
Sudahlah tak tolong setelkan hal pendaftaran anak, seolah – olah anak ni anak tak sah taraf, nafkah pun langsung bekas suami tak nak bagi. Bila aku mengadu dekat mertua, mereka kesian. Mereka hulurkan duit untuk cucu mereka. MaIangnya bekas suami dapat tahu, dia ugvt nak cari aku..
#Foto sekadar hiasan. Aku TTC tiga tahun baru pregnant. Tiga tahun tunggu, tiga tahun berharap, tiga tahun tengok orang lain mudah dapat anak. Setiap bulan bila datang haid, hati aku jatuh berkecai. Macam – macam usaha aku buat. Pergi klinik, makan ubat, jaga pemakanan, doa siang malam. Aku sampai pernah menangis dalam sujud sebab terlalu nak rasa jadi ibu.
Bila akhirnya aku pregnant, aku rasa macam dunia aku kembali hidup. Aku ingat itulah permulaan bahagia dalam hidup aku. Tapi rupanya Allah nak uji aku dengan cara lain. Tak lama selepas aku pregnant, bekas suami aku dapat taw4ran pindah kerja ke Kuala Lumpur.
Dulu dia selalu tolak taw4ran pindah sebab dia kata dia tak nak hubungan jarak jauh dengan aku. Tapi kali ini dia terima. Dia kata sebab sudah ada anak, rezeki anak, dia mahu naikkan gaji dan cari kehidupan lebih baik. Aku redha saja. Aku percaya apa saja yang jadi, semua sudah diatur oleh Allah.
Aku pula masa itu tak bekerja. Aku fokus jaga kandungan aku sebab nak dapatkan anak yang satu ini bukan mudah. Macam – macam peng0rbanan aku buat. Aku jaga makan, jaga kesihatan, banyak berehat sebab aku terlalu takut kehilangan anak ini.
Tapi masa kandungan aku tujuh bulan, rumah tangga aku runtuh. Bekas suami aku jatuhkan talak. Itu talak kali kedua. Aku sudah terlalu penat sebenarnya. Aku tak sanggup tunggu sampai talak kali ketiga baru pergi mahkamah. Hati aku sudah terlalu s4kit.
Masa aku mengandung tujuh bulan itu, aku betul – betul rasa keseorangan. Perut makin besar, emosi tak stabil, tapi aku kena kuat juga. Anak aku lahir tanpa ayah di sisi. Satu perkara yang paling menyedihkan masa itu adalah urusan surat beranak anak aku.
Bekas suami aku tak mahu beri kerjasama langsung. Untuk buat surat beranak, perlukan kad pengenalan asal bapa. Tapi dia tak mahu balik kampung. Sebenarnya masa itu kami memang hubungan jarak jauh. Aku tinggal di kampung sebab aku jaga mak aku yang sudah tua.
Bekas suami aku pula kerja di Kuala Lumpur. Dulu dia kerja dekat kawasan sini, tapi dia kena pindah ke Kuala Lumpur. Ikut rancangan asal, lepas dia stabil dan sudah ada rumah sewa di Kuala Lumpur, aku akan ikut dia tinggal sekali.
Tapi masa itu dia tinggal dengan kawan kawan bujang dia lagi. Semua rancangan itu akhirnya tinggal rancangan saja. Disebabkan aku bercerai masa mengandung tujuh bulan, anak aku terp4ksa bin kan kepada 99 nama Allah. Masa itu aku menangis lama.
Bukan sebab malu dengan orang, tapi sebab sedih memikirkan nasib anak aku. Bila anak aku sudah besar nanti, macam mana aku nak terangkan semua ini pada dia. Selepas anak lahir, hidup aku memang berubah sepenuhnya. Aku mula bekerja semula sebab aku perlu tanggung kehidupan kami berdua.
Bukan mudah seorang ibu besarkan anak tanpa suami. Aku pernah tuntut nafkah anak daripada bekas suami aku. Aku tak minta banyak pun. Aku minta empat ratus ringgit saja sebulan untuk bayar pengasuh anak aku masa aku kerja. Tapi setiap kali aku minta, dia akan cakap dia tak mampu. Akhirnya aku beritahu keluarga dia.
Aku sebenarnya bukan mengadu untuk minta mereka bayarkan. Aku cuma harap mereka nasihatkan anak mereka supaya jalankan tanggungjawab. Tapi mak dan ayah mertua aku yang hulurkan duit kepada aku dan anak aku. Alhamdulillah hubungan aku dengan mereka memang baik dari dulu.
Baru – baru ini bekas suami aku tahu yang ibu bapa dia ada bagi duit kepada kami berdua. Dia terus telefon aku dan marah – marah. Dia kata aku menyusahkan mak ayah dia yang sudah tua. Dia maki aku macam aku ini orang yang paling jahat dalam dunia.
Padahal adik beradik dia sendiri marah dia sebab ayah dan mak mereka yang kena tanggung nafkah anak dia setiap bulan. Aku sebenarnya cuma beritahu mak dan ayah mertua supaya mereka nasihatkan dia. Bukan untuk minta mereka bayarkan. Tapi bila mereka sendiri yang hulurkan bantuan, aku terima saja sebab aku fikirkan anak aku.
Kemudian bekas suami aku bagi amaran. Dia kata kalau lepas ini aku minta duit daripada mak ayah dia lagi, dia akan datang cari aku. Dia kata dia akan pukuI aku dan datang cari aku di pejabat. Dia kata dia tahu aku tinggal di rumah mak aku, tapi di sana ada abang aku. Jadi dia kata dia akan cari aku di tempat kerja.
Masa itu aku hanya mampu redha. Aku takut sebenarnya, tapi aku cuba kuatkan diri. Aku ada hantar mesej kepada ibu mertua aku untuk beritahu apa yang dia cakap. Aku cuma fikir satu perkara saja masa itu. Anak aku hanya ada aku. Kalau apa apa jadi pada aku, siapa yang akan jaga dia.
Tak lama selepas itu, anak aku jatuh s4kit. Dia demam kuat sampai terp4ksa masuk wad di hospital. Masa itu aku memang buntu. Bil hospital bukan murah. Aku terp4ksa juga tebal muka minta bantuan daripada bekas suami aku. Tapi yang aku dapat hanya makian.
Dia kata aku tak tahu malu sebab minta duit daripada dia. Masa itu hati aku memang h4ncur. Aku rasa terlalu geram dan terlalu s4kit hati. Aku akhirnya cakap satu ayat yang keluar dari hati aku yang sudah terlalu penat. Aku kata, kalau awak tak mahu tolong tidak mengapa. Tapi ingat satu perkara. Bila awak tua nanti dan hidup awak huru hara, jangan cari anak aku. Jangan susahkan anak aku dan jangan muncul depan dia. Aku akan beritahu anak aku yang bapak dia sudah meninggaI dunia.
Selepas itu dia hantar mesej panjang kepada aku. Dia kata padan muka anak s4kit. Dia kata memang patut dia ceraikan aku. Dia cakap banyak lagi kata – kata yang sangat meny4kitkan hati. Dia kata dia akan block aku. Dia kata sejak dia bercerai dengan aku, hidup dia jadi malang sebab malang aku sudah melekat pada dia. Dia kata dia kena badi.
Aku hanya mampu diam selepas baca semua itu. Sekarang harapan aku cuma satu. Aku harap orang ramai doakan anak hero aku kuat. Aku harap dia membesar jadi lelaki yang baik dan berguna satu hari nanti. Dan aku juga harap aku terus kuat untuk besarkan dia seorang diri.
Ulasan Pembaca :
Aisya Qaisya : Ya Allah, apa sebenarnya kerja lelaki itu. Nampak sangat dia tak solat dan tak belajar tentang agama. Di dunia ini sanggup menidakkan nafkah anak sendiri, tapi boleh pula berjoli dengan kawan – kawan atau mungkin dengan perempuan lain.
Kadang kadang orang seperti ini, bila sudah tua dan hampir m4ti, barulah mahu anak datang melawat. Sedangkan waktu senang dahulu, dia lupa diri dan abaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Bila diuji sedikit, terus kata kena badi.
Hakikatnya itu mungkin kifarah daripada perbuatan dia sendiri. ZaIim pada anak, menafikan nafkah yang sepatutnya menjadi hak anak. Perkara seperti ini tak akan hilang begitu sahaja. Walaupun dia berkahwin lain sekalipun, biasanya tetap akan ada bahagian rezeki yang tak cukup.
Percayalah, ujian akan datang dalam pelbagai bentuk. Kadang – kadang manusia ini perlu bayar secara terus atas kesalahan sendiri. Kalau bukan dia yang kena, mungkin keluarga baru pun akan turut terasa kesannya. Kalau dia berkahwin lagi nanti, semoga dia tak menzalimi anak anak lain pula. Kesian kalau mentaliti seperti ini berterusan.
Sebenarnya kalau bekas suami tak memberi nafkah, tanggungjawab itu boleh jatuh kepada keluarga belah lelaki jika mereka mampu. Tapi yang paling penting sekarang, kau kena kuatkan hati. Banyakkan solat Dhuha. InsyaAllah solat ini sangat membantu membuka pintu rezeki sepanjang hari.
Kadang – kadang rezeki datang melalui bos yang baik, kawan yang membantu, atau melalui jalan yang langsung tak disangka – sangka. Boleh juga amalkan zikir dan doa seperti doa Nabi Sulaiman atau zikir Ya Allah Ya Jabbar. Kau boleh cari cara bacaan di Google dan amalkan dengan istiqamah supaya hati lebih tenang walaupun sedang diuji.
Kalau dia sudah sampai mengugvt mahu memukuI, jangan diam. Terus buat laporan polis sebab itu sudah melampaui batas. Jangan beri muka pada perkara yang salah. Dan jangan sesekali kembali rujuk kalau dia tak berubah. Berbaiklah sekadar urusan anak sahaja.
Magical Pidot : Puan, mahkamah ada untuk puan. Minta hak anak di mahkamah. Tapi biasanya memang akan turun naik mahkamah juga kalau lelaki itu jenis tak mahu beri kerjasama. Kalau puan mahu hidup tenang, tambahan pula puan sudah mula bekerja semula, puan tak perlu lagi hubungi lelaki itu. Fokus saja pada kehidupan puan dan anak.
Percayalah cakap aku, satu masa nanti hidup dia sendiri akan jadi huru hara. Puan jangan berpatah balik. Teruskan hidup puan dengan tenang. Kalau masih ada jodoh di dunia ini, aku harap puan akan jumpa lelaki yang bertanggungjawab. Lelaki yang benar – benar sayang puan dan juga sayang anak puan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.