
Dari tahun lepas lagi jugak aku tanya dia bila nak lepaskan aku. Dia cakap lepas raya. Bila pergi pejabat agama, dia cakap tak ada niat. Kalau tanya kenapa aku sendiri tak pergi failkan fasakh, aku pernah tanya..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum… Aku straight to the point ye kisah aku ni. Aku Suri, ibu kepada 2 orang anak perempuan. Perkahwinan yang sudah memasuki tahun ke-6 dengan pelbagai perasaan yang aku sendiri kadang – kadang penat. Kenapa penat?
Aku kenal suami hanyalah sebagai rakan satu sekolah yang tak pernah bercakap, sekadar kenal saja. Tapi lepas habis sekolah, aku masuk universiti, dia contact aku. So, melalui dunia maya sajaIah aku berhubung sebab kami masing – masing duduk jauh.
Dipendekkan cerita, dia ajak aku kahwin. Bila dah kahwin ni barulah aku kenal satu persatu per4ngai dia. Bagi aku, dia seorang yang nonchalant. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dia seorang yang tiada empati. Tak ada common sense. Tapi panas baran.
Aku kahwin masa PKP dan aku ingat lagi aku kena tinggal dekat rumah mertua 4 bulan dan dalam tempoh tu jugak aku mengandung. Betul – betul menguji mental aku. Aku kena tolong family dia berniaga, dengan aku alahan, penat, tapi dia langsung tak fikir semua tu. Dia biarkan macam aku okay.
Kemudian aku minta pindah rumah lain, merayu – rayu aku dengan dia. Mak aku bagi duit untuk kami beli barang rumah tapi dia langsung tak berterima kasih. Tapi dalam tempoh aku mengandung tu, aku kerap jumpa kain pelik4t dia ada bekas air mani setiap pagi.
Aku tak confront dia tapi aku selalu merajuk. Sampailah aku cek history telefon dia dan ya, memang banyak yang dia tengok benda – benda tak senonoh tu. Aku geram, so aku berg4duh, nak balik rumah mak aku. Dan aku tanya dia, tapi dia tak mengaku.
Sampai la last – last dia mengaku dan janji tak buat dah. Okay, itu satu punca aku jadi triggered dengan phone dia. Aku jadi tak percaya dengan dia. Lepas tu, kes lain lagi dia buat, peramah betul dengan kawan kerja dia. Salah ke kalau aku cek phone dia?
Setiap status perempuan tu dia reply, sedangkan yang aku, dia buat – buat tak nampak. Tengok pun tak. Bila aku tegur, dia selalu cakap tu privacy dia. Jangan peduli hal dia. Lepas tu pula dia main Omi. Tapi selalu aku yang dipersalahkan sebab cek phone dia.
Macam akulah yang giIa duk cari salah dia. Sekarang password dia pun aku tak tahu, WhatsApp dia pun buat password, status WhatsApp pun dia hide dari aku. Bila aku tanya, memang dia akan marah. Konon aku sibuk ambil tahu hal dia. Banyak yang aku telan dan butakan mata aku.
Aku buat – buat tak peduli, padahal aku annoying sangat kalau dia main phone tu. Dia tak transparent dengan aku. Lepas tu, aku kahwin dengan dia hanya ada sebiji motor je. So, aku guna duit hantaran aku untuk beli kereta second hand buat kitorang guna. Langsung tak ada terima kasih.
5 tahun kami guna kereta tu, cuma adalah masa rosak, dia baiki la guna duit dia sebab aku tak kerja masa tu. Sekarang aku dah kerja, memang guna duit aku. Kami ada g4duh pasal nak cerai dan masa tengah w4ras dia setuju nak pisah cara baik.
Tapi bila baran dia datang, dia selalu ugvt aku, “Kau ada duit ke nak Iawan aku dekat mahkamah?” “Kau nak cerai, bayar dulu duit aku baiki kereta kau RM23,000, baru aku buat (cerai).” Korang rasa apa bila dengar macam tu? Padahal kereta tu sama – sama guna dan dia banyak guna dalam tempoh 5 tahun tu, tapi macam tak ada terima kasih langsung.
Dari tahun lepas lagi jugak aku tanya dia bila nak lepaskan aku. Dia cakap lepas raya. Bila pergi pejabat agama, dia cakap tak ada niat. Tahun ni lagi sekali dia cakap lepas raya, lepas tu dia main – mainkan aku. Cakap tak tahu raya bila. Macam nilah aku yang selalu makan hati dan mengalah dengan per4ngai tak matang dia.
Kalau tanya kenapa aku sendiri tak pergi failkan fasakh, aku pernah tanya orang yang terlibat dalam hal macam ni. Dia cakap aku takkan menang sebab benda ni bukan sebab kes pukuI atau keg4nasan rumah tangga. Dengan ada anak, dia nak bahagi anak ni sorang satu.
Tapi aku tak sanggup nak pisahkan dua beradik ni. Jadi sekarang, akulah yang telan segala rasa ni. Mungkin sebab aku belum betul – betul nekad. Entahlah… Untuk bertahan itu melelahkan. Untuk melepaskan juga memerIukan kekuatan yang sekuatnya. Doakan yang terbaik untuk aku. – Suri (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Rose Rose : Saya dulu kan, ex husband selalu ugvt – ugvt macam ni la. Ex saya jenis abvsive, narcissist. Selalu tekan emosi dan mental saya. Sampai saya jadi tr4uma dan anxiety. Tapi saya tekad nak failkan cerai sebab saya dah sehabis baik untuk selamatkan rumah tangga. Semuanya sia – sia. Penat la saya sorang je yang bagi effort. Dia langsung tak kesah.
Dia ugvt saya, nak g4ntung tak bertali dan bermacam – macam lagi la dia gertak saya. Depan family saya, dia cakap dia akan lepaskan cara baik. Tapi bila depan hakim, dia pusing cerita. Buat hal. So, saya teruskan dengan JKP – Jawatankuasa Pendamai & Hakam. Tak pergi ke fasakh sebab fasakh lagi lama.
Then, lepas ke Hakam, Hakam decide untuk bubarkan perkahwinan (cerai). Alhamdulillah, lepas dari tu rasa satu beban yang berat dah diangkat dari kepala. Ex saya pulak ngam – ngam tiga bulan lepas tu elok pulak kahwin dengan betina lain. Takpe lah, yang penting saya bebas dan bahagia.
Pesanan saya, kalau awak tak happy, dan kalau dah tak ada jalan penyelesaian – bila berbincang pun jadi g4duh – apakah maknanya lagi sebuah perkahwinan kalau awak tak bahagia? Anak – anak perIukan ibu yang happy. I choose my own happiness. So do you. You deserve to be happy too. Huggs.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.