Suami halang aku jumpa mak ayah. Semua mesej mak aku, dia delete awal. Aku curi2 jumpa mak, sampailah suami melutut

Dia nak aku pakai selekeh pergi kerja, macam makcik – makcik je. Aku rase b0doh sangat masa ni sebab ikutkan sangat cakap suami patuh sangat dengan suami, sebab suami aku cakap bila dah kahwin priority isteri ialah suami dan isteri wajib taat walaupun suami tu jahat macam mana skalipun.

#Foto sekadar hiasan. Suami aku ni nampak macam ahli syurga sebab dia ni solat tak tinggal, puasa penuh, rajin ke masjid zikir tak lekang di bibir. Pendek kata orang luar akan cakap aku ni bertuah tapi dia tiket yang akan membawa aku ke ner4ka.

Kenapa aku kata macam tu? Sebab aku tak nampak tempat aku di syurga sepanjang aku jadi isteri dia. Boleh dikatakan aku tersangat lah kuat meIawan, aku meninggi suara dengan suami malah aku pernah pener4jang suami aku.

Kenapa aku jadi sampai macam tu, ini cerita aku… Seawal 6 bulan perkahwinan aku disahkan hamil dan dalam masa yang sama suami aku decide untuk berhenti kerja atas alasan kerja dia syubhah dan dia nak meniaga.

Fyi kerja tu bagi aku akan jadi syubhah atas diri kita, kalau kita tak buat benda tu kerja tu halal je. Cukup aku bagitau kerja dia tu dalam agensi badan berkanun. Selepas dia berhenti kerja aku takda nampak tanda – tanda dia nak mula meniaga apa – apa, yang aku nampak dia banyak habiskan masa dengan handphone masuk bilik air pun dengan handphone.

Suami aku ni dia ada sejenis sikap suka mengontrol, dia akan check handphone aku setiap kali aku balik keje, bagi aku tak ada masalah nak check sebab aku takda benda apa yang nak disorokkan. Yang jadi masalah mesej bos aku pun dia nak baca lepas dia dah bluetick orang tu dia tak bagitau aku lepas berapa jam baru cakap padahal bos aku minta suruh buatkan kan satu kerja untuk dia.

Korang faham tak macam mana perasaan aku nak marah tapi aku masih sabar. Bukan tu je duit gaji aku pun dia nak amik tau jugak belanja apa beli apa bagi sape setiap sen tanya berapa baki dalam bank even duit aku bayarkan coway umah parents aku pun dia nak pertikai padahal aku bayar since bujang tak ada masalah pun. Bukan aku minta duit dia pun.

Satu hari aku decide untuk check handphone dia jugak sebab aku macam curious sangat kenapa dia ni macam insecure sangat dengan aku, aku ni dah ikut semua cakap dia nak tinggal dengan parents dia aku ikutkan, dia nak check handphone aku pun ikutkan,

Dia nak aku pakai selekeh pergi ofis aku ikutkan sampaikan orang tegur asal dress up aku dah lain, aku senyum je sebab aku tau aku nampak macam makcik – makcik lepas dah kahwin. Korang tau apa aku jumpa mase check handphone dia tu rupenye suami aku ni berchat chat bersayang – sayang dengan perempuan, no wonder lah dia insecure sangat sebab takut aku buat benda same dia buat la tu.

Aku tak confront suami aku memandangkan aku mengandung jadi aku decide untuk berlakon macam biase sebab aku tak nak emosi aku terganggu and effect anak dalam perut aku. Tapi aku screensh0t sebahagian mesej tu untuk simpanan aku.

Selepas aku bersalin suami aku ni buat hal dengan family aku pulak, puncanye sebab dia tak suka bila family aku melebih – lebih bila aku dah ada baby. Aku ni anak tunggal, biase la bila atok nenek dapat cucu mesti dorang excited nak beli macam macam untuk cucu, mak aku siap upah orang untuk masak lauk pantang aku, upah orang datang urut tapi bagi suami aku parents aku ni macam nak take control.

Masalahnye nak harap dia hulur duit untuk semua tu memang tak ada lah. Baju baby pun sehelai je yang dia beli. Aku sempat pantang dua minggu je dengan parents aku lepas pada tu aku dah kena berulang alik rumah mertua sebab mertua nak main dengan cucu.

Luuka czer aku pun tak sembuh lagi padahal suami dah janji aku boleh duduk dengan parents aku 2 bulan. Aku mengalah sebab malas nak g4duh walaupun aku tau tak ada sape pun akan jaga aku kalau aku duduk dengan mertua tak macam pantang rumah sendiri.

In between ulang-alik tu ada satu hari mak aku mesej tanya aku balik tak minggu tu, suami aku baca terus dia tak bagi aku balik dah, padahal mak aku mesej tu supaya dia tak tertunggu – tunggu kalau aku tak balik tu pun jadi masalah besar.

Aku nak call parents aku pun kena sorok – sorok, sampai lah aku dah naik kerja aku jumpa parents aku senyap – senyap dekat ofis. Aku rase b0doh sangat masa ni sebab ikutkan sangat cakap suami patuh sangat dengan suami, sebab suami aku cakap bila dah kahwin priority isteri ialah suami dan isteri wajib taat walaupun suami tu jahat macam mana sekalipun.

Suami aku ni punya zaIim sampai mesej – mesej yang mak aku hantar kat aku tnya khabar aku pun dia delete sebelum sempat aku baca. Macam mana aku tau sebab mak aku tanya masa kitorang jumpa senyap – senyap di ofis.

Bila sampai 3 bulan aku tak boleh balik rumah parents, aku rase aku dah tak boleh nak tahan lagi dah sebab aku ni jenis rapat dengan parents. Dan aku memang seronok bila balik rumah since zaman Uni pun memang aku macam tu asal ada waktu free je aku memang balik rumah, jadi aku confront suami aku.

Dan hari tu jugak la hari di mana aku yang asalnye isteri yang patuh dan taat berubah menjadi isteri yang kasar, pemarah dan derh4ka, kenapa? Hanya sebab aku pertikai dia pasal tak boleh balik jumpa parents dia kata aku ni isteri derh4ka sebab tu aku susah bersalin dulu sebab tak boleh bersalin normal kena czer.

Sejak hari tu rase sayang atau hormat dekat suami memang dah takda, bukan nak berterima kasih dah lahirkan zuriat dia boleh pulak sumpah aku kata aku isteri derh4ka tak ciuum bau syurga. Belum lagi cerita pengalaman sepanjang aku duduk dengan mertua dan ipar duai nanti aku sambung. – Isteri Kental (Bukan nama sebenar)

Sambungan dari kisah aku yang lepas waktu aku g4duh besar sampai suami aku kata aku isteri derh4ka tu, aku confront semua yang aku tak puas hati termasuk la kes dia berchat – chat dengan perempuan, katanya dia bosan sebab aku sibuk kerja.

Senang betol jadi lelaki bagi alasan bukan ada apa – apa pun cuma bosan, wah kau kalau bosan pegi cari kerja sana confirm kau tak sempat nak rasa bosan. Aku bagitau jugak yang aku tak suka dan tak nak lagi dia check handphone aku tanya – tanya pasal duit ringgit aku.

Sama jugak pasal aku nak balik rumah parents aku, bila – bila aku nak balik aku tak nak dia halang. Macam mana dia keluarkan hadis – hadis bila berdebat dengan aku macam tu jugak aku keluarkan hadis – hadis untuk Iawan dia balik.

Kemudian pasal kerja dia cakap dia nak jaga anak kat rumah sebab dia tak percaya nak hantar anak ke pengasuh. Suami aku ni bukan dengan aku je dia bermasalah dengan adik- beradik dia pun dia tak ngam dan tempiasnya kena dekat aku jugak.

Macam mana adik beradik dia pulaukan dia macam tu jugak aku kena. Bayangkan duduk serumah tapi tak pernah sekali pun orang dalam rumah ni boleh duduk makan semeja, jangan kata hari biasa, bulan puasa pun kalau kata suami dengan aku ada adik beradik dia akan makan di bilik.

Diorang satu family cuma akan berlakon normal bila depan sed4ra mara, waktu ni adik beradik dia akan tiba – tiba jadi ramah dengan aku. 4 tahun jugak la aku surv1ve dalam rumah tu, murung weh macam takda kasih sayang dalam rumah tu.

Kerja aku dah la str3ss dapat pulak suami yang macam ni ditambah hal ipar – duai, bertambah – tambah murung aku sampaikan setiap hari aku tanya diri aku kenapa aku kena balik rumah ni. Ingatkan bila kahwin aku akan dapat adik beradik tapi sebaliknya pulak yang jadi.

Satu hari mertua aku datang dekat aku sambil nangis – nangis dan minta maaf dekat aku sebab apa yang anak – anak dia buat dekat aku. Dia kata dia malu kalau aku mengadu dengan mak ayah aku pasal kes pulau tu. Dia nampak aku tak happy pun duduk sini.

Sebenarnye aku tak pernah cerita dekat sesiapa pun terutamanya parents aku sebab aku tak nak diorang risau. Dalam rumah tu yang paling ok sekali mak mertua aku lah tapi dia s4kit, hidup dia memang berg4ntung ubat ada masa aku akan urut dia untuk redakan s4kit dia.

Aku bagi jugak duit poket dekat mertua aku. Since mak mertua aku dah bukak cerita, waktu ni lah aku ambil peluang untuk consult parents dia pasal sikap suami aku dengan harapan mungkin diorang boleh tolong, tapi tak banyak yang dapat membantu sebab mak dia s4kit bapak dia pulak jenis ikutkan kehendak anak, tak boleh nak tegur anak lebih – lebih.

Untuk yang komen kata macam mana aku boleh kahwin dengan lelaki macam ni, percaya la kalau semua sikap buruk ni dia tunjuk sebelum kahwin, aku dulu dah angkat kaki. Sebelum kahwin dia sangat berbeza ibarat macam aku kenal dua lelaki yang berbeza.

Sama jugak dengan family dia sebelum kahwin, aku dengan parents pernah datang ke rumah dia, waktu tu parents dia, adik beradik dia semuanya ok nampak macam family yang harmoni. Aku tak sangka pulak semua tu lakonan semata – mata.

Bila mengadu dekat parents dia tak jalan aku decide untuk ke pejabat agama, aku request untuk sesi kaunseling untuk aku dan jugak suami tapi maIangnya suami aku ni tak nak bagi kerjasama. Dua kali aku request dan dua – dua tu jugak dia tak nak pergi.

Dalam masa yang sama aku bagitau suami aku yang aku nak pindah, aku nak menyewa taknak lagi duduk dengan family dia. Suami aku cakap mak dia s4kit dia susah nak tengok mak dia kalau duduk asing. Lagi satu kata dia sewa rumah ni rugi sebab bukan jadi hak milik kita.

Niat aku ajak pindah ni satu sebab aku memang dah tak tahan duduk rumah tu sebab semuanye serba tak kena. Aku nak masak jadi serba salah nak basuh kain jadi serba salah. Semuanye serba tak kena lah. Kedua aku nak ajar suami aku ni jadi manusia yang bertanggungjawab, bukannye memerap celah ketiak mak bapak.

Jadi aku decide untuk beli rumah dalam masa yang sama aku usaha cari kerja lain dengan gaji yang lebih tinggi. Alhamdullilah Allah permudahkan urusan aku, both kerja dan rumah aku dapat. Aku cakap dengan suami apa pun jadi aku tetap akan pindah, dia nak jumpa mak dia setiap hari aku tak halang kalau dia nak duduk terus dengan mak bapak dia pun aku tak de masalah.

Selepas kitaorang pindah separuh dari rasa kemurungan aku tu hilang, beza sangat bila kita duduk rumah sendiri dengan menumpang rumah orang. Rasa lega dan seronok tu taktau nak cakap macam mana, bebas nak masak tak perlu lagi masak dalam bilik macam sebelum ni, bebas basuh baju tak perlu nak tunggu tengah malam baru boleh basuh baju.

Memang aku syukur sangat bila dapat rumah ni walaupun kecik tapi aku happy. Suami aku pulak ade sikap yang dia dah ubah ada sikap yang dia masih tak boleh ubah which is sikap malas dia. Kerja2 rumah memang dia tak buat alasan dia sebab dia dah penat jaga anak dekat rumah.

Aku hargai jasa suami aku jaga anak dari kecik, dia yang mandikan, cebok anak, suap makan, layan anak main. Sebab tu kadang – kadang aku malas nak bising sangat pasal kerja – kerja rumah. Suami aku pernah tanya kenapa aku berubah jadi aku yang sekarang ni, jawapan aku mudah je apa yang kau tanam tulah yang kau tuai. Dia tak kan dapat dah aku yang dulu.

Sekarang ni suami aku dah tak berani lagi control hidup aku, dia dah tak usik phone aku, dia dah tak tanya lagi pasal duit aku ke mana aku belanjakan semua dia tak tanya dah. Lega selesai satu lagi masalah aku. Dia pun tak buat dah per4ngai berchat – chat dia tu taktau la dia dah betol insaf ke ape tu urusan dia dengan tuhan.

Pasal hubungan suami dengan parents aku pulak dia dah tak halang aku balik, tapi kalau balik tu dia akan memerap jela dekat bilik. Bagi aku lantak kau lah janji aku boleh balik. Untuk yang tanya kenapa aku tak tinggalkan je suami macam ni, untuk pengetahuan aku dah pernah hire lawyer dan filekan fasakh.

Waktu tu aku memang aku luahkan semuanya dekat parents aku apa yang aku lalui sepanjang perkahwinan aku ni. Suami aku pulak time ni barulah dia nak melutut merayu – rayu dengan bapak aku suruh pujuk aku tarik kes.

Waktu tu aku ingat aku boleh go through tapi aku lupe aku ada anak yang rapat dengan both aku dan suami. Anak aku ni kecik lagi tapi dia macam faham. Sepanjang proses tu aku nampak anak aku menung tak ceria macam selalu, sampaikan bapak aku sendiri pun notice benda tu dan minta aku fikirkan balik pasal permohonan fasakh aku.

Ya aku tau korang akan cakap aku b0doh sebab tarik kes, tapi terus terang aku cakap penceraian mungkin mudah bagi orang dewasa tapi bukan bagi seorang kanak – kanak. Alasan ni macam cliché tapi ntah taktau nak describe macam mana melainkan kalau kita alaminya sendiri lebih – lebih lagi kalau anak tu rapat dengan bapak dia.

Selepas berbincang dengan mak ayah masing – masing, kami buat keputusan untuk bagi peluang dekat suami aku untuk berubah. Walaupun aku tarik kes fasakh tu tapi aku tak tarik b0doh b0doh aku tukar kepada tuntutan nafkah untuk aku dan anak.

Dalam tuntutan tu jugak aku selitkan sekali berkenaan tanggunjawab suami dalam urusan rumah tangga dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim antara isteri dan keluarga. Suami aku yang terdesak tu memang akan sign tanpa bantahan.

Cara macam mana dia nak bayar aku taktau pandai – pandai lah dia usahakan sendiri. Perjanjian dan tuntutan ni aku akan pegang sebagai perisai aku di masa akan datang. Sekarang ni focus aku cuma anak dan sambung study.

Suami dia boleh ambil masa untuk buktikan perubahan dia. Aku dah study semua selok belok pasal penceraian dan aku tunggu anak aku besar sikit dan sampai tahap di mana dia boleh faham kenapa ibu bapa dia perlu berpisah, in case suami aku masih tak berubah aku takda masalah untuk filekan semula penceraian.

Cara aku kekal positif dan w4ras, aku focus apa yang aku ada bukan apa yang aku takda. Aku mungkin takda pasangan yang membahagiakan tapi aku ada parents yang penyayang. Anak aku membesar dengan sihat dan ceria.

Aku takda masalah kewangan tak mewah tapi sentiasa cukup. Dari situ aku belajar untuk sentiase bersyukur, kalau nak dibandingkan dengan ujian orang lain yang lagi dahsyat. – Isteri Kental (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Airin Estrella : Sokongan keluarga sendiri sangat penting. Ramai lelaki gunakan isu ‘aib’ untuk melindungi perbuatan jahat mereka pada isteri. Kalau ik4tan keluarga kuat, suami takkan berani ani4ya isteri. Contoh sepupu perempuan saya pernah jadi m4ngsa pukuI.

Dia mengadu dan saya datang dengan 2 orang abang kandung dia yang badan sado ala – ala athelete jumpa suami dia. Sepupu tak nak berpisah, jadi kami bagi amaran keras pada suami dia. Sekali lagi dengar cerita dia pukuI bini, memang kami sumbat dia kat lokap.

Menggigil dia takut minta maaf. Dalam islam memang ada fungsi wali tu, bukan takat bernikah je. Jadi, masing – masing semak kebajikan adik – adik dan kakak – kakak pompuan masing – masing. Jangan biarkan keluarga korang dib0dohkan dan dipermainkan oleh suami masing – masing atas alasan tak nak campur rumahtangga orang. Kena ambik tahu. Kalau bahagia tak pe, kalau d3rita, tergamak ke biarkan macam tu je

Suzana Saleh : Taat kepada suami memudahkan isteri masuk syurga. Tapi kena tengok jugak suami tu macam mana rupanya. Kadang – kadang rasa nak tergelak berguling – guling bila ada lelaki claim syurga bawah tapak kaki dia sedangkan nafkah bini pun ko tak pernah bagi.

Ko harap bini ko boleh jadi bid4dari??? Nehi nehi…wahai lelaki sekalian, kalau kome nak bini dambaan syurga silalah kalian berper4ngai seperti Nabi Muhammad s.a.w. Kalau tak dapat seratus peratus, 50 persen pun Alhamdulillah… insaflah wahai lelaki. Ko nak bini ko mudah masuk syurga sedangkan ko sendiri tempah tiket ke ner4ka. Apa cer bro???

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.