
Adik selalu memperkecilkan fizikal aku seperti mengata aku pendek. Dia lebih cantik dan pandai bergaya daripada aku. Bila jumpa, mesti ada yang dia ejek. Kadang – kadang aku hadiahkan dia baju, yang murah murah, dia tak hargai sebab dia tak pakai yang murah – murah macam itu.
#Foto sekadar hiasan. Hi, aku Nana (bukan nama sebenar). Seorang ibu kepada dua orang anak kecil yang sedang melasak, seorang isteri suri rumah dan juga seorang kakak. Cerita aku mungkin agak panjang. Aku hanya ingin meluah. Aku seorang pendiam.
Aku tidak suka bercerita pasal masalah aku pada orang lain. Tidak ada kawan baik. Aku sudah kahwin dengan suami selama enam tahun. Dalam tempoh tersebut, aku mengalami masalah rumah tangga hampir tiga tahun. Pernah berg4duh besar.
Suami yang dulunya baik dan bertanggungjawab buat per4ngai betul – betul menguji mental aku. Aku hampir hampir mengalami kemurungan. Tapi aku bukan nak cerita pasal aku dan suami. Diringkaskan, masuk tahun yang ketiga, aku mengadu masalah aku pada adik perempuan aku yang sudah berkahwin dan belum mempunyai anak supaya dia tahu apa yang aku alami.
MaIangnya awal – awal sahaja dia seakan faham, tapi lama kelamaan dia gunakan masalah aku untuk taji aku semula. Untuk pengetahuan semua, sebelum kahwin aku amat rapat dengan adik aku walaupun mood dia mudah berubah – ubah, maksudnya cepat marah cepat sejuk.
Aku pula jenis penyabar dan kami banyak ada antara satu sama lain. Tapi lepas masing – masing sudah kahwin, atas dasar komitmen pada alam rumah tangga, hubungan itu jadi agak renggang tapi masih rajin berhubung menerusi telefon. Dia tahu masalah aku.
Pasal suami buat hal, dan juga pasal kekangan kewangan kami. Tapi kadang – kadang dia menguji aku dengan bertanya pasal “kakak tidak shopping handbag baru ke?” “Beli baju raya dekat butik mana?” “Euw suami kakak tidak bawa kakak shopping raya ke?”
“Nasi baik suami adik tidak macam suami kakak” “Napa tidak reti bincang dengan suami? Kalau adik dengan suami adik, kami akan blablabla” Dia rasa dia lah terpaling bagus. Dan dia kerap memperkecilkan fizikal aku seperti mengata aku pendek. Dia lebih cantik dan pandai bergaya daripada aku.
Setiap kali jumpa mesti nak mengata aku pendek. Naik muak. Padahal membesar sama – sama dari kecil. Dia sangat memandang pada harta benda yang ada jenama. Dan dia akan gelak – gelak kalau aku hanya membeli baju murah – murah melalui Shopee atau kedai biasa yang tidak ada jenama.
Kadang – kadang aku hadiahkan dia baju, anak tudung yang murah – murah, dia tidak menghargai sebab dia tidak pakai yang murah – murah macam itu. Aku pula jenis yang berjimat dan akan pakai sesuatu itu selagi tidak rosak. Itulah aku dari dulu dikala berduit mahupun tidak berduit.
Bila keluar bersama adik, aku akan bawa anak – anak bersama sebab suami bekerja. Anak – anak aku diakui sangat aktif dan lasak. Kadang – kadang adik aku akan buat muka sebab suasana keluar bersama itu tidak macam yang diharapkan.
Sebolehnya aku tidak nak pun keluar dan nak lepak dengan adik di rumah sahaja, tapi aku nak jaga hati dia. Pernah sekali kami keluar ke Aeon dan dia tidak dapat makan dengan aman disebabkan kena pantau anak sulung aku yang ke sana sini.
Dan dia akan mengungkit dia dukung anak aku berat, takut memberi kesan pada kesihatan dalaman dia. Aku sebagai ibu, mestilah terasa dengan kata – kata itu. Tapi aku diam. Aku bertambah murung bila suami buat hal, lepas itu adik yang dulunya rapat cakap lepas pula macam itu.
Bila aku tidak dapat puaskan hati dia, dia akan kata macam – macam pada aku. Dia kata aku tidak ada masa untuk dia, suka nampak salah dia, aku sudah tidak ceria dan macam – macam lagi. Padahal dia tahu masalah kakak dia. Kakak dia dalam fasa yang amat bergelut. Aku mengadu pada dia sebab aku andaikan dia akan faham.
Sampai satu tahap, terlalu banyak dia kata bukan – bukan pada aku, aku jadi teramat marah lalu kami berg4duh melalui panggiIan telefon. Otak aku penat sebenarnya. Aku tolong suami cari nafkah bersama, jaga anak – anak, alami tr4uma dan kemurungan, lepas itu nak kena jaga hati dia pula.
Aku rasa sangat serabut bila dia judge hidup aku tak seindah hidup dia dan cuba mengatur apa yang aku patut buat. Dia macam menc4bar aku ke had maksimum. Akhir sekali, aku minta maaf tapi dia terus menyepi sebab dia rasa dia betul dengan apa yang diperkatakan oleh dia pada aku.
Sedih. Hari – hari aku menangis sebab tidak dapat buat yang terbaik untuk semua orang. Aku tak pernah harapkan yang terbaik dari sesiapa sebab aku tahu masing – masing ada masalah sendiri. Aku cuma nak adik aku faham aku sebab aku sentiasa memahami dia.
Aku sentiasa cuba jadi kakak yang terbaik buat dia, selalu doakan kesejahteraan dia, tapi dia tidak hormat aku hanya sebab dia mempunyai lebih lagi daripada aku. Cukup lah berkata yang baik – baik supaya hati aku lebih senang. Kalau nak senaraikan apa yang dia sudah buat pada aku, perbuatan kasar dia terhadap aku dari sebelum kahwin, memang tidak terkiranya aku terasa hati dengan dia.
Hanya sebab aku tidak boleh ada untuk dia sekali, terus dia label aku bukan bukan dan kakak tidak guna. Aku betul – betul bahagia hanya dengan anak – anak sahaja. Aku tahu aku betul betul ketawa ikhlas hanya bersama anak – anak. Doakan aku menjadi ibu yang kuat ya. Terima kasih sudi membaca. Semoga kita semua dalam lindungan Allah sentiasa. – Nana(bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Norizan Mamat : Salam,Makcik ada ramai adik beradik. Suami pun ramai adik beradik. Tetapi, perkahwinan dan komitmen kami menjarakkan kami tetapi tidak pula memutuskan kami. Sekadar cari bila perlu dan bersama bila masa sesuai. Jika kita rasa perhubungan kita dengan sesiapa pun tidak membuat kita senang hati, baiklah kita jauhkan diri. Jauhkan diri bukan bermakna kita bermusvh, cuma kita berpakat jaga hati masing – masing. Kan?
Syukur makcik ada adik beradik yang sangat menyokong bila makcik hampir rebah, membantu makcik waktu waktu sukar makcik. Kami semua sudah tua, walau apa pun yang pernah kami rasa waktu kecil, walau apa pun yang berlaku bila kami bertemu, kami tetap simpan dalam dalam dan abaikan, sebab yang lebih bermakna dalam hubungan kita adalah kasih sayang kita, hubungan d4rah kita itu. Lupakan yang pahit, ingatkan yang manis – manis sahaja. Gitulah. Semoga baik – baik saja ya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.