dalam keluarga yang bercerai berai dan tidak rapat antara adik beradik. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana tidak tahu dia ke mana dan juga kasih sayang orang lelaki seperti abang atau datuk dan bapa sed4ra.
Saya cuma ada emak yang agak panas baran dan tidak rapat dengan kesemua anak – anaknya. Dari segi agama, saya orang yang agak menjaga solat dan sehingga sekarang saya masih cuba untuk belajar bangun solat malam pula.
Untuk pengetahuan, saya pernah disih1r 10 tahun lepas kerana menolak cinta seorang lelaki. Saya dah pergi bermacam – macam tempat untuk berubat termasuk seperti darul Syifa dan pusat rawatan lain tempat ustaz – ustaz yang terkenal.
Semua memberikan pandangan yang sih1r saya masih ada dan ianya selesa tinggal kerana saya mempunyai sifat baran. Namun saya percaya, saya sendiri seorang yang mental dan baran. Justeru saya memohon sangat jasa baik sesiapa yang mempunyai solusi untuk saya menghilangkan peny4kit baran dan tidak sabar saya.
Atau mungkin cara saintifik seperti pusat rawatan mental. Bekas suami pula, tidak ingin kembali kepada saya selagi saya tidak dapat membuktikan yang saya telah berubah per4ngai. Menurutnya, dia masih sayangkan saya kerana dari segi layanan saya memang terbaik tetapi dia tidak tahan dengan gelojak emosi saya yang sampai satu tahap boleh call beribu – ribu kali dan boleh marah macam orang giIa.
Komen W4rganet :
むはっまど わひだ : Tahniah.. sebab ada kesed4ran dan keinginan untuk berubah. Pernah tengok “Andai Takdirnya” kan.. situasi sis ni macam suami dalam cerita tu. Cuma tak se extreme sampai angkat tangan dekat ex kan.
OK, looks like your insecurity came from lack of a father figure, and your hot temper from your “uncaring” mother. What you have been subconsciously doing is to ensure that you would not end up like your mother.. tu yang jadi cemburu buta, tapi ironically ‘usaha’ itulah yang menyebabkan ex lafazkan talak kan.
InsayaaAllah sis boleh heal. Aantara first step ialah LOVE yourself FIRST, berdamai dengan zaman kanak – kanak. But do you believe that you can? Kerana Allah memberi mengikut sangkaan H4mbaNya.
Feeda Rafyda : Pendapat saya dalam rumah tangga kena banyak sabar dan tolak ansur. Kalau suami tak angkat call fikir positif dan tarik nafas dalam – dalam dan lepaskan. Bertuah la suami awak tak mintak awak suruh bekerja, cuma jaga dia dan anak je.
Maybe awak kena banyakkan masuk kelas – kelas agama kat masjid ke bagi bosan dalam hidup awak tu hilang, lagi 1 dengan cara cakap awak rasa panas baran tu macam tanda – tanda sih1r, cuba la berubat kat mana – mana.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.