Setiap kali jumpa akak, dia akan puji-puji suami aku. Satu hari, aku nampak suami aku dan akak dekat tempat gelap

Aku simpati dekat akak sebab dapat suami tak berguna. Dia selalu mengadu pasal suami dia dekat aku. Sekarang aku perasan macam dia cuba nak luah dekat suami aku pula. Aku tak kesah nak bersembang, tapi perlu ke senyap setiap kali aku ada?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum  dan hi semua. Aku nak cerita pasal kakak aku. Sebenarnya kakak ipar. Isteri kepada abang aku. Dorang kahwin dah 10 tahun. Anak sorang. Aku sayang je kat kakak ni, kita panggil dia “akak” ye. Kat anak buah pun aku sayang sangat.

Abang aku ni bermasalah. Per4ngai pun macam sy4iton bila dengan bini. (Bukan la sepanjang masa.. Ada la pasang surutnya) Dengan aku dia ok je. Tapi aku tahu je segala masalah rumahtangga dia. Macam mana aku tahu?

Takda rahsia pun, si akak ni cerita ja kat family kami. Kat mak aku pun selalu akak mengadu kat whatsapp macam – macam. Kat status fb akak ni selalu up yang membuatkan semua orang pun tahu je dia ada masalah rumahtangga.

Bukan mak ayah aku tak tegur abang aku tu. Dah berbuih mulut dah. Macam – macam air penawar dah. Dan aku, walaupun tu abang kandung aku, tak pernah pun aku back up abang aku. Aku selalu menyebeIahi akak. Simpati sangat dengan nasib akak sebab dapat suami macam abang aku tu. Huhuuu…

Akak ni bagus je dalam keluarga kami. Balik rumah mak, dia selalu masak. Tak pernah berkira bawak macam – macam makanan macam sayur, buah. Akak ramai adik beradik. 10 orang kot. So memang dah biasa hidup dalam keluarga besar.

Kami adik beradik, tak la seramai tu. Dan walaupun kami kamceng ja sesama adik beradik, kami masih hormat privacy masing – masing. Jenis aku, lebih rapat dengan abang berbanding kakak. Jadi kalau melawak kasar dengan lelaki tu aku no hal la.

Dengan perempuan, aku lebih selesa jaga tutur kata dan jaga hati sebab perempuan kan sensitif sikit. Apa pun, aku tak suka prov0ke sesiapa pun dalam dunia ni, baik lelaki mahu pun perempuan. Ok apa yang aku nak cerita.

Dulu husband aku kerja jauh so jarang la balik kampung beIah aku. Kiranya dulu kami pjj la. Sekarang dah balik duduk sini, so agak kerap la sikit balik kampung aku. Husband aku ni jenis bapak yang penyayang. Suka layan anak – anak.

Jadi ada sekali ni, si akak tu (dia biras la dengan my husband..paham kan) puji melambung – lambung my husband. Katakan la husband aku nama Z. Dia puji – puji la kata Z ni bagus, layan anak – anak. Masa tu aku just cakap alhamdulillah dan anggap dia nak perli suami dia sendiri la yang selalu marah anak.

Jauh di sudut hati ni meluat la jugak dengar. Sebab melampau sangat pujian tu, macam kagum sangat. Dan sebagai isteri, aku ja tahu apa kekurangan suami aku. Suami dia sendiri bukan main lagi keji, suami orang puji sakan. Tapi aku buat b0doh je la, nak buat apa kan.

Dulu akak ni pernah je dok up status konon minat kat seseorang. Entah la mungkin dia tengah cakap pasal perempuan, tapi ayat tu macam tengah in love dengan lelaki. Aku fikir dia saja buat macam tu sebab nak s4kitkan hati abang aku.

Aku baca je takda komen apa – apa. Tapi tak manis la, status status dia tu semua mak aku boleh baca kot. Sekarang dia macam nak buat macam dia suka husband aku pulak. So memang aku terasa la. Husband aku kot. Waktu lain pun, bila kami balik, aku perasan je akak ni akan cuba cakap berdua dengan Z.

Aku malas nak ambil tahu sangat, sebab bila aku dekat je dia diam. Tapi aku yakin dia tengah mengadu masalah rumah tangga dia. Dan yeah, aku buat b0doh jugak. Then ada satu hari ni kami buat makan – makan. Kena bakar sate dan sebagainya.

Tempat letak makanan tu jauh sikit dari rumah, kiranya apa yang dibuat kat situ, kami dalam rumah takkan nampak la. Anak aku yang girl ni manja bapak dia sikit.. aku pulak sibuk kat dapur. So anak aku ni merengek la nak bapak dia.

Aku cari Z tak jumpa. Aku pun naik la kat tempat letak makanan sana tu. Tengok – tengok si akak ni tengah bersembang dengan Z. Bila aku datang, dorang diam, seolah – olah aku ganggu la. Aku bagitau la anak cari Z. Yang membuatkan aku terasa giIer, Z tak nak ikut aku weiii.. Dia macam nak jaga hati akak la cara tu. Sampai hati.

Dua tiga kali aku ajak dia turun, sebenarnya aku nak dia lepaskan diri daripada dengar cerita akak yang tak pernah habis tu. Tapi tak bersambut. Dia bagi alasan nak jaga makanan, takut kucing kacau. Perlu ke dua orang jaga makanan?

Kejadian tu memang buat aku terasa giler. Setiap kali teringat dorang dok berdua – duaan, aku nangis. Yeah dorang sembang je takda buat apa pun. Tapi perlu ke sembang kat tempat yang tak berapa cerah tu? Masa tu malam k.

Aku ambik masa nak move on dari rasa s4kit hati dengan perbuatan dorang. Satu hari, aku cakap terus terang dengan Z. Aku tak suka dia buat macam tu. Dia menjawab, tak mengaku salah. Dia kata kan ada anak kami yang sulung.

Masa tu anak sulung aku 4 tahun kot. So tak dikira berdua – duaan la. Kepala b@pak dia. Eh tak pasal – pasal pak mertua aku pun terlibat. Aku pendam benda ni dari family, sebab aku rasa mesti dorang anggap aku yang lebih – lebih cemburu (korang pun sama kan?)

Bagi dorang, kita kan dah jadi family.. biasa la tu sembang – sembang. Aku tak kesah nak bersembang, tapi perlu ke berdua dan senyap setiap kali aku ada? Penting sangat ke nak sembang dengan biras lain jantina berdua?

Jap, to make it clear. Aku pun selalu je sembang dengan akak tu. Rahsia rumahtangga pun aku tahu je walaupun tak semua. So nak kata akak ni tak selesa dengan aku, macam must4hil. Cuma dia nak jugak cari husband aku untuk cakap. Luah dan cerita masalah dia.

Husband aku ni, jenis dengar je. Tak jawab apa pun. Tapi bila bincang dengan aku tentang rumahtangga akak, sebenarnya husband aku lagi banyak menangkan abang aku (dia menangkan kaum Adam). Berbeza dengan aku yang selalu rasa abang aku banyak buat silap sebagai ketua keluarga.

Tapi depan akak, dia tak pernah cakap apa. So akak ni selesa la luah macam – macam kat Z tu, padahal Z bukan setuju pun dengan dia. Sebenarnya banyak lagi ayat – ayat dan perbuatan si akak ni yang macam sengaja nak s4kitkan hati aku. Aku tak tahu la kot aku ada buat salah silap ke.

Tapi caranya, dia akan guna Z untuk buat aku s4kit hati. Kadang – kadang benda yang simple je, benda yang boleh cakap direct dengan aku, tapi dia pilih untuk cakap dengan Z. Selalu aku s4kit hati, tapi depan dia aku buat b0doh je macam biasa.

Tapi kadang – kadang aku tak tahan, aku bangun tahajud cerita kat Tuhan. Ada sekali tu kami p kenduri keluarga akak. Aku dan Z makan gilir – gilir. Z makan dulu. Lepastu aku bangun la p ambik nasik. Masa tu akak ada, so aku tegur la akak..”akak baru makan ke?” dia tak jawab apa – apa.

Aku husnuzon mungkin dia tak dengar. Kami ambik lauk sama – sama. Akak tak cakap dengan aku sepatah pun. Aku tak kisah sebab fokus nak ambik gulai daging. Ahahaha Pastu aku letak pinggan kat meja, p la basuh tangan.

Dalam tempoh aku basuh tangan tu, tiba – tiba akak datang kat Z cakap sesuatu. Kiranya time aku sampai meja tu, akak cepat – cepat blah. Aku meluat tapi malas nak tanya apa. Lantak h4ng la. Pastu Z yang bagitau kata akak suruh ambik lauk bawak balik.

Yelah, memang suruh ambik lauk tu tak boleh cakap dengan aku. Wajib cakap dengan Z. tapi macam biasa la, aku buat b0doh je. Yang buat aku tr1gger nak send confession ni, baru – baru ni aku balik kampung. Masa tu time makan malam.

Z sibuk uruskan anak – anak. Anak aku kurang sihat, jadi merengek lebih la. So Z pun masakkan mi segera untuk anak aku. Masa tu aku tengah makan kat meja makan, ramai – ramai la.. ada mak dan kakak ipar yang lain.

Masa tu akak ni dah puji – puji Z. Bagus la Z layan anak – anak. Akak duduk je tengok kami makan. Aku ni fikir nak makan cepat – cepat sebab nak jaga baby pulak. So tak makan la serentak dengan Z. Kira kami makan gilir – gilir la.

Oleh kerana akak ni duduk je tengok kami makan, aku berkali – kali jemput akak makan sama – sama. Tapi dia tak nak. So takpe la, aku makan je la. Lepas Z siap masakkan mi segera kat anak, kami semua faham yang Z akan makan nasik pulak.

Masa tu cepat – cepat si akak ni ambik pinggan dan nasik, duduk di meja makan. Padahal kami semua dah siap makan, Z sorang je yang tak makan lagi. So nak tak nak Z pun akan makan dengan dia la. Aku taip ni pun masih s4kit hati.

Mula – mula aku fikir, Z akan ambik lauk kat meja makan, dan makan dengan anak – anak. Tapi tak. Dia duduk kat meja makan tu dengan akak. Aku dah siap makan, so apa function aku kat meja makan tu? Dan aku memang niat nak layan baby pulak. Huhu..

Aku lalu belakang Z, saja aku cuit sikit belakang dia. Moga dia paham hint yang aku bagi. Tapi dia buat b0doh je. S4kitnya hati aku. Last baby aku biar mak ayah jaga, aku p ambik wuduk, solat sambil nangis. Dorang makan berdua kat meja makan.

Ye mak ayah aku ada je dekat – dekat situ. Tapi perlu ke? Perlu ke? Aku tahu akak ni sengaja nak s4kitkan hati aku. Sebab dia memang jenis macam tu. Dia sendiri gelar diri dia menantu h4ntu. Nak kata akak b0doh, tak dia tak b0doh. Dia lepasan degree beb. Takkan bab ikhtilat tak faham.

Aku frust sangat akak buat macam tu kat aku. Tapi frust aku berganda 10000 kali sebab Z pun suka melayan. Walaupun aku dah bagitau aku tak suka dia layan lebih – lebih si akak ni. Dengan abang aku yang lain (ipar kepada akak) takda pulak dia suka dok berdua macam tu. Sembang biasa ja. Takda pun tunggu abang lain nak makan baru dia pun cepat – cepat ambik nasik. Takda.

Aku ni selalu kesian kat akak. Selalu simpati dengan nasib dia. Tapi dia selalu buat macam ni. Ni baru sikit tau, banyak lagi yang aku tak cerita. Aku rasa macam kena buIi pun ada, memandangkan aku selalu buat b0doh. Aku saja taknak cakap apa – apa sebab taknak putvskan silaturrahim.

Aku jarang nak kata kat orang, tapi sekali aku kata ayat aku pedas – pedas. Tapi bila aku diam, dia buat aku macam ni. Mungkin bagi korang benda ni takda apa pun. Aku je yang overthinking. Tapi kesan daripada benda ni, aku asyik nangis.

Aku nangis setiap kali solat, setiap kali ngaji. Setiap malam sebelum tidur. Setiap kali teringat. Aku tumbvk dinding sebab geram sangat. Aku tahu aku b0doh. Bab akak tu lantak dia la, memang dia sengaja buat macam tu. Tapi yang aku geram si Z ni. Aku geram sangat.

Berkali – kali aku fikir nak mintak cerai. Sebab kalau dia sayang kat aku, dia takkan buat benda yang aku tak suka. Ya, aku tak suka dia layan si akak tu. Kalau orang lain takpa. Sebab orang lain tak gedik. Tapi takkan nak mintak cerai sebab ni.. huuuu dah la anak – anak semua manja dengan bapak.

Ikut hati aku nak terajang ja Z ni 50 kali. Sebab suka melayan. Seronok la akak tu pun. Ada tak tips ke doa ke untuk aku move on? Hati aku s4kit. – Minah senget (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Wan Fatin Afiqah : Kalau aku, aku duduk menempek ja dengan laki aku. Buat – buat tengok handphone ka.. asalkan dok sekali. Bawak anak – anak sekali duk meja makan tu. Jangan bagi ruang ipar biras sekalipun. Biar depa sama – sama serabut kalau baby merengek.

Nuramalina Yhy : Sound direct je depan muka dua – dua tu, bagus tt sensitip dan perasan awal sebab tu suami sendiri kot, sama je laki pula jenis melayan. Walaupun rumah mak ayah, batas/ikhtilat still kena jaga. Nauzubillah la dalam keluarga aku ada per4ngai jenis taktau malu macam kak ipar tt ni. Kalau kena hadap situasi macam ni, aku sound direct je biar dua – dua malu n sedar diri sikit. Nak berdua- duaan tu tahu dah yang ketiga sape kan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.