Suami hilangkan 4K duit boss, dia minta duit main mesin. Barang dapur dah habis, anak makan nasi takde lauk. Aku tak sanggup

Aku baru lepas solat hajat, harap esok ada orang transfer 3000 dekat aku. Doakan esok dapat bagi anak aku makan nasi dengan telur. Aku kesian anak kena makan nasi dengan garam. Semuanya sebab suami terjebak, selepas 3 tahun. Puncanya…

#Foto sekadar hiasan. Salam min, hide profil kawan aku ni. Maaf kalau agak panjang. Aku ibu anak dua (3 tahun dan 5 bulan) surirumah sepenuh masa. Yatim piatu. Adik beradik semua jauh.  Sebelum ni kerja kerani gaji bersih dalam 1400 saja kalau ada ot.

Sekarang tak kerja sebab menyusu badan aku dah try pam masuk botol tapi anak aku tak reti sebab tu aku berhenti. Kami duduk menyewa. Tu ja kot serba sikit tentang diri aku. Nak luah sikit, permulaan tahun baru ni aku serabut suami buat balik per4ngai main jvdi online, yang orang sebut main mesin tu.

Setelah sekian lama dia tak main. 3 tahun ada kot dia tak main. Tahun baru ni dia start main.  Aku serabut sangat dengan aku tak kerja, simpanan aku semua dia cari untuk masuk mesin. Dia kerja bawa lori, sekali trip 400. Dua hari lepas jalan, dapat la gaji 400 tu.

Kadang – kadang duit untuk kos jalan lori yang bos bagi pon dia main mesin. Sampai habis. Lepas tu dia kalut mai semak fikiran aku suruh cari balik duit jalan tu untuk tol dan minyak lori bagai. Menggagau aku pinjam merata kawan – kawan, adik beradik.

Tak pinjam nanti macam mana dia nak teruskan bawa lori. Kena buang keja ke lagi masalah. Entah la serabut aku. Sekarang hutang dengan orang saja dah dekat 2k. Pinjam orang ni 100, kawan ni 100, tau – tau dah 2000. Mungkin sikit bagi korang semua tapi bagi aku ni dah terlalu banyak.

Pinjam pun sebab nak beli susu pampers anak lah selalunya, bukan nak berfoya – foya ke apa. Aku tak pernah berhutang selama hidup aku sebab tu aku rasa macam mana tah bila hutang orang tak bayar ni. Tidur pun tak lena, asyik terjaga saja lepastu menangis.

Mikir macam mana la nak selesaikan hutang ni semua. Tambah pula sewa rumah tak bayar lagi bulan ni. Dengan barang anak habis serentak. Barang kering basah pun dua hari dah habis. Aku sedih min anak aku makan nasi kosong saja hari – hari aku ok lagi boleh ja makan nasi dengan garam.

Tentang aku tak kisah sangat tapi anak aku tu aku sedih betul. Hatta nak bawa dia pergi kedai beli jajan pun aku tak mampu min. Tagunanya aku sebagai mak dia. Ha nak cerita punca dia main balik mesin dia cakap dia bagi jatuh duit bos rm4k tak tau jatuh mana orang curi ka apa tak tau.

Duit tu sepatut bagi supplier dekat tempat dia turun barang. Pendekkan cerita dia balik kampung mak dia bagi rantai mas suruh gadai untuk bayar balik duit tokey. Sebab tu dia main mesin tu sebab nak t3bus balik rantai mak dia.

Allaaahhh sesak d4da aku bila tau. Dia tak minta dekat aku sebab aku memang takde barang kemas habis dah jual masa nak bayar depo rumah sewa dulu. Itupun gelang kecik dengan cincin saja. Tu ja pun barang kemas aku ada.

Sekarang ni serabut laaa hutang banyak. Itu ini tak bayar lagi. Dengan mak mentua ku plak asyik dok suruh balik duduk kempung dengan dia sebab dia tau sewa tak bayar lagi. Dia ingat tuan rumah nak hambat. Dia macam seronok kalau kena hambat sebab boleh balik dok dengan dia.

Allah tak sanggup dah aku nak menetap dengan mak mertua aku. Ipar – ipar semuanya t0ksik. Meny4kitkan hati. Cukup la 2 tahun aku duduk situ yang macam neraka sebab ipar aku hampir bercerai. Sebab mertua, aku mer0yan masa dalam pantang tak sanggup dah aku nak kembali ke ner4ka tu.

Sekarang ni aku tak nampak jalan penyelesaian lagi. Jangan la bagi cadangan suruh aku meminjam lagi. Orang lain penat – penat cari duit, aku plak senang nak minjam. Duit plak dah la susah cari, takkan aku senang – senang nak mintak hasil titik peluh orang lagipun tak sanggup dah aku nak dibelenggu hutang.

Nak minta sedekah aku cukup sifat tak c4cat. Nak bercerai? Jujur cakap aku sesen pun takde sekarang, macam la aku nak hidup. Tadi aku ada fikir nak jual ja semua barang dalam rumah aku ni. Tapi tak boleh pula nanti laki aku tau mesti dia ambik buat main mesin.

Ini pun aku baru sudah buat solat hajat dan tahajud moga allah pandang lah aku tiba – tiba ada orang transfer aku 3000 ka. Lega rasa selesai semua hutang aku. Memang macam tak mungkin kan tapi takpa berangan itu indah dan percuma. Ntah la.

Suami aku tu kalau dia tak main mesin bagi aku dia hampir sempurna dah, dia rajin tolong aku. Kalau dia cutikan boleh kata aku ni cuma menyusu anak kecik ja, yang lain semua dia buat. Masak pun sedap. Lipat kain pun rajin.

Tak pernah berkira dengan aku, tak pernah marah m4ki apatah lagi naik tangan. Tapi tu laa siapa sangka kan tiba – tiba diuji macam ni plak. Rantai mak dia tu habis tempoh bulan 3 ni, tu yang lagi sakan dia main tu. Masalah main tak balik modai pon. Kalah deret. Tu pun tak seri, tak paham aku.

Sampai keperluan anak bini pun terabai. Mungkin dia ingat aku ni ada duit kot. Bestnya kalau kaya kan. Korang semua doakanlah aku yaa keluar dari belenggu hutang ni. Doakan esok aku boleh bagi anak aku makan nasik lauk telur goreng pon dah ok.!

Aku makan nasi garam takpe, anak aku jangan. Doakan aku yaaa. Terima kasih semua. Aku taip sampai mata pun tak nampak ni dibanjiri air mata. Sedihnya hidup aku ni. Aku keep on sedapkan hati aku ni kalau aku rasa aku ni susah ada ramai lagi orang yang ssahkan.

Sekurangnya aku sekarang tengah baring atas katil walaupun sambil nangis, sekurangnya aku ada nasi dengan garam untuk dimakankan. Anak – anak dekat Palestin sekarang macam mana la keadaan kan. Hmm semua jangan lupaa doakan aku ya!

Semoga Allah pandang aku. Kalau pun tak nak pandang, ya la sebab aku ni h4mba dia yang lalai dan j4hil kan, harap Allah pandang lah anak – anak aku dan bagi pertolongan melalui anak – anak aku. Oh ya kalau korang ada nak suruh buat keja dari rumah, komen la. Boleh juga menjana income untuk bayar hutang dan beli lauk. Okylah Assalamualaikum.. Doakan aku!!! -syuhada- (bukan nama sebenar).

Komen W4rganet :

Adiey Dadymbo : 1. Pergi jumpa ajk masjid terdekat mintak bantuan untuk anak – anak. 2. Ada adik beradik cerita kejadian mintak tolong. 3. mintak suami berubah. Orang berjvdi ni memang auto putar belit. Bagi kata 2 dekat suami dengan nekad. 4. Cari pendapatan sendiri paling susah dengan keadaan tapi cuba la. Rapatkan silaturahim dengan tetangga kot boleh jumpa ruang.

Nanie Nadyha : Allahu sedihnya saya baca kisah ni. Selalu pegang kata – kata tu kalau rasa kita susah ada lagi orang yang lebih susah. Semoga dipermudahkan urusan Puan ya. Saya ada buat bisnes online, kalau puan nak cuba boleh follow saya. Saya cuba bantu yang termampu, sambil jaga anak kita cari pendapatan. insyaallah..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.