Selamber je suami kata tu first love dia masa sekolah. Putus sebab hubungan tak direstui. Aku mengadu dekat mak mertua aku dan jawapan dia memang menghampakan. Mak mertua sempat bagi tau perempuan tu memang baik dan sopan.
#Foto sekadar hiasna. Assalamualaikum semua. Aku dah pjj dengan suami lebih kurang 3 tahun. Suami ada ajak aku ikut dia, tapi aku sendiri yang enggan. Bukan sebab kerjaya sebab aku pun kerja kerani je, tapi sebab aku tak boleh tinggalkan kampung halaman aku.
Aku takut tak boleh nak sesuaikan diri duduk dekat bandar. Awal tahun hari tu suami aku ada supr1se kan aku dengan rumah sewa yang dia dah hias sikit dan dah tambah perabot dalam tu, tapi aku memang tak ada hati nak duduk dekat bandar.
Aku menolak ajakan suami dengan baik. Aku bagi tau pada suami, dekat kampung ada mak ayah kami. Senang aku nak bawa anak jumpa atok nenek mereka. Aku memang tak suka duduk dekat bandar dan aku tak sangka lepas dua tahun kahwin tiba – tiba suami kena transfer dekat ibu kota.
Dengan macam – macam kes sekarang ni, lagi lah aku paran0id nak pindah sana. Aku tenang dan aman duduk dekat pantai timur ni. Aku selalu doakan suami aku supaya dapat kerja dekat negeri asal kami atau berpindah balik ke sini.
Aku tak kisah gaji kecil pun, asalkan bukan hidup di bandar tapi suami sibuk nak kejar cita – cita dan upgrade hidup. Dulu suami akan balik ke kampung jenguk aku dan anak 2 minggu sekali, sekarang dah jadi sebulan sekali.
Dia pun dah tak ajak aku tinggal sekali dengan dia tapi aku tak sangka sebenarnya dia ada orang lain dekat sana. Lima tahun kami kahwin, ini hadiah dia pada aku. Mungkin dia lupa yang dia ada login akaun google dia dekat laptop aku dan aku ada access untuk tengok google photo.
Masa aku buka tu, aku rasa dunia ni memang betul – betul gelap. Banyak sangat gambar suami dengan seorang perempuan dan kebanyakannya gambar di kedai makan atau di mall. Aku tekan muka perempuan tu dekat google photo, rupanya suami aku kenal dia sejak 2012, masa tu dia tingkatan 4.
Banyak sangat gambar perempuan tu. Mula dari tangkap gambar curi – curi, ke gambar perempuan tu tutup muka sampai lah ada gambar mereka berdua. Memang sah, ni memang kes kenangan lama mengusik jiwa. Aku cari social media perempuan tu dekat friends dan following suami aku, tapi profile lock. Ig dia pun private.
Aku google, jumpa dekat linked in. Dia kerja dekat utara, tapi dekat je dengan ibu kota. Masa suami aku balik hari tu, aku link whatsapp dia dengan laptop aku. Aku baca semua chat dia dengan perempuan tu. Conversation mereka start bila suami aku baIas status perempuan tu.
Suami aku ada cerita masalah dia dekat perempuan tu tapi banyak tentang masalah kerja. Ada juga dia bagi tau yang aku tak nak pindah duduk dengan dia dan perempuan tu suruh suami pujuk aku. Suami kata dia sunyi, balik rumah rasa kosong.
Aku nampak suami aku macam nak try dia balik. Aku tau, sebab suami aku pun pernah try aku kan. Perempuan tu layan biasa je tapi mesra. Kalau diteruskan lagi aku rasa memang aku dapat madu. Nampak normal, tapi memang mesra.
Aku dah tak tahan sangat, aku tanya suami pasal perempuan ni. Selamber je suami kata tu first love dia masa sekolah dan ketika keluarga dia menetap dekat selatan. Putus sebab mak mertua aku tak nak menantu dari negeri lain.
Perempuan tu undur diri sebab dia tak nak hubungan tanpa restu. Jadi kalau tak sebab mak mertua aku, mesti dia masih dengan perempuan tu kan? Suami angkat bahu sambil bagi tau kesunyian tu boleh bvnvh kesetiaan seorang lelaki. Menggeletar badan aku dengar.
Aku mengadu dekat mak mertua aku dan jawapan mak mertua aku memang menghampakan. Dia suruh aku mengalah dan ikut je anak dia balik bandar. Dulu dia tak nak anak dia kahwin dengan orang luar sebab takut nak berenggang, tapi pengakhirannya sama je sebab berhijrah tu lebih baik.
Mak mertua aku sempat bagi tau perempuan tu memang baik dan sopan. Suami aku ambil masa nak lupakan perempuan tu. Aku juga dapat tau mereka memang berkawan lepas dah putus. Mak mertua aku pun masih friend dengan perempuan tu dekat fb dan tak benci perempuan tu.
Dia cuma minta suami aku jangan bercinta dan kahwin je, berkawan tak apa. Aku memang tak kenal sebab aku kawan dengan suami aku masa dia dah ikut keluarga dia pindah pantai timur. Kenal pun sebab berjiran, lepas bercinta 5 bulan terus tunang.
3 bulan lepas tu terus kahwin jadi aku tak kenal mana – mana kawan sekolah atau universiti dia. Hati aku macam tersi4t – si4t. Lagi tersi4t tengok gambar suami aku dan kena telan hakik4t perempuan tu jauh lebih baik dan cantik dari aku.
Aku tiga tahun lagi tua dari suami dan sekarang aku rasa diri aku ni macam kain buruk. Dulu bangga sangat dapat suami muka molek, kerja elok dan terima aku yang tak berapa cantik ni. Akhirnya muka molek ni lah yang membvnvh bila akhirnya aku sedar yang aku ni tak padan langsung dengan dia.
Aku terp4ksa mengalah ikut suami berpindah ke bandar untuk selamatkan rumahtangga aku. Aku harap suami aku berubah dan dah tak berhubung dengan perempuan tu. Aku cuba pert4hankan rumahtangga aku walaupun benda ni bukan kemahuan aku.
Tergamak dia guna alasan sunyi untuk berhubung dan berjumpa dengan perempuan lain. Aku kecewa, tapi aku sayang suami aku dan anak aku perlu ayahnya. – Iman (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Hazwani Mohd Dah : Sis, perkahwinan ni ialah ibadah yang paling panjang. Setiap perlakuan dalam perkahwinan ada pahalanya. Pilih untuk berjauhan dengan suami, sedangkan boleh je duduk sama – sama adalah kerugian dunia dan akhir4t.
Ramai sangat pasangan terp4ksa PJJ dan tak ada pilihan. Kena letak perkahwinan as priority, terutamanya pasangan kita. Kena luruskan niat semula, pindah bandar bukan sebab taknak suami cari perempuan lain tapi sebab nak berperanan sebagai isteri di sisi suami. Moga kita saling muhasabah. Moga Allah pandu rumahtangga kita.
Fahime Hanim : Kalau tak nak berenggang dengan mak ayah jangan kahwin at the first place. Duduk celah ketiak makpak tu sampai tua, sendiri buat masalah sendiri tanggung. Tempat isteri tu di sisi suami. Padan la muka.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.