Suami beli motor buruk untuk saya, sekali saya terbaca mesej owner motor yang buat saya marah

Suami beli motor tu mahal, harga RM1500 tapi keadaan motor tu buruk. Coverset pecah, lampu belakang tak ada, tayar botak, kunci motor pulak bukan pakai kunci dia tapi kunci dari mangga. Saya jadi geram bila baca mesej dari owner motor, masa ini suami belum baca lagi whatsapp tu. H1na betul..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, mohon rahsiakan profile saya. Saya cuma nak meluahkan serba sedikit kisah hidup saya dan inginkan pendapat dari pembaca di sini. Harap bukan kecaman yang saya terima.

Saya telah pun berkahwin untuk kali kedua dan kali ni alhamdullilah saya disahkan mengandung buat pertama kalinya dan usia kandungan saya sekarang dah mencecah 9 bulan. Bersama suami kedua, suami saya berusia 18 tahun manakala saya berumur 20 tahun.

Perkahwinan pertama saya pada tahun 2016 gagal angkara orang ketiga dan usia saya semasa perkahwinan pertama adalah 16 tahun manakala bekas suami berumur 17 tahun. Walaupun ketika itu memegang status sebagai isteri orang., tapi saya tetap meneruskan sekolah seperti biasa.

Dan dari segi nafkah pula, tak perlu lah saya bangkitkan sebab selama saya dengan ex suami, apa saja barang atau makanan yang saya beli mengunakan duit dia tapi bila berg4duh pasti akan dia ungkit. Apalah daya saya nak haIang apa yang terjadi, mungkin j0doh saya setakat mampu bertahan sehingga 2 tahun saja dan kami bercerai dengan taIak satu.

Takpelah itu kisah silam saya dan saya mengenal suami baru ini melalui group whatsapp yang pada mulanya dia tidak tahu saya berstatus janda. Entah m4kin lama m4kin sayang dan saya cuba untuk berterus terang tentang status saya.

Alhamdullilah status saya tidak menjejaskan hubungan kami. Ketika itu kami bercinta dengan jarak jauh, dalam sebulan 1 kali saja akan berjumpa dan selebihnya melalui telefon saja. Oleh kerana sayang, saya selalu berdoa agar saya bersuamikan si dia dan akan mempunyai anak dari benih dia.

Alhamdullilah Allah angkat doa saya. Suami saya datang dari keluarga yang susah tapi dengan usianya dia rajin dalam bekerja, menyara keluarga, menyara saya. Kadang – kadang nafkah yang patut dia beri pada saya pon kadang – kadang tak termampu nak memberi walaupon RM1 kerana keadaan ekonomi keluarga kami.

Tapi tak apa saya faham situasinya. Kadang – kadang walau macam mana pon, jika ada rezeki lebih dia akan usaha sehabis baik untuk memenuhi keperluan saya. Kalau saya mengidam makan macam macam pon saya hanya simpan sendiri sebab saya tahu kewangan dia.

Jujurnya saya tidak menyesal dengan perkahwinan ini, sebaliknya saya bersyukur walaupon dengan ekonominya tidak stabil dia tetap gigih mencari rezeki untuk anak yang bakal lahir. Baju baju baby pon beli hasil dari duit KWSP saya dan sedikit saja dari duit suami dan boleh dikira berapa helai saja baju baru dan selebihnya adalah baju preloved orang bagi.

Tapi takpe, saya bersyukur walaupon sedikit tapi adalah jugak yang baru. Kewangan suami jadi tidak stabil akibat bekerja di company yang tak mampu membayar gaji, saya kesiankan suami saya, sebulan bekerja dengan ot dari 8 pagi sampai ke 5 pagi.

Boleh dik4takan sewaktu kerja dengan company ni dia selalu ot dan kadang – kadang balik lewat malam tapi akhirnya baki gaji yang dia dapat tak setanding dia kerja sedangkan company tu adalah company kerja berat iaitu welding dan membuat barang besi.

Bercakap soal gaji, suami saya ada membeli sebiji motor dengan harga rm1500 dengan orang tapi dia tak mampu beli cash dan mintak untuk bayar ansuran. Memang setiap kali meminjam dan gajinya akan ditolak untuk harga motor tu.

Tapi yang sedihnya motor yang dia ambil ini tak seperti motor pon, coverset pecah, lampu belakang tak ada, tayar botak, kunci motor pulak bukan pakai kunci dia tapi kunci dari mangga sebab owner kata kunci original hilang.

Kadang – kadang motor akan m4ti sendiri sebab wiring dia ada masalah. Saya ada tanya dia, kenapa ambil motor macam ni rupa tapi satu je ayat yang akan keluar dari mulut dia, “abiy tak kisah , cuma abiy pikir nak hantar sayang ke kIinik checkup sebab tu abiy tak pikir panjang sebelum ambil motor tu.”

Yang saya tak berpuas hati, baru – baru ini ada chat di whatsapp dari owner motor bercakap soal hutang suami dengan dia yang masih lagi belum selesai dalam anggaran RM500 lebih juga. Suami berg4duh dengannya sebab rasa tak logik banyak tolak duit tapi masih banyak jugak hutang.

Owner tanya bila nak bayar hutang? Suami pon baIaslah, sabarlah, sebab takde duit lagi. Walaupon bayar ansur suami tetap bayar. Satu kata yang keluar dari mulut owner membuatkan saya rasa marah iaitu “kesian miskin.”

Saya jadi geram bila baca, masa ini suami belum baca lagi whatsapp dari dia. Hendak gugur air mata saya bila orang h1na suami saya. Motor tu dahla banyak rosak, baru – baru ni tukar tayar saja dah berharga RM86, pastu lepas hantar saya dari kIinik boleh pulak rantai tercabut.

Untuk pengetahuan pembaca, suami sudah bertukar tempat kerja dan tempat kerja yang baru inilah yang banyak menolong dari segi duit. Suami memang akan selalu meminjam bila dah terdesak sebab memikirkan saya dan pinjam akan ditolak dari gajinya.

Alhamdulillah dia dapat bos yang memahami situasi dia. Saya nak memohon warga fb memberi pendapat dan sokongan untuk saya, tambah lagi dengan keadaan saya yang sedang sarat, saya jadi kesian dan terasa diri ni tak mampu nak membantu dia dalam segi kewangan.

Komen Warganet :

Zainatul Asyiqin : Subhanallah.. mengadulah hanya pada yang hak puan iaitu Allah. Mengadu pada h4mba Allah banyak yang tidak baiknya. Banyakkan belajar ilmu berumahtangga. Awal perkahwinan memang semua diuji dengan rezeki. Minta dan mohon hanya pada Allah. Solat dan ngaji untuk kekuatan keluarga sis ye. Kami hanya mampu doakan sis dipermudahkan urusan selalu hendaknya.

adhiah Hajis : Alhamdulillah. Acik doakan kamu berdua dikurniakan rezeki halal yang meIimpah ruah. Adik dah tolong banyak sebenarnya.Tolong bagi semangat, tolong bersabar, tolong jadi pendengar yang setia. Itu semua tak ternilai harganya. Nanti adik tolong lagi doakan yang hebat – hebat untuk suami dan anak, insya Allah. Allah maha mendengar, lagi maha Kaya, lagi maha pemurah.

Demi Kebenaran : Saya suka baca kisah adik ini. Satu pasangan hidup yang hebat. Suami kuat bekerja menyara hidup keluarga dan bakal cahaya mata nanti. Isteri amat memahami dan tinggi toleransi. HEBAT. Walaupun kedua – duanya masih muda.

Saya doakan Allah murahkan rezeki kepada pasangan ini dan dikurniakan baby yang sihat, sempurna serta sihat. Insyallah. Soal rezeki adik tak perlu risau kerana Allah sudah janjikan rezeki kepada setiap h4mbaNya. Ada rezeki untuk setiap anak.

Cuma suami adik perlu tekun dan jujur dalam bekerja. Adik kena sabar dan memahami. Solat dan doa itu penting. Dalam kitab agama ada menceritakan di syurga ramai penghuninya miskin ketika dunia. Kerana apa? Kerana mereka ini orang yang redha, bersyukur atas setiap nikmat. Yang penting usaha, doa dan tawakal.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.