Suami kantoi curang, mereka banyak kali terlanjur. Suami salahkan aku punca dia makan luar. Mak mertua kata padan muka sebab aku tak pandai jaga laki.

Suami suruh aku pindah ke kampung. Alasan dia sebab aku s4kit dan susah dia nak pantau dan jaga. Dia kata dia rimas dengan aku. Anak – anak langsung tak tengok. Sepanjang masa dia cuba elak balik rumah, sanggup tidur di rumah kawan – kawan.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat petang semua w4rga FB. Mohon disiarkan kisah ini dengan merahsiakan identiti aku. Aku kongsikan kisah rumah tangga aku bukan untuk membuka aib sesiapa, tapi sebagai pengajaran dan peringatan buat diri sendiri dan orang lain. Aku ringkaskan perjalanan hidup aku secara kronologi supaya lebih jelas bagaimana semuanya bermula, bagaimana aku bertahan, dan bagaimana akhirnya aku tewas dengan takdir yang sangat meny4kitkan.

September 2020. Kami bernikah selepas satu perkenalan yang diusahakan oleh abang dan emak dia. Masa itu aku cuma tahu aku berkahwin dengan seorang duda yang sudah dua kali bercerai, tapi aku terima dia seadanya. Aku fikir setiap orang ada silap silam, yang penting niat untuk bina hidup baru.

Kami hidup berjauhan sebab kami sama sama anggota beruniform. Dia ditempatkan di utara, aku di selatan. Perkahwinan jarak jauh kami hampir empat tahun. Kami dikurniakan dua orang anak. Suami cuma balik satu atau dua kali sebulan.

Itu pun kebanyakannya sibuk dengan telefon. Aku selalu tegur supaya dia ambil berat tentang anak anak, tanya perkembangan mereka, luangkan masa walaupun sekejap. Tapi dia sekadar dengar. Kadang kadang aku rasa macam aku ni bercakap dengan dinding. Anak – anak membesar tanpa kehadiran ayah yang betul – betul ada secara emosi.

Januari 2022. Kantoi kali pertama bila aku jumpa gambar seorang wanita berbaju tidur dan s3ksi dalam telefon dia. Ya, aku berjaya hubungi wanita itu. Kata-  kata dia sampai sekarang masih terngiang di telinga aku. Dia kata, padan muka, kau tak pandai jaga suami kau.

Dalam masa yang sama, aku dipinggirkan teruk sebab tak seorang pun dari keluarga dia membela aku. Malah aku dih1na oleh ibu mentua dengan kata – kata, memang patut pun dia cari perempuan lain, kau tak pandai jaga suami sendiri.

Suami dan wanita tersebut terus berhubung. Mereka siap merancang untuk bernikah. Aku jumpa pelbagai benda dalam Facebook yang mereka cipta khas untuk percintaan mereka. Status manis, gambar berdua, ayat janji setia. Masa itu aku rasa diri aku langsung tak wujud dalam hidup dia. Aku mula fed up dan nekad nak bercerai.

Jun 2022. Tiba – tiba suami hubungi aku dan beritahu dia dapat tukar bertugas berdekatan dengan kami. Dalam masa itu, hati aku mula cair. Aku maafkan dia dan beri peluang sekali lagi. Dia berubah, lebih fokus pada keluarga. Aku pula disahkan hamil anak ketiga. Masa itu kami betul – betul gembira. Aku ingat inilah titik kebangkitan rumah tangga kami.

Februari 2023. Kehidupan kami semakin bahagia dengan kehadiran anak ketiga. Dia mula fikir untuk tingkatkan hidup dan sambung belajar. Aku berk0rban lagi, beri ruang supaya dia berjaya. Aku sanggup tanggung banyak benda sendiri sebab aku percaya dia ikhlas nak ubah ekonomi keluarga.

MaIangnya, dia berubah sepenuhnya bila masuk semester kedua. Dia kembali sibuk dengan telefon, anak – anak langsung tak dijengah. Sepanjang masa dia cuba elak balik rumah, sanggup tidur di rumah kawan – kawan. Rupa – rupanya dia menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Mereka banyak kali terlanjur. Banyak kali juga kantoi. Setiap kali aku tanya, aku menangis, aku dipersalahkan punca dia curang. Aku ditempik, dit4mpar, kepala aku dihantuk ke dinding. Dia kata dia rimas dengan aku. Bila esok tiba, dia pujuk, ambil hati. Aku pula yang lembut semula. Aku bertahan sebab anak – anak, sebab aku masih berharap dia berubah.

Januari 2024. Dia semakin hanyut dengan dunia dia. Pernah satu hari aku stalk dan ikut dia. Memang jelas kantoi. Dia tak balik tengok anak – anak dengan alasan ada kelas. Rupa – rupanya dia pergi buat kerja kelas dengan teman wanita dia.

Wanita itu seorang pegawai kerajaan. Dalam telefon mereka bermesej tentang anak – anak aku. Siap wanita itu cakap nak masak sambal kerang untuk dia. Suami aku puji masakan dia sedap. Siap cakap lagi, kalau dapat makan kerang kau lagi sedap.

Allah, h4ncur hati aku masa itu. Aku campak telefon dan meraung tentang kecurangan dia. Dia bangun dan sep4k ter4jang aku macam orang kena rasuk. Semata – mata sebab aku pertikaikan perihal hubungan dia dengan perempuan itu. Masa itu aku rasa bukan saja dikhianati, tapi diinjak – injak sebagai seorang isteri dan manusia.

Mac 2025. Keadaan makin teruk bila dia m4buk dilamun cinta. Semua kebaikan dan peng0rbanan aku langsung tak nampak di mata dia. Dan tahu apa yang dia buat? Dia suruh aku pindah ke kampung. Alasan dia sebab aku s4kit dan susah dia nak pantau dan jaga.

Ya, aku memang s4kit, kena buatan orang. Dalam keadaan lemah fizikal dan emosi, aku masih akur. Aku berpindah bersama anak – anak. Dia janji akan mohon tukar bersama kami juga. Katanya dia nak berubah dan tak nak duduk dekat dengan perempuan itu lagi. Aku percaya, walaupun dalam hati penuh ragu. Aku masih berharap rumah tangga ini boleh diselamatkan.

Januari 2026. “Saya ceraikan awak dengan talak satu.” Itu ayat yang aku terima melalui mesej semasa aku tengah bertugas. Allah sahaja tahu macam mana aku meraung. Aku telefon dia, merayu, minta maaf, minta peluang lagi kalau aku yang salah.

Dia maki dan h1na aku. Katanya dia tak pernah sayang aku, tak pernah bahagia dengan aku, dan aku ni isteri yang teruk. Atas nama anak – anak, aku merayu supaya dia fikir semula. Tapi dia sudah nekad. Dia kata dia tak nak hidup dengan aku sebab selalu berg4duh.

Alangkah indah kalau dia faham perg4duhan itu berlaku sebab dia tak pernah jujur. Tapi bagi dia, semua salah aku. Aku belum bersedia nak berpisah sebab anak – anak masih kecil masa itu. Mudahnya seorang suami melafazkan cerai.

Walau berjuta peng0rbanan isteri dan anak – anak. Cuma sebab bosan dan jatuh cinta dengan wanita lain. Sampai sekarang aku masih belum mampu move on. Pedihnya menusuk jantung paling dalam. Malah sekarang pun dia masih menghantar mesej marah dan maki hamun aku. Aku sendiri tak faham kenapa dia begitu benci pada aku.

Buat pembaca, masalah kecurangan suami dan godaan wanita di luar adalah perkara yang sangat biasa di hujung zaman ini. MaIangnya nasib aku kurang baik kerana bekas suami aku hanyut dipukuI tsunami cinta. Aku hanya mampu doa supaya aku dan anak – anak terus tabah, kuat, dan berjaya hidup tanpa lelaki itu.

Bekas suami telah menjadikan aku ibu tunggal dan memikul semua tanggungjawab ini seorang diri. Semoga Allah tahu apa yang ada dalam hati dia, dan semoga Allah juga tahu betapa peritnya hati aku yang pernah ikhlas mencintai dan mempertahankan sebuah perkahwinan sampai ke titisan air mata terakhir.

Komen Netizen :

Bunga Labu : Kuatkan semangat. Apa nak heran dengan suami macam itu. Puan ada kerjaya. Jaga anak – anak puan sebaik – baiknya kerana mereka aset dunia dan akhirat puan. Saya harap puan sudah boleh berlari, bukan sekadar berdiri dari semua kenangan hitam antara puan dan bekas suami.

Maafkan suami puan, semoga dia tidak merangkak di alam sana memohon maaf dari puan. Memaafkan dia bukan bermakna puan menerima dia lagi buat kali kedua. Jangan dicari derita bersama dia kerana puan harus bahagia tanpa dia.

Ana Ahmad : Kenapa? Kenapa lembut sangat hati dengan jantan macam itu? Kenapa perlu mengharap dan mend3rita untuk tempoh yang lama? Kenapa perlu taat dengan suami yang macam itu? Bahagia itu kita yang pilih. Tak m4ti pun kalau jadi janda. Move on lah sis. Patut bersyukur dia ceraikan, bukan g4ntung tak bertali. Binalah hidup dan cari bahagia sendiri. Jangan mengharap kasih orang, tapi kasih dan kasihan pada diri sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :