
10 tahun aku sabar dengan suami tapi kali ni aku dah tak tahan bila dia bawa balik isteri orang umur 55 tahun. Masa tu aku takde dekat rumah. Aku masih ingat lagi rayuan anak tiri, jangan apa – apakan ayah dia. Sebab tu hanya perempuan tu je teruk aku kerjakan. Tapi suami buat report polis..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Sufia. Sekarang umur 34 tahun dan diceraikan 2 tahun yang lalu. Aku berkahwin pada usia 23 tahun dengan lelaki berumur 47 tahun (pada masa tu) sebagai isteri ke 2. Jurang usia 24 tahun kadang – kadang buatkan orang salah faham, yang dia adalah ayah aku. Hampir sepuluh tahun lamanya pernikahan kami.
GiIa? Mungkin. Sebagai anak tak sah taraf, aku tak pernah berharap akan berkahwin kerana pernah berkali – kali hubungan cinta aku kecundang di tengah jalan kerana status aku. Boleh bayangkan apa perasaan bila ada lelaki cakap, “aku minta maaf, hubungan kita setakat ni saja, mak ayah aku tak setuju hubungan kita.” Bukan sekali tapi berkali – kali.
Ada juga yang beria – ia pada mulanya kemudian senyap membisu apabila dapat tahu cerita aku. Hilang bak angin lalu. Jadi hati aku seakan dah kebal. Dan dengan dia, dia muncul disaat aku ketakutan. Takut mengenangkan nasib aku pada masa depan. Takut apa yang akan jadi pada aku kalau mak dan ayah (mak dan ayah angkat yang membela aku dari umur 2 hari) pergi dulu. Siapa yang akan jaga aku. Pendeknya akal masa tu. Kalaulah page ni dah ada masa tu, aku rasa pertimbangan aku akan lebih w4ras.
Dengan akal yang w4ras, TAKDE SIAPA PUN NAK ATAU PERNAH MENYIMPAN ANGAN – ANGAN UNTUK BERKAHWIN DENGAN ORANG TUA APATAH LAGI MENJADI ISTERI KE 2. TAKDE. Tapi sebagai lelaki dewasa, dah berumah tangga, ayat – ayatnya memang tak mampu aku bangkang. Semua logik.
Katanya, kahwinlah dengan dia, dia akan jaga aku. Kami akan mulakan keluarga baru dan aku akan ada d4rah daging sendiri nanti. Dia tak akan abaikan aku. Dengan status aku takde pilihan, tak akan ada orang bujang yang nakkan aku. Keluarga mereka mesti nakkan menantu dari keturunan baik – baik. Tu kata dia. Logik akal aku masa tu, “betul kata dia.”
Berkahwinlah kami di Thailand dengan mas kahwin RM80 yang sampai sekarang tak diberi. Mak ayah angkat aku tahu tentang hal ni dan aku tahu mak sedih. Tapi kata mak, buatlah apa yang aku rasa betul. Apa saja yang buatkan aku bahagia, dia pun akan bahagia.
Perkahwinan kami umpama hanya perkahwinan atas kertas. Selepas berkahwin, baru aku tahu belangnya. Perempuan keliling pinggang. Nafkah entah ke mana. Dan kami tak pernah tinggal bersama. Hampir setiap hari aku dih1na dan dicaci dengan panggiIan anak h4ram. Sundal. Perempuan h1na dan macam – macam lagi.
Pantang tanya sikit, terus dihamun. Walau dia tak balik, tapi gigih dia call atau mesej aku semata – mata untuk memaki hamun aku. Isteri pertama, aku tahu dia marahkan aku. Tapi aku sedar di mana kedudukan aku dan aku tak pernah mencari pasal dengannya. Dia pun tak pernah mengapa – apakan aku. Mungkin dia pun sudah lali dengan per4ngai suaminya.
Dengan keadaan perkahwinan yang sebegitu, Alhamdulillah, aku tak dikurniakan zuriat. Masuk tahun ke 10, kesabaran aku sudah berakhir. Kisah curang suami aku dengan perempuan simpanannya yang juga isteri orang buatkan aku dah tak mampu bertahan.
Aku meng4muk. Bukan kerana cemburu. Sayang juga jauh sekali. Tapi mungkin lebih kerana d3ndam. 10 tahun hidup aku disiakan. Dibawa balik teman wanitanya ke rumah aku sewaktu aku tiada. Emosi mengatasi akal, aku beIasah teman wanita dia sekuat hati. Sehingga dia dimasukkan ke hospital.
Mungkin ada yang mempertikai, buat apa beIasah si perempuan. Betul, tindakan aku tak patut. Tapi masa tu, aku teringat pesanan anak tiri aku yang rapat dengan aku. Dia pernah pesan pada aku, katanya, “walaupun abah macam tu, tapi Manja sayang abah. Manja rayu kat makcik, walau apa pun terjadi, tolong jangan apa – apakan abah.” Kasihnya seorang anak. Tapi balasan dia? Kami berdua dimasukkan ke lokap.
Suami aku sendiri yang melaporkan pada polis yang aku memukuI teman wanitanya. Anak tiri aku pula dituduh mengugvt. Hebatnya cinta agung mereka. 10 tahun. Segalanya berakhir. Dibuangnya aku sebegitu saja. Sehelai sepinggang tanpa sesen pun nafkah.
Selama aku sendirian, bekas madu aku yang banyak membantu. Tak cukup makan, dihantarkan makan. Tak cukup duit, dihulurkan belanja. Mungkin dia kesiankan aku atas apa yang berlaku. Setelah 2 tahun berlalu, aku nak minta pendapat tuan tuan dan puan puan di sini. Aku nak tahu caranya.
Perceraian kami sudah disahkan mahkamah. Tapi bagaimana aku nak menuntut nafkah edah dan mutaah yang tertunggak ni? 1 sen tak pernah dihulur. Sebelum ni aku mengharapkan dia akan selesaikan di luar mahkamah. Tapi nampaknya dia mengambil kesempatan atas sikap tolak ansur aku.
Betul duit bukan segala – galanya. Tapi segala – galanya perlukan duit. Sekurang – kurangnya kalau dapat sedikit duit, aku boleh mulakan perniagaan dan bina hidup baru. P/S: Sudah 2 tahun juga bekas suami aku tak tinggal dengan isteri pertamanya. Dia tinggal dengan teman wanitanya. Suami teman wanitanya pula tinggal di Penang. Teman wanitanya kini berusia 55 tahun.
Komen netizen :
Rizal Jalil : Assalamualaikum. Sabar ye puan. Cerita puan buat aku tersentuh. Puan belajarlah daripada apa yang dah berlaku ye. Ingat, di saat kita sedih akan ada orang yang pandai mengambil peluang atas apa yang berlaku, macam ketika perkahwinan awak dulu.
Tak apa lah, benda dah jadi. Jadikan sebagai pengajaran yang amat berguna untuk diri awak ye. Aku doakan awak kuat dan sentiasa berhati – hati. Sekarang pun awak tengah sedih dan kecewakan. Berhati – hatilah, ramai yang memerhati tanpa memperlihatkan isi hatinya.
Nor Khusana : Cari kerja puan. Umur 34 tahun masih muda. Kerja dekat kedai kek, kedai buku, kedai makan, asalkan ada pendapatan. Simpan sikit duit gaji untuk jadikan modal berniaga. Usah harap duit orang. Waktu masih jadi tanggungjawabnya pun dia abaikan, apatah lagi dah bercerai.
Lagi kita minta, lagi dia besar kepala seolah – olah takde dia kita takde rezeki. Kaki maksi4t macam dia takkan beroleh ketenangan hidup. Dia menuduh puan sundaI, sedangkan dia sendiri sedang bersundaIan dengan isteri orang. Berlapis – lapis sundaInya. Mereka takkan bahagia puan. Ada balasannya. D0sa pada Allah, d0sa pada suami perempuan tu dan d0sa pada keluarga sahnya. Tunggu saja.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.