Suami aku songsang siap ada HlV tapi mak suruh aku bersabar sebab takut malu aku bercerai. Mak suruh aku berlakon bahagia depan orang kampung

Selepas bercerai mak telefon aku lebih kerap. Baru keluar dari mahkamah, mak terus tanya ada calon lain atau tidak dan suruh aku cepat kahwin. Mak akan telefon 10 kali sehari, kalau tak dia akan call orang sekeliling aku…

#Foto sekadar hiasan. Hi, aku Rose. Tahun ini umur dah 36 tahun. Dipendekkan cerita, aku ada depr3ssion dan anxiety. Puncanya datang daripada keluarga, terutamanya mak aku sendiri. Ya, mak aku yang t0ksik. Maaf aku guna perkataan itu, tapi aku pasti akan ada yang berkata, itukan seorang ibu.

Sejak kecil, mak selalu banggakan kakak – kakak sebab mereka pandai bercakap dan orang puji cantik. Jadi apa – apa pun, aku selalu ditolak ke tepi atau dilayan acuh tak acuh. Kerja rumah pula banyak diserahkan kepada aku. Tapi bagi mak, itu semua dianggap sebagai tanda kasih sayang.

Mak seorang yang suka mengawal orang lain, terutamanya orang yang dia rasakan lebih rendah daripada dia. Maksudnya anak – anak, anak buah dan sebagainya. Dari kecil lagi, soal pakaian pun semua dia tentukan. Nak pesan makanan di restoran pun dia yang tentukan.

Apa – apa yang tak ikut cakap dia atau tak memenuhi kehendak dia akan buat dia marah dan berd3ndam. Dia akan marah – marah, panggil anak derh4ka, dan mendoakan perkara yang tak baik. Bila anak – anak ada masalah pula, dia akan cakap itu balasan anak derh4ka. Bukan pujuk atau tenangkan, langsung tak.

Hubungan adik beradik kami pula penuh dengan persaingan. Tak boleh ada sesiapa yang lebih daripada orang lain. Tapi aku lain sikit. Aku tak peduli siapa bina rumah, siapa beli kereta, siapa gaji besar. Aku jaga hidup aku sendiri. Ramai orang nasihatkan aku supaya jarakkan diri daripada keluarga macam ini. Jadi aku buat.

Aku tinggal di asrama, kemudian sambung belajar di universiti dan duduk jauh sikit. Lepas itu bekerja pula di negeri lain. Tapi sepanjang itu, mak tetap telefon aku setiap hari. Hari – hari ada masalah. PanggiIan hampir sepuluh kali sehari. Ada saja benda nak cakap, nak tanya.

Bila jawapan aku tak selari dengan pendapat dia, dia akan kawal dan bagi solusi. Solusi itu wajib ikut. Kalau tak, dia akan telefon lagi dan lagi. Kalau aku tak angkat panggiIan, dia akan telefon orang sekeliling aku supaya mereka tertekan. Lepas itu orang sekeliling akan telefon aku, marah aku, tegur aku, malah buat hantaran di Facebook atau status WhatsApp.

Orang sekeliling itu pula adik beradik atau kawan rapat aku. Walaupun aku atau kawan aku sedang ada kelas atau mesyuarat, dia tak peduli. Orang lain mungkin fikir dua kali telefon tak berjawab bermaksud sedang bekerja. Tapi mak aku tak. Dia akan telefon berulang kali sampai aku angkat, atas alasan risaukan anak dan kononnya itu tanda kasih sayang.

Apa sebenarnya yang mak telefon sampai sepuluh kali itu? Tanya aku buat apa, pakai baju apa, kenapa pakai baju buruk. Padahal selera pakaian aku tak teruk pun. Cuma mak ada standard sendiri. Standard pakaian zaman dia, baju kembang – kembang, labuci, sulaman tebal.

Walaupun aku pergi bengkel atau kursus, dia tetap nak tahu aku pakai apa. Dan dia akan marah kenapa tak pakai baju kembang, sedangkan tema pakaian pejabat ialah kemas dan santai. Mak juga akan marah kalau aku tak makan makanan tambahan yang dia beri.

Makanan tambahan yang entah apa – apa, tak ada kelulusan KKM, sebab katanya aku hitam, berjerawat, tak lawa dan tak ada orang nak kahwin dengan aku. Cara dia mengingatkan aku tentang perkara itu buat aku rasa cemas, rendah diri dan tertekan. Tapi bagi dia, itu semua tanda kasih sayang.

Dipendekkan cerita, aku pernah berkahwin dan sekarang sudah bercerai. Masalahnya, bekas suami aku seorang lelaki homos3ksuaI. Aku beritahu dia yang aku nak failkan cerai. Aku juga beritahu mak aku tentang keadaan bekas suami, termasuk peny4kit yang dia hidapi.

Tapi mak aku tak benarkan aku bercerai. Dia suruh aku banyak berdoa supaya suami berubah. Dia cakap aku memaIukan dia. Bercerai itu memaIukan. Setiap hari mak telefon aku. Lima kali, sepuluh kali. Sekadar nak tanya aku masak apa untuk suami, suami dah balik ke, suami tengah buat apa.

Dia juga kerap suruh aku balik kampung, pergi kenduri, tunjuk kepada orang kampung yang aku bahagia, sedangkan hakik4tnya aku sedang mend3rita. Tekanan itu buat aku sampai ke tahap maksimum. Akhirnya aku sekat nombor mak. Lepas itu mak mula telefon bekas suami aku berkali – kali.

Dia cerita macam – macam, termasuk aku tak nak jawab panggiIan. Lepas itu dia cerita pula kepada adik beradik aku. Semua adik beradik aku tinggal di kampung atau bandar yang sama sebab mak suruh. Mereka pula cakap bekas suami tak suka aku sebab aku selekeh dan tak pandai pik4t suami. Perkara itu buat aku sangat sedih.

Aku beri kata putus kepada bekas suami, sama ada dia nak berubah atau memilih aku. Tapi dia tak beri jawapan yang meyakinkan. Jadi aku failkan cerai walaupun aku sangat sayangkan dia. Hubungan kami sebenarnya tak ada perg4duhan besar.

Tapi mak aku terus telefon aku dan pesan supaya layan suami dengan baik. Itu sangat meIukakan hati aku sebab sepatutnya mak yang mempertahankan aku. Tentang bekas suami, aku sudah boleh terima. Apa yang buat aku lebih tertekan, selepas bercerai mak telefon aku lebih kerap.

Baru keluar dari mahkamah, mak terus tanya ada calon lain atau tidak dan suruh aku cepat kahwin. Dia telefon berkali – kali hanya untuk marah sebab aku tak terus pindah selepas cerai. Sedangkan aku perIukan masa untuk cari bilik sewa. Selagi aku tak jumpa, dia akan membebel tanpa henti.

Bila bilik sewa dah dapat pun, dia masih nak tahu berapa sewa, tinggal dengan siapa dan segala – galanya mesti ikut kehendak dia. Sejak tamat pengajian lagi, mak tak pernah puas hati sebab aku tak dapat kerja yang baik. Aku masih kerja kontrak dengan gaji yang kecil.

Aku perIukan ruang dan masa untuk diri aku sendiri. Aku baru lepas cerai dan aku tertekan dengan kerja. Semua orang hadap susah cari kerja, tapi tekanan aku bertambah bila mak sentiasa menambah tekanan. Mak akan telefon untuk ingatkan aku betapa gelapnya kulit aku dan suruh aku makan makanan tambahan untuk jadi putih.

Padahal aku tak hitam, cuma aku tak seputih orang Cina. Dia juga akan tanya kenapa aku tak mohon kerja di sana sini, kenapa anak orang lain boleh dapat kerja. Bila aku ada dekat depan mata, mak akan lebih mengawal aku. Tekanan ini aku tanggung sejak kecil sampai aku pernah terfikir nak m4ti dan nak bvnvh diri.

Jangan salah faham, aku tak nak m4ti. Tapi bila tekanan itu datang dan mak terus menekan, aku rasa seolah – olah nak hilang dari dunia ini. Aku terfikir nak kemaIangan atau apa – apa saja.  Aku ada kawan, tapi tinggal seorang dua. Kawan sekolah dan kawan universiti semua jadi jauh sebab mereka tak selesa dengan mak aku dan mungkin bosan dengar masalah aku.

Adik beradik pula sentiasa bersaing. Bila aku ditimpa musibah atau masalah, mereka akan cakap lebih baik tak masuk universiti, belajar tinggi – tinggi tapi hutang banyak. Baik kerja kilang saja macam mereka. Apa saja yang berlaku, mereka akan kata aku tak beradab dan derh4ka kepada mak.

Sedangkan mereka juga ada sejarah sendiri dan banyak kesalahan yang aku tak pernah ungkit. Masalah aku bukan sebab aku buat salah besar, tapi sebab nasib aku kurang baik, tak ada kerja tetap dan bercerai. Bertambah pula dengan kereta rosak dan masalah lain.

Semua itu aku terima dan aku hadap. Tapi yang paling menyedihkan ialah keluarga t0ksik. Mereka akan menyalahkan aku sepenuhnya untuk setiap perkara yang berlaku. Tolong jangan suruh aku sekat mereka atau pindah jauh – jauh. Aku dah buat semua itu. Sekarang aku buntu. Aku tak tahu ke mana lagi aku boleh pergi. Aku rasa aku tak ada tempat untuk dituju.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :