Aku terp4ksa berhenti kerja jaga ibu s4kit. Abang aku kaya, kereta berbiji-biji, rumah banyak tapi aku makan terkais-kais

Hari – hari aku makan nasi dengan telur, tu pun kadang – kadang makan sekali sehari je. Abang aku seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya, macam – macam kereta dia ada, berbiji – biji rumah dia ada. Hari – hari sedekah sana sini, sponsor sana sini..

#Foto sekadar hiasan. Salam, hi Korang aku cuma nak luahkan sedikit apa yang bermain di fikiran aku, bagi aku sedikit kata – kata semangat ye. Aku berumur 27 dah berkahwin Dan mempunyai seorang anak, aku hanya 2 beradik sahaja dengan abg aku, mak ayah aku dah takde.

Untuk pengetahuan semua, aku berkelulusan Ijazah dan suami aku ada SPM. Selepas habis je belajar aku terus dapat perkerjaan mengikut kelayakan Ijazah aku. Lebih kurang 2 tahun aku kerja di Kuala Lumpur dan nak dijadikan cerita, ibu aku sakit tenat (waktu ni aku belum kahwin lagi).

Disebabkan takde pilihan, hanya aku yang belum kahwin dan abang aku dah berkahwin, abang aku mintak aku balik kampung jaga ibu aku biarpun waktu tu abang aku memang duduk kampung. Abang aku sibuk dengan kerja, memang aku je lah yang diharapkan.

Kemudian aku dengan rela hati aku berhenti kerja balik kampung jaga ibu aku sebab aku fikir ibu aku ada satu je, kerja takpe boleh cari lagi. Maka bermula la kehidupan aku terkais – kais, disebabkan aku juga ada komitment tapi takpe aku fikir positive.

InsyaAllah ada hikmah, lebih kurang 2 tahun aku jaga ibu aku yang tak boleh bangun. Ntah macam mana dalam waktu getir – getir macam tu jodoh aku sampai, padahal aku tak kenal pun laki ni. Tapi segala urusan memang lancar je, dipermudahkan Allah.

Maka aku pun kahwin la, kami terp4ksa PJJ disebabkan aku masih nak kena jaga ibu aku. Sedar tak sedar aku bunting pelamin. Dipendekkan cerita, suami aku pula berhenti kerja dan balik kampung sebab nak jaga aku. Jadi dia pun mula berniaga (biarpun dia takde pengalaman berniaga).

Aku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan dipertengahan. Maka lahir la anak pertama kami, ibu adalah orang yang paling gembira. Tapi tak sampai 20 hari anak aku lahir, ibu aku telah pun kembali kepada pencipta.

Mungkin Allah tak nak bagi aku rasa terlalu kehilangan sebab tu Allah hadirkan suami dan anak untuk aku. Kalau aku fikir – fikirkan, kalau takde dorang mesti aku krik krik sorang – sorang di dunia ni. Alhamdullillah dapat jaga ibu aku sampai akhir nafas dia.

Sekarang anak aku dah setahun, hidup aku di kampung ni masih kasi pagi makan pagi, takde siapa pun yang tahu pasal ni sebab aku tak pernah tunjuk. Tambah lagi sebab dorang semua anggap aku ni seorang yang berjaya kerana aku berkelulusan tinggi sedangkan aku tak berkerja pun.

Hanya suami berniaga kecil – kecilan dan aku berniaga online sahaja. Hidup kami memang susah sangat, memang terasa sangat beratnya ujian. Hari – hari makan nasi dengan telur, tu pun kadang – kadang makan sekali sehari je.

Alhamdullillah.. mungkin juga Allah nak Uji aku sebab belum pernah merasai hidup susah sebegini. Suami aku berniaga tapii tula, dengan modal – modal dah habis, takde pengalaman, kadang – kadang untung tapi banyaknya tak balik modal.

Sekarang harapkan aku berniaga online je. Semua orang tak tahu yang kami tengah susah sebab hidup aku dibayangi oleh hidup abang aku. Disebabkan abang aku orang senang dengan aku, aku sekali orang ingat hidup senang.

Kalau pergi mana – mana, kalau orang tanya adik kepada “si polan” ke? terus dengan aku, aku sekali orang hormat, orang anggap kaya.” Sebenarnya, abang aku seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya, macam – macam kereta dia ada, berbiji – biji rumah dia ada, semua orang sanjung dia sebab abang aku ni sangat baik.

Dan dikenali sebagai seorang pemurah. Hari – hari sedekah sana sini, sponsor sana sini. Aku bangga dengan abang aku tapi kadang – kadang aku rasa kecewa sangat dengan hidup aku. Aku tak salahkan dia pun sebab tak tolong aku mungkin dia pun tak sedar aku ni susah. Aku nak minta pendapat korang, patut ke aku berhijrah semula dan mulakan hidup baru di bandar Kuala Lumpur.

Komen W4rganet :

Juliana Lya : Awak terus terang je dengan abang keadaan awak yang sebenar. Dia nak tolong atau tidak terpulang, jika perlu berhijrah le ke mana pun yang boleh menambah pendapatan, insya Allah niat yang baik serta berkat jaga orang tua tu ada. Mungkin lambat tapi ada. Semoga awak berjaya dunia dan akhir4t.

Zaiha Hamid : Terus terang dengan abang, minta pendapat abang. Mungkin selama ini abang terlepas pandang, dengar dulu apa abang cakap. Kalau dia seperti tidak menghiraukan.. Sebaiknya awak dan suami behijrah la dek. Apa pun acik doakan moga Allah permudahkan segala urusan adik sekeluarga.

Nadhirah Jamaluddin : I feel u sis. Memang seelok – eloknya berhijrah lah. Nabi pun ada terangkan bab berhijrah. Keluarga saya pun bagitau suruh hijrah tapi nak berhijrah pun banyak pakai modal. Dengan takde simpanan langsung.

Doa banyak – banyak sis moga Allah beri jalan yang terbaik. Doa juga untuk abang sis moga terbuka pintu hatinya untuk tolong adiknya. Kalau abang yang baik takyah bagitau, dia tahu sendiri tanggungjawab dia. Sebab tu tt lebih kepada diam.

Moga luahan tt kat group ni melegakan tt dan sesungguhnya luah pada Allah tu lebih baik. InshaAllah. Kadang – kadang orang boleh merancang hidup kita tapi Allah lebih juga dah merancang dulu. Kalau tt rasa hidup sederhana kat kampung tapi lebih bahagia dengan anak dan suami. Teruskan tapi kalau ada peluang untuk berhijrah. Teruskan. Saya doakan semoga Allah permudahkan perjalanan hidup tt dan keluarga dunia akhir4t. Aminn..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.