
3 bulan aku ditinggalkan dengan anak – anak dekat rumah tanpa handphone. Anak s4kit demam tak boleh call suami. Suami sedap guna duit KWSP aku berbelas ribu bawa perempuan lain pergi bercuti. Yang s4kit hati, keluarga suami pula..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Aku nak minta tolong hidekan nama aku ye min. Ni berkenaan hal rumahtangga aku. Aku kahwin dengan suami aku dah 3 tahun. Dan sepanjang 3 tahun tu jugalah aku ditipu suami aku. Sekarang ni aku baru tahu aku kena tipu.
Suami aku kerja siang malam. Cuma balik rumah dalam 4 jam atau 3 jam sahaja. Nak luangkan masa dengan aku dengan anak – anak pun susah. Nak tolong aku buat hal rumah tangga pun susah. Anak aku ada 2 orang, masih kecil lagi. Seorang umur dua tahun dan seorang lagi setahun.
Suami aku selalu tipu aku. Kata kena kerja, padahal tak pergi kerja. Dia check in hotel dengan perempuan lain, layan p0rno dan layan d4dah. Balik rumah layu. Masalahnya sekarang, aku selalu cuba untuk positif dengan suami aku. Tapi bila aku cuba positif, mesti naluri aku rasa tak sedap hati dekat suami aku.
Mana taknya min. Suami aku pakai dua telefon dekat belakang aku. Dua nombor telefon pun belakang aku juga. Telefon dia rosak, aku pinjamkan telefon aku. Sangguplah aku tak ada telefon berbulan – bulan sebab sayang suami. Sedihnya, dia biar anak bini tak ada kemudahan telefon dekat rumah.
Kalau ada apa – apa jadi, mereputlah kami tiga beranak. Aku dah banyak kali, masa anak ada masalah kesihatan atau anak sembelit, aku nak minta dia tolong belikan barang pun susah. Sampai aku terp4ksa berlari tinggal anak dekat dalam rumah, pergi rumah jiran pinjam telefon suruh suami balik kalau anak ada masalah.
Dia sanggup biar aku macam orang b0doh dekat rumah tak ada telefon. Hidup aku habis jatuh, berbulan – bulan tak ada telefon. Tak tahu cerita dekat luar sana. Aku cuma sibuk layan hal rumah tangga aku seorang seorang dekat rumah sambil jaga anak – anak kecil.
Yang sedih lagi, dia kerja dua tempat. Masing – masing gaji seribu dua ratus dengan seribu tiga ratus. Kalau campur memang lebih dua ribu. Tapi bila bawa balik rumah cuma ada RM1,900 sahaja. Sedangkan sewa rumah RM1,000. Pampers anak, makan dan pakai semua belum masuk lagi.
Yang lagi sedap, suami aku sedap makan duit KWSP aku. Dah belas ribu habis. Sekarang tinggal seribu sahaja baki. Itu pun dia rembat pergi bercuti dan check in dengan betina dia. Aku dengan anak – anak langsung dia tak ambil kisah.
Aku tak pernah jumpa seorang suami yang suka isteri dia tak ada telefon. Tak perlu dihubungi atau video call sebab dia akan rimas dengan aku. Takut mengganggu dia video call dengan skandal dia. Hati aku, perasaan aku semua dah h4ncur min. Apatah lagi tengok muka anak – anak kecil aku yang tak ada d0sa, tengok per4ngai papa dia macam tu.
Sekarang ni aku tengah tunggu laki aku balik min. Aku nak dengar penjelasan dan kejujuran daripada dia atas apa yang dia buat dekat belakang aku selama ni. Dia selalu cakap aku buat cerita fitnah kononnya dia ada perempuan lain.
Padahal memang itulah hakikatnya yang dia buat belakang aku. Video call dengan perempuan lain, caring dengan skandal dia sedangkan anak bini langsung dia tak kisah. Hidup ke m4ti, penat ke tak, s4kit ke tak, langsung dia tak peduli.
Allahuakbar. Terkilan aku. Aku dengan anak – anak makan telur kicap dekat rumah, ikat perut. Tapi dia boleh makan sedap, siap dine in lagi. Sewa hotel dengan perempuan dia. Dengan tak ada kemudahan telefon, siang malam kena tinggal suami. Bekerja 24 jam. Jalankan tanggungjawab batin dengan aku pun sebab tanggungjawab sahaja. Kalau ikutkan memang dah lama tak ada.
Sekarang aku dalam proses nak cerai. Nak tunggu dia balik rumah, terus terang dengan aku. Lepas tu aku dengan anak – anak akan undur diri. Dengan satu sen duit pun tak ada. Dia rembat duit KWSP aku dengan betina tu. Tak apalah, aku redha.
Tolong jangan kecam aku. Aku cuma nak luah apa yang aku rasa selama ni. Rasanya cukuplah 3 tahun hidup aku kena b0doh dengan dia. Dia suka tipu aku. Siap bawa satu keluarga dia komplot untuk tipu aku. Sedangkan mak ayah aku jauh. Adik beradik pun jauh. Allahuakbar. Sekarang ni pun aku cuma menumpang rumah adik tiri aku.
Terkilan dengan keluarga dia. Semua pakat tahu laki aku ada dua nombor telefon, tapi kenapa aku tak tahu? Bila aku tanya satu satu, masing – masing buat tak tahu sahaja. Macam tak ada apa – apa jadi. Allahuakbar. Apa d0sa aku ya Allah kena hukvm macam ni.
Iktibar untuk semua. Percaya atau tak, naluri isteri memang sentiasa tepat dan betul. Aku redha min. Aku serahkan segala hidup aku kepada Allah. Aku sangat sangat kecewa. Hanya Allah yang tahu betapa h4ncurnya hati aku. Aku jaga rumah tangga, setia, jujur, sediakan makan minum dia, buat semua kerja rumah sampai cuci tandas. Tapi dia payah nak tolong aku buat kerja rumah. Nak tolong jaga anak pun, tanya sikit terus melenting.
Hari cuti hentam tidur seharian. Tak pernah ajak aku keluar dengan anak – anak. Tapi dia selalu tipu aku kononnya pergi kerja. Padahal bercuti dan berasmara dengan betina sundaI dekat luar. Aku harap akan datang aku tabah dan kuat untuk besarkan anak – anak aku min.
Doakan aku ye semua. Aku hanya sekadar meluah, bukan nak aibkan sesiapa. Sekian daripada aku. #isteribuntudanditipu Ni pun aku baru baiki telefon, baru 3 hari pakai. Nak minta dia belikan telefon, berkira dengan aku nauzubillah. Tapi duit KWSP aku dia kebas semua buat berjoli dengan perempuan dia. Allahuakbar. Kuatkan aku ya Allah.
Ulasan Pembaca:
Marina Ib : Lari sis. LARI! Kenapa perlu tunggu sehingga bertahun tahun? Sudah sudahlah memb0dohkan diri pada suami yang pentingkan diri dan tak ingat Tuhan. SayangiIah diri sendiri. Kembali kepada keluarga yang menyayangi diri awak.
Er Hayyun Marwan : Sedihnya dengar cerita akak ni. Sabar ye akak. Harap selepas ni ada hikmah di sebaliknya dan laki akak akan diberikan kesed4ran daripada kesilapan dia. Sabar ye akak. Harap akak kuat hadapi semua ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.