Suami janji nak tinggalkan perempuan tu. Suami dah block dia tapi perempuan tu sanggup sewa rumah kondominium sama dengan aku

Seorang lelaki DM aku dekat Instagram. Dia kongsi bukti mesej, gambar, dan segala benda yang jadi antara suami aku dengan perempuan tu. Perempuan tu sanggup pindah dan duduk satu kondominium dengan aku, semata – mata nak dekat dengan suami aku.

#Foto sekadar hiasan. Pendahuluan. Aku ambil masa yang lama untuk menulis benda ni. Bukan sebab tak ada cerita, tapi sebab terlalu banyak rasa yang bercampur dalam d4da. Sedih, marah, kecewa, keliru, semua ada. Aku cuma nak luahkan.

Bukan untuk buka aib sesiapa, cuma untuk lepaskan beban yang aku simpan hampir sebulan lebih. Mungkin dengan bercerita, aku boleh bernafas sikit. Aku dah berkahwin hampir tujuh tahun. Dan bulan lepas, hidup aku berubah sekelip mata bila aku dapat tahu yang suami aku sebenarnya curang dengan aku hampir empat tahun.

Curang bukan sekadar mesej atau perhatian, tapi sampai ke tempat tidur. Itu yang paling meny4kitkan. Hati aku rasa macam koyak, d4da rasa sempit, dan kepala aku penuh dengan soalan yang tak ada jawapan. Semua ni bermula bila seorang lelaki DM aku dekat Instagram.

Lelaki tu cerita satu per satu apa yang jadi. Dia kongsi bukti mesej, gambar, dan segala benda yang jadi antara suami aku dengan perempuan tu. Lelaki ni sebenarnya hampir nak berkahwin dengan perempuan yang sama, yang juga skandal suami aku.

Masa tu, tangan aku menggigil baca setiap ayat. Aku rasa dunia aku runtvh. Sebelum aku kahwin, aku akui aku jahiI. Aku pernah melampaui batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Aku tak nafikan kesalahan aku sendiri. Dalam hati aku selalu fikir, mungkin apa yang jadi dalam perkahwinan aku sekarang ni adalah kifarah dari Allah untuk d0sa – d0sa lama aku. Aku terima hakikat tu walaupun s4kit.

Suami aku dari dulu memang jenis panas baran. Cepat marah, cepat naik angin. Dan selalunya aku yang jadi tempat dia lepaskan kemarahan. Tak pernah sampai pukuI atau d3ra secara fizikal, tapi mental aku memang selalu penat. Aku banyak diam, banyak mengalah, sebab aku fikir itu tanggungjawab isteri.

Kami ada seorang anak. Tahun ni umur anak aku nak masuk tujuh tahun. Anak ni la yang selalu buat aku kuat walaupun hati aku h4ncur. Bila aku tahu pasal kecurangan tu, aku terus bersemuka dengan suami aku. Aku tanya semuanya.

Tapi macam yang aku jangka, dia menafikan. Dia cakap dia tak pernah sampai tidur, semua tu cuma cerita orang. Sedangkan aku ada bukti mesej dari mulut dia sendiri, ayat – ayat tak sabar nak bersama perempuan tu. Masa tu, aku rasa hina sebagai isteri.

Aku anak yatim. Mak aku meninggaI dunia lapan tahun lepas. Lepas mak pergi, suami aku buat keputusan nak kahwin dengan aku dengan niat nak jaga aku. Itu yang selalu dia ulang bila kami berg4duh. Jadi bila semua ni terbongkar, aku rasa dikhi4nati bukan sikit.

Lepas dia kantoi, dia janji nak berubah. Dia janji nak buang sikap panas baran, nak betulkan semua yang rosak. Aku pegang janji tu sebab aku masih sayang. Sebulan berlalu, dia memang tinggalkan perempuan tu. Dia block, dia jauhkan diri, dan aku nampak perubahan pada diri dia.

Dia jadi lembut, jarang marah, cara bercakap pun lain. Mungkin sebab dia dah kantoi. Mungkin sebab dia takut kehilangan aku. Tapi keadaan jadi lebih rumit bila kawan kepada perempuan tu mesej aku. Dia minta suami aku jumpa perempuan tu untuk bincang hala tuju hubungan mereka.

Sebab perempuan tu nak suami aku bertanggungjawab atas apa yang dah jadi selama ni. Hati aku r3muk dengar semua tu. Aku desak suami aku untuk jumpa perempuan tu dan selesaikan. Aku siap cakap aku reda kalau dia nak berkahwin dengan perempuan tu.

Bukan sebab aku kuat, tapi sebab aku kesian. Perempuan tu pun m4ngsa. Dia hanya dijadikan tempat memuaskan nafsu. Tapi suami aku tegas. Dia cakap dia tak nak dan dia takkan berkahwin dengan perempuan tu. Sekarang ni, layanan dia dekat aku memang sangat baik.

Terlalu baik sampai aku sendiri takut. Tak ada lagi marah – marah tak tentu hala. Semua dia buat dengan lembut. Aku nampak usaha dia, tapi Iuka dalam hati aku masih ada. Apa yang buat aku lagi s4kit bila aku tahu perempuan tu sanggup pindah dan duduk satu kondominium dengan aku, semata – mata nak dekat dengan suami aku.

Sampai sekarang, suami aku pernah janji nak jumpa perempuan tu untuk betulkan keadaan, tapi tak jadi beberapa kali sebab alasan kerja. Setiap kali benda tu tak jadi, hati aku jatuh lagi. Aku tak tahu apa yang mereka buat di belakang aku. Aku tak ada bukti, tapi perasaan tu sentiasa mengh4ntui.

Aku sayang suami aku. Itu hakikat yang aku tak boleh nafikan. Tapi aku juga tak tahu macam mana nak buang semua kenangan pahit ni dari kepala aku. Aku tahu, mungkin aku takkan pernah lupa sepenuhnya. Setiap kali aku senyum, ada rasa sakit yang tersembunyi. Setiap kali dia buat baik, aku teringat pengkhi4natan dia.

Aku cuma seorang isteri yang sedang cuba bertahan. Antara mahu percaya dan takut dikhi4nati lagi. Antara mahu memaafkan dan takut terIuka kali kedua. Aku serahkan semuanya pada Allah. Aku cuma harap, apa pun jalan yang aku pilih nanti, aku diberi kekuatan untuk hadapinya

Komen Netizen :

Marblesyabirin : Sis, kau solat. Kau doa supaya Allah permudahkan segala urusan kau. InsyaAllah akan ada jalan untuk kau. Minta petunjuk supaya benda ni tak ambil masa yang lama untuk terjawab. InsyaAllah kalau betul perkara tu masih berlaku, Allah sendiri akan tunjukkan bukti tanpa kau perlu cari. Kadang – kadang bila kita terlalu s4kit, Allah minta kita berhenti sekejap dan berserah, sebab jawapan tu akan datang dengan cara yang kita tak sangka.

Zaty : Percayalah, sebenarnya kau dah kena permainan dengan suami kau dan perempuan tu. Perubahan suami kau sekarang ni mungkin cuma lakonan untuk tutup kesalahan dia. Sampai tahap skandal dia sanggup pindah duduk satu kondominium dengan kau, must4hil benda tu jadi tanpa sebab.

Takkan itu pun kau tak boleh fikir panjang. Hakikatnya, sampai mati pun kau tak akan dapat lupakan kecurangan suami kau. Luka ni akan sentiasa ada, cuma sama ada kau nak hidup dengan Iuka tu atau tak, itu pilihan kau sendiri.

Babyaisha99 : Ada je suami yang kantoi curang dan benar – benar bertaubat. Tak semua orang jatuh untuk ulang kesilapan yang sama. Dan akhirnya kita kena akui, selagi kita hidup, selagi itu ujian akan datang dalam pelbagai bentuk.

Kalau kebahagiaan yang kau rasa masih lebih tinggi daripada d3rita yang kau tanggung, mungkin kau boleh stay dan cuba baiki hubungan. Kalau kebaikan dia lebih banyak daripada keburukan dia, stay dan nilai usaha dia. Tapi kalau sebaliknya, angkat kaki dan pergi sebelum Iuka tu jadi lebih dalam dan susah untuk berpatah balik. Cuma satu je, kau kena bersedia dari segi kewangan, sebab itu yang akan mudahkan hidup kau pada masa depan kalau apa – apa berlaku.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :