Aku pakai kerusi roda pun drive sendiri, suami buat tak tahu. Kawan sekerja cakap aku asyik MC, bila nak masuk kerja

Aku tak boleh bergerak kena pergi fisioterapi. Bila aku minta tolong suami hantar dia kata sibuk. Rasa macam kain buruk. Aku terp4ksa drive sendiri. Sampai tempat parking, aku tunggu orang lalu, minta tolong keluarkan kerusi roda..

#Foto sekadar hiasan.Aku diuji Allah. Nikmat sihat aku ditarik sedikit. Sikit jer. S4kit aku ni menyebabkan aku susah nak bergerak. Pergerakan aku terbatas. Bayangkan kita dah biasa aktif ke sana ke mari, tiba – tiba s4kit kau perIukan bantuan orang lain untuk uruskan diri.

Sebolehnya aku tak nak harapkan bantuan orang lain, aku nak buat sendiri tapi apakan daya, aku tak mampu. Aku tahan sedih aku, cuma hari ni air mata aku tumpah jua akhirnya. Dari hari pertama aku s4kit, aku tak nak menangis sebab aku nak cepat sembuh walaupun orang keliling aku maksud aku suami aku sendiri tak pedulikan aku.

Sebab apa aku cakap dia tak peduli? Masa aku kena tahan wad, dia tiada di sisi aku. Di mana aku perIukan dia di sisi aku, sebab aku perlu menjalani pembedahan, aku perIukan sokongan moral. MaIangnya orang yang aku harapkan tiada di sisi aku.

Aku tak nak nangis tapi hati aku sedih dan aku kentalkan semangat, untuk sihat seperti dulu supaya tak menyusahkan orang lain. Proses recovery pun amat menyiksakan. Lagi aku tak dapat sokongan. Aku nak ke hospitaI untuk fisioterapi, ye aku perlu uruskan diri sendiri.

Siksanya Allah yang tahu. Apa salah aku??? Aku menangis mengadu pada Allah. Sedihnya Allah yang tahu. Sekadar menjerit dan menangis di dalam hati sebab aku tak nak diri aku br0ken down. Cukuplah fizikaI aku s4kit.

Aku kentalkan diri sendiri. Bila aku takde tambang grab car sehala RM25, aku drive sendiri. Sampai parking, aku tebalkan muka mohon bantuan insan lain untuk keluarkan kerusi roda dan tolak aku ke tempat rehab atau ke kIinik pakar.

Aku tunggu je bila ada orang lalu lalang, kalau sejam menunggu pun aku tunggu sebab aku tiada keupayaan untuk angkat kerusi roda sendiri. Aku kasi la sumbangan mana yang aku mampu, tapi kebiasaannya insan baik hati tu menolak. Pak guard la baik hati selalu bantu aku.

Aku nangis dalam hati, orang luar boleh bantu aku, suami sendiri buat tak tahu. Sedih tau. Zikir jer la untuk redakan sedih aku. Malam ni aku sedih sangat, rasa tak tertampung lagi rasanya. Aku menangis bengk4k – bengk4k mata.

Aku dah puas tahan, aku dah puas positifkan diri aku. Hati aku sedih. Sebab orang yang takde kat tempat aku tak akan rasa apa yang aku rasa. Sungguh!!! Rasa macam kain buruk pun ada. Bila tak perlu, aku disingkirkan macam tu jer. Sedih.

Orang asyik tanya, lama lagi ke kau MC. Lama lagi ke nak elok. Raya nanti boleh dah pergi jalan beraya. Tapi takde pun tanya aku ok ke tak? Happy ke tak??? Asyik tanya bila nak sihat. Soalan simple tapi makan hati. Ntahlaa kot aku yang terlebih sensitif.

Suami lagi la, tiap kali ke hospitaI, ke fisioterapi tak pernah tanya apa progress aku. Bila minta hantar, sibuk, sibuk. Sedihlah. Aku cerita pun tak ambil port pun, kerja main hp jer. Balik hospitaI, aku nak makan minum ke kena urus sendiri.

Suami aku takde pun kisahkan diri aku. Bila dia balik muka masam, hati aku sedih. Aku beban kat dia. Orang senang jer cakap, kenapa tak order food delivery. Kalau berduit tak kisah la. Ingat sikit – sikit duit ke nak order bubur je pun.

Pandai cakap, nak kasi sumbangan RM10 pun susah. Sebab aku tak larat nak bangkit duduk, aku pakai je pampers. Duit jugak ni. Aku minum susu 900 gram RM90. Kenyang lama sikit. Sebab tak larat nak masak, tak larat nak kerja, aku order food delivery hantar bubur.

Badan aku susut. Makan je apa yang ada. Orang s4kit ni orang benci. Sebab aku dah alami sendiri. Mana suami, kawan, mana bos, mana saud4ra? Mana??? Tanya khabar pun takde. Takpelah dah bahagian aku. Kalau dulu kita buat baik dengan orang lain takkan kita nak harapkan baIasan orang plakkan?

Aku tak cukup baik dengan manusia lain. Nanti kata tak ikhlas bantu plak. Ungkit. Redha ajelah. Nak harap keluarga sendiri jauh. Mak ayah dah uzur. Allahuakbar. Adik beradik boleh datang 3 minggu sekali jenguk. Harapkan sepupu ni sorang datang seminggu sekali tolong cuci kain baju, tukar bedsheet, buangkan pampers, mandikan aku bersih, hantar makanan.

Tak perlu mewah mana pun memadai bubur kosong. Nak upah orang jaga, duit dah banyak guna untuk s4kit aku ni. Ntahlah. Sedih sangat malam ni. Semoga di bulan ramadhan yang mulia ni Allah angkat s4kit aku ni, semoga aku cepat sembuh untuk mengh4mbakan diri untukNya.

Sedih diperlakukan sedemikian rupa. Sedih Ya Allah. Aku down macam ni sebab aku warded kali ke 2 jatuh bilik air. Tak perlulah aku tunjuk kuat lagi. Aku memang tak kuat. Biarlah keluarga aku uruskan diri aku, mana yang sudi.

Aku dah tak mampu berjuaang sendiri. Aku down sebab aku perlu melalui proses recovery tu semula. Selamat berpuasa semua. Doakan aku terus kuat. – Diana (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nadiah 大宮 Eskay : Kebanyakan orang memang akan cabut lari bila dengar pasal orang s4kit. Saya yang jaga orang s4kit ni pun struggIe sebab takde sape peduli. Sesetengah orang mudah bercakap, jaga orang s4kit pun boleh berkawen.

Hakik4tnya, lelaki pun tak pandang pompuan yang jaga parent yang s4kit. Memasing senyap bila dah tau situasi kita walaupun ayah kita ada gaji pencen dia. Saya doakan yang baik – baik untuk awak. Semoga urusan awak sentiasa dipermudahkan oleh Allah.

Maya Mohd : Sedih.. sedih sangat. Memang sedih bila tiada yang peduli LEBIH – LEBIH lagi orang yang dipertanggungjawabkan iaitu SUAMI! Mengapa lah ramai suami – suami sem4kin jauh dari AJARAN ugama? Apakah mereka leka apabila dik4takan perempuan lebih ramai di ner4ka?

Kejadian itu berlaku beribu tahun dahulu tapi kini nampaknya keadaan boleh jadi terbalik. Ahli keluarga saya pun s4kit, suami dia tak pedulikan dia. S4kit dia pun disebabkan oleh suami dia juga. APA sudah jadi dengan JANTAN2 zaman sekarang Ya ALLAH!

Rosilawati Binti Mohamed : Selagi tidak diberhentikan jangan berhenti kerja. Itu pilihan kita ada untuk menjamin sumber kewangan. Terus berfikiran positif kerana itu menjadikan kita bersemangat dan lebih kuat. Berserah sepenuhnya kepada Allah SWT atas apa jua urusan. Elakkan perg4ntungan kepada manusia. Cuba google kisah Ras Adiba Radzi.. tumpang semangat dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.