Setiap kali adik ipar merajuk, dia akan mengadu dekat mak mertua

Adik ipar suruh ambik dia dekat office, bila sampai office, dia cakap dia dah sampai rumah sewa. Dia lupa nak bagitahu suami saya. Rumah sewa dia dah la jauh dari office. Okey suami saya beralah, pergi rumah sewa dia, sampai je rumah sewa, dia tak ade kat rumah. Dia cakap keluar makan dengan boyfriend dia kejap!

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, minta hide fb ni. Saya guna fb kawan saya. Saya nak tanya pendapat mengenai hal berikut. Saya dah berkawin setahun lebih, sekarang tinggal di rumah mertua sebab masalah kewangan. Mertua pun tak bagi pindah selagi kewangan tak stabil. Suami saya seorang yang sangat lembut tutur kata, baik dan suka tolong orang. Suami saya susah sangat nak marah atau tinggi suara, kalau menegur pun bahasanya sangat lembut.

Masalah saya bermula bila suami saya selalu beralah dalam semua perkara berkaitan keluarga dia. Contohnya, ada satu hari ni, saya demam teruk tinggi suhu suami ada ajak pergi kIinik tapi saya cakap tunggu dulu sebab saya nak tidur kejap kepala berat sangat. Takut jadi apa – apa dalam perjalanan ke kIinik sebab kIinik jauh. Dalam masa yang sama suami saya dapat panggiIan dari adik dia, adik dia suruh ambik dia segera di rumah sewanya sebab dia demam selsema.

Suami cakap mintak dia tunggu sekejap sampai suami saya balik dari kIinik sebab suami saya perlu jaga saya. Tak ade sesiapa kat rumah, ada saya dan suami je tapi adik dia bent4k – bent4k. Dia merajuk dan mengadu pada mertua saya. Terus mertua saya call suami saya mintak ambik adik dia segera. Suami saya tersepit, saya tak sampai hati tengok keadaan dia macam tu, saya lepaskan dia pergi ambik adik dia dulu. Kemudian baru saya pergi ke kIinik. Tapi min, s4kitnya hati bila sampai je rumah, tengok adik dia sihat je min! Tak s4kit mana pun, setakat selsema sikit je min. Takde sampai suara sengau pun. Ya Allah, s4kitnya hati saya masa tu.

Kemudian suami saya bawak saya pergi kIinik, adik dia suruh pulak suami saya beli apa dia nak dah alang – alang dah bawak saya ke bandar untuk pergi kIinik. Suami cakap tak boleh, sebab nak cepat balik nak bagi saya rehat. Dia merajuk lagi!!! Dia call mertua saya, mengadu dan sekali lagi mertua saya call suami, suruh ikutkan apa dia nak. Benda mungkin nampak kecik je, tapi saya s4kit hati. Dia pentingkan diri, tak fikir orang lain.

Minggu lepas, kami ada hari keluarga di Port Dickson, family day tu mula jumaat pagi, rancangan asal, saya dan suami pergi asing dengan keluarga yang lain sebab suami saya tak dapat cuti jumaat tu. Kami berdua akan gerak jumaat petang lepas suami balik kerja dan terus nak balik kampung saya di Seremban. Tapi last minute adik dia cakap nak pergi dengan kami, sebab dia tak nak cuti, okey tak apa kami okey.

Tapi bila saya cakap saya nak balik kampung, adik dia cakap dia tak nak ikut. Dia suruh kami balik terus, dia cakap malas nak ikut. Saya nak suruh dia balik ikut keluarga yang lain pun tak boleh sebab kereta dah full. Masa tu saya tanya suami, macam mana, saya nak balik kampung macam yang dah plan, tapi adik dia tak nak. Suami cuba tegas cakap pada adik dia suruh ikut jugak atau balik naik bas, nanti mertua ambik dekat station bus. Dia merajuk lagi! mengadu pada mertua. Sekali lagi mertua saya campur tangan, suruh balik dulu hantar dia di rumah mertua di Gombak, pastu nak balik kampung, pergi lah, katanya.

Ya Allah, habis tu siapa nak bayar duit minyak tol kami? bukan nak berkira, kami memang ade masalah kewangan. Adik dia ni dah kerja, gaji pun tinggi. Bila minta tolong support tol sikit dia cakap, “tak ade duit, kau abang, kau la tanggung”. Menyirap saya, untuk nak redakan keadaan, suami saya minta kami balik kampung 1 malam je. Kalau ikutkan plan asal nak balik 2 malam. Jadi adik dia mungkin okey sebab sampai kampung mungkin dah malam, esok tengah harinya balik la Gombak.

Suami pun pujuk adik dia tapi masalahnya dia tetap tak nak!! Dia suruh jugak suami hantar balik Gombak dulu, kemudian patah balik Seremban. Saya  dah 2 bulan tak balik kampung sebab masalah kewangan. Ini je peluang, tak kan sebab adik dia, saya tak boleh balik kampung. Dah la hari jumaat tu dia suruh ambik dia dekat office, bila sampai office dia, dia cakap dia dah sampai rumah sewa, lupa nak bagitahu suami saya. Rumah sewa dia jauh dari office dia.

Okey suami saya beralah, pergi rumah sewa dia, sampai je rumah sewa dia, dia tak ade kat rumah. dia cakap keluar makan dengan boyfriend dia kejap. Bila suami saya marah dia, dia marah suami saya balik, dia cakap sebab kami lambat! Dia lapar! Dia suruh kami tunggu. Kami lambat sebab dia tak bagitahu kami yang dia dah balik rumah sewa. Kami tak marah dia pun patutnya bersyukur lah!

Ya Allah, salah ke saya kalau saya rasa dia pentingkan diri?? Salah ke saya bila saya terasa mertua saya pilih kasih? Salah ke saya kalau saya rasa adik dia perangai macam tu sebab mertua saya menangkan dia? Saya ajak suami pindah. Suami memang nak, tapi kami tak mampu nak menyewa lagi. Saya pun tengah cari kerja lagi bagus untuk sama – sama support sewa rumah. Doakan saya ya.

Soalan saya, apa patut saya buat untuk saya kuat kan semangat dan em0si sementara saya dapat pindah keluar ni. Rasa kasih sayang saya pada adik ipar m4kin kurang malah m4kin hari m4kin benci. Tolong admin, saya tak nak jadi orang busuk hati. Saya nak terus sayangkan mereka, saya nak terus bersangka baik tapi husnuzon saya m4kin hari m4kin kurang. Allah, tolong saya.

Komen Warganet :

Cahaya Hidupku : Mentua dan ipar sebenarnya tak boleh trima hakik4t lagi yang suami awak dah kahwin dengan awak tu. Kalau aku dekat tempat awak, hari suami cuti tu aku pegang hp dia, off trus. Lantak la nak jadi apa pon, mengada – ngada sangatkan, ha tu ubat dia! Tak fikir orang dah beristeri, orang nak rehat, orang nak privacy.. Nak ikut mood kau je kan. Sorry la aku nak bagi muka dekat orang macam tu. Eh! Adik dengan isteri, kena lebihkan isteri lagi tau, ingat tu.

Dilla Hasan Rahmad : Ini sejenis adik yang tak boleh nak berdikari dan saja nak menyusahkan orang ni. Dia nak cari pasal. Tak apa sis akan datang dia kahwin juga. Doakan supaya dia rasa macam mana sis rasa, baru dia ada akal….

April Lyez Zainon : Sewa je rumah sendri. Waluapun hanya sebuah bilik untuk korang berdua. Tak ada alasan sis.. Cari je bilik yang murah dulu. Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Bila dah kahwin, macam mana sekali pon kena adakan bajet untuk sewa tempat tinggal berdua sendiri, tak ada alasan! Dah kahwin kena ada tanggungjawab untuk diri sendiri dan pasangan. Kalau macam ni, masjid yang terbina pun asyik – asyik ade je maksi4tnya, maksi4t mengutuk dalam hati. Hati jadi tak ikhlas dan macam – macam lagi la. Yang tak maksi4t u dah kahwin, halal tapi keadaan sekeIiling? Bahagia tu kena cari, takkan dia datang bergoIek kat kaki kita sis.

Nazratul Nadia : Pindah dulu sis. Hidup laa susah dulu walaupun cuma tidur atas toto. Perlahan – lahan nanti rezeki akan bertambah. Selagi tak cuba keluar hidup sendri selagi tu sentiasa rasa tak cukup. Lagi pun tak ade anak lagi kan.. Cari kerja bantu dulu suami, agak dah stabil baru fikir soal anak. Suami seorang yang baik cuma dia tersepit, sebaiknya berpindah la.

Nur Siti : Pindah je dari situ walau sewa bilik pun tak apa.. Lepas ni kalau korang tengah ada urusan kalau adik ko telefon tak payah angkat. Biarlah dia berkuIat kat situ. Kalau mak mertua ko telefon cakap itu ini bagi jelah alasan apa – apa lagi. BeraIah sesekali tak ape ni dah macam h4mba dibuatnya.

Sarini Abdullah : Cepat – cepatlah pindah sebab tengok gaya mertua awak tu memang suka campur tangan. Semoga murah rezeki dan dapat menyewa sendiri, tak lengkap perabot rumah tak ape. Tidur jela atas toto laki bini, nanti beli sikit – sikit. Yang penting jangan tinggal sebumbung dengan mertua dan ipar duai lama – lama. Tambah lagi kalau perangai adik ipar macam tu, boleh str3ss.

Apa kata anda?