Suami aku jenis gatal, banyak perempuan. Satu hari kantoi, suami raba bini orang dalam lift. Siap ada bukti CCTV. Suami perempuan tu block kereta kami

Mereka cadang nak kahwin dan suami nak ceraikan aku. Aku meraung – raung sampai jiran datang tenangkan aku. Aku dimasukkan ke hospital sebab bleeding tak henti. Berani perempuan tu call aku dan bagitahu dia risaukan aku dan baby.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Admin tolong hide nama dan profile aku. Ni kisah aku dari awal mula kahwin, harap dapat komen yang baik bukan mencaci dan menghina. Tahun ni genap umur aku 24 tahun, aku berkahwin seawal 15 tahun, kahwin atas dasar suka sama suka bukan kena tangkap basah atau preggy dulu.

Sekarang kami dah 9 tahun berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak, tak lama lagi nak masuk 4, aku pregnant 5 bulan dah. Aku berkahwin dengan suami, dia tua setahun dari aku. Selama setahun kahwin baru kami dikurniakan cahaya mata.

Selama tempoh awal perkahwinan suami aku ok, tak ada masalah bab orang ketiga. Tapi bila anak sulung kami dah berusia setahun dia berubah menjadi KAKI BETINA, selalu kantoi dengan aku ada perempuan lain. Dan tiap kali dia kantoi, aku berhadapan dengan perempuan – perempuan tu mesti aku yang dihina sebab dah lobos keluar anak satu, dah tak sedap sebab tu suami cari lain.

Kami sering bergaduh akhirnya aku mohon cerai tapi dia tak nak ceraikan aku dan berjanji nak berubah. Kisah ni berlaku tahun 2017. Aku pernah kena ludah dengan suami di muka dan pernah kena hentak dengan helmet semata – mata sebab dia kantoi ada perempuan lain.

Masa tu aku masih sabar lagi sebab terlalu sayang. Bila aku dah tak tahan aku mohon cerai, masa tu baru dia berubah tapi tak berubah sangat, still curang belakang aku. Tapi aku tutupkan mata, sabarkan hati demi anak. Bila anak aku dah genap 2 tahun pada tahun 2018, suami dapat panggilan masuk tentera, kena pergi rekrut 6 bulan.

Aku redha dia pergi demi masa depan. Sepanjang 6 bulan aku tunggu dia dengan penuh rasa cinta dan rindu, setia aku pada dia seorang. Pada masa tu juga aku besarkan anak sendiri. Aku duduk bersama mak mertua, makan minum aku mak mertua tanggung dan aku tolong mak mertua di kedai.

Dapat gaji aku beli keperluan aku sendiri. Penantian aku selama 6 bulan berakhir tahun 2019. Suami aku dapat bertugas di JB, masa tu tak dapat bersama lagi sebab kena kursus 3 bulan kat sana. Tapi weekend kami dapat jumpa, mak mertua aku tiap weekend selalu bawa aku jumpa dia lepas rindu. Masa tu aku jumpa dia di luar, aku tengok fon dia.

Tak sangka selama 6 bulan dia rekrut, dia bercinta dengan pranita dalam tu. Dah habis rekrut pun mereka masih berhubung. Bila dapat tahu retak hati aku. Tapi aku tak gaduh dengan dia, aku cuma bagitahu dia terima kasih sebab curang lagi dan aku minta dia lepaskan aku.

Macam biasa, tiap kali aku minta lepas baru dia akan takut dan nak berubah. Tak lama lepas tu dia dah habis kursus, terus dia dapat rumah di JB. Masa tu juga dia ambil aku dan anak. Akhirnya dapat juga aku tinggal dengan dia. Tak lama sudah tu aku pregnant anak kedua.

Sepanjang hamil macam – macam dugaan datang. Suami aku makin menjadi – jadi, waktu aku sarat dia curang dengan betina lain masa dia bertugas di luar. Perempuan tu seorang jururawat di Muar. Mereka cadang nak kahwin dan suami nak ceraikan aku.

Aku dapat tahu pun sebab kawan sekerja suami aku bagitahu sebab dia kesian dekat aku. Tak sangka masa tu hanya Allah je tahu perasaan aku. Memang hancur hati aku, aku meraung – raung sampai jiran datang tenangkan aku. Sampai aku dimasukkan ke hospital sebab bleeding tak henti. Masa tu baru suami dapat balik. Masa tu juga di wad aku marah dia.

Dan berani perempuan tu call aku dan bagitahu dia risaukan aku dan baby. Hinggakan dia janji nak tinggalkan suami aku. Aku memang tak terima masa tu, tergamak mereka dua buat aku macam tu dalam keadaan sarat mengandung anak kedua.

Sepanjang hamil aku stress dan doktor sahkan aku kena bersalin awal sebab bleeding tak henti. Lepas aku dapat cucuk pramatang, aku dipaksa bersalin awal sebab keadaan aku kritikal dan aku disahkan injab jantung berlubang. Risiko aku bersalin 50/50, aku tawakal je masa tu.

Bila suami dapat tahu dia terus berubah dan tinggalkan perempuan tu walaupun perempuan tu ugut macam – macam. Sepanjang aku di wad dan nak bersalin suami berubah dan jaga aku elok – elok. Tapi semua tu hanya sementara. Lepas aku bersalin dan dalam pantang ada lagi malapetaka datang.

Suami aku mengambil kesempatan nak meraba seorang perempuan di flat rumah kami duduk, CCTV di lif bukti dia dan wanita tu buat report polis. Patutlah masa aku keluar untuk cucuk sebulan baby ada kereta blok kereta kami. Rupanya suami wanita tu nak pukul suami aku. Memang tak sangka aku, malu tak tahu nak letak muka kat mana.

Tergamak dia buat macam ni. Sampai kami kena pindah di tempat lain. Kami mulakan hidup baru dekat tempat lain dan aku harap dia berubah. Lepas kejadian tu aku tengok dia macam dah berubah tapi sekejap je tu. Dia curang lagi belakang aku, banyak kali dan aku sendiri dah tak mampu nak menangis.

Anak kedua aku dah 6 bulan, aku disahkan pregnant lagi anak ketiga. Masa tu dia dengan perangai dia dan selalu dia pukul aku. Sampai satu tahap dia tumbuk mata aku sampai berdarah anak mata aku. Ya Allah, ujian Allah untuk aku hebat sangat. Orang ketiga tetap tak pupus dalam hidup kami.

Hingga suami kena pindah di kem lain, tapi tetap di JB juga, kem baru. Di situ kami cuba mulakan hidup baru dan aku tengah tunggu hari nak bersalin anak ketiga. Masa di kem baru dia tak buat perangai sangat. Hingga aku dah bersalin, dalam pantang dia curang lagi. Sampai sekarang dah 9 tahun kahwin.

Dan aku sarat mengandung anak no 4, sebenarnya kandungan ke 5 tapi aku gugur sebab suami aku terajang aku sebab dia kantoi ada perempuan lain. Aku redha dengan apa yang jadi, ini mungkin ujian Allah untuk aku. Sampai sekarang aku ada terbaca WhatsApp dia dengan perempuan lain untuk check in hotel, WhatsApp perbualan lucah dan jijik aku nak baca.

Aku dah tak mampu nak bergaduh dan menangis, aku tawakal. Dah 9 tahun aku bertahan. Aku bertahan demi anak kami. Walaupun macam – macam dugaan aku lalui, dipukul, ditumbuk, dihina. Allah sahaja yang tahu derita aku. Anak – anak makin membesar.

Aku besarkan anak bila suami pergi operasi. Aku ibu, aku ayah di rumah. Aku harap Allah kuatkan hati aku untuk terus kuat menghadapi perjalanan hidup aku. Doakan aku suatu hari nanti temui kebahagiaan aku hingga ke jannah. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :