
Titik terendah aku apabila terp4ksa upah penyiasat untuk perhatikan suami. Rupanya suami sibuk skandal dengan 6 perempuan berbeza, kebanyakannya janda. Patutlah suami dah jarang balik jumpa anak. Saya nekad jumpa semua perempuan tu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku guna nama Roslina, bukan nama sebenar. Bukan niat aku nak mengadu atau buka aib sesiapa. Aku cuma nak meluah sebab dah terlalu lama simpan sorang – sorang. Mungkin ada pengajaran untuk aku dan orang lain, dan mungkin juga aku boleh belajar sesuatu daripada komen serta pandangan korang nanti.
Aku dengan suami memang tinggal berjauhan sebab kerja. Masing – masing cari rezeki di negeri yang berbeza. Hidup aku macam biasa je, urus anak, urus diri sendiri, pergi kerja dan balik sambung urus rumah pula. Penat memang penat, tapi aku tak pernah merungut sebab aku fikir semua ni untuk masa depan keluarga kami juga.
Suami aku dulu selalu pesan dekat aku supaya jaga diri elok – elok, jaga maruah dan jaga anak baik – baik. Dia kata jangan terlalu fikir pasal dia sebab dia sibuk cari rezeki untuk kami. Setiap hujung minggu dia akan balik rumah. Masa tu aku memang rasa bersyukur sangat walaupun berjauhan, sekurang – kurangnya kami masih dapat luang masa bersama.
Hari berlalu, minggu berganti dan bulan pun bertukar. Aku macam biasa teruskan hidup dengan anak. Setiap malam sebelum tidur aku akan doa semoga Allah jaga suami aku walau dekat mana pun dia berada. Aku selalu fikir mungkin ni ujian orang yang berkahwin jarak jauh, kena banyak sabar dan banyak percaya.
Tapi lama – lama aku mula nampak perubahan pada dia. Dia makin kurang hubungi aku dan anak. Kalau dulu pagi petang siang malam ada je mesej atau panggiIan, sekarang sehari sekali pun belum tentu ada. Nak balik setiap hujung minggu pun dah m4kin susah sebab ada je alasan dia.
Kadang – kadang dia kata kerja terlalu banyak. Kadang – kadang dia kata kena pergi sempadan sebab urusan kerja. Ada masa dia kata ada mesyuarat tergempar dan ada masa dia kata terlalu penat nak memandu balik. Pada mulanya aku percaya je semua alasan dia sebab aku tak nak jadi isteri yang terlalu curiga.
Tapi lama – lama hati perempuan ni mula rasa ada benda yang tak kena. Bila aku telefon dia, selalunya dia jawab pendek – pendek je. Kadang – kadang terus tak angkat telefon. Bila aku mesej pula, berjam – jam baru dia balas dan tu pun sekadar sepatah dua.
Aku pernah tanya dia baik – baik. Aku cuma tanya kenapa dia dah jarang telefon aku dengan anak. Itu je soalan aku. Tapi macam aku dah buat d0sa besar dekat dia. Dia terus melenting dan marah aku macam aku ni musvh dia. Dia mula maki aku macam – macam.
B4bi, pvkimak, siaI dan betina semuanya dah jadi perkara biasa aku dengar daripada mulut seorang suami. Kadang – kadang aku menangis lepas dia letak telefon dan tertanya – tanya apa salah aku sebenarnya. Ada masa dia terus tutup telefon bila aku mula tanya lebih – lebih.
Ada masa dia menjerit suruh aku pergi pejabat agama kalau tak puas hati dengan kehidupan ni. Aku mula syak sesuatu sedang berlaku. Tapi jauh dalam hati aku cuba pujuk diri sendiri supaya tak berprasangka buruk. Aku cuba fikir mungkin perasaan aku ni cuma mainan sy4itan.
Aku cuba kuatkan hati dan terus percaya dekat dia. Tapi makin lama dia makin berubah. Dia makin tak peduli pasal aku dan anak. Alhamdulillah nafkah tetap dia bagi setiap bulan. Duit tak pernah putus dan aku pun bekerja serta ada pendapatan sendiri.
Aku pegang jawatan yang agak besar dekat sebuah syarikat hartanah. Kalau setakat nak hidup dengan anak, insyaAllah aku masih mampu. Tapi apa yang aku dan anak perlukan sebenarnya bukan duit semata – mata. Kami cuma nak perhatian, kasih sayang dan kehadiran seorang suami serta ayah dalam hidup kami. Yang paling s4kit bila anak mula bertanya pasal daddy dia. Soalan – soalan tu buat hati aku remuk setiap kali mendengarnya.
“Mummy, daddy mana?”
“Kenapa daddy tak balik lagi?”
“Daddy tak sayang kita ke?”
Apa lagi yang aku mampu jawab selain daripada cakap daddy kerja dan nanti daddy balik. Hari hari itulah jawapan yang aku bagi dekat anak kecil yang langsung tak faham apa – apa. Kadang – kadang malam dia tertidur sambil pegang telefon sebab tunggu daddy telefon.
Kadang – kadang bila dengar bunyi motor dekat luar rumah, dia terus lari ke pintu ingatkan daddy dia dah balik. Bila tengok bukan daddy dia, dia diam je dan masuk semula dalam rumah. Sebagai seorang mak, hati aku memang h4ncur tengok semua tu.
Pernah satu hari cikgu tadika suruh lukis gambar keluarga. Anak aku lukis gambar aku dengan dia je. Bila cikgu tanya mana daddy, dia jawab daddy duduk jauh dan daddy selalu sibuk. Aku menangis dalam kereta masa ambil dia balik sekolah hari tu.
Aku rasa gagal sebagai seorang isteri dan seorang mak walaupun aku tahu bukan aku yang bersalah. Sampai sekarang ayat tu masih terngiang – ngiang dalam kepala aku. Ada seorang kawan pernah cadangkan aku pergi jumpa b0moh supaya suami kembali sayangkan aku dan beri perhatian dekat keluarga. Tapi aku terus tolak cadangan tu.
Walau macam mana baik pun niat aku, syirik tetap syirik. Aku tak sanggup gadaikan akidah semata – mata nak dapatkan kasih sayang manusia. Akhirnya aku buat keputusan yang paling berat dalam hidup aku. Aku upah seorang penyiasat peribadi untuk ikut dan perhatikan suami aku.
Dan dekat situlah segala persoalan aku terjawab. MasyaAllah, h4ncur luluh hati aku bila tengok sendiri bukti yang ada. Rupanya pada waktu siang dia ada banyak masa untuk telefon dan mesej lebih daripada enam orang perempuan.
Kebanyakan mereka berstatus janda. Pada waktu malam pula dia sibuk keluar jumpa perempuan – perempuan tu seorang demi seorang. Patutlah bila aku telefon dia kata sibuk dan bila anak nak bercakap dengan daddy pun dia kata penat.
Aku dimaklumkan ada hari dia boleh duduk berjam – jam dekat restoran dengan perempuan lain sambil bergelak ketawa. Ada hari dia keluar tengok wayang dan makan malam sampai lewat malam. Ada juga perempuan yang dia bawa naik kereta yang sama yang pernah dia guna bawa aku dan anak berjalan dulu.
Aku rasa macam dunia aku runtvh masa tengok semua gambar dan laporan yang penyiasat bagi dekat aku. Aku ambil keputusan untuk jumpa sendiri perempuan – perempuan tu. Ada yang sambut aku dengan baik dan ada yang menangis bila tahu perkara sebenar.
Ada juga yang terus minta maaf dan putuskan hubungan dengan suami aku. Tapi ada juga yang tetap mempertahankan hubungan mereka. Ada yang tak percaya walaupun aku tunjuk gambar keluarga dan sijil nikah. Ada yang cakap mungkin aku sengaja reka cerita sebab cemburu.
Ada juga yang kata suami aku sendiri mengaku dia masih bujang. Rupanya selama ni dia memang mengaku bujang dekat semua perempuan yang dia kenal. Dalam hati ni hanya Allah je yang tahu macam mana s4kitnya aku. Kadang – kadang aku sendiri terfikir nak doakan benda buruk dekat dia.
Tapi aku tahu aku tak patut buat macam tu. Aku takut d0sa aku lebih besar daripada ujian yang aku sedang hadap ni. Ada malam aku menangis sampai tertidur dekat sofa ruang tamu. Ada pagi aku bangun dengan mata bengkak sebab semalaman tak boleh tidur.
Ada hari aku terp4ksa senyum dekat tempat kerja walaupun dalam hati cuma Allah je yang tahu macam mana remuknya perasaan aku. Tapi setiap kali aku tengok muka anak aku, aku p4ksa diri untuk bangun semula. Aku tak boleh mengalah dan aku tak boleh jatuh. Sebab aku tahu anak aku perlukan aku.
Sampai hari ni suami aku masih sama dan tak pernah berubah. Kalau balik pun sebulan sekali atau dua bulan sekali. Tu pun lebih banyak masa dengan telefon daripada bercakap dengan anak sendiri. Dia masih curang dekat belakang aku dan masih panggil aku dengan macam – macam gelaran ikut mood dia.
Aku juga perasan dia memang jenis kaki perempuan. Bila ada perempuan je, terus berubah cara bercakap, cara senyum dan cara dia bawa diri. Aku cuma percaya satu benda je. Langkah manusia ni akhirnya akan terhenti juga. Cepat atau lambat semua orang akan kembali kepada Allah. Dan masa tu nanti semua perbuatan akan dihitung satu persatu.
Kalau ada antara korang yang pernah lalui benda macam aku atau kenal mana – mana ustaz yang boleh bantu bagi nasihat dan lembutkan hati suami aku, tolonglah kongsi dekat ruangan komen. Aku dah terlalu penat hadap semua ni sorang – sorang. Semoga Allah kurniakan rumah tangga yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah buat kita semua.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.