Siksa jadi isteri kedua, aku p4ksa suami ceraikan aku. Aku plan, minta kawan bagi mesej cinta supaya suami s4kit hati dan ceraikan aku

Masa mak aku meninggaI dunia, aku berniat nak minta cerai dengan suami. Suami aku baca Yasin pun tak tahu. Solat pun h4ram aku nampak. Mulanya suami setuju nak ceraikan aku masa kenduri depan semua ahli keluarga..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum… Hi admin, aku cuma nak kongsi sedikit tentang masalah yang aku hadapi sejak mak aku meninggaI pada beberapa bulan yang lalu. Aku bergelar isteri dan ibu kepada seorang anak, dan aku sudah berkahwin selama 4 tahun. Tetapi selama perkahwinan ini, boleh dik4takan kami selalu bertengkar.

Sebenarnya, aku adalah isteri kedua. Dari awal lagi, kami selalu berg4duh tentang isteri tua. Dia selalu suka kacau hidup aku. Tiga tahun aku bersabar dim4ki hamun sampai aku selalu ingin diceraikan oleh suami. Tapi bila aku ingat anak dan mak, aku pasrah dengan ketentuan yang Allah berikan pada aku. Aku cuba telan bersabar, mungkin itu harga yang aku kena bayar sebab jadi isteri kedua.

Aku pula tidak bekerja sejak jadi ibu. Mana nak cari duit untuk tanggung perbelanjaan rumah, kos perubatan mak, dan bayar rumah. Tambahan lagi, kami selalu g4duh tentang hubungan intim. Sejak aku bergelar ibu, nafsu aku menurun, segala – galanya jadi h4mbar. Kalau boleh, aku tak nak melayan suami langsung.

Sehinggalah mak meninggaIkan aku dan keluarga untuk selama – lamanya. Baru aku sedar, di dunia ini, kalau kaya sampai mana pun, tak ada yang kita bawa ke sana nanti. Aku sudah tidak hiraukan suami sejak mak meninggaI.

Aku sendiri tidak sedar kenapa dan mengapa aku tiba – tiba berubah mend4dak. Suami sentiasa sibuk, sibuk, sibuk! Apa yang lebih mengganggu aku adalah, aku tak pernah nampak suami solat bila di rumah. Fikiran aku bercelaru masa itu.

Aku inginkan seorang suami yang beriman, yang boleh mendidik anak – anak serta isteri ke jalan Allah. Tapi suami? Semua itu tak ada pada dia. Bila aku cuba untuk bertanya, pasti g4duh lagi! Kem4tian mak membawa perubahan yang sangat besar dalam diri aku.

Aku sudah berniat untuk bercerai dengan suami. Suami tak tahu membaca Yasin pun? Solat pun h4ram aku nampak. Aku ada terfikir, kalau hidup dalam kemewahan pun tetapi iman di d4da tak ada, nak buat macam mana di akhir4t nanti?

Aku nekad untuk berbincang dengan suami tentang niat aku untuk memohon cerai daripadanya. Malam itu, suami bertanya kenapa aku berubah. Aku ceritakan semuanya pada suami, termasuk niat aku sekali. Suami diam, lepas itu dia kata, “Kalau itu yang awak mahu, tak apa. Selepas kenduri mak nanti, awak bagitahu semua keluarga yang awak nak minta cerai. Dan awak jelaskan bahawa bukan saya yang nak ceraikan awak, tapi awak yang minta. Di sana nanti, saya akan lepaskan awak depan semua keluarga.” Ya Allah, tenang rasanya hati aku mendengar kata – kata suami waktu itu.

Aku sudah memberitahu kakak tentang apa yang suami katakan. Selang dua hari sahaja, suami balik ke rumah isteri tua dan terus cakap yang dia tidak setuju untuk menceraikan aku atas alasan anak kami masih memerIukan kami bersama.

Anak sudah berumur tiga tahun sekarang. Aku bantah cakap suami. Kami berg4duh, aku dah naik h4ntu dah! Aku tak boleh terima semua alasan suami. Aku tetap dengan keputusan aku. Sehinggalah idea b0doh aku muncul.

Aku suruh salah sorang kawan aku untuk hantar mesej cinta kepada aku. Aku sengaja biarkan telefon aku diambil oleh suami. MeIetup suami bila tengok mesej itu. Aku memang berniat untuk meny4kitkan hati suami. Aku tidak berfikir panjang tentang apa yang bakal terjadi. Suami ambil telefon aku itu.

Sampai sekarang, aku masih lagi isteri dia. Aku sudah nekad untuk ke mahkamah untuk menuntut cerai daripada suami. Sudah lima bulan kami tidak bersama. Suami tidak lagi tidur di rumah aku. Bila aku suarakan niat aku pada suami, dia suruh aku sendiri datang ke mahkamah untuk minta cerai.

Dia juga mengugvt aku dengan mesej cinta itu untuk dijadikan bukti bahawa aku berlaku curang dalam rumah tangga kami. Jadi, apa yang harus aku lakukan sekarang? Aku dah tak mempunyai perasaan sayang pada suami.

Apa pun tentang suami, aku sudah tidak kisah. Mengapa aku harus mempertahankan perkahwinan ini kalau hanya untuk menyiksa batin sendiri? Buat apa aku hidup dengan suami yang tidak boleh membimbing aku menjadi insan yang mulia di sisi-Nya? Tolonglah…

Komen W4rganet:

Cinta Sari: Kerja dulu dan ada pendapatan tetap sebelum minta cerai. Kalau betul – betul dah nekad nak cerai. Apa pun, kalau nampak suami tak solat, tak baca Yasin, itu hal dia. Apa kata kamu buat dulu. Masa nak solat, kalau nampak dia ada, buat – buatlah bentang sejadah untuk dia. Mana tahu, lembut hati dia nak solat kan?

Jangan g4duh – g4duhlah. Sebab lagi g4duh, lagi kusut. Nak buat keputusan macam ni, kena berfikir dalam keadaan hati dan akal yang tengah tenang. Kalau buat keputusan ikut emosi, takut menyesal tak sudah nanti. Mengadu pada Allah banyak – banyak. Allah sentiasa dekat dengan kita. Kita je yang buat tak tahu, menjauhkan diri dari Allah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.