Suami call menangis teresak suruh aku balik. Sampai rumah aku nampak suami mengadap dinding sambil pegang baju anak, basah!

“Sayang.. abang b0doh. Apa abang buat ni?Abang buat semua ni demi sayang dengan anak kita. Tapi abang tak sangka jadi macam ni. Abang b0doh. Ya Allah..” Tak henti suami cakap macam tu, sambil pegang gambar kahwin kami dan baju anak..

#Foto sekadar hiasan. Saat aku menulis ni, aku sedang terpandangkan wajah suami aku dan si kecil kami. Masing – masing lena diulit mimpi. Terutama si kecil yang tak memahami apa – apa. Aku lihat suami aku. Aku hanya mampu memandang ditemani pipi yang basah dengan air mata.

Pengakhiran 2022 yang tak manis untuk rumahtangga kami. Diuji dengan ujian yang sekelip mata menggoyangkan kaw4rasan suami aku. Aku menjadi saksi mata, betapa sedih dan h4ncurnya hati dia dengan ujian kali ini.

Allah memilih dia untuk ujian yang bagi kami agak dahsyat sepanjang perkahwinan kami ini. Semua bermula pada Jumaat lepas. Waktu rehat. Masa tu aku di pejabat. Menghabiskan saki baki waktu rehat yang lama sambil sibuk main dengan telefon pintar aku.

Tiba – tiba berderu notifikasi WhatsApp dari suami. Aku buka. Tak lama lepas aku baca. Aku terima satu panggiIan telefon dari dia. Aku angkat. Aku dengar esakan tangisnya. Aku mula jadi tak tentu hala. Esak tangisnya itu membuatkan aku tak faham butir bicaranya.

Berkali – kali aku tanya apa puncanya. Tidak mampu bercakap dengan lebih lagi, dia mem4tikan panggiIan telefon. Kemudian disambung semula ke aplikasi WhatsApp. Aku buka notifikasi dari dia. “Abang kena sc4m. Sayang tolong balik sekarang.”

Aku terkedu. Aku bertanya jumlahnya. Hanya sepatah baIasannya, “8k”. Aku beristigfar. Semua barang aku, aku kemaskan. Aku mohon cuti separuh hari tanpa kelulusan pegawai aku terlebih dahulu. Sebab biasanya dia luluskan dulu baru aku tinggalkan pejabat.

Tapi ini pertama kalinya aku buat macam ni. Aku keluar dari pejabat kelam kabut. Aku terus ke parkir motorsikal. Aku hidupkan enjin motorsikal aku. Aku terus memecut pergi. Niat aku, aku nak cepat sampai ke rumah.

Sepanjang perjalanan, fikiran aku kosong. Aku tak berhenti berfikir. “Macam mana boleh kena sc4m?”.. “Dari mana datangnya 8k”.. “Kenapa aku taktau apa yang suami aku dah terlibat?” dan macam – macam lagi kenapa.

Aku sampai ke rumah. Aku buka pintu. Aku tengok suami aku terduduk menghadap dinding. Tak semena – mena air mata aku jatuh dengan sendirinya. Aku menghampiri dia. Aku tengok di tangannya ada gambar perkahwinan kami. Beserta sehelai baju anak kami.

Aku pandang muka dia. Tangisannya tak henti. Berterusan sampai lenjun baju anak kami. Masa ni anak kami di rumah pengasuh dan dia sepatutnya kerja di ‘site’ je. “Sayang.. abang b0doh. Abang b0doh sayang. Apa abang buat ni? Abang b0doh”

Abang b0doh. Hanya itu yang diungkapkannya. “Abang buat semua ni demi sayang dengan anak kita. Tapi abang tak sangka jadi macam ni. Abang b0doh. Ya Allah” Tangisan dia bergema seisi rumah. Aku terkedu. Aku hanya mampu berdiam sambil ditemani air mata.

Kemudian aku tanyakan pada dia kenapa rahsiakan perkara ni daripada aku? Mana dia dapat duit sebanyak 8k tanpa pengetahuan aku? Kenapa ke tepikan aku? Kenapa mula – mula join tak bagitahu aku? Bertalu – talu lagi soalan dari seorang isteri yang kesal dengan perbuatan suaminya.

Dia ceritakan semuanya baru jadi dalam pukuI 11 macam tu. Katanya dia tengok ada link jawatan kosong part time jual barang shopee dan dapat komisen daripada setiap jualan. Mula – mula dia kena bayar RM50 dan buat satu transaksi bayaran ke Shopee.

Dan dia dapat komisen RM55. Kemudian task kedua juga sama. Dia dapat pula komisen RM140. Di task ketigalah punca pertama dia disc4m. Dia diminta transfer sebanyak RM4.2k untuk task itu. Dia transfer kerana ‘percaya’ kesan daripada task 1 dan task 2.

Setelah transfer sebanyak RM4.2k, sc4mmer durjana tu suruh transfer another RM4.2k kalau nak dapatkan semula RM4.2k yang pertama. Masa ni suami aku cakap dia sangat – sangat tersepit. Dia nakkan semula RM4.2k yang pertama tadi.

Demi mendapatkannya semula, dia mula meminjam kepada kawan – kawan. Dengan harapan dapat semula duit tu. Maka dia transfer another RM4.2k. Tapi, sc4mmer durjana suruh transfer RM4.2k lagi, maka suami aku stop dan seperti tersedar. Dari sini bermula cerita yang awal di atas.

Aku terdiam dengar cerita dia. Aku katakan pada dia yang benda ni memang sc4m. Aku dah tahu dari dulu. Kenapa mula – mula WhatsApp dengan orang tu tak bagitahu aku? Aku pun ikut em0si. Padahal sepatutnya aku menenangkan dia. Tapi aku sendiri tak mampu.

Maka siang hari itu berlalu dengan kami menjual semula barangan emas yang dia ada. Untuk membayar balik hutang – hutang kepada kawan – kawannya. Balik dari selesai jualan semula emas dan selepas ambil anak pada pengasuh, dia minta berehat. Aku biarkan.

Aku nampak keadaan dia sangat kusut. Katanya kepalanya pening. Rupanya sebelum aku sampai ke rumah tadi, dia dah nyaris hilang pertimbangan. Dia hentakkan kepalanya ke dinding. Allahu akbar suamiku.. Malam berlalu sepi. Tiada riang tawa dari dia.

Bahkan dari kami berdua. Masing – masing senyap. Cuba menerima takdir yang ditentukan. Cuma sesekali kami cuba happy depan baby kami. Sehinggalah aku tertidur dengan anak kami di ruang tamu. Aku terjaga lebih kurang pukuI 1 pagi.

Aku toleh ke sebeIah yang ada cuma anak kami. Aku mencari suami aku. Rupanya sedang solat di dalam bilik tidur kami. Aku tunggu dia selesai solat. Aku pandang muka dia. Begitu juga dia. Akhirnya kami menangis lagi. Aku minta maaf kepadanya berkenaan siang tadi yang mana sepatutnya aku menenangkan dia.

Tapi aku malah menekan – nekan pundak em0sinya. Dia diam. Katanya dia memaafkan aku. Dia faham keadaan aku. Dan katanya dia dah redha dengan apa yang jadi. Dia anggap ini teguran Allah untuknya. Asalkan anak dan isterinya selamat, itu dah cukup bagi dia.

Dia anggap ini adalah pengajaran dan pelajaran terbesar dalam hidupnya. Takkan dia ulangi lagi. Allahu suamiku. Betapa tabahnya hatimu. Aku tatap muka dia dalam – dalam. Aku tepuk bahunya untuk aku tiupkan semangat kepadanya.

Keesokkannya, aku berlagak seperti biasa. Aku cuba untuk bergembira dan menggembirakan hatinya. Aku masakkan makanan kesukaannya. Tapi hakik4tnya, di balik pandangannya, aku menangis sendirian. Aku menangis dalam solat aku.

Aku tadahkan tanganku semoga Allah murahkan rezekinya dan bukakan pintu rezeki lain untuknya. Tiap kali aku tengok dia atas sejadah dengan wajah sugul tu, aku tak mampu tahan airmata aku. Pasti akan jatuh. Tiap kali aku tengok muka. Terbayang jumlah RM8k tu.

Jumlah yang susah payah dia simpan dan dijadikan simpanan emas. Namun terp4ksa dileburkan demi perkara yang sia – sia. Wahai pembaca, cerita ini bukan rekaan. Sc4m itu nyata dan ada. Rezeki pun nyata dan ada. Andai tertulis bukan rezeki kita, buat cara macam mana pun takkan jadi rezeki kita.

Aku mohon yang membaca banyakkan berhati – hati dengan segala jenis penipuan yang ada sekarang. Dan aku mohon, tolong doakan semoga suamiku bahagia semula. Aku rindu gelak tawanya. Aku rindu bergurau senda dengannya.

Walau aku tahu dia sebenarnya dah sem4kin okay. Doakan semoga Allah membukakan pintu rezeki yang lebih luas untuknya dan semoga ada yang lebih terbaik untuknya dan kami. Aku rindukan dia yang dulu. Moga Allah kirimkan kekuatan hati dan perasaan untuknya menjalani ujian ini dengan redha.

Aku mohon doa kalian sekali lagi untuknya. Terima kasih aku ucapkan kepada yang mendoakan. Maafkan aku andai penulisan aku tidak difahami, aku menulis dengan em0si. Sampai berjumpa lagi. – Nico Robin (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Suhaila Abdul Rashid : Allahukbar.. sedih baca.. Keluar air mata Aunty.. redha k.. Aunty rasa sesiapa pun kalau nasibnya nak kena akan terkena. Walaupun kita muhasabah diri, ya kita bersedekah orang tak tau setiap hari, setiap jumaat mungkin.

Solatnya cukup. Doanya munajatnya tak putus tapi kalau ujian itu datang juga apakan daya. ALLAH sayang cakap dengan suami. INSYALLAH ALLAH maha mengetahui. Gantinya nanti pasti baik. Yang kita tak sangka – sangka AAMMINNN.. percaya k.. redha k.. HUGS to both of you..

Irfan Aisyah : Sabar sis… Ujian sis sama macam mak saya. Beza barang kemas mak saya ratusan ribu ringgit dicuri dan taktau siape pencuri sebenarnya sampai sekarang. Saya saksi mak saya hampir separuh giIa barang kemas dia simpan dari bekerja muda – muda hilang dari kotak simpanan dia.

Kotak yang dia amanahkan arw4h ayah dia untuk jaga dengan harapan pencuri takkan agak ada emas banyak di teratak buruk di kampung. Dan peliknya kotak itu ditutup rapi semula selepas diambil emasnya. Dan ditinggalkan sedikit emas yang lain. Disyak orang dalam atau sed4ra mara yang amik tapi mak saya tak buat report sebab banyak hati kena jaga masa tu. Dan alhamdulillah dia redha.. duit boleh dikumpul sis.. ambil iktibar.

Hafizah Ibrahim : Saya pun terkena juga beberapa hari sebelum raya tahun ni. Ada 1K untuk belanja raya balik kampung. Terpedaya dengan sc4mmer dari RM500 boleh jadi 10K. Sapelah tak tergoda kan dia tunjuk resit bukti – bukti orang – orang yang dah dapat.

Dah nak dapat minta 4K lagi kalau nak keluarkan 10 k tu. Masa ni dah rasa ada yang pelik. Saya kata tolaklah 4k daripada 10k yang saya dapat. Macam – macam helah dia beri, siap bagi solusi pinjam denga sape – sape kerana masa hanya ada 3 jam.

Bertekak – tekak saya dengan admin tu dalam wassap. Siap ada yang pm tepi kata dia dulu macam saya sebagai beginner, sekarang dah kaya. Saya kata boleh tak saya pinjam 4k daripada awak? Dah tentu awak banyak duit kan sebab boleh beranakkan duit 500 jadi 10k dalam masa beberapa minit sahaja.

Terkedu dia dan terus diam. Lebur 500, tapi jadi pengalaman buat saya. Sudahnya tak cukup duit nak balik raya, tapi syukurlah ada abang yang sanggup bantu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.