Banyak kali suami curang sampai mengandungkan perempuan warga asing 2 kali. Jumpa tangkal dalam kereta, rupanya suami dah terkena sihir pengasih!

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

sihir pengasih

Patutlah suami susah nak tinggalkan skandal warga asing sehingga sanggup kahwin di Siam, rupa-rupanya dia sudah terkena sihir pengasih selepas aku terjumpa tangkal di dalam kereta. Wanita itu pernah mengandungkan anak suami sebanyak dua kali dan menggugurkannya, malah di negara asalnya sendiri dia sudah mempunyai tiga orang anak luar nikah..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku dah berkahwin 15 tahun dan ada 3 orang anak. Sepanjang tempoh tu suami pernah curang beberapa kali, tapi dia janji takkan buat lagi. Tapi sekali lagi dia curang yang paling teruk sampai termengandungkan wanita tu 2 kali dan gugurkan, ketika tu aku mengandung anak yang ke 3.

Wanita tu warga asing ketika tu. Aku dapat maklumat, di negara dia sendiri ada 3 orang anak tanpa berkahwin. So tahu tahu je lah dia jenis yang macam mana. Suami juga tahu tapi kenapa dia susah nak lepaskan? Aku pergi ke beberapa pengamal perubatan Islam.

Memang wanita tu ada memakai benda yang tak baik. Aku terjumpa tangkal dalam kereta. Dia juga sanggup memburukkan aku dengan keluarga mertua. Dia kata aku pemalas, suka marah marah dan tak hormat dia. Takkan aku diam tunduk dengan sikap dia?

Sedangkan aku bekerja dan habis semua gaji aku dia ambil untuk bayar keperluan bulanan seperti sewa rumah, kereta dan babysitter. Tapi belakang aku buat hal macam ni. Aku terpaksa bagi kerana dia bekerja sendiri, pendapatan tak tetap, jadi gaji dia untuk selesaikan hal – hal kecil seperti bil – bil dan isi minyak kereta.

Wanita tu pernah menyerang aku ketika sarat mengandung. Dia kata aku yang ganggu hubungan dengan suami. Aku memang hilang sabar dan pukul dia. Hal ni tak habis sampailah mereka kahwin di Siam. Suami pernah beberapa kali beritahu nak tinggalkan wanita tu tapi hanya cakap cakap kosong je.

Sekarang aku dah berhenti kerja dan buat bisnes dari rumah. Makin lama makin teruk hubungan kami. Nafkah tak bagi, selalu aku yang selesaikan hal makan minum dan keperluan anak – anak. Pernah beberapa kali dia minta duit aku untuk selesaikan bayaran kereta dan rumah, tapi aku tak bagi dan dia mengamuk.

Dia mula cari kesalahan aku dan memburukkan aku sekali lagi dengan keluarga mertua. Mertua pula mudah percaya dan menyebarkan cerita tu kepada saudara mara yang lain. Aku tak nak mengganggu mertua kerana dah tua dan tak sihat serta mempunyai masalah keluarga mereka sendiri.

Aku hanya diam dan bernasib baik kerana ahli keluarga yang lain dah tahu perangai buruk suami dan mertua. Sekarang suami cuba berbuat sangat baik dengan keluarga dia dan ambil perhatian dengan menceritakan benda yang baik baik tentang wanita tu dan terus memburukkan aku.

Untuk pengetahuan juga, suami banyak berhutang. Kereta hampir kena tarik, bil air dan elektrik suka bertangguh bayar sampai nak kena potong, sewa rumah juga selalu lambat dan perbelanjaan makan minum dia merungut serta macam – macam lagi.

Dia akan meminta duit daripada aku. Memang aku berkeras tak bagi dan akan mula bergaduh. Dia tak puas hati dengan duit simpanan yang aku ada. Pernah beberapa kali terputus beras dan makanan harian kerana dia berkeras tak nak beli. Dia kata aku banyak duit dan suruh aku yang beli. Padahal dalam Islam tu semua tanggungjawab dia.

Aku fikirkan anak dan beli. Takkan aku nak biarkan anak tak makan? Dan aku dapat tahu dia menyara wanita tu sedangkan dengan aku dia meminta duit dan tak memberi nafkah dengan cukup. Memang sakit hati. Aku dah beberapa kali minta cerai. Kalau dia nak sangat hidup dengan wanita tu, pergilah. Lepaskan aku.

Tetapi dia cakap aku yang fikir bukan bukan dan dia tak terlintas nak lepaskan aku. Persoalannya, kenapa dia tak nak lepaskan aku sedangkan dia dah memburukkan aku dengan mertua, tak bertanggungjawab dan culas dengan banyak hal?

Komen netizen :

Ignacia Bee : Kenapa nak minta cerai kalau sis sendiri boleh pergi mahkamah dan isukan hal cerai ni? Kenapa masih nak berada dalam keadaan yang menyeksakan? Dengan perangai suami yang macam tu, dah terlebih layak untuk bubarkan perkahwinan di mahkamah.

Dan tolong ye. Jangan asyik nak bergaduh lepas tu mengandung lagi dengan keadaan suami pentingkan perempuan lain dan tak berkemampuan macam tu. Aku yang baca ni rasa geram stress nak tujal – tujal orang. Dah tahu perangai suami tu macam lahanat, fokus je pada diri sendiri dan anak – anak.

Dah 15 tahun kahwin, berapa lama dah hadap perangai hawau suami tu? Baru setahun dua kebelakangan ni? Atau sepanjang 15 tahun? Nak sambung hadap lagi 25 tahun dengan bilangan tambahan anak seramai 7 orang dan masa tu baru nak kuat uruskan hal cerai sendiri? Tak rasa sia – sia ke masa tua nanti?

Kalau sis okay dengan keadaan tu, teruskan bersabar dan harungi dugaan bersuamikan si polan. Cerai bukan pilihan yang baik kalau sis sendiri tak boleh nak angkat kaki dan move on. Tapi fikir lah keadaan hubungan sekarang ni pada mental anak – anak dan diri sendiri. Banyak lagi nak tulis tapi takpela. Malas dah. Semoga terbuka minda untuk buat keputusan yang betul untuk diri sendiri dan anak – anak.

Nurizuana Abd Rasid : Sis kena faham. Suami tak lepaskan sis sebab sis adalah BANK dia. So dalam hal ni sis yang kena pergi pejabat agama tuntut fasakh sebab culas tanggungjawab dan bab nafkah. Aku doakan semoga sis dipermudahkan segala urusannya.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5142 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.