Setiap kali datang rumah aku, mak mertua akan mengendap bilik, cek tandas buat bahan mengumpat fitnah dekat ipar dan jiran-jiran

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku tak tahu apa salah aku dekat mak mertua. Dua anak aku ada masalah, sorang tak boleh bercakap, sorang autism. Mak mertua tak bagi aku mengandung lagi, dia hasut suami. Suami suruh aku ik4t terus. Takut berjangkit peny4kit…

#Foto sekadar hiasan / AI. Apa perasaan kau sebagai seorang wanita bergelar isteri. Aku cerita pasal aku. Nak korang rasa apa aku rasa. Dulu awal aku mengandung anak sulung aku sangat – sangat tertekan. Suami aku ni kalau ikutkan dia okay. Tapi benda yang aku paling tak suka dia mudah dengar cakap mak mertua.

Ya memang wajib seorang anak hormat dan sayang mak ayah kita. Dia tu lah syurga kita. Aku pun dengar cakap mak ayah aku. Tapi kalau benda tak elok, harus ke seorang anak patuh. “Suami, bapa mertua, adik beradik suami semua bagi aku tak ada masalah.”

Cumanya mak mertua dan isteri kepada adik suami sahaja. Tak tahu lah aku nak cakap apa lah d0sa aku ni dekat diorang ni. Dari aku mengandung selalu dih1na, selalu dimaIukan oleh jiran – jiran. Kadang – kadang aku tertanya dalam hati aku kenapa kalau betul mereka tak suka aku, kenapa mak mertua aku tak nak usaha untuk anak dia lepaskan aku.

Kenapa dia siksakan mental aku. Suami aku mudah dengar cakap mak dia sampai mak dia buruk – burukkan aku, h1na aku pun suami aku tak berani nak tegur mak dia. Mak mertua suka hasut yang macam – macam dekat suami. Sampai kami ni dari dulu sampai sekarang serba tak kena aku ni.

“Sikit – sikit mak. Mak cerita dekat saya begini – begini. Mak tak suka lah awak begini – begini,” ada saja tak kena aku ni dekat mata dia. Aku pun penat, aku bukan robot. Kadang – kadang disuruh kemas rumah, jangan duduk rumah main telefon je.

Ni dulu mak mertua aku tegur macam ni lah masa dia datang rumah aku, masa tu ada suami. Dia tak tengok aku, dia sembur sambil pandang arah suami aku. Aku faham lah dia maksudkan aku. Dia tak duduk serumah tapi dia tabur, fitnah dekat aku.

Sampai suami guna ayat – ayat macam ni. Setiap kali balik kerja. Aku kalau tak ada anak bolehlah kau pertikai rumah berselerak, pemalas dan sebagainya. Ada anak weii. Kemas – kemas tetap berselerak kadang – kadang. Suami aku bila cuti, dia tahu sikap anak – anak dia macam mana.

Kadang – kadang dia sendiri pun cakap dengan aku “biarlah sayang, anak main, kesian diorang tak habis main.” Sebab tu aku jenis tak suka mak mertua aku datang rumah. Kadang – kadang rumah dah bersih, dia akan cari point – point lain pula.

Pergi dapur, bilik air, peti ais. Ada sahaja. Sampai ke bilik kami pun dia nak mengendap. Aku tak kisah dia nak buat rumah kami ni macam rumah dia. Tapi mulut tu yang buat aku geram. Dah lah dia sindir aku. Dia cerita pula dekat menantu dia seorang lagi.

Dia sayang isteri adik dia tu sebab orangnya berduit. Kalau dia buat jahat sama macam aku ni. Tak rasa lah dia apa – apa dari menantu dan besan dia tu. Tahap kesayangan tu setiap kali datang, nasi lauk wajib hidang atas meja ajak makan bersama.

Kalau aku, air pun tak pernah dihidang. Dalam rumah mak mertua aku tu, ada adik beradik suami semua bujang belum kahwin. Anak d4ra pun ada. Adik beradik suami ni okay, suka buat hal sendiri. Cuma jenis malas nak tunggu mak panggil buat itu ini baru datang, tu pun ambil masa yang lama. Jadi apa – apa memang mak dia je lah aturkan anak – anak dia.

Tapi aku tak kisah pun sebenarnya kalau mak mertua aku tak suka aku. Sebab aku sedar aku tak macam menantu dia. Aku tak kisah pun tentang ni. Yang buat aku geram tu dia suka hasut, tu yang aku tak tahan. Suami pula jenis anak mak. Aku sekarang ada dua orang anak sepasang.

Anak aku ni dalam pemantauan pakar. Seorang tak boleh cakap lagi. Seorang lagi macam ada ciri – ciri autisme. Tapi diorang tak dapat kesan sepenuhnya. Sekarang diorang dah besar sikit. Tak tahu lah kenapa hati aku terasa teringin sangat nak ada bayi lagi.

Kau tahu, keluarga suami boleh cakap apa dekat suami. “Tak payah lah bagi bini kau tu beranak lagi. Kalau maknya jenis bermasalah nanti jangkit dekat anak. Tengok sekarang semua dari mak dia lah!” Aku dengar. Tapi dari jawapan suami aku pula bila aku soal pasal nak tambah seorang lagi.

“Tak payah lah yang. Dua orang pun dah cukup. Bajet tak ada lah nak tambah lagi. Dua orang pun dah pening dah.” Suami kalau boleh nak aku ik4t rahim, jangan beranak lagi, cukup lah dua orang je anak kita. Sebelum ni dapat anak sulung, aku pakai perancang depo pun tiba – tiba dapat anak nombor dua.

Jadi sekarang suami tak nak lagi percaya ubat – ubat cucuk perancang ni semua menipu. Melainkan aku ik4t atau buang rahim tu baru suami percaya. Menitis air mata aku. Walaupun kisah ni kira lama, sampai sekarang aku tak boleh lupa.

Kadang – kadang duduk sorang – sorang, menitis air mata aku ingat kata – kata suami aku. Masa tu usia aku 23 tahun. Sekarang dah 25 tahun usia aku. Aku cakap dengan dia dari awal. Kalau nak aku buang rahim, lebih baik kau lepaskan aku. Sekurang – kurangnya aku boleh bahagia dengan kehidupan aku. Terus dia diam.

Yang terbaru aku ni ada lah cakap dengan suami aku. Minta suami aku ikhtiar mohon rumah PPR. Tak ada lah kita ni duduk rumah sewa. Yelah, kadang – kadang dia merungut sewa rumah mahal. Yang kerja pula dia. Dia tak bagi aku kerja. Sebab risau nak hantar pengasuh takut orang buat macam – macam dekat anak. Anak pula suka meng4muk, takut pengasuh tak tahan. Tu minta duduk rumah je. Dah 6 tahun kahwin, mana tahu rezeki anak – anak ada rumah sendiri.

Suami aku ni pula jenis anak mak. Jadi dia cerita lah dekat mak dia. Dia cakap dia nak mohon rumah PPR, mana tahu rezeki dapat rumah sendiri. Mak dia pun cakap bagus juga. Tak lama lepas tu, suami cakap nanti rumah tu dia nak letak nama isteri, kalau andai kata dapat. Terus terdiam mak dia. Lepas tu masa aku nak tumpang bilik air, mak dia mula buka mulut.

Aku masa tu nak keluar dah dari bilik air. Mak dia cakap, “percaya sangat bini tu. Esok lusa dia t3ndang kau dari rumah tu!” Aku masa tu panas je rasa. Kalau lah aku ni kahwin dengan dia ni kerana harta. Apa je anak dia ada. Kereta yang dia pakai tu pun kereta aku, titik peluh aku bekerja. Telefon dia pakai tu pun duit aku. Banyak keluarga aku juga keluar duit bantu suami.

Sepanjang 6 tahun dalam perkahwinan dengan anak dia. Bukan setakat barang kemas, nak beli skincare, mekap, pakaian anak bini pun kena merayu – rayu. Kalau aku ni jenis mata duitan. Dari awal aku tinggal je anak dia ni. Apa pun tak ada. Tapi aku tak. Aku ikhlas susah senang dengan anak dia.

Ni tiba – tiba suami bertukar arah pula. Dia cakap kalau andai kata rumah tu dapat. Dia nak w4riskan, letak atas nama anak. Entah lah, susah aku nak cakap sebenarnya. Aku bukan nak ungkit tau. Dah alang – alang orang h1na aku. Seolah aku ni perempuan jahat, perempuan mata duitan. Aku cerita lah.

Perempuan jahat ni lah banyak berk0rban. Sampai kau nak masuk penjara pun perempuan jahat ni lah berk0rban cari duit. Nak harap keluarga kau semua lepas tangan. Tanya lah member – member dia. Aku tak minta pun ganti rugi setiap apa aku beri.

Tapi bila orang buat macam ni. Hati aku betul – betul h4ncur. Apa salah aku dekat mak mertua aku ni. Sampai macam tu sekali dia buat dekat aku. Kerana sikap suami aku macam tu. Hati aku dah kosong untuk dia. Nak maafkan mak mertua aku pun jadi berat sangat.

Aku cuba tapi aku tak boleh. Seolah – olah kahwin ni aku rasa aku lah ayah aku lah ibu. Aku hanya santai dengan anak – anak je. Tak fikir dah nak tambah anak lagi dah. Andai kata suami nak lepaskan aku pun aku dah tak kisah. Aku sangat – sangat terima. Dia nak kahwin lain yang lagi baik pun aku okay.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.