Suami ada group whatsapp jiran jiran lelaki. Satu hari aku ternampak dorang mesej mesej nakal dalam group. Hati aku dah geram

Mula – mula saya tanya, kenapa dia mesej perempuan sana sini. Apa yang dia nak? Dia nak test market ke? Bila saya cakap pasal J, lagi nampak dia macam tercekik. Boleh pulak masa tengah berbincang tu, dia bangun pergi dapur, buka peti ais..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Saya Luna (bukan nama sebenar), berumur 30 an, ada 4 orang anak. Dah berkahwin selama 11 tahun. Luahan saya berkisar tentang suami saya. Selalu orang kata isteri ni ada gerak hati.

Tapi bukan saya. Memang tak ada gerak hati sebagai isteri. Tetapi bila kalau Allah nak tunjukkan perkara yang suami buat, macam tu je Allah tunjuk tanpa saya ada rasa dan nampak apa – apa (di mata kasar saya). Satu hari pada hari Khamis, saya tengok hp suami.

Suami tinggal hp sebab dia pergi surau masa ni. Mula – mula tertengok WhatsApp suami dan nampak la ada jiran kami hantar post ‘nakal’ dalam group depa. Dalam hati dah geram dah. Apa punya per4ngai lah. Group ni suami – suami sahaja dan mereka baik sesama mereka.

Tergerak la nak check WhatsApp suami yang lain – lain, kot – kot ada mesej – mesej perempuan atau yang bukan – bukan kan. Bila check mesej secara random je (tak semua) ikut nama yang suami save, nampak okay dan tak ada apa – apa yang mencurigakan.

Dah alang – alang tengah spotcheck, saya check la sekali Instagram suami. Bila buka, saya terus menuju ke Messages dalam inbox suami. Ya Allah, luluhnya hati saya bila tengok ramai sangat (lebih daripada 5 orang) perempuan yang suami saya mesej.

Mesej – mesej lebih kurang macam test market macam tu. Ada yang perempuan layan gitu – gitu, ada yang tak dillayan langsung. Perempuan yang suami mesej boleh tahan cantik semuanya. Masa ni dah rasa geram sangat dah.

Sebenarnya, sebelum – sebelum ni, saya pernah tengok aplikasi Thread suami. Dekat aplikasi tu, kita boleh tengok apa yang orang tu reply dekat post – post orang dekat apps tu. Masa saya tengok tu, semua yang suami komen reply, semuanya post – post perempuan.

Dalam hati just kata, amboi je la sebab reply tu biasa – biasa sahaja. Husband saya ni ada hobi berlari / running. Post yang dia komen tu semua perempuan – perempuan yang running jugak. Masa check dekat Threads ni, masih rasa okay dan tak fikir apa – apa lagi.

Berbalik kepada selepas saya check hp suami, saya buat macam biasa lepas tu. Walau dalam hati rasa s4kit sangat. Entah siapa – siapa la yang suami saya mesej. Saya nampak tarikh mesej daripada tahun 2018 lagi. Ada seorang tu, suami mesej dan tanya tak live bigo ke dan gambar profilnya, s3ksi sangat dengan hanya berbikini.

Ada sorang lagi yang suami mesej (tapi tak dilayan), bila tengok profile, perempuan yang berd4da besar. S4kitnya hati saya. Malam tu, saya tidur sambil menangis sebab s4kit hati. Keesokan harinya, Jumaat malam waktu suami tinggal hp, saya cek lagi Fb Messenger pulak.

Ya Allah, sama banyak mesej sana sini perempuan. Yang kat Fb Mesengger kebanyakannya runner perempuan. Siap bagi tahu, kalau datang sini bagi tahu sebab suami nak belanja makan. Dan, paling meny4kitkan hati saya adalah, 1 mesej di Fb Messenger ni, dah semestinya perempuan juga, dan bila tengok fb dia, dia isteri orang.

Saya namakan sebagai J. Mesej dengan J ni banyak dan panjang dan siap mereka bertukar nombor hp lagi. J ni layan mesej suami rasa sebab J, kawan kepada kawan suami. Suami saya kerjanya jenis kadang – kadang ada kerja malam membawa ke pagi.

Boleh pulak suami mesej J pukuI 12 pagi, pukuI 3 pagi. Siap suami telefon J ni pagi – pagi buta. Mesej teringat dekat J pagi – pagi buta. Kata J comel lah. Paling – paling saya tak boleh terima, memang b4ngang suami saya ni.

Suami tak dapat hubungan kelamin sebab saya datang bulan pun dia bagi tau J. B4ngang tak b4ngang. Si J ni pulak melayan mesej. Bila baca mesej – mesej dengan J tu memang nafas saya dah turun naik sebab geram sangat – sangat sambil saya ambil gambar dan video sebagai bukti.

Kalau ikutkan, saya nak bertenang dulu dan kumpul kekuatan sebelum confrant suami. Tapi disebabkan mesej dengan J tu saya rasa agak melampau, malam tu jugak saya decide nak confront suami. Lepas anak – anak semua tidur. Saya panggil suami, dan confront suami depan – depan.

Mula – mula saya tanya, kenapa dia mesej perempuan sana sini. Apa yang suami nak? Dia nak test market ke? Saya tanya jugak ada ‘makan luar’ ke? Muka suami masa tu cuak sikit. Saya minta hp dia time tu, dia tak bagi – bagi. Bila saya cakap pasal J, lagi nampak dia macam tercekik.

Boleh pulak masa tengah berbincang tu, dia bangun pergi dapur, buka peti ais dan makan sesuatu. Hei hangin betul saya masa tu. Dekat 15 minit confront, tak ada perkataan maaf pun. Suami hanya kata tak ada apa – apa pun.

Yang sini dia cakap kawan. Ada seorang tu je la dia kata kawan. Selain dari tu memang suami hanya diam dan saya sahaja yang bercakap. Tak ada jawapan lain daripada suami, saya cakap kalau dah tak nak bagi tahu, dan kita boleh berpisah. Cakap je dengan saya. Then saya bangun dan masuk bilik dan menangis sepuasnya.

Esok siang berlalu macam tu sahaja saya buat hal saya dan anak – anak. Malam tu, baru husband datang jumpa saya dan minta maaf dan cakap dia lalai dan tak ada orang pun nak dekat dia. Dalam hati angin la sebab kalau ada perempuan yang betul – betul melayan dan berdekatan dengan suami, entah apa yang akan berlaku. (J tinggal di Sarawak). Saya masih belum terima maaf suami ketika ini.

Esok siang, suami minta maaf lagi, dan minta dilayan batin pula. Bila fikir kalau tak layan akan berd0sa, maka saya layan. Mungkin suami ingat saya dah maafkan, sebab lepas tu saya sudah mula bercakap sikit – sikit dengan suami.

Suami lepas tu, terus buat macam biasa tapi dia amik hati dengan bawa saya dan anak – anak bercuti. Saya pun bercakap dan layan suami macam biasa. Sebenarnya, dah lama saya dan suami tak tidur sebilik. Suami akan tidur ikut suka dia dekat mana, tapi selalunya dia tidur dekat ruang tamu sebab suami akan layan hp lepas anak – anak tidur sampai la lewat pagi. PukuI 2 atau 3 macam tu baru suami tidur.

Saya memang tidur dengan baby sebab baby masih menyusu badan. Sejak kes kantoi tu, baru lah suami tidur sebilik dan sekatil dengan saya setelah sekian lama sejak PJJ. Tapi sejujurnya dalam hati saya ni sangat lah tak tenang.

Disebabkan hal ni, saya dah jadi overthinking. Selalu pukuI 10 malam saya dah tidur lepas tidurkan baby. Sekarang kerap kali, sampai pukuI 12 saya masih terkebil – kebil tak boleh tidur. Tapi p4ksa juga tidur disebabkan esoknya saya perlu uruskan anak – anak nak ke sekolah dan bekerja.

Lagi tr1gger kalau baca kes – kes curang ke, lagi lah malam tu tak boleh nak tidur. Saya dok terfikir segala peng0rbanan saya selama ini yang tak dihargai. Saya dan suami pernah PJJ 2 tahun, suami sambung belajar part time selama 5 tahun dan setiap minggu akan ada kelas dan kerja dia. Saya dok jaga anak kat rumah.

Ni dah habis belajar suami ada masa running bila petang habis kerja dan saya juga lah yang uruskan anak – anak mandi sambil masak. Terkial – kial uruskan anak 4 orang dengan baby lagi. Jenis saya, jarang – jarang saya minta duit suami untuk beli apa – apa yang saya nak sebab saya pun bekerja dan saya tak nak susahkan dia.

Urusan rumah kebanyakan masa pun semua saya buat, suami hanya akan buat bila dia nak buat. Malah masa mengandung pun saya cuci toilet sendiri (dah minta tolong tapi dia buat gurau pulak). Masa berpantang anak no-4, kena pulak waktu tu bulan puasa, seminggu lepas bersalin saya lah masak untuk suami dan anak – anak sahur dan buka puasa.

Kadang – kadang bila pagi suami bangun lambat (sebab tidur lewat), saya juga lah hantar anak no 1 dan 2 ke sekolah. Setiap hari kena k3jut dia bangun pagi untuk Subuh dan kerja sampai saya dah fedup dan biar je dia tidur. Saya tinggal je baby dan anak no 3 sekejap.

Bila dah jadi macam ni, habis semua saya fikir dan ungkit. Hati ni s4kit sangat bila terkenang apa yang saya k0rbankan dan apa yang suami buat belakang saya. Sekarang, sebulan selepas peristiwa itu, semuanya kembali normal seperti tak ada apa – apa yang berlaku.

Tapi jauh di sudut hati saya, s4kitnya hati ini masih lagi belum sembuh. Saya sekadar meluah di sini sebab semua yang berlaku berulang – ulang bermain dalam hati dan fikiran saya. Saya pun tak tahu sampai bila hati ini mampu pulih. Saya juga tak tahu sama ada ini adalah keputusan yang terbaik untuk saya dan anak – anak. – Luna (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Miza Zumizah : Sis suami sis banyak sangat masa terluang.. tu yang jadi b4ngang kejap.. 1 lagi please la jangan le sesekali tido asing. Ni la punca.. apa masalah pun g4duh macam mana pun tido sebilik. Aku pernah gak ada anak kecik, menyusu semua tapi memang tido sekatil dengan laki sekali. G4duh macam mana pun tido sekatil. Bila tak sekatil ni la yang boleh jadi curang. Biar la main hp kat bilik atas katil asalkan sekatil.

Kak Chip : Salam tt, first, perbanyakkan bicara dengan Allah. Mudah – mudahan Allah bantu legakan rasa yang terbuku di hati. Lepaskan rasa yang tak best tu sebab day by day akan makan diri kita sendiri. Suami as usual. Not affected sebab dia tak acknowledge pun apa yang tt hadapi.

2nd it is look like your husband has more free time smpai dia boleh text perempuan lain sana sini. Jadi why not sis tolong selamatkan dia dari berbuat d0sa dengan busykan husband dengan tolong sis urus anak – anak atau kerja rumah. So that dia takde masa nak spend time dengan entah sesape.

3rd kembalikan tanggungjawab suami pada bahu suami. Sis nak beli barang dapur, sis mintak suami belikan. Sis nak beli barang anak, mintak suami bayarkan. Semoga yang baik – baik buat sis. Serahkan pada Allah yang satu. Dia yang membolak balikkan hati manusia.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.