
Aku berpantang tak sampai 100 hari, aku diceraikan. Malam raya. Lagi 4 hari, hari lahir aku. Aku dapat hadiah paling istimewa dari suami aku. Hadiah seorang isteri bertarung nyawa lahirkan anak, hadiah hari lahir aku, hadiah hari raya. Lagi hina dari sampah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Min hide profile aku. Saje aku nak kongsikan cerita aku min. Realiti. Maaflah kalau panjang sangat aku taip cerita ni min. Dah 4 tahun aku jadi ibu tunggal. Dalam masa 4 tahun tu jugalah aku tr4uma untuk cari pengganti.
Kisah aku bermula di sini. Aku kenal suami aku tak sampai sebulan, sekadar kawan. Last – last dia ambil keputusan nak merisik aku. Dengan penuh gentleman dia jumpa bapak aku untuk menyatakan hasrat ingin merisik aku. Bapak aku setuju sebab dia baik, beriman.
Memang aku mengaku dia memang perfect bab semua tu. Cuma satu, anak emak min. Tibalah hari merisik, mak dia ambil keputusan suruh bertunang terus. Dalam masa sebulan suruh kami kahwin, takut aku dikebas orang. Okey family belah aku setuju.
Bila kahwin suami aku pujuk aku tinggal bersama mak dia. Mak dia janda min. Atas alasan mak dia dah tua duduk seorang diri. Okey aku on je. Aku sanggup tinggal dengan mertua untuk jaga dia. Aku menantu paling muda min. Masa tu umur aku 24 tahun, suami aku dah 34 tahun. Dia bongsu. Adik beradik dia 7 orang semuanya. So akak dan abang dia dah 40 tahun ke atas.
Perkahwinan aku baru sampai seminggu, mak dia dah tunjuk belang. Aku diam, aku tak pernah Iawan sebab mak bapak aku tak ajar aku jadi kurang ajar dengan orang tua. Tiap kali bangun pagi aku kemas rumah mertua siap – siap, siap mop lantai bagai.
Lepas siap semua aku masuk bilik iron baju kerja aku dan baju laki aku sebab ada masa terluang sikit. Masa tu laki aku dah pergi kerja, aku kerja belah petang. Masa tulah ada orang datang bertandang rumah mertua aku. Cepat – cepat mertua aku pegang mop lantai, sapu sampah.
Nak tunjuk dekat jiran yang dia buat semua tu min. Tapi aku diam. Sampai jiran tegur. “Aiii menantu ada pun, kau yang buatkan semua ke?” Yang tu aku okey lagi min. Tapi yang paling aku tak boleh terima, baru sebulan aku kahwin min. Tiap kali aku balik kerja dengan suami aku, mertua aku tunggu depan pintu. Tanya soalan ni je hari hari min.
“Zuriat mana zuriat? Kau tak boleh hidup macam ni. Kau kena kahwin lain. Cari bini lain.” Aku tersentap min. Kenapa mak dia berubah per4ngai bila aku kahwin, sedangkan dia yang beria – ria nak aku kahwin dengan anak dia cepat – cepat.
Sampai 4 bulan hidup aku tertekan makan air mata min dengan kata – kata h1na mak dia. Kata aku menyusahkan anak dia sebab ambil aku kerja malam – malam sedangkan masa tu anak dia kena bersama dia. Masa suami aku untuk aku jam 12 malam sampai 6 pagi je min. Dia siap bagi jadual masa untuk kami.
Kadang – kadang bila bangun pagi esok, tengok tengok dia dah ada depan pintu bilik. Tidur depan tu min. Last – last aku meng4muk dan duduk asing min. Nak duduk rumah sewa. Masa tulah mertua aku tergugat. Dia rasa aku r4mpas anak dia. Dia halau kami min.
Tapi – tiap kali dia nak pergi rumah sewa aku, dia pesan awal – awal dekat suami aku, hantar aku balik rumah mak aku sebab malam ni dia nak tidur dengan anak dia je. Bila duduk rumah sewa aku disahkan hamil. Mertua aku tahu. Makin menggiIa per4ngai dia.
Walaupun dia halau kami, kami tetap balik jenguk dia. Dia tak bagi aku masak nasi. Dia dah masak siap – siap. Nasi baru masak cukup – cukup untuk dia dan suami aku. Untuk aku dia dah sediakan nasi dingin min. Suami aku tak tahu sebab aku dan mertua yang hidangkan makanan.
Bab air dia tak bagi aku minum yang aku tolong buatkan tu. Dia hanya suruh aku minum air apa entah yang dia dah sediakan. Tapi aku tak telan min. Aku risau takut dia saja nak gugurkan kandungan aku. Memang aku nampak dia marah aku tak minum air yang dia buat asing untuk aku. Aku tak sedap hati min.
Tetiba bila tahu aku hamil, dia dah prepare sejenis air pelik untuk aku. Macam – macam dia buat nak suruh kami suami isteri berg4duh min. Sampailah aku ditahan wad sebab s4kit nak beranak min walaupun tak sampai jangka lahirkan baby.
Seminggu aku kena tahan wad. Last – last aku kena operate sebab masa tak mengizinkan. Aku lahirkan anak tak cukup bulan min. Time tulah mertua aku sengaja call anak dia suruh balik min, semata – mata nak jahit baju raya. Suami aku balik min. Sanggup demi ibu.
Sedangkan aku tengah bert4rung nyawa untuk lahirkan anak dia min. Aku sebak min. Hanya mak aku yang setia tunggu aku. Tapi mak aku tak boleh ikut dalam bilik operate tu, mak aku penat nak jalan kaki. Bila dah selesai semua, batang hidung laki aku pun tak nampak lagi.
Selesai lahirkan anak aku, kebetulan pak saud4ra aku yang azankan min sebab kebetulan dia datang nak melawat aku. Orang yang paling last sampai, laki aku min. Okey aku pendekkan cerita. Aku berpantang. Tak sampai 100 hari, aku diceraikan min. Malam raya. Lagi 4 hari, hari lahir aku.
Alhamdulillah aku dapat hadiah paling istimewa dari suami aku min. Hadiah seorang isteri bert4rung nyawa lahirkan anak, hadiah hari lahir aku, hadiah hari raya min. Aku dibuang macam sampah min. Setahun aku diceraikan, mak dia datang merisik aku balik, minta maaf. Satu je aku minta, jujur apa salah aku. Kenapa aku ditinggalkan macam ni min. Jawapan mak dia, sebab mak cemburukan menantu sendiri. Sebab cemburu aku diceraikan min.
Ulasan Pembaca :
Mohd Yunus : Pinjam telefon suami. Mentang – mentang syurga dia bawah tapak kaki ibu, sanggup rosakkan rumah tangga sendiri kerana mementingkan ibu. Dan ibu, sungguh kau mertua sekalipun, tak payah suruh anak lelaki kau kahwin kalau untuk diceraikan. Salam m4ut untuk mertua dan suami awak tu.
Has Mariah : Better jangan diterima dan cuba move on. Dapat bayangkan sikap mak mentua macam tu. Hati tak ikhlas dan penuh pura – pura. Hidup kita pun jadi tak tenteram. Minta dijauhkanlah kita jadi mentua per4ngai macam tu.
Aly Sha : Aku terus terang cakap kalau dapat mak mentua macam ni, lebih – lebih lagi cemburu dengan menantu sendiri sampai laki bini tak boleh bersama, memang dah lama aku hempuk kepala tu. Biar tua ke muda ke, mak mentua kalau buat menantu macam tu. Betul – betul bing4i punya mak mentua. Bagus suruh je kahwin dengan anak dia sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.