Suami kata aku dah cukup sempurna, cuma dia nak rasa macammana kahwin dengan orang yang dia cintai. Sebab aku bukan cinta pandang pertama dia..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, tolong hide profile ya. Aku nak meluah, dan nak minta pendapat dari pembaca di Facebook. Aku tak ada tempat mengadu, takut jadi aib, sekurang – kurangnya di sini orang tak kenal aku dan suami. “SUAMI AKU CURANG”
Pertama sekali, aku nak tanya apa perasaan korang para isteri, kalau suami luahkan jatuh cinta dengan wanita lain. Kata suami aku, itu cinta pandang pertama dia. Wanita tu berstatus janda, seorang yang baik, dan mereka saling luahkan rasa sayang.
Wanita tu dah tahu tentang suami yang berstatus suami orang, tapi dia tetap nak bercinta, siap cakap, jangan ceraikan isteri dia (iaitu aku) dan dia sanggup jadi yang kedua. Sebab tu kot suami aku kata wanita tu ‘baik’.
Hati aku macam ditusuk, pedih. Aku cuba nak positif, macam – macam yang aku buat untuk kuatkan hati tapi perasaan dikhi4nati, rasa kecewa, kadang – kadang buat airmata laju je mengalir. Sedih sangat – sangat, rupanya aku tak sekuat mana.
Kadang – kadang aku rasa mereka zaIim. Entah betulkah perasaan aku ni, layakkah aku menganggap mereka zaIim. Suami aku kata, “fitrah lelaki jatuh cinta, itu sebabnya dalam islam dah tetapkan lelaki boleh berkahwin 4,’
Dan dia kata lagi Allah dah takdirkan ada 4 tempat di hati lelaki. Betulkah tu? Dalam islam perIukah aku menerima pendapat ini?… Sesungguhnya aku sayang sangat – sangat dekat suami. Aku cuba merayu untuk dia lupakan wanita tu dan utamakan perasaan aku sebagai isteri dia tapi dia kata tak boleh.
Dia dah sayang sangat dekat wanita tu dan risau apa akan jadi dengan wanita tu jika dia tinggalkan begitu saja. Suami juga luahkan hubungan kami buat macam biasa. Tak akan ada yang berubah, kasih sayangnya kepada aku, cintanya kepada aku.
Dia kata aku sudah cukup sempurna, jadi dia tak akan lepaskan aku. Cuma perasaan cinta dia tu hadir tanpa dipinta, dan dia nak rasa macammana kahwin dengan orang yang dia cintai (sebab dia kata kahwin dengan aku dulu dia berusaha sungguh – sungguh untuk belajar mencintai, dia p4ksa perasaan tu dan ia bukan cinta pandang pertama)
Aku sebenarnya tak tahu apa lagi yang dia cari dalam hidup ni. Mulanya aku marah, aku rasa nak cerai dan pergi jauh – jauh. Tapi bila pandang wajah anak – anak yang masih kecil, aku rasa sedih sangat. Jika hidup ni berkisar tentang aku sahaja, mungkin masa akan merawat Iuka tapi bila pandang wajah anak – anak aku tak sanggup pisahkan mereka sebab anak – anak terlalu manja dengan ayah mereka, suami pun terlalu manjakan mereka.
Anak – anak selalu cari bila ayah dorang tak ada di rumah, kadang – kadang sampai menangis minta ayah dorang balik rumah. Aku juga membayangkan banyak kemungkinan masa depan. Andai kami bercerai dan dia datang jenguk anak – anak. Aku tak pasti kalau aku kuat menghadapi dia.
Pada waktu itu akankah hilang rindu, seiring waktu? Akankah hilang kasih sayang ini? Akan hilangkah rasa cinta ini? Pada saat itu, aku membayangkan, bagaimanapun aku kecewa atau sedih, aku dah takda tempat untuk bersandar, aku dah tak boleh peIuk dia.
Selalu kalau aku ada masalah, aku selalu cari dia, peIuk dia, dan lepaskan segala beban di hati. Sebenarnya kami dah cukup sempurna tapi kehadiran wanita tu membuatkan semuanya berantakan. Aku simpulkan mereka tak rasa bersalah pun apa yang mereka buat padaku sebab islam mengizinkan lelaki beristeri 4.
Dia kata dia minta maaf sangat sebab Iukakan hati aku, cuma dia pun tak dapat nak Iawan perasaan dia, dia taknak aku tinggalkan dia dan dia janji tak akan tinggalkan aku, dia nak jaga aku sampai ajaI tiba. Dia juga kata berikan dia masa, dia pun tak tahu masa depan, jika ada jodoh mereka.
Yang dia tahu mereka saling mencintai, dia juga kata manalah tahu mungkin juga kehadiran wanita tu sekadar menguatkan kasih sayang antara kami. Dia juga minta jangan doakan mereka berpisah atau hilang kasih sayang antara mereka, tapi doakan mohon pengakhiran yang terbaik untuk kami bertiga.
Kata suami mereka serahkan hubungan mereka berdua kepada takdir. Jika ada jodoh mereka kahwin, tak ada jodoh mereka redha. Tapi aku juga membayangkan masa depan jika Allah takdirkan mereka kahwin, kuatkah aku menghadapinya.
Bagaimana dengan aku, baru tahu mereka bercinta, sudah huru hara jiwa aku, apatah lagi bila mereka berkahwin. Jadi aku nak tanya.
1. Andai kelak, aku pilih bercerai. Boleh tak yang ada pengalaman, sebagai anak atau ibu, bagi aku jawapan. Bagaimana dengan perasaan anak – anak, apa akan jadi dengan mereka? Macam mana untuk menghadapinya?
2. Jika aku bertahan dan seandainya takdir mereka berkahwin. Akan Adakah lagi rasa bahagia? Benarkah wujud wanita yang benar – benar ikhlas bermadu sebab aku jenis overthinking. Aku takut jadi giIa bila berhadapan situasi ini kelak, aku takut aku jadi orang yang akan pura – pura bahagia.
3. Apa nak buat jika suami curang? Buat masa ni aku pilih untuk bertahan sebab aku nak cuba berdoa sebagai isteri yang halal dan sah, nak minta allah bantu aku, kembalikan hati suami ku untuk keluarga kecilku. Jika aku bercerai, tak akan lagi ada hak ku untuk meminta.
Jadi selagi dia suami aku yang sah, aku nak minta sungguh – sungguh dekat Allah, supaya hubungan kami kembali seperti sediakala. Akhir kata, tolong doakan aku. Semoga doa – doa kita Allah kabulkan.
Komen W4rganet :
Auni Aziz : Moga dipermudahkan sis.. ada juga yang bermadu bahagia. Saya nampak sis sangat sayangkan suami. Mungkin suami tu baik dari segi lain. Tengok dulu macamana kejadian bila bermadu nanti. Kalau suami dah berubah time tu, wujud ketidak adilan, sis move on ke step seterusnya.
Nor Azila : Sedih.. berdoa.. mintak Allah permudahkan urusan. Pelik kata sayang cinta tapi ada orang lain kalau h4ng bukan cinta pertama dia abis yang ke berapa? Kahwin p4ksa ke? Kalau suami mampu.. sis boleh berkongsi terus tapi rasa – rasa tak boleh bye – bye je lah tapi jangan lupa tuntut apa yang patut jadi hak sis dengan anak – anak. Moga dipermudahkan urusan sis.
Aika Zulkifle : Tumpang simpati sis.. Sis suami tu pinjaman sementara jer dekat dunia nie.. dia bukan hak kita tapi hak Allah. Apa yang bakal berlaku serahkan jer bulat – bulat kepada Allah. Doa kepada Allah mintak dipermudahkan, tetapkan hati suami tu, dalam masa yang sama sis cuba jadi isteri yang solehah dan mak yang baik untuk anak – anak.
Fokus kepada benda yang sis boleh control dalam masa yang sama istighfar banyak – banyak moga – moga kew4rasan dan ketenangan hati untuk sis lebih kuat. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.