Suami aku terasa bila gaji aku lagi byk cecah 5 angka, aku terus buat keputvsan berhenti kerja

Gaji aku dah cecah 5 angka tapi gaji suami masih macam tu, kadang – kadang ada duit, kadang – kadang tak ada duit. Aku pun kadang – kadang cemburu tengok kawan – kawan dapat hadiah dari suami masing – masing. Aku tak pernah miss kongsi duit bonus dengan suami. Tapi benda tu buat dia terasa, dan aku nekad buat keputvsan untuk berhenti kerja.

#Foto sekadar hiasan. Ini kisah aku. Aku Bunga, sudah berkahwin. Aku namakan suamiku Her0. Kami dah kahwin lebih dari 10 tahun. Kami datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. Keluarga Her0 sangat moden, tinggal di bandar besar dan kurang tekankan soal agama.

Manakala keluarga aku pula sebaliknya. Cukup serba sikit pengenalan sebab bukan tu yang aku nak kongsikan untuk korang. Aku dapat kerja lepas dah kahwin dan tinggal bersama keluarga Her0. Her0 masa tu dah ada perniagaan kecil – kecilan.

Rezeki aku, aku cepat naik pangkat dan naik gaji. Aku beli kereta pertama aku. Takde lagi pegi kerja Her0 hantar atau bapak mertua aku hantar. Oh, duduk dengan keluarga Her0 ni bukan takde masalah, cuma aku malas fikir.

Hinggalah sampai satu masa tu terjadi perg4duhan besar kami. Puncanya Her0 bagi adik dia pinjam kereta baru aku. Masa tu terkeluar semua yang terbuku dalam hati aku. Masa tu tahun kedua kami kahwin. Aku ungkit Her0 tak bagi aku duit nafkah.

Nak belikan aku kereta pun tak mampu, tapi berani pinjamkan kereta aku kat adik dia. Pakai harta mak bapak. Bisnes dia dah bertahun macam tu jugak tak ade kemajuan. Macam – macam lagi aku cakap sampai Her0 keluar tinggalkan aku terkuIat – kuIat dalam bilik.

Aku menangis. Aku ingat mungkin lepas tu aku jadi janda. Mungkin Her0 akan benci aku sebab mulut jahat aku. Am4zingly, esoknya seperti hari baru buat kami. Aku mintak maaf dengan Her0 sebab aku tahu aku tak patut cakap camtu.

Her0 pun mintak maaf kat aku sebab tak mampu nak bagi duit kat aku. Kami nangis bersama – sama. Her0 usahakan cari rumah sewa untuk kami berdikari. Aku nampak usaha dia cari duit nak bahagiakan aku.

Masa berlalu. Gaji aku dah cecah 5 angka. Manakala Her0 masih macam tu. Kadang – kadang ada duit, kadang – kadang takde duit. Bukan dia malas kerja, malah dia kerja lagi kuat dari aku. Ada masa dia down sangat.

Dia cakap, dia dah usaha macam – macam, tapi kenapa tak senang macam orang lain. Nak beli barang untuk diri sendiri pun berkira – kira sebab selalunya duit habis untuk perbelanjaan rumah. Tu pun kadang – kadang aku topupkan.

Dia jadi tak gembira. Dia takut susahkan aku. Berkali – kali dia mintak maaf sebab dia tak banyak duit macam suami orang lain. Aku pun kadang – kadang cemburu tengok kawan – kawan dapat hadiah macam – macam dari suami masing – masing.

Satu hari, aku terdengar satu ceramah pasal rezeki. Salah satu yang aku ingat ialah kadang – kadang Allah turunkan rezeki suami melalui isteri. Isteri pegi kerja atas redha suami, maka rezekinya murah mencurah – curah.

Aku ingat balik. Her0 tak pernah bising kalau aku sibuk kerja. Kadang – kadang dia temankan aku buat kerja. Kadang – kadang dia siap basuhkan baju, kemas rumah bila aku letih. Tak pernah dia mintak aku masak yang bukan – bukan.

Her0 tak cerewet. Saat tu seperti tertampar pipi aku. Aku dan duit aku, aku rasa tu duit aku hasil penat leIah aku. Padahal, itulah rezeki kami bersama. Sejak tu, aku tak pernah miss kongsi duit bonus aku dengan Her0.

Aku dah tak harapkan apa – apa lagi. Aku tengok orang share apa – apa kat media sociaI pun aku cuma rasa happy untuk diorang. Takde dah rasa sedih ke apa. Kalau aku nak, aku boleh beli sendiri.

Tapi bila dah selalu bagi duit kat Her0, dia pulak yang terasa. Lalu aku buat 1 keputvsan besar dalam hidup aku untuk berhenti kerja dan jadi suri hati Her0 sepenuh masa. Her0 terasa sangat Her0 bila dia dah berjaya tanggung aku.. Haha..

Ya, banyak keinginan aku yang terp4ksa aku k0rbankan. Aku belajar hidup semampunya kami. Ada masa makan nasik dengan telur je. Tapi aku ok. Aku dah sedar yang hidup ni bukan la satu perIumbaan dengan orang lain.

Yang aku doakan ialah Her0 sihat, jadi suami yang soleh, ditambah – tambah rezekinya, sayang aku sampai m4ti. Ulang – ulang aku doakan Her0. Hasilnya, hidup kami sem4kin tenang. Kadang – kadang Her0 surpr1se kan aku dengan bunga.

Kadang – kadang datang angin dia, bagi aku nota cinta. Haha.. Alhamdulillah.. Aku bahagia sampai saat ini. .semoga sampai bila – bila. Kami tak kaya, tak banyak harta benda, tapi Allah rezekikan kami dengan rasa tenang.

Banyak yang kami tak ada tapi orang lain ada. Contohnya anak. Tapi biarlah kami bahagia dengan cara kami. Doakan kami dan kami doakan kamu semua. At the end of the day, it’s not always about money.

Be happy, sebab hidup ni tak lama. Boleh jadi hari ni kita jumpa, esok dah tak ada. Semoga kisah aku yang sedikit ni boleh bagi semangat kat orang lain. Jangan cepat judge orang. Jom doakan yang baik – baik. Sekian. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Emirul Nor II : Aku senyum baca confesion kau bunga. Dulu aku mcm kau, mengungkit juga sebab bisnes maju dan banyak tanggung semua. Cerita bab kereta pun sama. Lepas dah lama kahwin, alhamdulilah mungkin berkat kerjasama suami balik keje temankan aku pergi COD.

Gaji suami pun meningkat, bisnes aku pun stabil, rumahtangga m4kin okay. Yela, suami redha aku berniaga, dari siang sampai ke malam. Sama macam suami kau redha kau sibuk kerja. Alhamdulilah. Sekarang, gaji suami pun dah m4kin meriah.

Bila aku tak cukup duit bisnes, suami c0ver. Kalau dia tak cukup duit gaji, aku pulak tolong c0ver. Tapi kami tak mengeluh bab duit la. Walaupun ada masa makan nasi lauk telur jugak

Hamidah Md Said : Tak pahamnya makcik. Yang kamu berhenti kerja tu dah kenapa. Dari kaya berduit jadi miskin hidup susah. Dengan gaji 5 angka boleh membahagiakan bukan saja diri sendiri tapi keluarga di kampung mak ayah terutamanya. Musn4h impian mak ayah nak tumpang senang dengan rezeki ko nak. Kenapalah singkat sangat fikiran kamu.

Ariffatri Mohammad : Semua jawapannya ialah dengan kembali kepada ajaran agama Islam kita, walau isteri gaji tinggi, tetap suami kena tanggung juga, namun pekerjaan paling berkat seorang isteri ialah sebagai suri rumah dan berkatnya gaji suami ialah bila dia habiskan untuk isteri dan anak – anaknya dengan adil.

Lepas tu bapa dan ibu dengan adil, mengikut aliran nafkah, kalau boleh 100% nafkah dan belanja rumahtangga suami yang sempurnakan, itu ketetapan agama, nak berkat dengan mudah, ikutlah, tapi nak ambik risik0 guna cara toleransi.

Sendiri pandai – pandailah nak hidup, kerana Islam ajar agar suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada nafkah rumahtangga, bukan Isteri, apapun dengan semua perubahan positif dan baik dalam keluarga kamu.

Abang doakan kamu dan suami serta bakal anak – anak terus diberkati dan diredhai serta kekal bahagia dan dipelihara Allah S.W.T. tanpa gangguan, aamiiin Ya Allah S.W.T.

Muhammad Nazim : “At the end of the day, it’s not always about money. Be happy, sebab hidup ni tak lama. Boleh jadi hari ni kita jumpa, esok dah tak ada. Semoga kisah aku yang sedikit ni boleh bagi semangat kat orang lain.

Jangan cepat menghukvm orang. Jom doakan yang baik – baik. Sekian.” Confessor ni orang yang hebat, sanggup berk0rban diri demi kebahagiaan keluarga. Dan aku percaya suami dia pun orang yang baik. Aku doakan mereka dimurahkan rezeki dan kebahagiaan untuk mereka sekeluarga dunia akhir4t.

Ida Aida Clay Crafter : Untuk mengukur sumbangan sebenar suami isteri dalam menanggung rumah tangga, tengoklah berapa % sumbangan daripada gaji masing – masing, bukan berapa banyak nilai yang disumbangkan.

Mungkin dari segi nilai, sumbangan suami lebih kecil tapi dia menggunakan 90% daripada gajinya untuk keluarga, berbanding isteri yang lebih banyak tetapi sebenarnya hanya menggunakan 40% daripada gajinya. Bila ukur sumbangan cara begitu, barula isteri yang bergaji besar lebih nampak peng0rbanan dan jasa suami pada keluarga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.