Untuk mengelak suami menjadi anak derh4ka, saya dan suami ambil keputusan untuk bercerai. Mak ayah dan keluarga suamiku, aku pulangkan suami aku kepada kamu semua…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum saya seorang wanita, seorang isteri, seorang anak yang dah tiada mak dan ayah. Dan saya juga mempunyai depr3ssion dan juga mempunyai 2 orang anak lelaki yang baik dan juga bijak di dalam pelajaran.
Suami saya, alhamdulillah, seorang ayah yang baik dan mungkin suami yang baik dan anak yang sangat taat kepada mak ayah, keluarganya. MaIangnya di sebalik semua kebaikan suami, kami akan berpisah oleh kerana per4ngai mak ayahnya yang selalu meny4kitkan hati saya.
Saya telah capai limit, sudah bertahan selama mungkin dan sekarang kekuatan sudah tiada. Saya dah putus asa. Suami tak mampu lagi melihat saya menangis dan kemurungan oleh sebab sikap keluarga mertua terhadap saya.
Mak ayah mertua lebih sayangkan adik bongsu suami kerana pandai, belajar di luar negara dan sekarang dik4takan paling hebat di antara anak – anak yang lain. Setiap kali diajak tido di rumah kami, emak dan ayah mertua tak mahu, hanya akan tido di rumah kami jika rumah anak kesayangannya tak available.
Dan bila saja tido di rumah kami, ada saja yang dia tidak suka. Pernah sekali dia merungut, “Ala rumah ko kecik.. tak best. Rumah adik ko besar, lagi best.” “Ala adik ko paling hebat paling berjaya.” Macam – macam budak – budak kan per4ngai nak membandingkan.
Dan isteri adik bongsu suami juga dik4takan anak orang kaya. Jadi mak mentua dan ayah mentua memang sayangkan dorang dan menjaga hati dorang sebaik mungkin. Anak kami juga selalu diabaikan sebab mak dan ayah suami lebih sayangkan cucu dari anak kesayangan mereka.
Kami sudah biasa dan menjalani kehidupan jauh dari mereka. Suami akan mengelak dari bawa saya jumpa dengan adik ipar dan isterinya kerana ingin menjaga kesihatan mental saya. Sebab setiap kali keluarga suami datang mental saya akan remuk, dengan kata – kata dan perbuatan mak ayah si suami.
Beberapa kali cubaan membvnvh diri saya lakukan. Ya, sangat teruk sampai ke tahap itu, betapa kuatnya tr4uma yang saya rasa. Tapi Allah masih sayangkan saya. Saya selalu solat tahajud dan taubat untuk memohon keampunan Allah dan beri kekuatan untuk diri ini.
Kemurungan saya m4kin teruk apabila mak ayah mertua selalu marahkan saya. Setiap kali mak ayah dan keluarga suami datang, kami akan berg4duh besar dan saya akan mengalami kemurungan. Beberapa kali kami sudah pergi pejabat agama untuk failkan penceraian tapi kami batalkan sebabkan kenangkan anak – anak yang masih kecil.
Saya selalu bagitau suami takpe saya sanggup k0rbankan bahagia saya untuk melihat anak – anak saya membesar dengan baik. Tapi kali ni kesabaran saya tidak mampu dibendung lagi. Hanya kerana saya dan suami tidak menghadiri party hari jadi cucu kesayangannya (anak – anak kepada adik suami). Emak mertua terus marahkan kami.
Kerana adik dia mengadu pada emak mertua, dia terasa hati dengan kami kerana tidak datang ke party anaknya. Sedangkan selama ni kami terasa dengan semua perbuatan adik dan isterinya, tapi tak pernah lagi kami mengadu domba kepada sesiapa. Hanya memendam rasa kerana suami tak mahu menjadi anak derh4ka.
Saya selalu berhabiskan duit saya untuk membawa / membeli / membawa makanan yang sedap untuk mengambil hati mak dan ayah mentua saya. Ini kerana saya mahu melihat mak dan ayah nya sayangkan suami saya. Saya mempunyai duit yang banyak dan harta yang banyak yang ditinggalkan oleh arw4h ibu dan ayah saya. Jadi saya buat macam – macam untuk mak dan ayah si suami gembira.
Hanya satu sahaja, kami menggelak berjumpa adik dan adik ipar suami untuk menjaga kesihatan mental saya. Saya tak nak dibanding – bandingkan depan mereka. Suami tak mampu lagi melihat saya menangis dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah.
Dan jika jodoh masih panjang suami akan cari saya semula apabila emak dan ayahnya sudah tiada lagi. Dan saya akan pulangkan semula suami saya kepada keluarganya semula. Sebab bagi saya syurga seorang anak hanya pada ibunya.
Untuk mengelak suami menjadi anak derh4ka, saya sekali lagi k0rbankan bahagia saya dan anak – anak saya untuk mereka. Ini kerana jika saya masih menjadi isterinya, suami saya akan menggelak untuk berjumpa dengan adik dan mak ayah mertua kerana ingin menjaga hati saya.
Terima kasih suami atas segalanya. Dan alhamdulillah terima kasih Allah semuanya bakal berakhir. Tak perlu lagi saya lalui dengan ketakutan… tiap kali berjumpa keluarga si suami. Mak dan ayah dan keluarga suamiku, aku pulangkan suamiku kepada kamu semua. – Si yatim piatu (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Myzura Kamarul : Kadang – kadang kita kata kenapalah bercerai.. tapi kita tak rasa apa yang tt rasa. Hati dia dah letih menanggung semua rasa. Cerai tu kadang – kadang lebih membahagiakan jika perkahwinan tu membuat kita d3rita. Kita raikan keputusan tt dengan memberi kata – kata semangat untuk dia bangkit semula. Saya doakan tt dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk bangun semula.
NurAz Wan : Saya rasa tt ni, jadi lemah sebab terlalu mengharapkan mertua, mungkin sebagai pengganti orang tua yang sudah takde. Kalau mengambil sikap tidak kisah, apa saja yang mereka kata tidak akan membekas. Percubaan mengambil hati mertua itu buktinya. Sebanyak mana awak mencuba pun, tak mungkin mereka akan berubah sikap, kerana mereka tiada attitude yang baik, yang mngawal perilaku seseorang.
Ochi Yahya : Kurang bijak tindakan tu sis. Pendapat akak lebih baik sis berpindah jauh dari mereka. Sayangi diri, jangan terlalu lemah dan ikutkan rentak mereka. Kena tegas dalam tindakan. Tak perlu nak bodek mentua jenis macam tu. Ingat, kadang – kadang kita perlu pentingkan diri sendiri demi kebahagiaan keluarga. Jangan lemah, kalau dia marah, jawab dengan tegas, tak ada lah orang pijak kepala.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.