Suami kena tangkap, jadi banduan. Dalam mahkamah, hakim tanya aku, betul ke aku nak tarik kes? Suami menangis, bila aku cakap tak jadi cerai

Polis dah banyak kali serbu rumah, kena tangkap tapi nanti mak ayah mertua ik4t jamin. Kali terakhir suami kena tangkap aku nekad minta cerai. Dia dalam penjara aku langsung tak tengok. Sehinggalah aku dapat tahu suami s4kit, aku terbuka hati nak melawat suami..

#Foto sekadar hiasan. Nak cerita sikit. Nak minta pendapat juga. Suami aku ini sebelum kahwin jahat. Jahat yang pecah cermin kereta orang sebab nak ambil laptop dalam kereta. Curi barang orang ikut dia lah telefon ke motor ke, lepas itu jual. Dia dulu malas kerja. Kerja sekejap – sekejap berhenti. Pernah juga kena tangkap masuk dalam.

Masa aku mengandung polis tiba – tiba serbu rumah. Aku ini tak tahu apa – apa. Mak ayah dia banyak kali jamin dia. Kadang – kadang kesian. Nak buat macam mana, aku pun tak ada duit sebab duit gaji aku bayar sewa rumah, beli lampin dan susu anak – anak. Boleh kira dekat lima enam polis angkut dia di rumah. Dari rumah sewa pertama ke rumah sewa kedua, seterusnya macam itu lah.

Laki aku ini dulu pun selalu lepak luar sampai pukuI dua tiga pagi. Kadang – kadang tak balik. Lepak, main permainan, hisap ganja. Bila aku telefon dia kata tengah main game, nak balik dah ini. Tup tup tak balik. Penat berg4duh pasal lepak ini. Sampai aku dah hafal dah waktu dia nak melepak.

Terakhir sebelum kami hijrah tempat baru ini di Kedah, aku minta cerai dekat dia. Masa ini dia kena tangkap dan aku tekad nak bercerai sebab masa dia ada pun aku banyak kali makan hati sebab selalu berg4duh pasal dia malas kerja, pasal duit, dan pasal lepak. Jumpa kawan – kawan h4ntu dia memang tak lekat lah dekat rumah.

Untuk pengetahuan kami ada dua orang anak, seorang setahun lebih dan seorang baru masuk tiga tahun. Dua – dua orang lelaki. Aku memang tak puas hati sebab dia selalu lepak malam dari masa ada anak pertama sampai lah aku mengandung anak nombor dua.

Bila tak kerja, tak ada duit, serabut nak marah – marah, semua nak lepas dekat aku. Aku balik kerja dia ambil, ngadap lah muka dia yang macam t4hi itu. Kadang – kadang nak hantar aku pergi kerja pun berg4duh sebab malam lepak balik lambat lepas itu tak cukup tidur, nak hantar aku dengan anak, mulalah mer0yan, muka pun macam nangka busuk.

Memang tak happy rasanya hidup aku tiap hari. Kadang – kadang cemburu dengan pasangan orang lain. Sekarang kami dah pindah luar. Keluar dari kotak. Dia pun berjanji nak kerja betul – betul tunaikan tanggungjawab sebab boleh katakan selalunya apa – apa akan guna duit aku. Jarang sangat duit dia. Kalau duit dia pun nak beli lampin sampai dia pinjam orang senyap – senyap.

Masalah sekarang keluarga aku dah tak ngam dengan dia. Aku kadang – kadang kesian sebab aku sebagai isteri tahu yang suami aku betul – betul dah berubah. Itu janji dia depan hakim hari itu, waktu kami dalam mahkamah, waktu itu aku dengan dia nak tarik kes cerai.

Sampai hakim tanya, adakah dia p4ksa aku untuk tarik kes? Tak. Aku yang nak bagi dia peluang walaupun mak aku tak suka sebenarnya. Ya, aku banyak bagi dia peluang. Hakim sampai cakap dekat dia “apa yang awak dah buat dekat isteri awak?

Isteri awak berjiwa besar. Masih lagi nak maafkan dan beri peluang walaupun dia tahu suami dia seorang banduan. Dalam kes saya ini kali pertama saya hadap isteri tarik kes, kalau yang lain ini memang tak lah.” Waktu ini aku nampak berjurai jurai air mata dia. Aku pun menangis juga.

Masa awal – awal dia dekat dalam aku malas nak pergi tengok dia. Aku rasa bebas masa dia tak ada. Hati aku tak s4kit. Aku happy uruskan anak tanpa dia. Yang hantar aku pergi balik kerja adik aku sebab aku tak pandai bawa motor. Kereta pun tak ada.

Tapi aku rasa seronok saja hari – hari sebab hati aku tak s4kit. Sebab masa dia ada dekat rumah pun macam tak ada, jadi perkara itu buat aku jadi biasa dah. Tapi satu hari itu, ayah dia beritahu aku yang dia dekat dalam kena buasir tak boleh ber4k lah, badan naik gatal – gatal lah, hari – hari tengok orang kena sebat b0ntot, minta nak balik.

Tiba – tiba aku jadi risau. Aku jadi kesian. Minggu seterusnya itu tiba – tiba aku terdetik hati nak pergi tengok dia dekat dalam. Waktu itulah dia merayu menangis – nangis tak nak ceraikan aku. Waktu itu dia cerita yang tiap kali solat dia doa Tuhan lembutkan hati aku, datang tengok dia. Aku rasa itu salah satu doa dia termakbul lah aku datang.

Pendekkan cerita, sekarang macam mana nak buat bagi keluarga aku suka dekat dia? Yakin dengan dia? Bila depan – depan keluarga aku bercakap macam biasa tapi belakang – belakang mak aku suka perli – perli aku. Ini mak aku asyik suruh balik duduk Kuala Lumpur balik.

Tapi aku tak nak sebab rumah mak aku banyak sangat kucing. Anak – anak aku alahan. Laki aku alahan. Aku jangan cakap lah hari – hari tonyoh hidung. Mak aku pun tahu itu. Sampai sekarang aku masih tinggal dengan laki aku. Alhamdulillah jauh dari kawan – kawan h4ntu dia yang suka ajak melepak tengah tengah malam itu.

Walaupun hidup kami waktu berhijrah ini susah sangat. Dekat setahun dah ekonomi masih tak stabil. Kadang – kadang aku fikir ini baIa aku ke sebab tak dengar cakap mak aku? Tapi aku suka suami aku yang sekarang. Sekurang – kurangnya malam – malam ada dengan kami di rumah.

Dulu bukan aku tak bagi dia lepak pun, tapi dia jenis janji balik pukuI sebelas malam tahu – tahu balik pukuI tiga pagi. Dah lah ada anak kecil. Aku penat tau balik kerja nak kena tidurkan anak lepas itu kadang – kadang sampai tengah malam baru dapat mandi.

Dah lah malam – malam aku juga yang bangun tukar lampin buat susu semua. Dengan anak nombor satu itu dah lah selalu tidur lewat. Dia pula nak melepak saja. Adakah ini kifarah untuk aku sebab tak ikut cakap mak aku? Salah ke aku bagi suami aku peluang walaupun tiga empat lima kali dah? Salah ke aku dengan suami aku berhijrah duduk tempat lain?

Komen Netizen:

Akira Meksya : Berjurai membacanya. Yang tak duduk dalam kasut akak tak rasa apa akak rasa. Aku doakan yang terbaik buat akak dan keluarga. Pilih jalan yang terbaik buat keluarga kecil kita. Pasal mak kita itu, biasa lah dia tak nak bagi kita str3ss. Itu dia suruh berpisah. Allah janji syurga buat isteri yang bagi peluang dekat suami yang mahu berubah dan dah berubah.

Arman Assante ; Awak hebat, suami pun hebat sebab boleh berubah jadi lebih baik. Hati dah tenang kan? Maka jadilah lebih baik, hati keluarga akan berubah dengan sendirinya. Trust the process.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :