Setiap kali Aiman mesej mesti ada ulat gonggok atas badan aku. Aku cerita dekat Kak Ja, terus aku Iumpuh separuh badan

Masuk tahun kedua bercinta dengan Aiman, aku mula alami benda pelik. Setiap kali bersama badan aku gatal, bila Aiman mesej tiba – tiba ada ulat gonggok atas badan aku. Aku cerita dekat Kak Ja, senior islamik pakai tudung labuh. Tapi aku pelik, dia selalu nak bergambar dengan aku. Rupanya dia gunakan gambar aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga pembaca yang budiman. Aku adalah m4ngsa sih1r sejak 2016 dan masih belum sembuh sepenuhnya. Aku harap warga pembaca dapat kongsikan sedikit kata semangat, nasihat atau jika ada pusat rawatan yang boleh kongsikan di ruangan komen.

Ceritanya bermula waktu aku tengah buat post graduate di salah satu universiti tempatan. Aku ada berkawan dengan seorang lelaki, aku namakan Aiman. Kami sama – sama buat research dan jadi m4kin rapat dan ada plan untuk kahwin selepas graduate.

Kami serasi dan waktu tu aku ingat dia lah j0doh aku. Tahun kedua, aku jadi kurang sihat dan aku diuji dengan separuh Iumpuh, depr3ssion dan kini m4kin pulih. Pada mulanya aku ada mimpi ular dan kawan lelaki juga ada mimpi ular hitam, aku juga selalu jumpa ulat gonggok, lipan, rambut dalam pinggan makan dan akan gatal badan kalau berjumpa Aiman.

Kalau Aiman ada mesej aku, tiba – tiba keluar ulat gonggok atas badan aku. Akhirnya, aku terus block Aiman masa tu walaupun dalam hati aku masih sayang dia. Masa awal kami terkena sih1r tu, atas nasihat beberapa kawan, aku dan Aiman berjumpa seorang ustaz di pusat darulsyifa berdekatan dan ustaz beritahu kami terkena sih1r pemisah dan perlu buat beberapa kali rawatan.

Pada mulanya Aiman ok tapi lama kelaman hubungan kami m4kin teruk, Aiman tak nak berubat dan kami putvskan bawa haluan masing – masing. Sepanjang tempoh itu, aku sering kongsikan cerita dan s4kit aku alami pada seorang kenalan rapat yang aku namakan Kak Ja, dia bertudung labuh dan boleh kira dia selalu bagi pendapat islamiah, kategori orang baik kalau tengok.

Rupanya sih1r pemisah dari Kak Ja sendiri. Patut aku pelik, ada sekali dia beria ajak aku bergambar dan suruh aku berdiri, rupanya dia gunakan gambar penuh aku tu. Kak Ja ni student PhD masa tu, jadi dia kategori senior aku dan Aiman dan aku sering rujuk dia.

Sekarang Kak Ja dan Aiman tu pun dah berkahwin dan ada anak pun. Aku juga kini dah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki comel wa muslih. Beberapa minggu sebelum aku berkahwin, ada Aiman mesej dan beritahu dia tak pernah lupakan aku, dia doakan aku bahagia dan dia yakin suatu hari nanti mungkin kami akan bertemu lagi.

Tapi aku tak baIas pun. Aku pun tak tahu kalau Aiman masih ingat aku. Suatu masa dulu, aku pernah ceritakan pada keluarga Aiman, pada circle kawan aku apa Kak Ja buat tapi mereka tak pernah percaya. Mereka cakap tak mungkin Kak Ja yang solat penuh, tudung labuh, mengaji tak tinggal tergamak buat macam tu.

Sepanjang aku berubat, ustaz dan perawat selalu nasihatkan supaya aku tidak menyimpan d3ndam kalau nak betul sembuh, belajar memaafkan serta melupakan dan itulah masalah yang aku hadapi sejak 2016 hingga kini.

Walaupun mulut aku cakap aku dah maaf, walaupun dah hampir 6 tahun, tapi jauh dari sudut di dalam hati, Iuka aku masih ada. Aku tak pernah sangka Kak Ja, yang sangat aku percaya tergamak ani4ya aku, kenapa sanggup dia mensyirikkan Allah dan meletakkan aku dalam keadaan paling susah, aku separuh Iumpuh dulu kena berulang alik ke hospitaI.

Aku grad dengan extension sebab diagn0se with depr3ssion dan kena jumpa psiki4tri, aku tak period hampir 2 tahun. Bila jumpa Dr, Dr cakap tak s4kit sampaikan Dr suruh jumpa ustaz. Disebabkan kawan aku adalah kawan Aiman dan kak Ja, jadi kadang kala perkembangan mereka aku tahu secara tak sengaja.

Bila aku tengok dia berjaya dan dah jadi senior lecturer, hati kecil aku terdetik rasa benci, marah, d3ndam. Dia bahagia dengan Aiman selepas apa dia buat pada aku. Adakah salah aku sebab pernah terlalu cinta pada Aiman dulu sehinggakan aku terlalu Iuka?

Dan adakah salah aku sebab terlalu percaya pada Kak Ja yang ani4ya aku. Aku amalkan solat sunat dan sentiasa berdoa pada Allah agar aku dapat memaafkan dan melupakan. Semoga tiada sekelumit ingatan aku pada Aiman, semoga kasih aku hanya pada suami dan anak.

Mohon para pembaca dapat kongsikan tips dan nasihat supaya aku tiada lagi d3ndam. Terima kasih. Moga dalam rahmat Allah – Nana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurazlinn Zulkamil : Pengalaman sendiri berubat di pusat perubatan Islam ade yang ambil jalan untuk tidak bagitau, ade jugak perubatan islam yang bagitau untuk niat kita agar berhati – hati sebab taknak kes berulang lagi.

Untuk confessor, terlalu cintakn si A itu tak salah sebab memang lumrah perasaan dan terlalu percayakn kak ja jugak tak salah sebab confessor berhati baik. Yang salah adelah orang yang ani4ya dan ambil ksempatan atas diri confessor tu sendiri.

Dan bende ni semua berlaku ade sebab dan dengan izin Allah. Jadikn ia sebagai pgajaran dan bersihkn hati daripada d3ndam walaupun ia s4kit untuk ditelan. Fokus berubat untuk sihatkan diri sendiri dan jangan bagi ruang untuk ia kembali berulang.

Untuk rawatan memang kena banyakkan mencari sampai jumpa yang sesuai. Confessor boleh dapatkn rawatan dengan seorang h4mba Allah, Raja Nur Izwan atau nama instagram dia (king strike). Beliau pernah rawatkan isteri kepada influencer terkenal Hafiz Mahamad. Cara rawatannya berlandaskn ayat al quran.

Semoga confessor sentiasa tabah dan tenang dalam ujian. Jangan nilai dan percaya personaliti seseorang melalui luaran. Semoga kembali sihat. Amin.

Munira Mohd : Mungkin ustaz tu yang bagitahu. Kadang – kadang penat berubat tapi tetap kene balik sih1r nye.. Jumpe ustaz berulang – ulang kali. Last – last ustaz bagitahu siapa yang buat supaya kite lebih berhati – hati.

Macam cerita yang di atas. Dia percaya sangat dengan kak jah. M4kin kuat sih1r kak jah hantar lepas tahu yang m4ngsa berubat. Yang pernah kene sih1r je tahu siksa badan dan siksa kene khi4nat dengan orang yang kite percaya.

Sharifah Yong Sofia : Orang yang pernah kena je faham tulisan sis. Saya pes4kit mentaI sekarang. Mulanya adalah daripada sih1r. Bila saya sudah menerima hakik4t ini bukan sih1r tetapi memang peny4kit mentaI, Allah datangkan mimpi siapa yang sih1rkan saya.

Dunia ni sekejap sangat. Semoga Allah memindahkan seluruh kebaikan orang tersebut kepada saya di akhir4t kelak tanpa bertemu dengan saya. Berputar – putar la dia di mahsyar mencari saya untuk menyelesaikan urusan dengan saya. Saya yakin dengan Allah yang akan memakbulkan permintaan saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.