Setiap kali raya Pakngah perli saya anak d4ra tua. Tapi kali ni PakNgah dah melampau. Saya sound sampai dia terdiam

Waktu raya haritu pantang nampak saya selalu sahaja mempersoalkan soal jodoh. Kadang – kadang dicerita pada tetamu – tetamu yang hadir. Ingat saya ni tunggul? Tetapi tahun ni dia pakngah m4kin melampau – lampau. Ketika dia sedap membaham saya, saya pon jawab..

#Foto sekadar hiasan. BESAR SANGAT KE GAJI KERJA KERAJAAN? Admin tolong hidekan profile saya Assalamualaikum. Terima kasih kerana menyiarkan cerita saya. Nama saya Hajar berusia 35tahun dan masih belum berkahwin.

Ok saya ada sedikit luahan perasaan untuk dikongsikan sempena Hari Raya yang sedang dirai ni. Bila tiba je hari raya mesti akan ada keluar soalan – soalan seperti, dah kerja ke? Kerja apa? Bila nak kahwin? Tak ada isi lagi ke?

Boleh dah nak tambah tu. Bila nak beli rumah? Bila nak tukar kereta? Bila suami nak kerja dekat dengan rumah? BIASA? Ya. Memang biasa. Saya seorang wanita yang bekerjaya tetapi masih belum mendirikan rumahtangga.

Memang selalu diasak soalan – soalan begitu. Saya tak pernah rasa rimas bila ada orang tanya soalan pasal jodoh cuma agak sedikit geram bila mereka seolah – olah mempermainkan rezeki Allah. Makcik Pakcik Kakak Abang takkan tak tahu, Jodoh AjaI M4ut Anak kan di tangan Tuhan. Siapalah kita untuk menidakkan.

Isu ni memang takkan pernah habis. Kalau bukan jiran bertanya, saud4ra mara bahkan nenek sendri pon ada. Rimas bukan? Bukan saya tidak pernah mencuba, saya pernah tetapi gagal. Saya jadi takut dan tr4uma dimainkan oleh seorang lelaki.

Waktu mula – mula kenal bermacam cara, bersungguh – sungguh dia cuba untuk dapatkan. Bila dah dapat dia main kayu tiga. Memang dia menyesal tapi mana mungkin saya akan terimanya balik. Memaafkan ya. Selepas saya tenang dengan kehidupan saya sambung belajar, Alhamdulillah sekarang dah ada PhD.

Saya tak putvs berdoa agar Allah hadirkan seorang insan dalam hidup saya. Setiap hari saya berdoa. Tak minta yang kaya cukuplah bukan suami orang. Kadang – kadang rimas bila asyik diperli anak d4ra tua. Kadang – kadang mahu sahaja hati ini terima tawaran jadi isteri nombor 2.

Sudah beberapa orang yang cuba. Tapi takkan. Saya masih boleh berfikiran w4ras. Tak semudah tu untuk saya h4ncurkan kehidupan rumahtangga orang. Ibubapa saya paling anti dengan poligami. Ya terutama bapa saya.

Alhamdulillah setelah bekerja di sebuah syarik4t carigali terkenal di Malaysia. Rezeki saya m4kin murah. Saya dah mempunyai sebiji kereta, 2 buah rumah dan 2 bidang tanah. Rezeki bukan? Ya tapi orang takkan pernah nampak. Yang dinampaknya anak d4ra tua.

Sebenarnya bercakap hal rezeki, masih ramai yang tak tahu tentang konsep rezeki. Ketika saya masih belajar saya tak pernah minta sesen duit orang tua. Bahkan menggunakan duit ptptn saya ik4t perut untuk bayar semua yuran dan peralatan belajar.

Bila tiba musim raya saya akan beli pakaian raya untuk kedua ibubapa saya. Per4ngai itu terbawa – bawa sampailah saya kerja. Saya bayar bil elektrik dan air di rumah. Keperluan dapur saya beli. Setiap bulan saya akan masukkan 1000 ke akaun ibubapa saya.

Pendek kata ayah dan ibu saya tak perlu bekerja. Macamana saya mampu buat semua tu sedangkan saya ada asset untuk dibayar? REZEKI. Lagi banyak kita memberi lagi banyak kita dapat. Allahuakbar sehingga hari ini rezeki saya tak pernah kurang, tak pernah putvs.

Dahla rumah saya dekat dengan rumah ibubapa, setiap tahun dapat beraya bersama. Berbuka puasa bersama. Allahu nikmat mana yang hendak aku dustakan. Saya tak tinggal sekali kerana adik perempuan dan adik ipar saya tinggal di situ.

Sebenarnya bukan la saya hendak membuka aib, tetapi sekadar perkongsian. Lagipon saya tidak sebutkan nama. Abang saya bekerja di sektor swasta, isterinya tidak bekerja. Dari dulu saya pernah bagitahu, hulur – hulurlah pada mak ayah walau rm50 sebulan untuk ambil berkat. Untuk permudahkan rezeki.

Ya saya tau dia dah berkahwin isteri tidak bekerja. Ada 3 orang anak yang perlu ditanggung. Tetapi saya cuma ingin membantu melancarkan rezeki dia. Dia dan isteri sangat berkira – kira. Duit dalam bank ada. Adik lelaki pernah hendak pinjam jadi saya tahu mereka ada duit walaupun sedikit.

Pernah dulu ketika saya kata padanya supaya masukkan duit pada mak ayah sedikit setiap bulan, dia menjawab yang tak cukup. Macamana saya tak geram bila anak – anak diberi handphone setiap sorang. Kalau rosak dibeli baru.

Sampaikan anak bongsu dia (4 tahun) sekarang masih tak boleh bercakap. Doktor suspect aust1sm. Allahu kadang – kadang saya rasa itu ujian pada abang saya, tapi dia masih tak sedar. Dik4tanya saya ni tak apa gaji besar tak ada tanggungan.

Saya ni berkira lah. Saya tak pernah berkira, saya tak kisah kalau saya seorang yang menanggung kedua ibubapa saya tapi saya nak kami semua adik beradik murah rezeki. Memang gaji saya paling besar dalam adik beradik tetapi jumlah bayaran untuk asset saya dah sampai 3/4 gaji.

Tetapi saya tak pernah tak cukup. Tak pernah kurang. Adik lelaki saya seorang lagi sangat boros, tak pandai uruskan kewangan. Dahulu ketika bujang setiap bulan pasti meminjam dengan saya. Kadang – kadang geram pon ada.

Saya dah pesan macam – macam. Jaga solat. Jaga diri. Tapi masih sama. Macamana rezeki nak masuk kalau solat pon masih tak cukup 5 waktu? Nak kahwin pon tak cukup duit. Majlis belah kami, mak ayah yang tolong.  Saya geram sebab mereka guna duit yang saya bagi tiap – tiap bulan.

Yang ni tak perlu suruh kalau bab membeli barang pada mak ayah. Tapi apa yang dibeli selalu tak kena dengan selera mak ayah saya, yela orang tua. Nak beli apa – apa tanyalah pendapat orang dulu. Ini tidak semua main beli, harga pula mahal.

Bila akhir bulan tak cukup duit. Mula lah meminjam. Saya harap bakal isteri dia nanti dapatlah nasihat sikit adik lelaki saya ni. Ok dah habis cerita pasal rezeki, sebenarnya saya sedikit terkilan dengan pakcik saud4ra saya ni.

Waktu raya haritu pantang nampak saya selalu sahaja mempersoalkan soal jodoh. Kadang – kadang dicerita pada tetamu – tetamu yang hadir. Ingat saya ni tunggul? Tiada hati dan perasaan? Dan dia terlalu bangga kerana anak – anak dia semua kahwin awal.

Dan boleh katakan semua kerja kerajaan. Dan pakai kereta mahal pada saya. Ya masih pakai kereta proton persona. Saya tak kisah asalkan boleh bawak mak ayah saya ke mana – mana mereka nak pergi. Tak pernah buat hal.

Bayar bulan pon sedikit. Dan semua orang tahu harga kereta m4kin lama m4kin murah tak macam rumah. Setiap kali jumpa pasti topik kerja kerajaan yang hendak dibanggakan. Kenapa? Teruk sangat ke kerja swasta. Anak dia yang paling tinggi pon kerja guru.

Besar sangat kah gaji guru? Saya tengok dekat portal kerajaan tak adalah besar sangat. Yang lain tu kerja di bidang perubatan. Gaji pekerja kerajaan ni semua kita boleh tengok di portal Spa. Kenapa nak bangga lagi? Saya pon tak paham.

Saya ni jiwanya lembut, ketika diasak pelbagai soalan, diperli itu ini mahu sahaja saya bidas. Tetapi saya masih ingat adab. Saya diam dan senyum sahaja. Tetapi tahun ni dia pakngah m4kin melampau – lampau. Saya syak em0si dia tak stabil sebab dia beraya berdua.

3 orang anak dia giliran rumah mertua. 3 orang lagi tak dapat cuti raya. Ketika dia sedap membaham saya, saya pon jawab, “wah mesti besar gaji anak – anak pakngah. Mesti dah ada 2, 3 buah rumah. Ada 2, 3 ekar tanah. Mesti masing – masing gaji dah besar boleh cuti suka hati balik beraya dengan mak ayah. Mesti setiap sorang masukkan 1000 kat pakngah dan makngah. Pakngah dah boleh pencen awal dahni.”

Terus dia diam seribu kata sebab saya tahu anak – anak dia sorang pon masih tak ada rumah! Masa tu mak ayah saya tak ada dekat saya, kalau ada pasti saya dicubit manja. Hiks. Masa tu rasa puas sangat hati. Saya tak faham.

Kenapa masih lagi ada orang yang tak faham tentang konsep rezeki ni? Bukan kah rezeki ni bermacam – macam aspek. Contohnya:

• Rezeki KAHWIN AWAL, habis belajar terus dipinang orang muda yang kaya. Rezeki terpijak namanya.

• Rezeki KERJA AWAL, habis belajar terus kerja.

• Rezeki KERJA YANG DISANJUNG contohnya guru, walhal SPM dulu dapat 2A je.

• Rezeki ANAK, walaupun gaji kecil tapi anak berderet!

• Rezeki KERJA DEKAT dengan suami, tak pernah PJJ. Allahu nikmat yang paling best kan? Terutamanya pasangan yang dua – dua berniaga.

• Rezeki DUDUK DEKAT dengan rumah MAK AYAH, yang ni rezeki paling besar.

• Rezeki DAPAT BERAYA BERSAMA setiap tahun, contoh adik saya selalu beraya dengan anak – anak shaja, dikala suami beraya di lautan.

• Rezeki DAPAT SUAMI MUDA, MEMAHAMI DAN ROMANTIK. Siapa yang taknak kan. Perempuan dan perhatian tak dapat dipisahkan. Kawan saya sering mengadu yang suami dia ni tak romantik la, selalu sibuk dengan kerja la. Tak pernah bawak pergi honeymoon la. Kalau honeymoon tak suka pergi travel backpack sebab suaminya 5 tahun lebih tua dari dia. Dan dia sendiri pernah berwhatsapp dengan lelaki lain.

• Rezeki HARTA BENDA, kadang – kadang manusia yang tak ada anak mereka dimurahkan rezeki harta benda. Ada yang dapat buat rumah secara cash. Ada yang dah beli 2, 3biji rumah. Ada yang tengah mengumpul tanah. Ada yang mampu pakai kereta mewah 2, 3biji.

• Rezeki KESIHATAN, ada orang diuji dengan s4kit. Kalau bukan diri sendiri, anak – anak. Pelbagai jenis peny4kit zaman sekarang ya?

• Rezeki KECANTIKAN. Tak semua orang yang dikurniakan raut wajah yang cantik serta tubuh badan yang langsing. Tambah lagi bila mendapat pasangan yang sama padan. Dan dikurniakan anak – anak yang cantik dan comel. Rezeki kan. Alhamdulillah.

• Rezeki KAWAN – KAWAN. Tahukan anda, hidup tanpa kawan ibarat teh tanpa gula. H4mbar. Beruntung la jika anda seorang yang peramah sentiasa disenangi oleh orang sekeliling.

• Rezeki DISAYANGI MERTUA, beruntung kan jika dapat mertua yang baik malah jika kita disayangi mertua.

• Rezeki KELUARGA BAHAGIA. Keluarga bahagia ini tak kan dapat dibeli dengan wang ringgit. Beruntunglah jika rumahtangga anda sentiasa bahagia. Keluarga yang sakinah, mawaddah, dan wa rahmah. Mendapat pasangan yang saling melengkapi. Saling tolong menolong dan bertolak ansur.

MACAM – MACAM ASPEK REZEKI kan? Anda punya rezeki yang mana satu? Alhamdulillah saya rasa semua saya punya kecuali jodoh. “Ya Allah Ya Tuhanku jika ada kawan – kawan yang senasib denganku, Engkau kuatkanlah iman mereka. Engkau berikanlah kami pasangan yang terbaik dari sisi-Mu, pasangan yang bakal menjadi sahabat kami dalam urusan agama, urusan dunia dan akhir4t”. Amin – Hajar

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.