Suami jenis panas baran, baru kahwin dah buat 3 taklik, bila g4duh ugvt cerai. Sekarang aku dah jatuh talak 2 kali. Aku pujuk, merayu untuk rujuk..

Sampai satu hari, aku mula penat. Setiap kali berg4duh je mesti ugvt talak. Aku penat, aku bosan. Dan ketika itu, aku sendiri yang cakap nak bercerai.Suami aku dah mula takut. Dia bawa pujuk aku, bawa pergi kedai emas. Beli barang kemas..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, nama aku Rose. Aku nak cerita pasal suami aku. Aku kenal dia masa tu melalui satu apps. Masa permulaan berjumpa tu, everything was going well, sangat perfect dan smooth. Dalam masa bercinta tu, aku sem4kin mengenali per4ngai dia.

Rupanya dia seorang yang tegas, baran, sweet, but in the same time dia sangat sensitif. Kalau merajuk, selalu memang aku jelah yang kena pujuk. Kalau diceritakan, mesti orang dah cop dia red flag tahap first class sebab per4ngai asyik nak putus, silent treatment, kuat merajuk.

Walaupun asyik aku je yang nak kena pujuk sampai tahap merayu – rayu untuk dia tak tinggalkan aku, aku tahu dia sayang aku. Aku dapat rasakan tu. Cuma dia ego. Walaupun dia buat aku macam sampah, sekejap – sekejap merajuk, salah sikit merajuk sampai blok kat semua sosmed, aku tetap sayang dia.

Kami bercinta pun tak lama, setahun je. Dalam tempoh setahun bercinta, kami mula ik4t tali pertunangan. Dibuat secara private. Alhamdulillah, kedua – dua family setuju dan sentiasa memudahkan urusan kami. Kami bertunang tak lama pun, dalam 3 bulan pengik4tan pertunangan.

Dalam masa 3 bulan tu jugak kami struggle kumpul duit majlis kahwin dan sediakan barang – barang untuk letak dekat rumah sewa yang bakal kami duduk. Bak kata orang – orang tua, tinggal cuci kaki je nanti. Aku nampak effort dia bersungguh – sungguh cari duit walaupun per4ngai dia tu annoying.

Alhamdulillah, tibalah majlis perkahwinan yang kami nanti – nantikan. Semua berjalan lancar hendaknya. Sebaik sahaja aku sah bergelar isteri, aku mula nampak true color dia. Dia sejenis yang tak boleh terima kalau aku ada silap sikit walaupun silap tu benda kecil.

Aku dah tahu benda tu walaupun sebelum kahwin. Tapi entah kenapa aku teruskan juga untuk berkahwin. Mungkin follow the flow jelah kot. Dah sayang, kan? Kami kerap berg4duh ye lepas berkahwin. Kerap sangat. Tahap kerap tu sampai 3 taklik lah dah lafaz. Taklik tu aku tak pernah Ianggar lagi setakat ni. Tu baru taklik.

Pasal cerai? Banyak kali dia ugvt cakap nak ceraikan aku. Seolah – olah aku yang beria nak pertahankan perkahwinan. Setiap kali g4duh je dia akan ugvt talak. Benda tak patut bercerai pun akan diugvt cerai. Setakat ni yang dah jatuh pun sampai talak 2.

Kedua – dua talak tu dah rujuk kembali. Aku sampai rasa yang aku p4ksa dia kahwin dengan aku. Lepas kahwin, aku rasa dia tak sayang aku sangat – sangat dah. Sampai dia berani nak bercerai. Aku sampai tahap tak kisah kalau dia tak sayang aku.

Aku terima je sebab aku sayang dia. Aku tak nak lepaskan dia. Aku pujuk sampai rujuk. Bila dah berbaik tu dah bermanis – manis, aku ingatkan juga, “Ni dah talak dua. Lepas ni takde dah rujuk – rujuk.” Suami kalau mood dia baik, dia selalu bawa aku jalan – jalan, makan sedap – sedap, tengok wayang, travel sana sini.

Yelah, kami kan berdua je, anak takde lagi. Tapi kalau datang tang meng4muk dia… confirm banyak kali ugvt nak bercerai. Suami aku ada sisi baik dia juga. Dia jenis tak bagi aku buat semua benda sendiri. Pergi mana – mana semua kena ada dia. Semua kena ada depan mata dia.

Bab keselamatan aku, memang dia letak nombor satu. Sampai kalau kat kedai pun, aku nak cari barang aku, dia nak cari barang dia pun kena buat sama – sama, tak boleh asing – asing. Aku kena tunggu dia siap cari barang, kemudian dia akan layan aku cari barang yang aku nak. Sampai macam tu sekali.

Dan dia takkan izinkan aku pergi mana – mana sorang – sorang, waimah pergi beli jajan kat kedai depan rumah pun dia memang takkan izinkan. Kerja rumah pun suami aku buat. Aku kadang – kadang jadi tukang sepah je. Sampah pun suami aku yang buang sebab dia tahu, kalau aku buang sampah kat luar, memerIukan aku untuk tutup aurat. Dia pantang kalau ada lelaki lain nampak walau sehelai rambut aku.

Bil api air, duit rumah, perubatan, nafkah zahir batin semua cukup. Cukup alhamdulillah. Bab nafkah semua tiptop. Makan pula, hari – hari makan luar. Kalau orang lain sebulan 2 – 3 kali je makan luar, tapi kami, 2 – 3 kali je masak dalam sebulan sebabnya suami aku tak nak aku penat. Sebab aku pun bekerja.

Suami aku bagi buat benda yang disuruh je. Lain dari tu, janganlah buat ye, contoh bab masak. Walaupun sering makan luar, bahan masak dalam peti sejuk tak pernah kering. Sentiasa ada. Alhamdulillah. Then, peti sejuk pun dia yang cek setiap bulan. Barang cukup atau tak, ada barang expired atau tak.

Aku sampai dah terbiasa suami kemas rumah, basuhkan baju, keringkan baju, kutipkan baju – baju kotor aku atas lantai, bawa makan luar. Aku setakat kahwin ni alhamdulillah tak pernah keluar duit apa – apa pun untuk family. Duit aku is duit aku. Dia kata bebas untuk aku pakai untuk beli apa pun yang aku nak.

Setiap bulan dia akan bawa aku pergi travel, tapi dalam negeri je sebab aku pegawai kerajaan, jadi agak susah untuk ke luar negara sebab banyak prosedur nak kena buat, leceh. Jadi sepanjang dekat 2 tahun berkahwin ni, mana tempat je dia tak pernah bawa aku travel.

Kadang – kadang dalam sebulan tu sampai 2 negeri dia bawa aku. Suami pun bukan kaki lepak. Kadang – kadang aku yang suruh dia pergi keluar lepak sekali – sekala bergaul, tapi dia tetap tak nak. Katanya, tak sampai hati nak tinggal aku sorang – sorang. Bah4ya keselamatan awak walaupun dalam rumah.

Kalau suami kerja time aku cuti pulak, berkali – kali dia call suruh kunci pintu. Sampai video call untuk check pintu berkunci atau tak. Padahal dia yang kuncikan pintu sebelum pergi kerja, bukan aku yang kunci sendiri. Adui. Aku tahu dia nak jaga keselamatan aku. Tapi tulah, kalau setiap kali berg4duh je mention cerai, aku pun fed up.

Sampai satu hari, aku mula lelah. Setiap kali berg4duh je mesti ugvt talak. Aku penat, aku bosan. Dan ketika itu, aku sendiri yang mention nak bercerai. Agaknya suami aku tu mula nampak yang aku dah tak beria pertahankan perkahwinan dan mula sebut pasal penceraian. Aku tahu dia takut. Takut aku gerak dari hidup dia. Dia nampak yang aku mula pasif. Nak g4duh sampai bercerai pun aku dah tak kisah.

Dia bawa pujuk aku, bawa pergi kedai emas. Beli barang kemas. Balik dari kedai tu, dia tanya, “Happy tak?” Aku jawab, “Mestilah happy.” Dia tanya lagi, “Lepas ni nak sebut – sebut pasal cerai tak?” … dan aku diam je sambil geleng. That time aku tahu, ohhhhhh ohhhhhhhhh ohhhhhhhhhh.

Dan sebenarnya bila aku fikir – fikir balik, aku dapat read per4ngai suami aku. Dia suka bila aku merayu – rayu dia untuk tak bercerai. Dia suka bila aku belai – belai dia, minta maaf kat dia. Dia suka aku pert4hankan perkahwinan kalau dia sebut pasal bercerai.

Suami aku tu agak kurang kasih sayang jugaklah. Tapi aku? Lama – lama fed up gak. Sikit – sikit berg4duh je nak bercerai. Aku tak ingat peristiwa mana satu yang membuatkan aku setuju untuk bercerai. Aku sumpah tak ingat. Tapi that time tu lah yang membuatkan suami aku dah tak mention pasal cerai sampai ke hari ni.

Aku pun bukan berani sangat nak bercerai. Mungkin masa tu aku dah burn out. Aku bekerja, aku juga pelajar. Jadi must4hil la aku boleh tahan setiap kali berg4duh je mention cerai bagai. Aku ni manusia… macam yang aku cakap, aku sayang dia giIa – giIa. Sebab tu aku cakap yang aku tak berani pun nak bercerai.

Aku lama – lama pun dah pandai nak handle dia. Setiap kali g4duh, aku tahu apa dia nak, dia nak perhatian aku je. Tapi mulut ringan nau sebut cerai. Mula – mula aku takut dia sebut, sampai terbiasa. Lama – lama aku pun dah tak takut. Dia baik. Sempurna di mata aku.

Tapi tulah satu per4ngai dia, g4duh sikit cerai. Tu yang lama – lama buat aku fed up. Dan sejak peristiwa itulah, takde dah dia sebut – sebut nak cerai. Aku pula yang asyik mengungkit pasal dia dulu selalu ugvt nak bercerai. Tapi aku tahu, dia dah tak nak ingat pasal per4ngai dia yang dulu.

Dia pun dah berhati – hati dalam berkata – kata time berg4duh. Yelah kan, dah pernah jatuh 2 talak. Baru nak beringat. Dulu dia main – mainkan aje benda tu. Aku sayang dia. Aku cinta dia. Dia suami yang baik. Lama – lama, dia pun m4kin matang dan sedikit demi sedikit dah ada kelembutan bila berg4duh.

Sekarang, dia pula yang akan pujuk aku. Aku pun kerja asyik nak merajuk je sekarang ni. Seronok juga merajuk ni ye. Kami belum dikurniakan cahaya mata. Pernah sekali gugur. Tu nanti cerita lain lah ye. Tapi alhamdulillah, suami okay je walaupun belum punyai zuriat.

Dan ada je suami cakap, “Nanti kalau ada anak, awak dah tak bagi perhatian kat saya. Awak asyik lebihkan anak je. Kesian saya nanti.” Aku gelak je. Untuk awak, saya nak awak tahu yang saya sayang awak sangat – sangat. Dunia dan akhirat. Awak suami terbaik. Saya doakan jodoh kita sampai hujung nyawa. Okay, tu je cerita dari saya. — Rose (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :