Lepas 3 tahun kahwin aku diberhentikan kerja dan sikap isteri aku terserlah. Sampai orang kata aku takut bini

Masa awal kahwin pun gaji aku memang sikit sebab kerja kilang dan isteri aku nak jugak duduk rumah flat. Tahun ketiga kahwin, kilang aku ada masalah dan aku diberhentikan. Sifat isteri aku terserlah. Dia langsung tak bagi aku makan dekat luar. Sehinggakan bila anak-anak aku teringin nak makan KFC pun dia tak bagi..

#Foto sekadar hiasan. Hai assalamualaikum semua. Aku Nuqman. Hari ni aku nak berkongsi rasa sikit sebanyak soal isteri yang sudah 8 tahun aku nikahi, Alia (bukan nama sebenar). Alia satu universiti dengan aku masa aku degree dulu.

Dia ambik Culinary, aku budak Engineering. Alia ni dulu kegiIaan ramai jugak la kat kampus, sebab dia comel, putih, gebus gebas, kiranya aku dulu tak pernah terfikir pun nak beristerikan orang cantik macam Alia, sebab aku sejenis yang sedar diri dan tak suka berangan lebih – lebih.

Tapi itulah bila dah namanya j0doh, mak aku sendiri yang pinangkan Alia untuk aku, surprisingly Alia setuju untuk terima aku dan kami tak pernah bercintan cintun lebih – lebih pun sebelum kami nikah. Aku keluar dating dengan Alia sebelum kahwin adalah 3 kali kot.

Tu pun yang pertama kalinya ditemani mak aku dan mak dia, yang kali keduanya ditemani adik Alia, dan yang ketiganya aku bawak kawan aku dan Alia bawak kawan dia. Makan pun meja asing – asing masa tu. Dipendekkan cerita, aku rasa macam tak betul – betul kenal Alia pun sebelum kami kahwin.

Tahun pertama aku kahwin dengan Alia, kami menyewa kat sebuah rumah flat area rumah mak aku. Katanya senang nak jenguk mak aku, sebab mak aku tak sihat. Alia berhenti kerja dia sebab nak jenguk – jengukkan mak aku.

Aku pulak kerja kilang dengan gaji bersih lebih kurang RM1.8k setiap bulan. Masa ni tak ketara sangat sikap penjimat Alia ni. Masuk tahun ketiga kahwin, kilang yang aku kerja kena shutdown. Aku berserabut cari kerja lain, terp4ksa aku jadi piun part time, jadi runner, jadi abang lori 2 bulan.

Masa ni sikap penjimat Alia dah mula terserlah. Sekarang kerjaya aku dah agak stabil tapi sikap berjimat cermat Alia masih melekat sampai ke hari ni. Alia tak bagi langsung aku makan kat luar. Kena makan masakkan dia je.

Pergi kerja tak kira siang pagi petang malam, kena bawak bekal. Nasib baikla semua sedap – sedap. Bila beli barang dapur, dia akan listkan kedai mana yang murah, kedai Zabedah kicap murah sekupang, kedai Ah Lai beras murah seringgit, you named it, kedai area rumah aku, semua dia dah khatam.

Kalau masuk pasaraya, tempat tujuan utama dia adalah tempat barangan RTC (Reduce To Clear). Laju sungguh dia meluncurkan trolley ke bahagian RTC. Alia suka beli fresh milk kat bahagian RTC, nak buat mozarella cheese lagi senang jadi guna susu hampir masam katanya.

Tapi tangan Alia memang menjadi. Rumah aku kalau buat pizza, memang cheese mozarella dibuat sendiri oleh Alia. Bab kupon, flash sale, lagi la Alia suka. Kedai Eco? Tu tempat Alia shopping. Tu pun dia akan had kan apa barang boleh ambik dan tak boleh kt situ.

Santan susu beli kat situ je, murah katanya senang nak buat kek kuih segala. Anak – anak aku ada 2 orang, Ammar dan Aina. Kembar, masing – masing dah 4 tahun. Baju anak – anak aku, semua Alia gigih selam kat bundle. Tak pun dia beli online.

Tapi ramai pulak yang puji baju anak – anak aku comel, trendy. Alia tersengih saja. Mau taknya, baju anak – anak aku dia yang gigih menyelam kat bundle. Rajin dan gigih dia google merata event pecah guni yang ada di sekitar penempatan aku.

Agak – agak baju anak dah tak berapa nak muat, Alia terus iklankan jual preloved. Duit tu nanti dia rotate balik dan tambah sikit – sikit je beli baju lain pulak. Alia seolah dah didik aku dan anak – anak, barang murah tak semestinya tak berkualiti.

Aku diperkenalkan dengan jenama giant, jenama tesco, dan jenama big value. Kata Alia, mana kita boleh jimat, kita jimat. Ubat gigi, berus gigi, semuanya jenama tesco. Tekak terasa nak makan roti? Jangan risau, Alia bakar sendiri.

Kau nak roti apa? Kata Alia beli tepung lagi banyak roti yang boleh dibuat. Lagi berbagai jenis roti boleh dapat. Same goes to kuih muih. Baju raya kami? Ok bab baju raya Alia tak beli bundle sepenuhnya, walaupun ada juga yang dia selitkan beli pakai habuan salin – salin di hari raya tapi selalunya baju raya kami anak beranak akan dibeli sikit demi sikit.

Asal ada sale, kami akan beli dulu, baju anak – anak? Alia pandai ukur size, walaupun beli awal 10 bulan, ajaibnya tiba hari raya, baju tu terletak elok kat badan anak – anak. Aku tengok Alia suka beli barang in bulk. Katanya lebih murah.

Kalau benda makan, dia frozenkan. Dengan isi rumah aku 4 orang, duit barangan dapur aku tak pernah lebih 400 sebulan. Aku hari – hari makan ada protein, sayur, carbo. Cukup segalanya. Alia betul – betul pandai manage setiap money flow dalam rumahtangga kami.

Makanan kucing kami? Alia buat sendiri. Aku ada nampak dia masak agar – agar, lobak, bayam. Entahlah apa resepinya tapi kucing kami gendut – gendut belaka makan makanan buatan Alia. Rumah aku tak ada istilah buang makanan.

Semua leftover, semua jadi meal balik untuk kami sekeluarga. Tapi Alia pandai mengolah. Kalau nasi tak habis, dia akan buatkan kami cucur nasi, tak pun apam nasi, ataupun kek coklat kukus gunakan nasi lebihan tadi. Belum lagi bila ada lauk – lauk yang tak habis, semua Alia frozenkan, bila nak buat nasik goreng, Alia leburkan je balik.

Rumah aku dah ditetapkan, aircon buka pukuI 11 malam sampai 7 pagi sahaja. Tu pun bila hari hujan, kami tak pasang aircon. Aircon diruang tamu pulak bukak bila tengahari betul – betul panas sahaja. Alia betul – betul komited dalam misi dia berjimat cermat.

Bil api rumah aku tak pernah cecah RM100 lagi. Astro, Coway, Cuckoo, memang tak ada kat rumah aku. Movie ke kartun anak – anak semua Alia download guna wifi kedai dobi, nanti dia transfer ke dalam hard disk. Air pulak, Alia amik air bertapis Coway kat rumah mak aku.

Bila pergi bercuti, Alia akan survey habis – habisan hotel mana murah, makan kat mana murah dan berpatutan, pasar malam terdekat. Yang paling best, Alia tak pernah lupa bawak periuk nasik dia ke mana aje kami bercuti. B

Berjasa betul periuk tu dengan kami, segala macam mak nenek dah Alia masak guna rice cooker tu masa kami bercuti. Buat oden pun pernah makan panas – panas sambil layan kesejukkan kat Cameron Highlands. Memang asyikkk.

Alia memang orangnya berjimat cermat. Tapi jimat dia bukan beerti dia kedekut. Alia selalu bagi bekal lebih untuk kawan – kawan sekerja aku. Dan sekarang dah ada 3 – 4 orang yang memang tempah Alia masakkan, kata mereka rasa segan hari – hari makan meal free.

Kawan – kawan anak aku jugak hari – hari dijamu macam – macam. Sebut aje benda viral apa, boba milk tea, sandwich wanpaku, cheesekut leleh, aiskrim malaysia pelbagai perisa hipster, semua Alia buat sendiri. Aku dan anak – anak makan sampai jemu.

Pendek kata kami merasa tapi semuanya dari air tangan Alia. Dan Alia juga mengajar anak – anak kami sendiri di rumah. Sebab katanya tak apa, tahun depan 5 tahun baru hantar ke tadika, sebab yuran taska kat area rumah aku ni ya ampun mahal sungguh harganya.

Surprisingly, anak aku kedua – duanya dah pandai baca dan mengira hasil didikan ibu diorang. Aku mula – mula rasa berbeza sangat, mungkin sebab dulu mak abah aku tak ajar aku macam ni, nak makan ayam goreng? Straight mak aku sebut KFC tapi Alia ajar anak aku makan Uncle Jack, ayam pasar malam.

KFC tu aku bawak juga anak – anak makan merasa tapi tak lah selalu. Beli baju bajan, dulu mak abah mesti bawak aku beli baju kat Billion, abis – abis pun jenama Cute Maree, Kiko, Binbi, kira rasa macam orang have – have dah masa tu mak abah belikan baju cap itu.

Sekarang anak aku? Alia berangkut ke bundle, pilih. Takpun Alia online, budak – budak pilih. Aku tak pernah tahu pun sisi ni semua sebelum kenal Alia. Dulu aku malu bawa bekal, ye lah, hilang macho aku. Sekarang, aku orang paling excited tunggu lunch time hari – hari sebab nak tau Alia bekalkan aku apa hari ni.

Aku bersyukur dapat Alia sebagai bini aku. Biarlah orang panggil aku takut bini, mat skema sebab hari – hari bawa bekal, yang penting hati aku bahagia. Semoga Allah sentiasa merahm4ti hidup kami sekeluarga. Dan ya, sekarang aku dan Alia dalam proses beli rumah pertama kami, itu pun setelah pelbagai perkara dikaji oleh Alia. Doakan kami ya semua. – Abang Bekal (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Peah Peah : Untung dapat isteri yang serba boleh pandai uruskan semua benda, bab kewangan, makanan, uruskan anak – anak, pendidikan anak – anak, sampai ke makanan kucing pun dibuat sendiri. Bagus cara anda memberi kebebasan Alia menguruskan kewangan.

Zaman segalanya memerIukan duit memang perlu pandai berjimat dan ianya bukan beerti kedekut. Biarlah pada mata orang lain nak nilai atau nak kata apa pun. Dan anda sebagai suami pula bagi galakan dan menghargai apa yang isteri anda lakukan. Jagalah dia sebaik mungkin dan jangan s4kiti hati dan perasaan Alia.

Zaidan Samad : Masya-Allah hebatnya isteri yang Allah titipkan buat saud4ra. Beryukurlah dia mempermudah pelbagai cara hidup anda sekeluarga sedangkan ramai suami kini mempertikai wang hantaran tak berbaloi dengan skill isteri.

Ada duit sesekali belilah hatinya dengan melancong dalam negara dan pastinya dengan makanan bekalnya dan anda hargailah dengan belikan bakul bekal yang cantik, hamparan yang cantik bak pasangan Inggeris bercuti, berkenaan.

Gerenti hatinya berbunga – bunga. Anda membuatkan saya pula seolah – olah ingin merasa air tangan isteri hebat milik saud4ra. Usaha yang dilakukannya memang betul, tepat dan elok. Moga saud4ra dan isteri dapat membeli rumah yang cantik dan menjadi istana sanggar buat saud4ra sekeluarga. #isteridarilangit

Fiyat Taha : Memang betul, jika kita dah dibiasakan dengan serba sederhana, InsyaAllah anak – anak pun akan terbiasa. Alhamdulillah mak Ayah saya dulu besarkan kami dengan cara hidup yang cukup sederhana, apa yang Alia tu buat semua kami dah pernah alami. So, as parents, kita kena pandai ajar anak apa itu wasatiah. Well done Alia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.