Waktu aku dah nekad nak bercerai, suami tiba – tiba datang dan janji nak berubah. Dia sanggup merayu kat mak ayah aku. Tapi masalah sekarang mak ayah aku bagi kata dua, kalau aku pilih balik pada suami, aku tak diizinkan balik rumah mereka lagi..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Siti. Aku berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat aku cinta sejak dari zaman sekolah. Aku bekerja di sektor awam, suami aku hanya bekerja biasa dengan pendapatan yang lebih rendah dan kadang kala gaji tidak tetap (berg4ntung kepada job yang dia dapat).
Takpe, aku tak kisah pun. Sebab pada aku, selagi dia bertanggungjawab dan rajin mencari rezeki halal terhadap aku dan anak, aku terima dia seadanya. Awalnya ayah aku tak restu percintaan kami. Ala… biasalah. Kau dah stable, kau sibuk nak kahwin dengan orang yang kerja pun tak tetap.
Ayah mana tak risau kan masa depan anak dia. Aku berjaya yakinkan ayah aku dan akhirnya kami berkahwin. Tahun ni masuk tahun kelima perkahwinan kami. Di tahun kelima ini lah dugaan datang bertimpa – timpa. Tahun lepas hubungan kami start goyah.
Sebenarnya biasa dah g4duh salah faham ni. Tapi tahun lepas kami diuji dengan masalah kewangan. Alhamdulillah, ada rezeki, akhirnya tahun lepas kami dapat duduk di rumah sendiri. Loan semua atas nama aku. Aku tak kisah pun, sebab laki aku hulur je duit nafkah tiap bulan walaupun tak banyak.
Cuma bila dah ada komitmen loan rumah, komitmen bulanan bertambah. Kereta pulak time tu nak rosak lah, apa lah. Duit asyik rasa tak cukup. Setiap hari rasa nak g4duh dan ada je yang tak kena. Satu hari, aku dapat tahu suami aku amek d4dah, ice tak silap aku.
Panjang ceritanya macam mana boleh dapat tau, dipendekkan, pengaruh kawan – kawan. Suami aku kadang – kadang kerja malam, jadi dia perIukan “something” untuk bertenaga. Gitu la alasan dia bila aku tanya kenapa dia amek benda tu.
Aku jadi beng4ng sebab duit dahla tak banyak, boleh pulak dia beli benda yang mahal tu. Satu hari, kitorang g4duh teruk sebab suami aku dah lama kot tak dapat benda tu, yelah duit dah takde. Aku ni dengan kereta rosak, terp4ksa gadaikan barang kemas, semata – mata nak pakai duit.
Paip rumah bocor la apa la. Str3ss giIa. Tiba – tiba semua nak serentak. G4duh kali ini yang paling teruk sampai aku terp4ksa libatkan mak ayah aku sebab aku lari dari rumah. Aku str3ss suami aku asyik tidur je. Yelah barang takde.
Nak buat kerja semua jadi malas. Lepas tu kerja nak meng4muk je. Selama kitorang berkahwin, aku tak pernah share cerita dekat dorang sebab aku tak nak bukak aib suami sendiri. Terk3jut la mak ayah aku bila dia tau suami aku amek benda terlarang tu.
Memang dorang risaukan aku lepas tau benda tu. Dah lah suami aku tu bukan calon pilihan. Masa tu aku memang tekad nak cerai dan rasa aku boleh hidup sendiri tanpa suami aku. Lagipun aku dah penat, penat berg4duh.
Entah macam mana, tiba – tiba suami aku cakap dia nak berubah. Dia sanggup nak pergi kIinik methadone. Dia sanggup nak cari kerja baru yang tetap. Dia sanggup merayu kat mak ayah aku. Selama ni dia tak pernah pun macam tu.
Selama ni apa yang dia cakap, tu la yang betul. Suruh cari kerja tetap sejuta kali, sejuta kali cakap tak nak, tak suka terik4t kerja office h0ur katanya. Eg0 tinggi menggunung. Bila dah macam ni, tiba – tiba baru cakap nak berubah?
Tiba – tiba suruh aku listkan semua hutang dia, dia nak bayar. Yela bayar sikit – sikitla bukan semua sebab bukan dia banyak duit pun kan. Aku cakap aku memang tak boleh tapi bila aku tengok kesungguhan dia, aku jadi lembut hati.
Daripada seorang suami yang tak solat, perlahan – lahan aku nampak dia bentang tikar sejadah. Berdoa kepada Tuhan. Sejak g4duh dari hari tu, kami dah tak duduk sebumbung tapi ada masa dia cakap dia nak singgah rumah sekejap, tengok anak.
Aku bagi jela, sebab masih suami kan, walaupun kalau ikut mak ayah aku dorang tak kasi. Dorang takut suami aku apa – apa kan aku kot. Aku kemudian failkan penceraian. Hari yang sepatutnya laki aku jatuhkan taIak, laki aku tiba – tiba dia cakap dia tak nak.
Kami berdua kena kaunseling. Aku sebenarnya dah mula berlembut hati dengan dia tapi sebab mak ayah aku tak leh terima dia, aku dah tak boleh buat apa. Aku tak nak kecewakan mak ayah aku untuk kali kedua. Tapi suami aku ada cakap kat aku, aku je support system yang dia ada untuk dia boleh berubah.
Kalau aku takde, macam mana dia nak berubah. Sebab dia dah takde siapa – siapa. Dia akan rasa kehilangan yang cukup besar. Dia mintak aku satu lagi peluang. Aku jadi serabut Mak aku cakap dekat aku, kalau aku terima balik suami aku, dia tak izinkan aku balik ke rumah lagi.
Yelah, bila susah, lari pergi family, lepas tu baik pergi balik dekat suami. Lepas tu g4duh balik. Cycle yang sama berulang kali. Ni dah tau dia ambil benda terlarang tu, lagi lah dorang takut aku kena pukuI kalau suami aku hilang w4ras.
Aku faham kenapa dorang takleh terima suami aku tapi dalam masa yang sama aku nampak suami aku betul – betul nak berubah tapi perIukan aku di samping dia. Lagi satu aku fikir pasal anak. Kami sekarang masih berhubung baik, anak pun kami jaga bergilir – gilir. Kesian anak aku.
Tiap malam dia pelik kenapa ayah dia takde. Mak ayah dia dah takde hujung minggu bawak dia keluar jalan sama – sama lagi. Anak aku kecik lagi. Baru 4 tahun. Dia tak faham pun benda ni. Aku kesiankan dia kena membesar macam ni.
Bila fikir nanti dia dapat mak tiri baru, aku pulak rasa sedih. Macam mana kalau mak tiri dia tu lagi baik dari aku. Aku ni dahla suka membebel macam petir suara, dapat mak tiri yang baik, agaknya dia nanti tak nak duduk dengan aku lagi dah
Suami aku pernah cakap, andai satu hari kita berpisah, suami aku tak boleh janji kalau dia dah berubah, dia akan toleh belakang lagi. Dia memang nak move on terus dan lupakan aku. Bila dengar benda tu, aku jadi takut. Takut nanti aku yang terhegeh balik dekat dia tapi dia dah tak nak.
Lagipun sekarang hati aku masih berbolak balik. Sekarang aku buntu dan dilema. Antara suami, dan mak ayah. Aku nak restu mak ayah aku untuk teruskan perkahwinan ni dan aku nak ada di samping suami aku untuk dia berubah.
Tapi aku hanya boleh buat satu pilihan. Setiap hari aku buat istikharah, supaya aku tak tersalah buat pilihan. Doakan aku dapat buat pilihan yang tepat untuk masa depan aku. – Siti (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Muhammad Nazri Othman : Bagi suami masa setahun, suruh dia masuk pusat pemulihan dan ikut SOP pusat tu. Situ kita akan tahu dia ikut atau dia skip. Tengok dalam masuk setahun dia berubah ke tak. Dalam masa setahun tu duduk asing – asing. Kalau betul – betul dia menyesal dia akan berubah dalam setahun tu kalau tak berubah tinggalkan je. Mat d4dah kalau diri sendiri taknak berubah sampai ki4mat la begitu.
EmyLiana Sulaiman : Pilih mak ayah. Kalau dah pekena d4dah tu susahla dia nak berubah. Dibuatnya datang high dia kita pun dia boleh bunvh. Kalau betul nak berubah suruh dia berubah dulu sorang – sorang. Dah berubah datang balik.
Dia ugvt je tu kata taknak pandang belakang lagi. Better bagi ruang. Takut duduk sama – sama lagi bertambah pulak anak. End up berpisah jugak. Dah bini jugak nak kena jaga anak ramai – ramai sorang – sorang. Tolong pentingkan diri sendiri dulu sis.
Umi PrinCess Athirah : Pilih ibu ayahlah. BUKAN senang manusia mahu berubah, terutamanya kes – kes begini berapa banyak golongan seperti ini hanya pandai menadah janji tapi akhirnya ke laut juga. Sila ambik pengajaran dari kehidupan orang lain yang sama kes macam tt. Lepaskan saja dia, nanti kau akan nampak hikmahnya sama ada lambat atau cepat.
Akif AkIm : For my opinion, bagi tempoh masa, setahun, tengok macam mana perubahan. Kalau tak berubah juga, sila ikut nasihat ibu bapa. Sayangi diri sendiri dan anak – anak. Yang pnting, biarlah suami berubah kerana Allah. Baru hidup akan lebih berkat dan akan dipermudahkan. Semua orang berhak diberikan peluang kedua. Tapi, perlulah bersyarat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.