Suami hilang tak balik, bila saya call kawan pejabat terbongkar suami kena tangkap basah dalam stor pejabat

Suami kata mereka tak buat apa pun dalam stor. Orang saja per4ngkap dan nak kenakan dia. Dia cakap perempuan tu baik. Saya diam – diam pergi jumpa pengarah dia, dan pengarah terangkan bahawa mereka telah lama hendapkan pasangan ni, setiap petang mereka akan masuk stor dan akhirnya..

#Foto sekadar hiasan. Terbaca tentang luahan rasa seorang ibu, seorang isteri dari ruangan ini mempunyai suami NPD membuatkan saya tersentak. Rupanya saya bukan keseorangan. Jalan cerita kami hampir sama, ya sama memikirkan apakah ini tanda klasik seorang NPD?

Saya telah berkahwin hampir 6 tahun. Mempunyai dua anak perempuan kecil berusia 5 dan 4 tahun. Suami seorang duda anak 2 yang diceraikan oleh isterinya selepas 8 tahun berkahwin. Saya selalu bertanya apa sebab terjadinya perpisahan, tapi katanya dia tak tahu.

Dia kena halau dari rumah dan tak dibenarkan jumpa anak – anaknya. Penceraian secara fasakh berlaku apabila isterinya menuduh dia melupuskan harta dan berlaku akibat campur tangan ibu mertua. Isterinya telah disihiir oleh lelaki lain yang jatuh cinta dengannya.

Akhirnya mereka berkahwin setelah 3 hari bekas isterinya tamat edah. Itulah pengakuannya dan saya percaya, kasihan dan akhirnya kami berkahwin setelah berkenalan hanya untuk tempoh kurang 6 bulan dan kami tinggal di rumah mak saya.

Sepanjang tempoh berkenalan, saya rasakan dia seorang lelaki yang baik, tidak pernah tinggal solat dan puasa. Selalu mengaji dan pergi ke masjid. Selalu belikan saya makan, belikan hadiah dan bunga. Selalu memastikan saya menutup aur4t dengan sempurna dan selalu menasihati saya.

Saya bekerja di sektor kerajaan dalam bidang profesional dan dia juga bekerja di bahagian pentadbiran dengan jawatan yang kecil. Dia tiada rumah, tiada kereta, tiada simpanan lepas bercerai dengan isterinya. Turning point, selepas berkahwin barulah saya tahu sikap sebenar dia. Solat selalu tak dijalankan.

Hampir setiap hari dia akan keluar malam dan balik jam 1 – 2 pagi pergi bersembang dengan kawan – kawan. Mengaji jauh sekali. Puasa yang ditinggal sebab tak sihat, tak diganti. Selepas dua bulan berkahwin. Saya mengandung.

Dia tak pernah teman saya checkup di kIinik atau hospitaI. Tapi saya okey sahaja, tak mahu menyusahkan dia. Suatu hari, saya terbaca mesej dia mengajak perempuan lain tidur di hotel. Saat itu, berdebar jantung. Saya menangis sehingga turun d4rah dan dimasukkan ke hospitaI.

Apabila menjenguk saya, dia datang bersahaja. Tak bawa makanan atau keperluan. Tiba masa melahirkan, dia suruh mak temankan saya dalam labour room. Hari ke-27 saya berpantang, dia keluar pergi memancing. Tak betah dia nak duduk rumah jaga saya.

Saya dibiar bersama anak kecil dan mak di rumah. Mak yang banyak uruskan saya, sapu ubat, masakkan lauk pantang, basuh baju anak dan saya. Mengandung anak kedua, saya seringkali melihat mesej – mesej dia bercinta dengan wanita yang kebanyakan saya kenal di pejabatnya.

Ada perempuan ni bekerja sebagai cleaner. Baby, sayang, abang, mama semualah keluar. Perempuannya keliling pinggang, semuanya dia mesej apabila berada di pejabat dan apabila waktu malam selepas saya tidur.

Dia akan pastikan dirinya sentiasa segak, berpakaian branded seperti Camel Active, Bonia, Sembonia, Padini, Pierre Cardin dan lain – lain. Pernah saya belikan T-shirt harga RM30, bukan main marah lagi dia. Katanya kainnya gatal dan tak bermutu.

Taubat lahum saya tak belikan lagi dia T-shirt sehingga kini. Dia akan sentiasa mengenakan deodoran walaupun berada di rumah. Dia akan makan sikit untuk menjaga badan agar tidak gemuk dan perutnya tak boroi seperti kebanyakan lelaki lain yang dah berkeluarga.

Rambutnya akan sentiasa dip0tong kemas, dirapikan dan pakai minyak atau pomade walau berada di rumah! Dia akan bergurau panggil saya gajah, dan suruh saya kuruskan badan untuk kesihatan diri. Padahal saya tahu, dia malu saya gemuk selepas bersalin.

Saya mula perasan, dia mula meletakkan tanggungjawabnya kepada mak dan saya. Hanya sekali sahaja dia akan berikan duit nafkah untuk sebulan disebabkan gajinya yang kecil. Pandai sayalah lepas tu nak hidup. Dia tak pernah belikan anak – anak mainan.

Tak pernah belikan makanan hatta kuih sekalipun untuk kami. Jarang sekali dia ke pasar malam sebab katanya makanan mahal dan tak sedap. Tapi kalau saya belikan makanan, dia akan komplen cakap tak sedap, ada kedai lain lebih sedap.

Tapi dia akan habiskan makanan yang saya beli dan dia takkan tunjukkan kedai mana yang dik4takan tadi. Apa yang saya beli, semua salah, semua tak sedap, semua merosakkan kesihatan. Tapi habis juga dimakannya. Kalau nak tunggu dia, kempunan la saya. Dia sangat kedekut.

Tak pernah dia beri mak saya duit sebab jaga anak dia. Tak pernah belikan makanan, kuih ke buat minum petang. Dia hanya menunggu saya belikan semua makanan atau peralatan di rumah. Dia akan ambil dan gunakan.

Motorsikal EX5 arw4h abah, dia dah tukar semua aksesori dan gunakan. Segala perbelanjaan isi rumah semua atas saya dan mak. Segala makanan, bil – bil elektrik, air, telefon, internet, yuran sekolah anak, susu, pampers, baju, duit kereta, insurans anak – anak, ubat – ubatan semua atas saya campur duit nafkah yang diberi tak seberapa.

Tapi saya tak pernah cakap kat dia tak cukup sebab tahu gaji dia kecil dan gaji saya lebih besar. Duitnya semua saya belikan keperluan anak – anak supaya dia dapat pahala. Takda saya merasa duit nafkah untuk keperluan diri saya sendiri.

Saya selalu bawa bekal ke pejabat sebab duit yang ada untuk simpanan dan keperluan bila perlu. Kawan di pejabat makan kfc, minum tealive. Saya makan bekal dan minum air coway bos sediakan. Dia juga tak pernah empati pada saya.

Tak pernah dia tanya saya ada duit tak nak makan? Macam mana kerja saya hari ni? Saya sihat ke tak hari ni? Tidak pernah duduk berborak seperti pasangan suami isteri lain. Pernah saya demam, dia keluar tetap keluar melepak dan balik lambat.

Nasib baik ada mak boleh tengokkan anak – anak. Birthday saya tak pernah dia ingat, tak pernah belikan hadiah. Anniversary apatah lagi. Sepanjang 6 tahun kahwin, jangan kata emas permata, dia tak pernah belikan saya dan anak – anak baju raya, kuih raya, belikan makanan berbuka.

Sebaliknya saya pulak yang belikan dia dan anak – anak baju setiap kali raya. Itupun kena bawa dia. Tak boleh beli sendiri. Banyak masalah saya ceritakan pada mak. Anak – anak jadi tempat saya lepaskan marah dan str3ss.

Akhirnya disebabkan beban em0si yang tak tertanggung, saya mendapat d4rah tinggi dan mengidap Kebimbangan Melampau (Anx1ety). Kena makan ubat penenang selepas bersalin anak kedua. Bukan nak menyokong menenangkan jiwa saya, sebaliknya dia kata saya giIa!

Saya str3ss melampau, saya dibiarkan buat semua kerja rumah. Uruskan anak – anak. Kebajikan saya dan anak tak pernah diutamakan. Kalau anak s4kit, dia akan beriya bawa kami ke kIinik, tunggu dalam kereta dan bawa kami balik.

Sikit pun tanya keadaan anak, dan saya rasa dia takut nak keluarkan duit untuk bayar ubat anak. Pernah anak masuk hospitaI swasta sebab demam tinggi melebihi 40 darjah, deposit hospitaI saya bayar, suruh dia jaga anak di hospitaI.

Dia kata taknak sebab takut kena cucuk hidung swab, datang tengok anak berlenggang je, sampaikan mak saya marah suruh belikan saya makanan sebab hospitaI tak sediakan makanan untuk ibu, barulah dia belikan makanan.

Seminggu duduk hospitaI, saya bagi dia duit susah payah datang, dia ambil. Itu belum lagi dia lari keluar ke bilik lain bila anak s4kit dan merengek nak tidur buai. Bising katanya mengganggu tidur dia. Belum lagi part nak beli kereta mahal untuk kereta keluarga.

Saya cadang nak beli proton Exora, besar dan luas dan saya mampu nak bayar bulanan. Eh, dia kata kereta proton tak elok, suruh saya beli toyota, mazda atau kereta luar negara. Sudahnya saya beli nissan dan bayar duit bulanan hampir RM700.00 dan maintenance setiap tahun tak pernah dihulur.

Pernah kereta rosak, saya, anak – anak dan mak dalam kereta tengah hujan lebat. Suhu kereta naik tiba – tiba menyebabkan kami tersadai tepi jalan. Anak – anak menangis takut, keadaan panas sebab tak boleh buka aircond.

Saya telefon dia dengan harapan ambil la anak – anak dan mak balik dulu sementara saya tunggu suhu turun. Dia boleh suruh saya bawa je kereta perlahan – lahan sampai rumah. Menyesal saya. Meleleh air mata. Hampir sejam saya baru sampai rumah sebab jalan tak berapa jauh, suhu naik dan berhenti tepi jalan.

Berulang kali. Keesokannya saya terus telefon bengkel, tunda kereta dan betulkan. Terbang RM400. Tapi dia sikit pun tak tanya kereta tu rosak apa, berapa kena, hantar ke mana. Dia diam je buat hal dia. Seperti biasa, takut saya mintak duit dia.

Dua tahun lalu, saya ternampak lagi dia bermesej dengan isteri orang di pejabat. Kakak umur 50 tahun. Kerani baru pindah di situ. Isteri nombor 2 katanya. Mereka saling bermesej ambil berat, tanya khabar, tanya dah makan belum, tanya buat apa.

Dia kata dia kesian, sebab suami kakak tu selalu pukuI dia, selalu tak makan, selalu ditinggalkan sorang di rumah. Jadi dia selalu munt4h dan g4strik di pejabat. Dia tolong beli makanan, bawak kakak tu pergi makan, bawa ke kIinik.

Saya tanya dia takda kawan perempuan ke nak ambil berat? Dia diam. Saya cakap hal kerja tinggalkan di pejabat. Dan dia cakap dia takda apa – apa niat selain menolong. Saya percaya cakap dia. Baru – baru ni, dia keluar malam dan tak balik rumah bawa kereta saya.

Telefon tak angkat, telefon kawan – kawan semua tak tahu. Saya telefon kawan sepejabat dia sehingga terbongkar kisah dia dan perempuan tu kena tangkap khalwat dalam stor pejabat. Saya meraung – raung bagitahu mak saya, bagitahu kakak dan abangnya di kampung.

Saya telefon dia banyak kali suruh dia balik segera. Bila rahsia dia terbongkar, dia naik tangan dekat saya depan anak, m4ki hamun keturunan saya, m4ki hamun anak – anak. Doakan saya dan anak – anak m4ti eksiden sebab saya bagitahu keluarga dia di kampung.

Iphone yang saya beli berharga RM3 ribu yang dia pujuk nak guna, dia baling sampai pecah. Dia cakap perempuan tua tu baik, jangan cakap buruk pasal perempuan tu. Dia kata mereka tak buat apa pun dalam stor. Orang saja per4ngkap dan nak kenakan dia.

Saya perlu percayakan dia dan tak boleh percayakan orang lain. Dia cakap dia jadi bachul sebab saya, dia putvskan hubungan adik beradik sebab saya, dia takkan balik kampung lagi sebab saya walaupun mak dia m4ti nanti.

Semuanya sebab dan salah saya dia jadi begitu. Dan saya tak boleh sebut langsung pasal perempuan tu. Dia masih cakap tiada apa antara mereka. Saya pergi jumpa pengarah dia, dan pengarah terangkan bahawa mereka telah lama hendapkan pasangan ni, setiap petang mereka akan masuk stor dan akhirnya setelah cukup bukti barulah pengurusan ambil tindakan dan mereka berdua kena cekup.

Tak sanggup saya bayangkan apalah yang mereka buat di dalam stor. Allahuakbar! H4ncur berkecai hati saya, selama ni, tak cukup – cukup saya diuji. Saya bagitahu mak, mentaI saya s4kit, ada sesuatu dalam badan saya yang s4kit tapi orang tak nampak. Saya rasa hopeless.

Selama ini dahlah saya tanggung semua, saya turutkan semua, saya tidak dihargai seperti seorang isteri, saya dih1na. Tapi ini baIasan dia pada saya. Saya cuba nak bawak diri, tapi saya kesian mak kena jaga anak – anak. Dia? sibuk dengan telefon. Telefon melekat je kat tangan.

Siap ada password. Jangan kata saya, anak – anak tak boleh pergi dekat dengan telefon dia. Pergi toilet pun bawak telefon. Kalau pakai kain pelekat, telefon duduk dalam ik4tan kain pelekat kat perut. Dia masih keluar malam dan balik lewat sehingga jam 6 pagi.

Kerjanya melupuskan harta mak dan abah saya. Dia p0tong semua pokok buah yang arw4h abah saya tanam, tapi dia tak gantikan dengan pokok baru. Dia tanam pokok nenas, terung, cili banyak – banyak melebihi keperluan lepas tu suruh saya, mak dan adik saya jual di pejabat kami.

Tapi dia tak nak bawak ke pejabatnya untuk dijual. Dia pelihara ayam dan itik kampung sampai berpuluh ekor, t4hi ayam sana – sini, atas simen depan, belakang dan tepi rumah. Tak dicuci, rumah bau busuk. Masih suruh kami jualkan ayam kampung, tapi dia tak nak jual bagi pihak diri sendiri.

Tiga kali saya turun naik pejabat agama nak dapatkan sesi kaunseling. Sesi kedua ustaz salahkan saya sebab katanya isteri kena pandai la pik4t suami. Jaga kecantikan, jaga perut suami, jaga hal tempat tidur dia. Allahu, Allah lebih tahu, saya memang masak di rumah, jarang sekali keluar makan di kedai.

Saya bukan perempuan tinggalkan rumah dan anak – anak untuk berhibur dengan kawan – kawan kat luar macam orang lain. Saya jaga solat dan puasa. Masa untuk diri sendiri pun takda. Duit nak cantik beli supplimen vitamin semua saya simpan untuk masa depan anak – anak.

Sebab ayah mereka tak pernah buka akaun simpanan anak. Bab atas katil, sebulan sekali susah saya nak dapat. Kalau dapat pun saya sangat bersyukur. Kalau saya nak, dia akan suruh saya tidur dan biarkan malam berlalu.

Hanya dia sahaja yang boleh minta pada saya, saya tak boleh minta. Tapi kalau saya tak bagi, dia akan m4ki hamun saya. Dia akan bandingkan saya dengan bekas isterinya yang jauh lebih baik, lebih cantik dan lebih kaya dari saya. Muka saya hodoh, badan saya besar.

Tak sesuai dengan dia. Kali ketiga sesi kaunseling, dia tak datang sebab dia kata pejabat agama tu bukan tempat dia. Puas ustazah pujuk, dia kata dia sibuk kerja. Akhirnya ustazah keluarkan surat untuk saya bawa kes cerai ke mahkamah.

Saya balik dan bagitahu dia saya nak cerai. Dia menangis, peIuk kaki cakap dia akan berubah. Katanya saya takda kekurangan pun. Dia saja cakap nak s4kitkan hati saya. Kalau nak sangat cerai, tunggulah 5 tahun lagi sampai anak besar katanya.

Bila sebut bab anak, saya bagi peluang kali terakhir. Kami pergi bercuti bersama anak – anak dan mak, waktu malam kat hotel masa dia tidur, saya ternampak perempuan tua tu mesej dia lagi berbahasakan diri mereka sayang dan abang.

Saya m4ki hamun dia cakap dia takkan berubah dan taknak berubah. Dia, macam biasalah mana nak mengaku kan. Dia je betul, semua orang salah dan tak boleh nasihatkan dia. Jadi dia cakaplah alasan mengarut. Katanya hanya bab kerja.

Bab kerja bersayang abang tengah malam buta? Sedangkan itu tempoh masa berkualiti kami dengan keluarga. Perlu ke dia masukkan orang lain dalam waktu itu? Walau dia m4ki hamun saya, h1na saya, anak – anak dan keturunan saya, dan tiap kali saya mintak cerai, dia tak pernah lafazkan.

Kata mak dan adik beradik, dia takkan nak lepaskan saya. Sudah tentu dia malu sebab pernah bercerai sekali. Lagipun saya lebih berkebolehan dan lebih pendapatan dari dia. Dia ada segalanya dengan saya dan tak perlu susah payah.

Motor pun abah saya punya dia pakai. Rumah besar milik mak abah saya, api air percuma tak payah bayar sewa dan bil. Tanah luas dia sesuka hati bercucuk tanam, pelihara haiwan. Anak – anak terjaga sebab mak yang jagakan.

Demi Allah, hati saya dah tawar. Kini saya diam je macam orang b0doh. Kali terakhir saya cakap dengan dia, janganlah buat d0sa lagi. Kahwinlah saya izinkan dan lepaskanlah saya. Saya mula pakai tudung dalam rumah, pakai jubah atau baju lengan panjang menutupkan kekurangan diri.

Saya tunggu anak besar untuk tempoh lima tahun lagi. Saya bersyukur mak masih ada di sisi, masih sihat dan masih nak dengar luahan hati ni. Saya tiada tempat lain nak luahkan perasaan s4kit ni. Saya akan terus makan ubat penenang untuk berapa lama lagi, saya pun tak tahu.

Kami tidur berasingan bilik. Saya gembira bawa mak dan anak – anak berjalan tanpa dia. Dia juga tak pernah tanya dan ambil tahu ke mana kami pergi atau apa kami buat. Saya rasa kekok bila berada bersama dia. Saya kuatkan semangat bela mak dan anak – anak, cari jalan gembirakan diri sendiri bersama anak – anak.

Selagi saya boleh buat, saya akan lakukan dan saya takkan susahkan orang lain. Saya anggap diri saya kini sebagai seorang ibu tunggal. Saya sendiri dan berseorangan. Sambil tu saya selalu cakap dengan anak agar mereka bersedia bila saya dan ayahnya tidak lagi tinggal bersama.

Dia? saya juga tidak ambil tahu tentangnya lagi. Saya harap dia gembira dengan hidup dia. Kadang – kadang terlintas di fikiran, serba sedikit saya tahu kenapa dia diceraikan isterinya dulu. Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar bukakan jalan – jalan kebaikan untuk saya dan anak – anak.

Selama 6 tahun saya boleh sengsara, apa salahnya saya bertahan untuk 5 tahun lagi kan sementara anak – anak membesar dan mengerti tentang apa yang sedang berlaku. Andai anak – anak memilih untuk hidup dengan ayahnya juga saya tiada halangan. Dan andai anak – anak salahkan saya, saya terima. Asalkan mereka gembira. Doakan saya kuat terus melangkah… – Me (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Pah Bedah : Kenapa 5 tahun dik?? Buatlah sekarang, kerana hidup ini singkat saja. Awak berhak bahagia.. lagi 5 tahun, mungkin awak yang tak tahan, kalau Allah izinkan sebab sekarang pun awak berg4ntung pada ubat – ubatan.

Shamira Azmi : Masa lepas berkahwin pun dah tunjuk banyak red flag nya. Masa ada anak first pun laki nya tak kisah pun pasal Wife dan anak nya tup tup ada anak kedua. Pastu nak tunggu 5 tahun lagi. Adoii tt dah ada segala – gala nyaa. Nak bela biawak hidup ni lagi kenapa. Alasan anak ni tolak tepi la sis. Fikir em0si mentaI sis dulu. Baru boleh anak – anak terjaga.

Cahaya Sakinah : Enough is enough sis. Jangan biarkan n4nah jadi b4rah. Dah cukup 6 tahun dia b0doh – b0dohkan sis. Gunakan, perah keringat sis dan mak sis untuk apa lagi tunggu lagi 5 tahun??? Senang hidup dia makan tanggung ber4k cangkung.

Sebelum apa – apa lagi teruk jadi better angkat kaki je. Halau dia ber4mbus dari rumah tu. Biar dia keluar sehelai sepinggang. Sis dan anak – anak berhak untuk bahagia. Tak payah subahat dengan dia buat maksi4t. Jangan sebab anak sis bertahan. Anak tak bahagia kalau diri sis sendiri tak bahagia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.