Suami kahwin lain, hidup kami makin susah. Bila dia takde duit, dia p4ksa aku meminjam. Suami bawa bini baru duduk sekali, aku jadi bibik mereka

Bila dah bersara, aku ingatkan boleh merasa duit KWSP aku sendiri. Suami minta semua duit tu. Dia guna untuk kahwin lagi dan bawa isteri dia bercuti. Langkawi, Hatyai, Padang Besar.. Aku ada ikut sekali pergi Langkawi tapi madu aku beli macam – macam, aku kain batik sehelai pun berkira..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sebenarnya cerita yang aku nak cerita ni dah lama berlaku, lebih empat tahun lepas. Sampai sekarang aku masih ingat satu persatu apa yang jadi dalam hidup aku. Kadang – kadang bila aku fikir balik, aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh bertahan selama ni.

Mungkin sebab terlalu sayang, mungkin sebab takut, atau mungkin sebab dah terlalu lama hidup dalam keadaan macam tu sampai aku sendiri jadi terbiasa. Aku ada empat orang anak. Semuanya dah besar dan dua orang dah pun berkahwin. Cucu aku baru dua orang.

Anak – anak aku memang kahwin muda. Sejak muda lagi aku memang jenis yang kerja keras demi keluarga. Aku keluar pagi balik petang. Naik motor sendiri pergi kerja walaupun penat macam mana sekalipun. Aku kenal ramai jiran dekat taman perumahan ni.

Kadang – kadang bila balik kerja, aku singgah kejap dekat kedai beli barang dapur. Ikan, ayam, sayur semua aku beli sendiri. Walaupun badan dah letih, aku tetap masak juga sebab suami aku balik rumah. Kalau dia balik, memang aku kena sediakan makan minum. Kalau tak, nanti mula lah cari pasal.

Ada masa motor aku tiba – tiba tak ada dekat rumah. Bukan hilang, tapi suami aku ambil sebab kereta dia rosak. Aku pula terp4ksalah jalan kaki keluar sampai perhentian bas untuk pergi kerja. Jauh juga sebenarnya nak berjalan, tapi aku dah biasa dah susahkan diri sendiri demi rumah tangga.

Aku ni bukan jenis suka cerita masalah rumah tangga dekat orang. Aku pendam lama sangat. Tapi bila dah terlalu penat, kadang – kadang terlepas juga cerita dekat orang yang aku percaya. Suami aku, Kahar, memang banyak kali buat per4ngai.

Dia pernah kahwin lagi tanpa pengetahuan aku. Aku sendiri tak tahu dekat mana dia nikah sebab dia memang tak suka ditanya. Kalau aku banyak tanya, memang aku yang kena tengking, kena t4mpar, kadang – kadang kena pukuI. Jadi lama – lama aku pilih untuk diam saja.

Anak – anak aku memang marah sangat dekat ayah mereka. Terutama anak sulung dengan anak kedua. Mereka memang berani Iawan ayah mereka bila nampak aku kena aniaya. Disebabkan tu jugalah suami aku tak berani sangat bawa balik isteri dia bila anak – anak ada dekat rumah.

Sebenarnya bukan sekali dia ada perempuan lain. Banyak kali dah. Tapi aku dah malas nak ambil tahu. Badan aku dah terlalu penat nak berg4duh pasal perempuan. Aku balik kerja cuma nak rehat saja. Aku dah tak ada tenaga nak menangis atau berg4duh macam dulu.

Lepas beberapa tahun, dia kahwin lagi sekali. Kali ni dengan seorang ibu tunggal anak dua. Sejak dia kahwin lagi, hidup aku makin teruk. Duit aku habis dekat dia. Kalau dia tak ada duit, dia suruh aku pinjamkan duit untuk dia. Aku pula memang jenis tak sampai hati.

Yang paling s4kit hati bila isteri dia datang tidur dekat rumah aku sendiri. Aku yang penat balik kerja ni juga kena masak untuk suami dengan madu aku. Anak – anak aku memang benci sangat dengan per4ngai ayah mereka. Mereka tak sanggup tengok aku diperlakukan macam orang gaji dalam rumah sendiri.

Kalau suami aku balik rumah, anak – anak aku terus masuk bilik. Tak ada siapa nak berbual dengan dia. Mereka memang dah terlalu kecewa. Aku pula tak berani membantah. Kalau dia suruh masak, aku masak. Kalau dia suruh buat air, aku buat.

Sebab aku dah terlalu takut kalau dia meng4muk. Satu taman boleh dengar suara dia menengking. Paling aku tak boleh lupa, dia pernah tidur sebilik dengan isteri dia dalam bilik aku sendiri. Aku pula kena tidur dekat ruang tamu. Sampai sekarang benda tu masih jadi luka paling dalam dalam hidup aku. Anak – anak aku sendiri kata ayah mereka zaIim.

Bila hujung minggu, suami aku jarang balik sebab dia takut dengan anak – anak lelaki aku. Mereka memang dah lama simpan marah dekat ayah mereka. Kadang – kadang dia sendiri larikan diri sebab tak mahu berg4duh dengan anak – anak.

Satu taman sebenarnya tahu masalah rumah tangga aku. Dulu memang kami selalu berg4duh. Aku pun banyak kali kena pukuI sampai jiran terp4ksa masuk campur. Pernah sekali jiran bawa aku pergi buat laporan polis dan pergi hospital. Tapi bila suami aku balik, dia suruh aku tarik balik laporan tu. Aku takut.

Aku memang takut sangat dekat dia waktu tu. Jadi aku tarik balik laporan polis. Lepas kejadian tu, jiran – jiran pun dah malas masuk campur sebab mereka kata aku sendiri tak mahu bantu diri sendiri. Selama hidup dengan dia, aku tak pernah rasa hidup senang.

ari muda sampai umur dah lebih lima puluh tahun, hidup aku cuma kerja dan tanggung keluarga. Masa anak – anak kecil dulu, aku kerja kilang siang malam. Ambil kerja lebih masa sebab nak bagi anak – anak belajar. Bila dah bersara, aku ingatkan bolehlah merasa duit simpanan KWSP untuk hari tua. Rupanya tak.

Suami aku minta semua duit tu dekat aku. Katanya dia nak simpan. Bila aku tak mahu bagi, kami berg4duh besar. Akhirnya aku mengalah juga. Sedikit demi sedikit duit aku habis dekat dia. Rupanya duit tu dia guna untuk kahwin lagi dan bawa isteri dia berjalan – jalan. Langkawi, Hatyai, Padang Besar semua dia pergi.

Aku pun pernah ikut sekali pergi Langkawi, tapi yang banyak membeli belah madu aku. Aku nak beli kain batik sehelai pun berkira. Bila duit dah habis, aku terp4ksa kerja semula walaupun umur dah tua. Anak aku masih belajar dan perlukan duit.

Suami aku pula sibuk guna duit untuk kereta dia dan isteri muda dia. Bila kereta rosak, dia datang minta duit dekat aku lagi. Kalau aku kata tak ada duit, dia ambil motor aku. Aku pula terp4ksalah naik bas pergi kerja. Motor aku dia guna untuk hantar isteri muda dia pergi kerja.

Kadang – kadang aku sendiri menangis diam – diam dalam bilik air. Aku penat sangat hidup macam ni. Duit simpanan dah habis. Kereta pun aku tak tahu dekat mana. Sama ada dah dijual atau tersadai dekat rumah isteri muda dia. Anak – anak aku pernah pujuk aku keluar rumah dan duduk dengan mereka.

Tapi aku masih ada anak yang belajar dan perlukan duit. Dalam masa sama, suami aku ugvt kalau aku keluar rumah, maksudnya kami bercerai. Aku jadi takut nak melangkah keluar walaupun hati aku dah lama m4ti terhadap dia. Sampai hari ni aku masih tertanya – tanya, salah aku sebenarnya apa sampai hidup aku jadi macam ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :