Pernah saya merajuk sekali keluar rumah, dia check tengok saya tak ambil kunci kereta. Dia tau kejap lagi saya masuk balik la rumah. Bukannya nak kejar. Kalau saya tiada di rumah, balik kampung tanpa dia, dia masih boleh seronok main game..
#Foto sekadar hiasan. Saya ada baca pasal sorang brother ni kahwin dengan reb0und girl. Ala.. Yang dia kenal dengan wife dia lepas putvs cinta dan tak berapa nak giIa – giIa kan wife sendiri macam dia tergiIa – giIakan bekas kekasih dia dulu.
Saya tak nak komen samada betul atau salah apa yang brother tu buat. Cuma bila baca cerita dia, saya percaya saya pun reb0und girl for my husband, and trust me it wasn’t easy to deal with our own feeling and struggIe with his past.
I feel his wife. Sebab my husband 80% like him. The only 20% sebab dia tak cerita pasal ex dia macam brother tu buat. Saya dan suami berkawan dari zaman University. Tapi tak lama sebab dia jarakkan diri lepas ada girlfriend.
Saya berkawan balik dgn suami lebih kurang 3 bulan lepas dia cIash. 5 tahun dia bercinta dengan perempuan tu, alih – alih perempuan tu ada lelaki lain. Memang kecewa habis suami waktu tu. Saya yang ada dengan dia waktu kejadian tu berlaku, tenangkan dia sebagai kawan.
Selalu whatsapp. Dan saya tahu saya dah mula ambil berat lebih dari seorang kawan. Saya pernah tanya dia terus terang. Bersediakah dia untuk ada apa – apa dgn saya. Dia hanya menjawab belum. Masih s4kit dari putvs cinta lama.
Tapi dia masih mencari saya. Walaupun banyak saya yang mula kan. Dari berbual, berjumpa, keluar makan. 70% adalah datang dari usaha saya, saya yang mulakan. Masuk bulan ke 4, dia ada datang jumpa arw4h ayah saya untuk minta kebenaran berkawan.
Tak lama kemudian kami terserempak dengan ibu ayah dia, dan ibu dia mendesak dia untuk bawa saya pulang ke rumah untuk berkenalan dengan lebih baik. Saya anggap itu petunjuk. Saya tahu dia belum bersedia. Saya tahu dia masih teringat yang lama.
Tapi Allah permudahkan. Bulan ke 6 kami berkahwin. Awal perkahwinan, saya teman suami pergi reunion kelas dia. Bekas kekasih dia satu kelas dengan dia. Suami awal – awal bagitahu memang akan terjumpa dia. Bila kami nak masuk bangunan, suami genggam tangan saya dan tangan dia sejuk ais.
Saya terasa sangat. Kenapa dia masih berdebar? Kenapa dia perlu seram sejuk sampai macam tu sekali? Dia dah Iuka kan hati suami saya teruk kot. Saya yang ada di sebeIah dia selama ni. Tapi saya tak merajuk masa tu. Malas nak layan perasaan tu.
Terus terang saya katakan, saya tahu suami saya tak giIa – giIa kan saya beriya. Apa yang brother tu tulis sama je dengan per4ngai suami saya. Kalau saya tiada di rumah, balik kampung tanpa dia, dia masih boleh seronok main game.
Jika saya merajuk, tiada bunga, coklat atau kata – kata pujukan. Pernah saya merajuk sekali keluar rumah, dia check tengok saya tak ambil kunci kereta. Dia tau kejap lagi saya masuk balik la rumah. Bukan nya nak kejar. Selalu dia bagitahu, cara sayang dia melalui cara dia dengan anak – anak, cara dia menyenangkan kerja saya, cara dia memenuhi kehendak saya dan anak – anak.
Ye betul. Tapi kadang – kadang terdetik juga, dia macam ni jugak ke dengan ex dia? Dia ingat lagi tak ex dia? 5 tahun bukan kejap. Kami baru berapa tahun je. Kadang – kadang s3tan datang cucvk, apa la yang dia pernah buat dengan ex dia dulu.
Sebab dia dulu Iiar, saya banyak dengar cerita tak menarik antara dia dan ex dia. Kadang – kadang rasa meruap nak tahu. Tapi mujur suami tak pernah cerita. Dan dia tak sorok apa – apa langsung. Telefon, laptop, email semua boleh tengok, takde yang dia cuba sorok.
Saya percaya dia dah lupa ex dia sepenuhnya walaupun mereka masih dalam 1 group kelas whatsapp. Jadi reb0und girl ni, banyak sangat makan hati. Sebab terasa macam tak dicintai bersungguh pulak. Jadi tertanya – tanya, kenapa tak boleh dicintai beriya?
Mungkin isteri brother tu ok, tapi dalaman tak tahu. Saya pun luaran ok je. Tapi dalam, Allah je tahu. Jadi, jangan bangga pergi cerita kat bini yang h4ng dok teringat awek lama. Suami saya yang tak cerita apa – apa pun, saya sendiri asyik dok bandingkan antara saya dengan ex dia.
Ni pulak yang cerita depan – depan. Saya ada baca komen, sebab brother dah kahwin dan dah dapat bini tu, memang laa dah tak beriya. Mungkin jugak. Selalu bila dah dapat, memang dah tak beriya sebelum dapat. Jangan lupa, reb0und wife atau tak, kami layak untuk dicintai.
Bukan ala kadar, bukan disayangi sebab ibu kepada anak – anak h4ng semata. Sayangi cintai kami seperti kami cinta pertama h4ng. Jangan sebab kami ni datang waktu h4ng putvs cinta, sayang asal boleh je laa. Suami tak akan faham perasaan isteri yang asyik bandingkan diri dia dengan ex lama suami.
Sebab terasa diri tak dicintai beriya. Apa kurangnya isteri, apa lebihnya perempuan tu. Kenapa? Reb0und wife ni tak layak beriya ke? Yes tanggungjawab penting. Tapi hati perasaan penting juga. Kadang – kadang saya sampai tahap, tak sayang sudah, janji jaga saya.
Tapi bahagia ke? ALLAH cipta lelaki dan perempuan untuk berkasih sayang dengan halal. Saya nak juga merasa dihargai beriya, dipujuk beriya, dilayan macam orang tengah m4buk bercinta. Tapi tak merasa lah semua tu kan. Saya redha jelah.
Makan hati senyap – senyap. Takkan saya nak bagitahu dia yang saya tak rasa disayangi beriya. Itu cari g4duh besar. Haha. Dah nak masuk 5 tahun kahwin, masih lagi mengg0da suami sendiri. Masih lagi manja – manja dengan dia walaupun dia tak melayan sangat.
Follow tips – tips pik4t hati suami sendiri kat Facebook. Ada yang boleh buat, ada yang tak rajin buat. Kena berusaha lebih la jadinya. Semua orang ada pendapat sendiri. Ni pendapat saya sebagai reb0und girl kepada suami sendiri.
Bahagia tapi masih ada struggIe. Saya tahu dia sayang saya. Tapi tak beriya macam brother tu cerita. Saya berhenti bandingkan diri dengan ex suami sebab saya tahu saya lagi baik dan sekurang – kurangnya saya tak menipu.
Itu je salah satu cara untuk saya pujuk diri yang saya lagi better dari ex suami. – Reb0und girl (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Fazila Hakim : Ada sebab kenapa Islam meIarang bercinta sebelum kahwin. Kenangan tu akan mend3ra perkahwinan. Percintaan memang indah sebab banyak yang masih tersembunyi. Dihias pula dengan sy4itan. Kalau setakat minat, crush tapi takde aktiviti berrcinta tu, rasanya tak de la rasa terd3ra sangat.
Rizal Rodzuan : Benda simple, awak dah tahu benda ni sebelum kahwin, tapi awak tetap memilih untuk berkahwin dengannya, jadi nak harapkan apa? Jadi, redha saja la, asal suami bertanggungjawab kepada awak dan anak – anak, setia dan tetap cintakan awak dengan caranya yang tersendiri dahla.
Macam banyak kes aku tengok wanita yang dah tau bf tu mer0kok, pen4gih d4dah, suka pau gf dan sebagainya tapi masih nak kahwin dengan lelaki tu. Nanti lepas kahwin menyesal pula tapi oh setia demi anak.
Lily Anggerik : Pelik aku, yang confession lepas dengan yang ini. Kalau tak cinta, kenapa kahwin? Kenapa perlu s4kitkan hati pasangan? Dah kalau tak boleh move on, tak payah la cari orang lain semata – mata nak hilangkan rasa sedih / sunyi. Ini menyiksa perasaan pasangan namanya. What a seIfish person. Fikir pasal diri sendiri je.
Nurul Balqis Adnan : Berhenti kejar, berhenti berusaha. Stop. Titik. Kalau diri tak dihargai, berhenti menghargai. Bagi tahu dia. Hiduplah awak dengan dunia awak, dengan masa silam awak. Ada kalanya orang ini tak menghargai anugerah yang dia perolehi, hanya sedar bila anugerah itu sudah terlepas dari gengg4man.
Juwairiyah Aisyah Mohd Razif : Nasihat saya, redhakan hati awak. Berkahwinlah kerana ALLAH. Pada saya mencintai manusia dan membelakangkan ALLAH menyebabkan hati kita tersiksa. Tapi bila kita tetapkan diri kita untuk mencintai ALLAH lebih dari manusia kita akan rasa perubahan. Kita dah tak akan mengaharap lebih kepada manusia. Kita minta ALLAH jaga kan pasangan kita. In ShaALLAH..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.