Suami aku ustaz, depan orang ramai pun suami akan marah, tinggi suara dekat aku. Ibu menangis tengok layanan buruk suami dekat aku.

Suami selalu cakap takde duit, tapi dia boleh pergi berbasikal, ikut fun run. Dia suruh aku buat kerja sambilan berniaga kuih. Sedangkan aku dah bekerja sepenuh masa, ada anak 8 bulan. Bila aku suruh dia jadi rider, tak nak pulak. Macam – macam alasan..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, mohon hide profile aku. Aku ingin minta pendapat w4rga Facebook berkenaan kisah rumah tangga aku. Kisahnya begini. Aku dan suami bekerja dalam sektor kerajaan. Gaji kami masing – masing sekitar RM3,000 sebulan.

Gaji suami digunakan untuk bayaran kereta RM1,000, yuran tadika anak RM140, barang dapur dan kutu RM400. Manakala gaji aku pula digunakan untuk membayar bil elektrik, air dan Unifi berjumlah kira – kira RM500, sewa rumah RM850 dan Coway RM90.

Sejak awal perkahwinan, hampir semua keperluan keluarga aku yang tanggung. Dari baju raya, baju jalan, pakaian harian, malah pakaian dalam suami juga aku yang belikan. Pakaian anak – anak apatah lagi, semuanya daripada duit aku. Bila aku minta suami beli, alasannya selalu sama, katanya dia tak ada duit.

Namun pada masa yang sama, suami boleh menyertai fun run, pergi trip bersama kawan – kawan, sertai program berbasikal dan membeli beberapa helai baju jersi. Sejak berkahwin hingga sekarang, boleh dibilang dengan jari berapa kali sahaja suami membawa aku dan anak – anak makan di luar menggunakan duitnya sendiri.

Setiap kali makan luar, akulah yang membayar. Begitu juga jika bercuti, dari tempahan hotel, makan dan berjalan – jalan, semuanya menggunakan duit aku. Bila aku minta suami bayar, dia akan kata tak ada duit. Malah sebelum hujung bulan, dia akan minta duit daripada aku untuk makan harian dan juga duit minyak kereta.

Alasannya tetap sama, duit sudah habis. Sejak kebelakangan ni, suami langsung tak membeli barang dapur. Beras, sayur dan lauk semuanya aku yang beli. Walaupun tahu kewangan sempit, suami membawa anak buat cermin mata berharga lebih RM700 dan menyuruh aku juga yang membayarnya.

Hakikatnya, suami aku tak berharta dan sering mengadu tak ada duit, tetapi gaya hidupnya seolah – olah orang berduit. Keperluan rumah, pakaian anak isteri dan percutian semuanya daripada duit aku. Dia tak mengeluarkan sesen pun.

Bila keadaan mendesak, suami menyuruh aku buat kerja sambilan berniaga kuih. Sedangkan aku sudah bekerja sepenuh masa dan mempunyai bayi berusia 8 bulan. Bila aku cadangkan dia buat kerja sambilan seperti rider, dia tak mahu dan tetap menyuruh aku yang buat.

Urusan rumah tangga juga kebanyakannya aku yang lakukan. Apa yang dia buat hanyalah mandi dan siapkan anak, menyapu atau menyidai baju jika rajin. Jika tak, langsung tak dibuat. Setiap petang dan hari cuti, dia membawa anak keluar bermain berjam jam, kemudian balik rumah hanya untuk makan dan tidur. Bangun tidur, makan, kemudian keluar lagi.

Suami jarang berada di rumah. Malah jiran – jiran juga perasan perkara ni. Aku sebenarnya sudah terlalu penat dan tertekan. Pernah sampai ke tahap aku menangis, meng4muk dan membaling barang kerana tak tahan. Sejak awal perkahwinan hingga 10 tahun sekarang, sikap suami masih tak berubah.

Suami juga sering meninggikan suara dan memarahi aku di hadapan orang luar serta ahli keluarga tanpa rasa segan. Pernah satu ketika, ibu aku menangis melihat layanan suami terhadap aku. Yang membuatkan aku lebih keliru, suami seorang ustaz.

Namun dalam berbincang, dia tak mahu mendengar pendapat orang lain dan merasakan hanya dia yang betul. Tetapi dengan kawan – kawannya, tutur katanya sangat lembut dan sopan. Suami juga tak menyukai keluarga aku. Selalu bercakap buruk tentang ibu bapa dan adik beradik aku.

Bila keluarga aku datang melawat, wajahnya masam, tak senyum dan seolah – olah tak mengalu – aIukan kedatangan mereka. Aku berasa sangat malu dengan sikapnya. Walaupun begitu, keluarga aku tahu aku bertahan dan bersabar.

Dalam masa yang sama, suami sering memarahi aku dan menyuruh aku mengemas rumah ibu bapanya setiap hujung minggu. Rumah mertua hanya 5 minit dari rumah kami. Aku penat kerana sudah mengemas rumah sendiri dan hujung minggu sepatutnya waktu berehat.

Namun peliknya, bila di rumah keluarganya, suami sangat rajin membantu, tetapi bila di rumah sendiri, hampir tak ada apa yang dibuat. Satu lagi perkara, bila kami keluar berjalan, membeli belah atau bercuti, suami sering membiarkan aku dan anak – anak berjalan sendiri.

Contohnya di pusat membeli belah, dia akan duduk berehat dan menyuruh aku uruskan anak – anak dan membeli barang sendiri. Sudah tentu aku juga yang membayar. Bayangkan aku perlu menguruskan empat orang anak, mendukung bayi, memegang beg dan barang seorang diri.

Perkara sama berlaku ketika menginap di hotel. Suami membawa anak mandi kolam, tetapi bila giliran aku menjaga anak, dia akan menghilangkan diri untuk merayau. Aku terp4ksa menguruskan keempat empat anak seorang diri sehingga selesai, sedangkan suami muncul hanya selepas semuanya selesai, naik ke bilik dengan tenang.

Banyak lagi perkara aku nak ceritakan, tapi bimbang terlalu panjang. Aku ingin minta pandangan semua. Apa yang patut aku lakukan? Aku cuba bersabar, tapi rasa dah tak mampu. Aku cuba bertahan, tetapi dah tak kuat. Aku penat, menangis berhari – hari, namun suami hanya tahu memarahi dan menghamun.

Aku pernah terfikir untuk meminta cerai, tetapi kasihan pada anak – anak. Dalam masa yang sama, mental aku sangat penat dan tertekan. Aku takut jika tekanan ni membuatkan aku melakukan sesuatu yang tak sepatutnya terhadap anak – anak. Terima kasih admin dan semua yang sudi membaca serta memberi pendapat.

Ulasan Pembaca :

Hasniza Hasan : Kalau dia yang ajak berjalan, shopping, hotel, cakap boleh dengan syarat dia bayar. Kalau tak, tak perlu pergi. Bezakan arahan dia yang mengikut syariat atau tak. Bila semua puan yang tanggung, dah meIanggar kewajipan suami yang memberi nafkah. Keraskan hati. Tak derh4ka kalau tak bagi duit yang dia minta. Masih belum terlambat untuk betulkan. Jangan sampai bercerai. Duit simpan dalam akaun yang dia tak tahu, tak ada online banking.

Mieyza Zulkifli : Malaslah bagi pendapat. Sebab dah lama kahwin. Anak pun dah empat. Silap silap kalau ramai lagi bagi pendapat, tambah lagi anak jadi lima. Hidup kita ni tak lama. Segala pahit dan manis yang kita lalui ada waktunya kita boleh ubah situasi tu.

Tapi berg4ntung pada kita nak ubah atau nak kekal pada situasi yang sama untuk terus merosakkan diri kita perlahan – lahan. Tekanan dan sedih sedikit sebanyak menjadi faktor peny4kit lain untuk menyer4ng diri kita walaupun kita ni orang yang sangat menjaga pemakanan tetapi mental kita tak terjaga, tu yang memakan diri kita. Sungguh menjadi dewasa tu tak mudah, banyak menelan dan banyak menyimpan. Cuma kadang – kadang kena juga fikir diri sendiri. Aku harap kau sentiasa tenang, gembira dan senang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :