Aku nampak sendiri mak mertua sisihkan bini aku sebab muka bini aku sebijik muka ayahnya

Aku nak cerita tentang bini aku. Mak dia merupakan ibu tunggal. Ayah dia pula kaki pukuI dan dah bercerai sejak bini aku umur 8 tahun. Aku dapat tahu yang mak mertua bencikan bini aku sebab muka dia sebijik macam ayah dia. Satu hari isteri aku mengidam nak makan laksa yang mak dia mak, aku balik kampung. Tapi layanan dan jawapan mak mertua buat aku sedih…

#Foto sekadar hiasan. Assalam min. Hidekan fb aku min. Aku guna fb adik aku. Aku nak cerita tentang bini aku. Bini aku hanyalah seorang surirumah. Dia belajar tak tinggi macam kakak – kakak dan adik dia.

Habis belajar terus kerja untuk bantu mak dia, mak dia ibu tunggal. Ayah dia pula kaki pukuI mak dia. Alhamdulillah, mereka dah cerai masa bini aku umur 8 tahun. Bini aku ada 5 orang adik beradik, dia merupakan anak ketiga, atas dia ada dua orang kakak perempuan.

Bawah dia kembar sorang perempuan sorang lelaki. Tahun ni dia 24 tahun.. Yang kembar tu tahun ni SPM manakala kakak – kakak dia pula umur 25 dan 27 tahun. Aku nak cerita layanan mak mertua aku terhadap bini aku min.

Pada aku, bini aku ni baik sangat kalau dibandingkan dengan kakak – kakak dia. Kakak sulong memang bencikan dia. Kakak yang no 2 pun sama, sampaikan mereka Iarang adik diorang berkahwin, semata – mata tak mahu bini aku berhenti bagi perbelanjaan bulanan pada mereka..

Lepas kahwin ni tiap – tiap minggu bini aku call mak dia untuk tanya khabar, walaupun mak dia malas nak layan dia. Kadang – kadang aku sedih tengok layanan mak dia pada dia.

Mula – mula aku tak nampak yang dia seolah – olah disisihkan oleh mak sendiri. Tapi aku terjumpa diari – diari dia, sedih aku baca. Semua dia luahkan kat dalam tu. Aku paling terkesan bila baca yang mak dia bencikan dia sebab muka dia sebiji macam ayah dia..

Padahal bini aku seorang yang rajin. Dari umur 13 tahun, lepas balik sekolah bini aku akan kerja di warung hujung kampung cuci pinggan sampai malam, gaji semua bagi mak dia.

Aku tahu semua dari diari – diari dia dan kalau aku lepak di gerai – gerai kampung, semua pakcik dan makcik di situ kenal isteri aku sebagai seorang yang rajin. Kakak dia sambung belajar pun dia yang kerja siang malam untuk bagi kakak dia belanja.

Dia buat dua kerja juga sebelum kahwin dengan aku. Pagi dia kerja kerani, jam 6 petang dia kerja kedai makan.. Gaji kerani tu semua dia bagi mak dia min.. Adik – adik kembar dia pun dia yang bagi belanja sekolah.

Rapat adik – adik dia tu dengan dia. Sekarang aku tak bagi dia kerja, dia tak senang duduk fikirkan keluarga dia. Sedangkan mereka tak fikirkan dia pun. Haritu kami baru seminggu menikah, mak dia dah mesej bini aku suruh keluarkan semua barang – barang dalam bilik sebab mak dia nak jadikan bilik bini aku tu sebagai stor.

Bini aku beritahu aku supaya hantar dia kat kampung agar dia dapat keluarkan semua barang – barang dia.. Aku baca mesej tu min.. Bini aku jawab, “Kenapa nak buat stor. Mak tak ada tempat nak letak barangkah?

Barang apa yang mak nak letak? Nanti kalau Sarah nak balik rumah mak, sarah nak tidur kat mana?” Mak dia reply yang mak dia nak letak pinggan mangkuk dan mak dia rimas kalau pinggan mangkuk tu semua bercampur dengan barang – barang bini aku.

Mak dia siap pesan kalau tak mahu tidur di ruang tamu, pergi check in hotel kat pekan. Aku yang jadi sedih baca.. Tapi bini aku langsung tak mengadu apa – apa pada aku.. Tapi aku nampak raut sedih pada wajah dia.

Aku dengan bini aku sendiri kemas dan bawak keluar barang – barang bini aku. Bilik bini aku paling kecil dalam rumah tu, kedudukan pula macam terasing. Bilik paling belakang bersebeIahan tandas.

Besarnya cuma boleh muat letak katil single dan satu almari.. Bilik bini aku tu tak layak dipanggil bilik, memang layak dibuat stor. Aku jadi sedih bila tengok gambar – gambar yang bini aku lekat pada dinding.

Ada beberapa gambar mereka satu keluarga tanpa dia dan dia lekatkan gambar dia pada ruang yang ada pada gambar tersebut. Biar kelihatan seperti lengkap 1 keluarga. Bini aku kata, setiap kali raya dia akan bekerja sebab tu tiada langsung gambar dia bersama keluarga, kesian sangat bini aku.

Tak dapat aku bayangkan keadaan dia hari – hari duduk dalam rumah tu. Bini aku sekarang mengandung 4 bulan dan dia mengidam laksa yang mak dia buat jadi aku ambil cuti bawa bini aku balik kampung min.

Kebetulan kakak – kakak dia pun ada kat rumah. Depan aku, dorang layan bini aku baik je tapi di belakang memang lain layanan mereka. Bini aku lepas salam dengan adik beradik dia, terus masuk dapur tolong mak dia buat kerja.

Aku ekori dari belakang. Aku dengar dia cakap dengan mak dia yang dia rindu dan teringin nak makan laksa buatan mak dia.. Kau tau apa mak dia jawab min? Mak dia kata mak dia sibuk.

Ikan sekarang mahal dan sekarang kena jimat – jimat sebab bini aku dah tak bagi duit tiap – tiap bulan sampai dorang tak boleh makan sedap – sedap. Kemudian bini aku beritahu mak dia yang semua bahan – bahan dah siap beli.

Mak dia kata tengok la nanti kalau rajin mak dia buat. Aku tengok air muka bini aku dah lain.. Aku terus pergi ke ruang tamu. Kat situ kakak no 2 dia tengah tonton tv. Rancangan masak. Menu sotong sumbat kot kalau tak silap.

Kakak dia ni jerit kat mak dia, “makk, ani teringin la sotong besar – besar mcm dalam tv ni. Sini la mak tengok.” Yang si mak ni gigih la datang ke ruang tamu sambil cakap esok kita pergi market beli sotong macam ni.

Aku terus terbayang muka bini aku kat dapur yang tengah kempunan laksa tu.. Ikan dik4ta mahal, tapi sotong besar – besar tu tak payah fikir panjang pun, terus dia on untuk anak yang sorang tu.

Sebelum balik bini aku bagi belanja kat mak aku, dengan kakak – kakak dia sekali dia bagi belanja untuk kelas. Aku yakin belanja tu semua hasil dari duit yang aku bagi dia tiap – tiap bulan.

Yang sedihnya, satu perkataan terima kasih pun aku tak dengar. Penyudahnya, balik rumah tanpa dapat jamah pun laksa mak dia sebab mak dia malas buat tapi bini aku masih boleh senyum.

Dia tak merengek dah kat aku yang dia nak laksa.. Tapi aku tahu, dia mengidam sangat.. Minggu depan aku nak bawa dia ke rumah mak aku. Mak aku sudi masakkan dia laksa. Semalam mak dia mesej dia, beritahu yang kakak sulung dia nak kahwin.

Mak dia minta bini aku RM 7,000 untuk majlis. Bini aku serba salah minta pada aku. Katanya dia akan kerja untuk bayar balik pada aku, kalau aku tolong pinjamkan duit pada mak dia. Aku mampu je nak bagi tapi aku jadi sedih fikirkan nasib bini aku.

Aku jadi kesian sangat dengan dia. Doakan bini aku kuat. Doakan aku dapat bagi kasih sayang yang bini aku tak pernah dapat dari mak dia. Doakan mak mertua aku layan bini aku sama rata macam dia layan anak – anak yang lain, dan doakan bini aku murah rezeki dan bahagia dengan aku.  Terima kasih admin.

Komen Warganet :

Cik Siti : Sama macam kes suami saya, dibuang keluarga tapi kalau ada apa – apa mintak tolong dia. Si abang hidup penuh kemewahan anak beranak sebab mertua sayang mereka. Kami tak ubah macam merempat, saya selalu pesan dia, ‘sakarang awak dah kahwin dengan saya, ibu saya, ibu awak, ayah saya ayah awak, dan adik beradik saya semua adik beradik awak. Kami akan sayang awak sebagai ahli keluarga dan bukan anak pungut’

Song Onim Circle : Jangan bagiIah. Nak membantu fikir – fikir dulu. Kalau dia sebelum ini mulakan ‘kasih sayang’ mak dia dengan wang ringgit, kenapa kau nak teruskan legasi tu? Kau kena nasihat dan cakap dari hati ke hati dengan bini kau.

Terangkan dekat dia yang program ‘mari menabur duit’ tulah yang buatkan family dia pandang dia dekat tapak kaki. Walau dah tabur duit pun masih tiada kasih sayang, apa dengan bantuan RM 7,000 tu dia ingat kasih sayang segera dia dapat ke?

Tolonglah, kau aje yang boleh tolong isteri kau keluar dari mentaliti ‘ada duit, ada kasih sayang.’ Sebab aku yakin seratus peratus, RM 7,000 tu isteri kau cuba bagi sebab dalam hati dia berharap mak dia akan sayang dan seronok dengan bantuan dia tu.

Benda bod0h dan sia – sia. Kalau rumah mak kau dekat, bawa balik dan biasakan dia dengan mak kau. Sebelum tu kau bercerita sedikit dekat mak kau tentang bini kau. Harapnya kasih sayang mak kau dapat topup mana yang Iompang, walaupun tak sepenuhnya sama macam kasih sayang mak sendiri tapi magiknya pasti jugak terasa.

Nor Asma : Kesian bini, ada mak dijadikan h4mba. Ada laki tak mampu jadi peIindung. Sudahnya makan hati sorang – sorang ye. Teruskan je la biar bini hang dibuIi mentaI fizikal macam tu. Turutkan je la kemahuan mak dia supaya lepas ni mereka boleh ani4ya dia dengan lebih teruk lagi. Biarlah dia tanggung sampai dia m4ti, mungkin dah nasib dia, hidup sekadar memuaskan hati orang lain tapi bukan untuk diIindungi.

Manong Ses : Kej4mnya manusia bila la Allah nak turun baIa pada orang macam tu. Kau sebagai laki tegas dengan kasih sayang pada isteri, ajar mana yang patut, guna kuasa veto untuk kebaikan bini kau. Jangan senang bagi orang lain pij4k kepala dia. Kalau aku, duit RM 7,000 tu jangan dibagi. Semua yang komen kat sini dah pesan jangan bagi 7 ribu tu, biar nak tengok diorang jadi apa. Kami tunggu sambungan cerita ni!

Cik Nort : Tolong jaga isteri baik – baik. Walaupun dia masih ada family tapi dia dah macam anak yatim piatu. Semoga keluarga awak dapat layan dia sebaiknya. Semoga perkahwinan awak sampai syurgga.. Sedihnya baca luahan kisah awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.